1
00:00:13,240 --> 00:00:16,720
Apabila kita buat sesuatu
kerana kita sukakannya,

2
00:00:16,840 --> 00:00:18,880
itulah yang dinamakan keghairahan.

3
00:00:21,880 --> 00:00:27,120
Hanya keghairahan dan keazaman.
Tunjukkan kepada mereka kesungguhan awak.

4
00:00:27,200 --> 00:00:29,720
Keluar ke padang,
serbu dan seranglah mereka.

5
00:00:29,800 --> 00:00:32,840
Bermain dengan berani dan yakin.
Menangi perlawanan ini.

6
00:00:37,000 --> 00:00:38,440
Kelab Bola Sepak Arsenal...

7
00:00:40,440 --> 00:00:42,560
di pusat London Utara.

8
00:00:43,880 --> 00:00:46,920
Ia antara kelab bola sepak
terbesar di dunia.

9
00:00:47,000 --> 00:00:48,480
Thierry Henry!

10
00:00:49,240 --> 00:00:50,880
Gol yang hebat!

11
00:00:50,960 --> 00:00:51,960
Sejarah penuh bergaya.

12
00:00:52,040 --> 00:00:54,200
Pires. Mengagumkan!

13
00:00:54,560 --> 00:00:56,120
Kejayaan yang luar biasa.

14
00:00:57,320 --> 00:00:58,560
Merekalah juara.

15
00:00:59,720 --> 00:01:00,640
Tiada tandingan.

16
00:01:00,720 --> 00:01:03,080
Tak pernah tewas
sepanjang musim Liga Perdana.

17
00:01:03,160 --> 00:01:04,239
JUARA 03/04
P38 L0 - ABADI

18
00:01:05,800 --> 00:01:08,280
Namun, baru-baru ini,
keadaan tak begitu baik.

19
00:01:08,720 --> 00:01:11,520
Buat pertama kalinya sejak lebih 20 tahun,

20
00:01:11,560 --> 00:01:15,039
kelab ini takkan terlibat
dalam bola sepak Eropah.

21
00:01:15,120 --> 00:01:16,560
Para penyokong gelisah.

22
00:01:17,039 --> 00:01:19,480
Kami biasanya terlibat
dalam Liga Juara-Juara.

23
00:01:19,560 --> 00:01:21,480
Tak boleh tidak.

24
00:01:21,560 --> 00:01:23,560
Sekarang Europa pun tak dapat.

25
00:01:23,640 --> 00:01:24,720
PUSAT LATIHAN

26
00:01:24,800 --> 00:01:27,160
Pengurus mereka termuda
dalam Liga Perdana.

27
00:01:27,240 --> 00:01:30,360
Sebagai pengurus,
kita akan tertekan dan dipersoalkan,

28
00:01:30,440 --> 00:01:32,080
tapi saya sedia berjuang.

29
00:01:32,160 --> 00:01:33,880
Serta pasukan yang termuda.

30
00:01:35,080 --> 00:01:37,120
Pertama kali dalam sejarah,

31
00:01:37,200 --> 00:01:39,680
Arsenal membenarkan kamera
di sebalik tabir.

32
00:01:39,759 --> 00:01:41,200
BERMAINLAH DEMI LENCANA INI

33
00:01:44,039 --> 00:01:46,120
Hei.

34
00:01:47,720 --> 00:01:50,680
Saya tak banyak cakap.
Apabila bercakap, saya jujur.

35
00:01:50,759 --> 00:01:54,680
Dalam musim yang ternyata
cukup penting bagi kelab ini.

36
00:01:57,840 --> 00:01:59,800
Sambil drama terbongkar di dalam...

37
00:02:00,320 --> 00:02:01,480
Kad merah dilayangkan.

38
00:02:03,120 --> 00:02:04,280
...dan di luar padang.

39
00:02:04,360 --> 00:02:06,600
Apabila kalah bertarung, saya marah!

40
00:02:06,680 --> 00:02:08,479
Kerana dah jadi perkara biasa!

41
00:02:08,560 --> 00:02:11,680
Kelab ini telah memutuskan
bahawa dia bukan lagi kapten.

42
00:02:15,600 --> 00:02:18,240
Satu soalan bermain-main di kelab ini.

43
00:02:20,720 --> 00:02:25,400
Adakah Mikel Arteta yang akan
mengembalikan kegemilangan Arsenal?

44
00:02:26,160 --> 00:02:27,600
Kita ada satu cabaran.

45
00:02:27,680 --> 00:02:29,840
Cabaran indah yang patut disahut.

46
00:02:41,360 --> 00:02:44,520
SEGALANYA ATAU TIADA
ARSENAL

47
00:02:44,600 --> 00:02:46,600
SUARA LATAR OLEH DANIEL KALUUYA

48
00:02:56,520 --> 00:02:58,440
Ini permulaan baru bagi Arsenal.

49
00:03:02,880 --> 00:03:06,800
Permulaan musim yang akan menyaksikan
penyokong kembali ke stadium.

50
00:03:07,920 --> 00:03:08,840
9 OGOS 2021

51
00:03:08,920 --> 00:03:10,720
London Colney tapak latihan Arsenal,

52
00:03:11,240 --> 00:03:12,920
tempat bermulanya persiapan.

53
00:03:17,640 --> 00:03:22,000
Hei. Cédric, Sambi dah curi
tempat letak kereta awak.

54
00:03:22,079 --> 00:03:24,040
Kenapa awak pandang saya?

55
00:03:34,800 --> 00:03:36,520
Siap berpakaian warna emas!

56
00:03:36,600 --> 00:03:38,400
Oh! Itu dia.

57
00:03:38,640 --> 00:03:41,720
Awak memang keemasan!

58
00:03:42,400 --> 00:03:43,960
Memang anak emas!

59
00:03:49,560 --> 00:03:51,880
Arsenal ada beberapa bintang terkenal.

60
00:03:52,560 --> 00:03:53,440
Apa?

61
00:03:55,440 --> 00:03:58,800
Termasuklah Kapten Kelab,
Pierre-Emerick Aubameyang.

62
00:04:00,960 --> 00:04:04,680
Tapi sebahagian besar skuad
terdiri daripada pemain bawah 25 tahun.

63
00:04:04,760 --> 00:04:08,440
Malah, Arsenal mempunyai skuad paling muda
dalam Liga Perdana.

64
00:04:10,320 --> 00:04:12,920
Antara pemain muda yang paling menarik...

65
00:04:14,000 --> 00:04:16,600
ialah Bukayo Saka, berusia 19 tahun.

66
00:04:18,200 --> 00:04:21,680
Sebaik saja ditinjau oleh Arsenal,
saya hanya ada satu pilihan.

67
00:04:22,920 --> 00:04:26,680
Saya masih ingat para peninjau
mendekati ibu bapa dan memberi

68
00:04:26,760 --> 00:04:28,720
kad dengan lambang Arsenal.

69
00:04:28,800 --> 00:04:31,760
Saya masuk ke kereta
dan bapa saya menunjukkannya.

70
00:04:31,800 --> 00:04:36,200
Saya ambil kad itu lalu menyimpannya
selama beberapa hari.

71
00:04:37,159 --> 00:04:39,640
Semasa kecil,
kita bermain untuk suka-suka,

72
00:04:39,720 --> 00:04:42,520
tapi apabila dipanggil
oleh pasukan yang kita tonton,

73
00:04:42,600 --> 00:04:47,240
itu amat bermakna,
jadi saya tak sabar untuk terus bermula.

74
00:04:55,600 --> 00:04:59,640
Bukayo mewakili England
dalam perlawanan akhir Kejohanan Eropah.

75
00:05:00,800 --> 00:05:04,320
Dia yang membuat tendangan akhir
dalam sepakan penalti.

76
00:05:04,920 --> 00:05:07,360
Jadi, Bukayo Saka sekarang...

77
00:05:08,000 --> 00:05:08,800
11 JULAI 2021

78
00:05:08,920 --> 00:05:12,520
Inilah detik terpenting dalam
bola sepak Inggeris sejak lebih 50 tahun.

79
00:05:13,120 --> 00:05:17,080
Saka, saya yakin dengan awak.
Awak begitu bagus sepanjang kejohanan.

80
00:05:17,160 --> 00:05:18,240
Ayuh, kawan.

81
00:05:19,320 --> 00:05:22,360
Pemain berusia 19 tahun ini
mesti menjaringkan gol.

82
00:05:24,920 --> 00:05:28,040
Selamat. Donnarumma menyelamat.

83
00:05:28,120 --> 00:05:31,600
England gagal
dalam tiga sepakan penalti berturut-turut.

84
00:05:31,680 --> 00:05:35,400
Malangnya Bukayo Saka
telah tersasar sepakan penentunya.

85
00:05:43,640 --> 00:05:48,560
Sejak kegagalannya itu, Bukayo menjadi
sasaran kecaman bersifat perkauman.

86
00:05:50,920 --> 00:05:54,640
Prestasinya dalam kejohanan ini
dan cara dia menghadapi kecaman

87
00:05:54,720 --> 00:05:56,159
menjadikannya sebutan ramai.

88
00:05:57,640 --> 00:05:58,640
Ya Tuhan.

89
00:06:00,920 --> 00:06:03,440
Orang yang membuat sepakan penalti

90
00:06:03,520 --> 00:06:06,880
ialah seorang wira.
Tentulah lebih baik jika dia berjaya...

91
00:06:06,960 --> 00:06:08,080
THIERRY HENRY
PEMEGANG REKOD JARINGAN GOL ARSENAL

92
00:06:08,160 --> 00:06:09,360
...faham-fahamlah.

93
00:06:09,440 --> 00:06:13,440
Namun, bagi saya, kelakuannya sekarang
serta sifat rendah dirinya,

94
00:06:13,520 --> 00:06:17,120
sangatlah bagus
kerana dia daripada akademi

95
00:06:17,200 --> 00:06:19,840
dan dia memang
pemain Arsenal yang sebenar.

96
00:06:19,920 --> 00:06:24,960
Orang ramai tak menyedari tekanan apabila
suatu permainan bergantung kepada kita.

97
00:06:25,240 --> 00:06:29,120
Itu peranan kami semasa
masuk ke padang. Itu peranan kami,

98
00:06:29,200 --> 00:06:33,480
tapi orang ramai tak peduli
tentang perasaan kami sebagai manusia,

99
00:06:33,560 --> 00:06:36,080
dan ini menyukarkan keadaan.

100
00:06:37,880 --> 00:06:42,680
Sebelum ini, saya ingat
saya boleh buat perkara-perkara biasa,

101
00:06:42,760 --> 00:06:44,560
tapi sekarang tak boleh lagi.

102
00:06:47,120 --> 00:06:48,920
-Pinggan panas.
-Terima kasih.

103
00:06:49,000 --> 00:06:51,240
Cantik. Ya. Terima kasih.

104
00:06:52,520 --> 00:06:55,240
Jika masak telur di rumah,
ia masak sepenuhnya. Jadi...

105
00:06:55,720 --> 00:06:56,800
Awak tak masak, kawan.

106
00:06:56,880 --> 00:06:58,400
Siapa kata saya tak masak?

107
00:06:58,480 --> 00:07:00,280
Saya kata saya buat apa semalam?

108
00:07:00,360 --> 00:07:03,520
Dia kata, kononnya dia pergi ke Waitrose
untuk beli barang masakan.

109
00:07:04,880 --> 00:07:05,840
Kononnya...

110
00:07:06,840 --> 00:07:08,560
Kawan, sumpah demi Tuhan.

111
00:07:08,640 --> 00:07:11,080
Semua pekerja menunggu saya di luar.

112
00:07:11,160 --> 00:07:12,280
Apa!

113
00:07:12,360 --> 00:07:15,360
Mungkin mereka cam muka saya
semasa masuk ke situ.

114
00:07:15,440 --> 00:07:17,000
Awak tak pakai hud?

115
00:07:17,080 --> 00:07:19,240
Saya dah pakai hud dan pelitup muka.

116
00:07:19,320 --> 00:07:20,960
Mereka masih boleh cam awak?

117
00:07:21,480 --> 00:07:23,040
Semasa saya nak balik...

118
00:07:23,120 --> 00:07:24,160
Kesemua...

119
00:07:24,240 --> 00:07:26,560
Lapan orang pekerja menunggu
di luar pintu masuk.

120
00:07:26,640 --> 00:07:27,760
Mereka bertepuk tangan?

121
00:07:27,840 --> 00:07:30,280
Tak, sebaik saja saya keluar
mereka kata...

122
00:07:30,360 --> 00:07:32,000
"Boleh kita bergambar?"

123
00:07:32,280 --> 00:07:33,280
Dahsyat, bukan?

124
00:07:33,360 --> 00:07:35,720
Saya memakai hud dan pelitup muka.

125
00:07:35,800 --> 00:07:38,360
Saya tak tahu nak buat apa lagi.

126
00:07:38,960 --> 00:07:39,880
Susah juga...

127
00:07:39,960 --> 00:07:41,760
Dulu, saya tak terfikir hal ini.

128
00:07:41,840 --> 00:07:44,159
Saya cuma fikir tentang bola sepak,

129
00:07:44,240 --> 00:07:47,480
saya langsung tak terfikir
hal-hal di luar padang.

130
00:07:47,560 --> 00:07:49,840
Pihak media dan sebagainya.

131
00:07:49,920 --> 00:07:52,720
Tapi saya takkan mengubah apa-apa kerana,

132
00:07:52,800 --> 00:07:55,080
impian saya telah menjadi kenyataan.

133
00:07:57,159 --> 00:08:00,680
Skuad muda ini dipimpin
oleh pengurus Liga Perdana termuda.

134
00:08:00,920 --> 00:08:05,120
Bekas kapten Arsenal berusia 39 tahun,
Mikel Arteta.

135
00:08:05,200 --> 00:08:07,320
-Selamat pagi, Kelly.
-Pagi, Mikel.

136
00:08:07,400 --> 00:08:09,040
Arteta menghadapi tekanan.

137
00:08:09,400 --> 00:08:12,640
Prestasi Arsenal tak konsisten
sejak dia menjadi pengurus,

138
00:08:12,720 --> 00:08:15,080
dan ini perlu berubah pada musim ini.

139
00:08:15,960 --> 00:08:16,800
MIKEL ARTETA
PENGURUS

140
00:08:16,880 --> 00:08:19,440
Kelab ini berharap untuk sentiasa menang.

141
00:08:19,520 --> 00:08:24,040
Kami mahu menjuarai Liga Eropah
dan kami perlu meraih piala.

142
00:08:24,120 --> 00:08:27,760
Awak sayap kita, halakan bola ke sini.
Belakang tengah di mana?

143
00:08:27,840 --> 00:08:29,160
-Di sana, ya?
-Di sana.

144
00:08:29,240 --> 00:08:33,000
Objektif utama saya
ialah mendapatkan semula keyakinan peminat

145
00:08:33,039 --> 00:08:35,880
yang telah pudar sejak beberapa tahun ini.

146
00:08:37,600 --> 00:08:42,120
Bola sepak patut membawa
emosi positif kepada orang ramai.

147
00:08:44,480 --> 00:08:48,840
Jika kami berjaya buat begitu,
sesuatu yang indah mungkin berlaku.

148
00:08:49,760 --> 00:08:50,760
Tiga! Dua!

149
00:08:55,360 --> 00:08:58,080
Saya rasa awak patut cakap,

150
00:08:58,160 --> 00:09:01,640
"Helo, gembira dapat bertemu lagi,
kita mulakan sekali lagi."

151
00:09:02,200 --> 00:09:06,840
Dalam media, kebolehan Mikel
sebagai pengurus sedang dipersoalkan.

152
00:09:06,880 --> 00:09:08,040
Selamat pagi, semua.

153
00:09:08,640 --> 00:09:11,960
Selamat pagi.
Seronok berjumpa lagi untuk musim baharu.

154
00:09:12,040 --> 00:09:15,600
Ini musim ketiga awak, bukan?
Dah dua kali di tangga kelapan.

155
00:09:15,640 --> 00:09:19,480
Adakah awak berasa
inilah masanya untuk menunjukkan hasil?

156
00:09:20,240 --> 00:09:24,000
Matlamat kami ialah
memberikan versi terbaik secara konsisten,

157
00:09:24,080 --> 00:09:27,520
yang akan meningkatkan
kebolehan kami untuk menang.

158
00:09:27,640 --> 00:09:29,600
Itu yang saya mahukan.

159
00:09:29,640 --> 00:09:31,640
Hari Jumaat, menewaskan Brentford,

160
00:09:31,760 --> 00:09:34,400
kami berusaha gigih beberapa minggu ini

161
00:09:34,480 --> 00:09:36,640
untuk bersedia sebaik mungkin.

162
00:09:36,720 --> 00:09:40,400
Saya tahu anda mahu melihat hasilnya,
jadi nantikanlah permulaannya.

163
00:09:40,720 --> 00:09:43,440
-Terima kasih, Mikel.
-Terima kasih.

164
00:09:49,720 --> 00:09:50,520
BRENTFORD LWN ARSENAL

165
00:09:50,640 --> 00:09:51,760
STADIUM KOMUNITI BRENTFORD
13 OGOS 2021

166
00:09:51,840 --> 00:09:55,040
Perlawanan pertama Arsenal
dengan Brentford yang baru masuk ke liga.

167
00:09:55,120 --> 00:09:57,280
Mereka menjangkakan kemenangan,

168
00:09:57,360 --> 00:10:00,360
tapi COVID
telah mengganggu persediaan mereka,

169
00:10:00,440 --> 00:10:02,400
dan keadaan jadi semakin teruk.

170
00:10:02,480 --> 00:10:04,320
Jika anda belum tahu,

171
00:10:04,400 --> 00:10:07,520
Pierre-Emerick Aubameyang
dan Alex Lacazette

172
00:10:07,640 --> 00:10:10,240
tak turut serta malam ini
kerana tak sihat.

173
00:10:12,200 --> 00:10:15,280
Perarakan Black Lives Matter
sebelum perlawanan juga

174
00:10:15,360 --> 00:10:17,400
akan diteruskan pada musim ini.

175
00:10:17,480 --> 00:10:21,120
Lega melihat anak muda kita
Bukayo Saka di bangku sana.

176
00:10:22,520 --> 00:10:23,520
Dah bermula.

177
00:10:35,320 --> 00:10:38,520
Arsenal bermula dengan baik
dan menguasai pihak lawan.

178
00:10:42,640 --> 00:10:44,200
Tapi selepas 20 minit...

179
00:10:49,520 --> 00:10:50,520
Gol untuk Brentford.

180
00:10:58,640 --> 00:10:59,920
Arsenal melawan.

181
00:11:06,720 --> 00:11:10,680
Selepas 60 minit,
Mikel membawa masuk Bukayo Saka.

182
00:11:14,320 --> 00:11:16,640
Itu bukan saja penyokong Arsenal,

183
00:11:17,280 --> 00:11:19,560
itu juga semua penyokong Brentford...

184
00:11:19,640 --> 00:11:20,880
PENYOKONG BEES MENENTANG RASISME

185
00:11:20,960 --> 00:11:24,920
...bersorak menyambut Bukayo Saka
sejak tersasar sepakan penalti itu.

186
00:11:25,000 --> 00:11:27,000
Dia tak berjaya membantu Arsenal.

187
00:11:27,080 --> 00:11:28,640
Saka menuju ke sebelah kiri

188
00:11:28,720 --> 00:11:31,960
lalu ditarik ke seberang sana
Granit Xhaka menyepak rendah,

189
00:11:32,040 --> 00:11:33,800
tapi tersasar di luar tiang.

190
00:11:36,400 --> 00:11:38,080
Sørensen membaling jauh

191
00:11:38,160 --> 00:11:40,960
yang melantun
ke kawasan penalti dan masuk!

192
00:11:42,560 --> 00:11:44,640
Gol kedua bagi Brentford!

193
00:11:46,000 --> 00:11:48,280
Harapan Mikel untuk memberi

194
00:11:48,360 --> 00:11:50,680
permulaan positif pada musim ini musnah.

195
00:11:52,520 --> 00:11:56,600
Penyokong Arsenal dah mula melambai.
Mereka sedang beredar.

196
00:11:57,640 --> 00:12:02,160
Bagi mereka, kekalahan terhadap Brentford
tak dapat diterima.

197
00:12:02,240 --> 00:12:03,640
Kejatuhan bermula.

198
00:12:04,640 --> 00:12:06,040
Memalukan sungguh.

199
00:12:08,160 --> 00:12:09,880
Kita tercorot dalam liga ini.

200
00:12:12,120 --> 00:12:13,360
Mereka menang!

201
00:12:13,440 --> 00:12:17,160
Mereka menang dua kosong melawan Arsenal.

202
00:12:17,240 --> 00:12:18,760
Mereka pasti tertekan.

203
00:12:18,840 --> 00:12:20,120
Tiada alasan lagi,

204
00:12:20,200 --> 00:12:22,840
seterusnya melawan
Chelsea, Manchester City,

205
00:12:22,920 --> 00:12:24,560
rasanya sebab itulah

206
00:12:24,640 --> 00:12:27,320
Mikel Arteta pasti menghadapi tekanan,

207
00:12:27,400 --> 00:12:29,760
setimpal mahupun tidak, itu hakikatnya.

208
00:12:47,560 --> 00:12:48,560
Pagi.

209
00:12:49,600 --> 00:12:52,200
Sebagai pengurus, kita pasti ada tekanan.

210
00:12:53,480 --> 00:12:57,040
Kita sering dipersoalkan.
Kita pasti perlu menangani masalah.

211
00:12:57,560 --> 00:13:02,200
Itu tugas saya dan saya benar-benar
mahu mempertahankan kelab ini.

212
00:13:02,280 --> 00:13:05,160
Saya mahu mempertahankan
pemain dan penyokong.

213
00:13:05,240 --> 00:13:07,960
Mereka pun sama
dan kami akan berusaha bersama.

214
00:13:08,440 --> 00:13:11,360
Buang Kroenke,
kami nak buang Kroenke.

215
00:13:11,440 --> 00:13:16,080
Buang Kroenke,
kami nak buang Kroenke.

216
00:13:16,160 --> 00:13:17,400
PERSETANKAN PROSES INI.

217
00:13:17,520 --> 00:13:19,920
Hubungan antara penyokong dan kelab

218
00:13:20,000 --> 00:13:22,720
semakin teruk menjelang April 2021.

219
00:13:22,800 --> 00:13:24,520
Para peminat menentang pilihan kelab

220
00:13:24,600 --> 00:13:28,240
mempersetujui penyertaan ke
Liga Super Eropah yang baru dicadangkan.

221
00:13:29,560 --> 00:13:32,960
Kemarahan peminat banyak ditujukan
kepada pemilik kelab,

222
00:13:33,040 --> 00:13:34,480
keluarga Kroenke.

223
00:13:34,560 --> 00:13:39,000
Patutkah kelab bola sepak dimiliki
orang yang tak peduli? Saya tak faham.

224
00:13:39,080 --> 00:13:42,040
Kenapa kita dimasukkan
ke Liga Super? Tolonglah.

225
00:13:42,840 --> 00:13:46,640
Sukan dan Hiburan Kroenke
ditubuhkan oleh Stan Kroenke.

226
00:13:46,720 --> 00:13:50,240
Ia merupakan empayar sukan
milik persendirian terbesar di dunia.

227
00:13:51,440 --> 00:13:55,000
Syarikat ini dilaporkan bernilai
sekitar sepuluh bilion dolar.

228
00:13:55,960 --> 00:13:57,520
Manakala bagi Arsenal,

229
00:13:57,600 --> 00:14:01,000
anak kepada Stan, Josh,
ialah antara empat pengarahnya.

230
00:14:01,080 --> 00:14:04,480
Apakah cabaran utama
memiliki kelab bola sepak?

231
00:14:04,560 --> 00:14:06,360
JOSH KROENKE
PENGARAH

232
00:14:06,440 --> 00:14:07,800
Nak mula dari mana?

233
00:14:12,760 --> 00:14:16,320
Keluarga saya mengambil alih kelab ini
pada tahun 2018.

234
00:14:16,400 --> 00:14:18,440
Pasti ada waktu peralihan

235
00:14:18,520 --> 00:14:21,440
dan kami takkan berjaya
pada percubaan pertama.

236
00:14:21,520 --> 00:14:25,560
Pasti ada cabaran dan kita harus
cukup tabah untuk menghadapinya.

237
00:14:25,640 --> 00:14:28,280
Buang Kroenke,
kami nak buang Kroenke.

238
00:14:28,360 --> 00:14:30,360
KROENKE
KELUAR

239
00:14:31,480 --> 00:14:33,400
Itu waktu yang amat sukar.

240
00:14:33,480 --> 00:14:37,040
Kami tahu ramai orang tak puas hati
dan itu menyedihkan.

241
00:14:39,000 --> 00:14:42,400
Masih jauh perjalanan
untuk meraih semula keyakinan peminat,

242
00:14:42,480 --> 00:14:45,200
tapi kami sudah bermula di belakang tabir.

243
00:14:45,280 --> 00:14:49,280
Josh terbang ke London untuk berjumpa
dengan Pengarah Teknikal, Edu Gaspar,

244
00:14:49,360 --> 00:14:52,080
dan CEO, Vinai Venkatesham.

245
00:14:52,960 --> 00:14:54,800
Bersama lembaga pengarah Arsenal,

246
00:14:54,880 --> 00:14:58,280
Josh telah meluluskan
pelan naik taraf skuad pertama.

247
00:14:59,000 --> 00:15:01,840
Seperti yang kita nampak, kita masih ada

248
00:15:01,920 --> 00:15:04,280
banyak kerja yang perlu dibuat, rasanya.

249
00:15:04,360 --> 00:15:08,080
Melihat situasi begitu...

250
00:15:08,480 --> 00:15:11,440
Itu rancangan saya
di penghujung jendela pemindahan,

251
00:15:11,520 --> 00:15:14,640
untuk membersih
dan mengimbang semula posisi itu.

252
00:15:14,720 --> 00:15:17,280
Martin dah ada di sini

253
00:15:17,360 --> 00:15:19,960
dalam posisi yang sangat penting

254
00:15:20,040 --> 00:15:23,280
kerana sebelum ini
Smith Rowe berada di posisi itu,

255
00:15:23,360 --> 00:15:27,400
sekarang ada dua nombor sepuluh.
Martin memberikan kefleksibelan.

256
00:15:27,480 --> 00:15:30,600
Kita dah capai tujuan kita
tentang profil umur skuad.

257
00:15:30,680 --> 00:15:34,160
Melihat pemain kita,
semuanya berumur 21, 22, 23, 24 tahun.

258
00:15:35,760 --> 00:15:39,920
Josh dan lembaga pengarah Arsenal
membayar £30 juta untuk pemindahan

259
00:15:40,000 --> 00:15:42,760
pemuda berbakat luar biasa Norway,
Martin Ødegaard.

260
00:15:42,840 --> 00:15:45,200
-Awak gembira?
-Ya. Mestilah.

261
00:15:46,080 --> 00:15:47,760
Gembira dapat kembali?

262
00:15:49,320 --> 00:15:52,840
Saya ada terdengar tentang gaji awak,
dahsyat betul.

263
00:15:52,920 --> 00:15:56,560
Kontrak dengan beberapa pemain muda lain
berjaya diperoleh.

264
00:15:56,640 --> 00:16:00,600
Albert Sambi Lokonga, 21 tahun, £15 juta.

265
00:16:00,960 --> 00:16:03,960
Nuno Tavares, 21 tahun, £7 juta.

266
00:16:06,720 --> 00:16:10,320
Kontrak baru paling mahal
adalah untuk Ben White, 23 tahun,

267
00:16:10,400 --> 00:16:12,120
yang berharga £50 juta.

268
00:16:14,480 --> 00:16:17,600
Beberapa budak kecil
asyik mengkritik saya,

269
00:16:17,680 --> 00:16:20,760
-mereka kata saya tak patut diambil.
-Yakah?

270
00:16:20,960 --> 00:16:24,760
Mereka kata,
"50 juta? Awak tak hebat pun."

271
00:16:27,040 --> 00:16:30,720
Arsenal paling banyak berbelanja
semasa jendela pemindahan ini

272
00:16:30,800 --> 00:16:33,120
dan masih mencari pemain lain.

273
00:16:36,240 --> 00:16:38,920
Rancangan utamanya akan lebih jelas

274
00:16:39,000 --> 00:16:40,600
selepas jendela pemindahan ini.

275
00:16:40,680 --> 00:16:43,000
Awak masih berlari laju,
masih sedia bermain.

276
00:16:43,080 --> 00:16:44,160
Sangat susah nak kejar.

277
00:16:44,240 --> 00:16:48,720
Anda boleh nampak
kami benar-benar mencari bakat muda,

278
00:16:48,800 --> 00:16:50,960
yang boleh berkembang bersama kami.

279
00:16:51,920 --> 00:16:54,600
-Apa khabar? Sihat?
-Baik, Josh. Ya.

280
00:16:54,680 --> 00:16:56,040
Ini minggu yang mencabar.

281
00:16:56,120 --> 00:16:57,000
Ya.

282
00:16:57,080 --> 00:17:00,240
Selepas kekalahan pertama, kita dah tahu

283
00:17:00,320 --> 00:17:02,640
tsunami dah pun tiba pada hari pertama.

284
00:17:02,720 --> 00:17:04,520
Awan sedang gelap.

285
00:17:06,079 --> 00:17:07,400
-Helo.
-Apa khabar?

286
00:17:07,480 --> 00:17:09,280
-Baik, apa khabar?
-Khabar baik.

287
00:17:10,040 --> 00:17:12,640
Saya benar-benar ikhlas
dalam pesanan teks saya,

288
00:17:12,720 --> 00:17:16,160
abaikan semua itu, masa depan awak
amat cerah. Pasti seronok.

289
00:17:16,240 --> 00:17:19,520
Dia diberi tepukan di setiap stadium.
Dia diberi tepukan.

290
00:17:23,040 --> 00:17:25,760
Setelah 18 bulan
tidak berada di Stadium Emirates,

291
00:17:25,800 --> 00:17:26,880
penyokong dah kembali.

292
00:17:30,000 --> 00:17:34,480
Pasti mencabar melawan pemenang
Liga Juara-Juara Eropah, Chelsea.

293
00:17:35,000 --> 00:17:37,720
Minggu ini melawan Chelsea,
kemudian Man City.

294
00:17:37,800 --> 00:17:42,240
Ini nampaknya bukan permulaan
yang baik bagi awak musim ini.

295
00:17:42,320 --> 00:17:46,800
Saya tahu ada orang berniat
untuk menjatuhkan kami, mengkritik kami,

296
00:17:46,880 --> 00:17:48,720
tapi kami tak kisah.

297
00:17:48,800 --> 00:17:51,560
Siapa yang awak maksudkan? Bekas pemain?

298
00:17:51,680 --> 00:17:55,800
Presiden Rwanda juga
mengutuk permainan kalian minggu lepas,

299
00:17:55,920 --> 00:17:58,320
katanya, "Arsenal
tak patut sekadar sederhana."

300
00:17:58,440 --> 00:18:01,080
Arsenal banyak berbelanja
berbanding kelab lain.

301
00:18:01,200 --> 00:18:04,040
Inikah cabaran terbesar
sejak mengetuai Arsenal?

302
00:18:04,080 --> 00:18:07,000
Para pemain mahupun awak
tak berasa tertekan?

303
00:18:07,080 --> 00:18:10,000
Jika bola sepak atau mana-mana sukan elit
tiada tekanan,

304
00:18:10,080 --> 00:18:11,760
kita dah tersalah pilih kerjaya.

305
00:18:11,800 --> 00:18:13,160
Terima kasih, semua.

306
00:18:17,680 --> 00:18:19,760
Bagus. Jelas dan berterus terang.

307
00:18:20,560 --> 00:18:22,800
-Mereka agak mencabar hari ini.
-Ya.

308
00:18:25,280 --> 00:18:28,280
Hal Ramsdale itu pun terkeluar tadi.

309
00:18:28,720 --> 00:18:30,320
Talk Sport, berita sukan.

310
00:18:30,440 --> 00:18:33,800
Arsenal mengumumkan pengambilan
penjaga gol, Aaron Ramsdale,

311
00:18:33,880 --> 00:18:36,440
secara jangka panjang
daripada Sheffield United.

312
00:18:36,520 --> 00:18:38,480
Setelah lama berunding,

313
00:18:39,480 --> 00:18:44,040
Arsenal bersetuju membayar £30 juta untuk
penjaga gol Inggeris berusia 23 tahun,

314
00:18:44,080 --> 00:18:45,080
Aaron Ramsdale.

315
00:18:45,200 --> 00:18:46,040
Pagi.

316
00:18:46,560 --> 00:18:48,560
-Awak seorang saja? Bagus.
-Ya.

317
00:18:48,640 --> 00:18:52,440
Dia perlu lulus pemeriksaan
bersama doktor kelab, Gary O'Driscoll.

318
00:18:52,520 --> 00:18:54,080
Silakan duduk.

319
00:18:56,640 --> 00:18:59,280
-Tahniah diucapkan.
-Terima kasih.

320
00:18:59,320 --> 00:19:01,440
-Lama juga kami menunggu.
-Ya.

321
00:19:01,880 --> 00:19:04,080
Kami teruja dengan kedatangan awak.

322
00:19:04,480 --> 00:19:06,880
-Awak pernah buat pemeriksaan?
-Ya.

323
00:19:06,960 --> 00:19:09,320
Awak penjaga gol, tangan kanan atau kidal?

324
00:19:09,400 --> 00:19:10,320
Kanan.

325
00:19:10,440 --> 00:19:11,800
-Kaki pula?
-Kanan.

326
00:19:12,280 --> 00:19:14,960
-Dah berkahwin, ada pasangan, ada anak?
-Pasangan.

327
00:19:15,040 --> 00:19:16,720
-Ada pasangan?
-Ya.

328
00:19:17,080 --> 00:19:20,520
Nanti saya akan beri nombor saya
dan jika ada masalah

329
00:19:20,560 --> 00:19:25,440
dengan awak, pasangan atau
mana-mana ahli keluarga, apa-apa masalah

330
00:19:25,520 --> 00:19:28,280
telefon saja saya, kita boleh selesaikan.

331
00:19:28,320 --> 00:19:30,440
-Ada apa-apa kecederaan?
-Tiada.

332
00:19:30,520 --> 00:19:31,920
Bila kecederaan terakhir?

333
00:19:32,000 --> 00:19:34,560
-Yang menghalang saya daripada bermain?
-Ya.

334
00:19:34,680 --> 00:19:37,400
Kalau dah tak ingat, baguslah.

335
00:19:37,480 --> 00:19:39,320
-Lengan, siku?
-Tiada.

336
00:19:39,400 --> 00:19:40,480
-Pergelangan?
-Tiada.

337
00:19:40,560 --> 00:19:42,080
Jari, tangan, tak pernah patah...

338
00:19:42,200 --> 00:19:44,080
-Pernah patah.
-Ibu jari.

339
00:19:44,160 --> 00:19:47,560
-Ada masalah sejak itu?
-Tiada. Retak akibat bengkok.

340
00:19:48,240 --> 00:19:50,560
Itu saja? Tiada kecederaan lain.

341
00:19:50,640 --> 00:19:54,000
Awak pernah menjalani apa-apa pembedahan?

342
00:19:54,080 --> 00:19:55,520
Groin? Hernia?

343
00:19:55,560 --> 00:19:57,800
Saya patah tangan pada umur sepuluh tahun.

344
00:19:58,560 --> 00:20:00,080
Bagaimana ia berlaku?

345
00:20:01,680 --> 00:20:03,240
Lebih baik jangan tanya?

346
00:20:03,320 --> 00:20:06,080
Terjatuh dari papan selaju
semasa menuruni gelongsor.

347
00:20:07,320 --> 00:20:08,320
Bagus.

348
00:20:09,800 --> 00:20:12,720
Jelas awak bakal menjadi
penjaga gol hebat. Saya suka.

349
00:20:13,880 --> 00:20:18,040
Semasa saya bermain bola
bersama ayah dan adik-beradik,

350
00:20:18,080 --> 00:20:20,240
ayah saya tanya, "Nak bermain di mana?"

351
00:20:20,320 --> 00:20:23,000
saya kata, "Di gol,"
dan dia kata, "Gilakah?"

352
00:20:23,080 --> 00:20:24,920
Saya cuma mengangkat bahu.

353
00:20:26,560 --> 00:20:29,720
Rasanya disebabkan keseronokan
berguling di dalam lumpur.

354
00:20:30,280 --> 00:20:34,640
Menyelamatkan bola,
berkelakuan macam badut dan sebagainya.

355
00:20:34,800 --> 00:20:36,400
Awak kenal sesiapa di sini?

356
00:20:36,480 --> 00:20:39,560
Ben, Bukayo, Emile, Reiss...

357
00:20:40,720 --> 00:20:42,440
-Semua melalui England?
-Ya.

358
00:20:42,520 --> 00:20:45,800
Saya juga kenal Rob sikit-sikit,
semasa di Bolton.

359
00:20:46,680 --> 00:20:48,680
-Awak di Bolton juga.
-Semasa kecil.

360
00:20:48,760 --> 00:20:50,280
-Tak sangka.
-Ya.

361
00:20:50,320 --> 00:20:54,480
Semasa berada di akademi di Bolton,
mendapat beberapa kontrak

362
00:20:54,560 --> 00:20:57,560
semasa berusia 12 hingga 16 tahun,
kita sedar bahawa

363
00:20:57,640 --> 00:21:01,080
kita berbakat kerana
ada sebabnya kita berada di akademi,

364
00:21:01,160 --> 00:21:05,240
tapi saya rasa
hanya semasa berusia 17, 18 tahun,

365
00:21:05,320 --> 00:21:07,800
prestasi saya semakin baik di Sheff United

366
00:21:07,920 --> 00:21:10,320
dan saya benar-benar selesa di skuad itu,

367
00:21:10,440 --> 00:21:13,800
barulah saya terfikir,
"Mungkin saya ada peluang."

368
00:21:13,920 --> 00:21:16,040
Enam bulan kemudian, saya di Bournemouth.

369
00:21:18,480 --> 00:21:21,240
Sebelum dia di Bournemouth,
mereka diturunkan.

370
00:21:21,320 --> 00:21:23,000
Mereka banyak berbelanja.

371
00:21:23,080 --> 00:21:26,080
Saya tak berapa faham
tentang pemilihan Ramsdale.

372
00:21:27,280 --> 00:21:29,000
Mereka asyik dipersendakan.

373
00:21:30,960 --> 00:21:36,160
Saya telah mematikan semua komen
di Instagram dan Twitter.

374
00:21:36,240 --> 00:21:37,720
Tak perlu menghiraukannya.

375
00:21:37,800 --> 00:21:41,280
Saya hanya perlu mendengar cakap pengurus,

376
00:21:41,320 --> 00:21:42,640
dia memilih kami.

377
00:21:42,720 --> 00:21:45,520
Saya perlu dengar cakap
rakan-rakan dan keluarga

378
00:21:45,560 --> 00:21:49,920
yang setia bersama saya
semasa susah dan senang.

379
00:21:53,920 --> 00:21:58,040
Orang memang iri hati, mudah berubah hati,
ingat mereka lebih pandai.

380
00:21:58,120 --> 00:22:01,760
Mereka mengelat,
bersembunyi di sebalik papan kekunci.

381
00:22:01,840 --> 00:22:03,120
Itu cuma jalan mudah.

382
00:22:05,680 --> 00:22:08,120
Membacanya akan menjejaskan kita,

383
00:22:08,200 --> 00:22:10,840
dan tentulah
menjejaskan keadaan mental kita.

384
00:22:10,920 --> 00:22:14,560
Nilailah saya di penghujungnya
dan kita tengok kesudahannya.

385
00:22:14,640 --> 00:22:19,320
ARSENAL LWN CHELSEA
STADIUM EMIRATES - 22 OGOS 2021

386
00:22:19,400 --> 00:22:21,200
Arsenal! Ayuh!

387
00:22:25,200 --> 00:22:28,120
Arsenal...

388
00:22:35,360 --> 00:22:38,720
Perlawanan liga kedua musim ini
ialah menentang Chelsea.

389
00:22:40,640 --> 00:22:42,560
Kapten Aubameyang dah kembali.

390
00:22:42,640 --> 00:22:45,080
Dia pemain simpanan
setelah menghidap COVID,

391
00:22:45,600 --> 00:22:49,600
tapi pemain bernilai £50 juta,
Ben White pula yang terkena virus.

392
00:22:50,800 --> 00:22:54,400
Mikel memerlukan
pasukannya cemerlang sebagai tuan rumah

393
00:22:54,480 --> 00:22:57,040
jika tidak,
penonton akan menentang mereka.

394
00:22:59,360 --> 00:23:02,920
Persoalannya, berapa lama
penyokong Arsenal tetap menyokong mereka

395
00:23:03,000 --> 00:23:04,720
jika keadaan tak berubah.

396
00:23:05,640 --> 00:23:08,840
Kerana jika Arsenal
ada peminat pada musim lepas

397
00:23:08,920 --> 00:23:12,880
kita pasti tahu betapa kecewanya mereka
melihat pasukan mereka.

398
00:23:14,040 --> 00:23:16,240
Tak seronok menyokong Arsenal sekarang.

399
00:23:16,320 --> 00:23:17,320
KSI
PENGHIBUR

400
00:23:17,400 --> 00:23:21,800
Secara jujurnya,
tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.

401
00:23:22,560 --> 00:23:27,040
Begitu banyak kekalahan, terutamanya
setelah begitu banyak kemenangan,

402
00:23:27,120 --> 00:23:30,680
dahulu kami sentiasa masuk
ke Liga Juara-juara. Sedih betul.

403
00:23:30,760 --> 00:23:32,400
Kenapa terus menyokong mereka?

404
00:23:32,480 --> 00:23:37,040
Mestilah. Takkanlah tiba-tiba
saya nak jadi penyokong Chelsea.

405
00:23:38,320 --> 00:23:40,680
Atau Tottenham... Saya tak sanggup.

406
00:23:43,000 --> 00:23:46,320
Ayuh semua. Jom. Kita boleh buat. Ayuh.

407
00:23:46,400 --> 00:23:47,720
Ayuh. Dah nak mula.

408
00:23:50,560 --> 00:23:51,760
Bertenang.

409
00:23:51,840 --> 00:23:55,080
OK, minggu ini, kita semua kecewa.

410
00:23:55,160 --> 00:23:58,760
Kita berasa kecewa kerana
ramai orang melukakan perasaan kita.

411
00:24:00,240 --> 00:24:03,200
Saya boleh nampak selepas perlawanan itu,
betapa kalian terasa

412
00:24:03,280 --> 00:24:04,240
dan saya sedih.

413
00:24:04,320 --> 00:24:06,320
Saya bersedih bagi kalian dan staf,

414
00:24:06,400 --> 00:24:09,640
dan semua orang yang mengambil berat
tentang kita di kelab bola sepak.

415
00:24:09,720 --> 00:24:12,080
Bukan untuk diri saya
atau disebabkan kritikan.

416
00:24:12,160 --> 00:24:15,320
Untuk kalian semua, kerana saya tahu
betapa gigihnya usaha kalian.

417
00:24:15,760 --> 00:24:19,600
Hari ini, kita berpeluang
untuk membuktikan sesuatu

418
00:24:19,680 --> 00:24:24,080
iaitu apabila semua orang menentang kita,
kita akan bertambah kuat.

419
00:24:25,960 --> 00:24:29,240
Arsenal perlu lebih baik
dalam perlawanan pembukaan ini

420
00:24:29,320 --> 00:24:34,440
sambil pasukan Gunner ini menyambut
Juara Eropah Chelsea ke Stadium Emirates.

421
00:24:34,520 --> 00:24:37,360
Romelu Lukaku terus mencuri tumpuan

422
00:24:37,440 --> 00:24:40,320
ekoran pemindahannya
daripada Inter bernilai £100 juta.

423
00:24:41,440 --> 00:24:44,000
Sedia untuk bermula. Dengarkan.

424
00:24:44,960 --> 00:24:48,600
Seraya bola sepak Liga Perdana
kembali ke Stadium Emirates.

425
00:24:49,880 --> 00:24:52,000
Meskipun disokong laungan peminat,

426
00:24:53,200 --> 00:24:57,400
Arsenal terus menghadapi tekanan
dan Chelsea menjaringkan gol pertama.

427
00:24:58,280 --> 00:25:00,600
James sebelah kanan di kawasan penalti,

428
00:25:00,680 --> 00:25:02,920
peluang terbuka bagi Lukaku, berjaya!

429
00:25:04,440 --> 00:25:07,560
Bayaran yang mahal itu
awal-awal lagi sudah berbaloi

430
00:25:07,640 --> 00:25:09,560
dan begitu mudah dijaringkan.

431
00:25:21,920 --> 00:25:25,480
Marcus Alonso, sepakan baik oleh Havertz,
kini Romelu Lukaku,

432
00:25:25,560 --> 00:25:27,800
sekarang pada Mount ke arah James,

433
00:25:29,600 --> 00:25:32,800
yang menyumbatnya ke belakang net
dengan penuh gaya.

434
00:25:33,600 --> 00:25:37,560
Dua-kosong dan suasana stadium
semakin tak bertenaga.

435
00:25:43,720 --> 00:25:46,840
Separuh masa sekarang di Stadium Emirates,

436
00:25:46,920 --> 00:25:49,920
bunyi ejekan kedengaran
daripada penyokong Arsenal.

437
00:25:58,520 --> 00:26:00,240
Dua. Bukan satu, dua.

438
00:26:01,320 --> 00:26:02,640
Romelu begitu tinggi,

439
00:26:03,000 --> 00:26:04,280
sampai kita ke belakang.

440
00:26:04,360 --> 00:26:06,920
Cuba berada di hadapannya,
biar dia ofsaid.

441
00:26:07,000 --> 00:26:08,160
Apa penyelesaiannya?

442
00:26:08,240 --> 00:26:12,560
Kita suruh sayap pergi mengawal,
kepada Mason, dan awak di depan Lukaku.

443
00:26:12,640 --> 00:26:14,280
Itu saja peluang yang ada.

444
00:26:15,360 --> 00:26:19,440
Kalian, Lukaku sedang mengawal
ketinggian garis kita.

445
00:26:19,520 --> 00:26:22,560
Jika Lukaku di sini,
kita di sini dan bola di sana.

446
00:26:22,640 --> 00:26:25,080
Kita perlu kawal arah gerakan bola.

447
00:26:25,160 --> 00:26:28,200
Kita perlu buat dia ofsaid
semasa bola direbut

448
00:26:28,280 --> 00:26:30,080
supaya dia terhimpit bersama.

449
00:26:30,160 --> 00:26:33,400
Kita ada peluang apabila tiba,
ada mata, kita perlukan gol,

450
00:26:33,480 --> 00:26:36,080
kita perlukan gol
sebagai pembakar semangat.

451
00:26:36,160 --> 00:26:39,240
Walau apa-apa sekalipun,
jangan ada sesiapa merungut,

452
00:26:39,320 --> 00:26:42,880
sesiapa pun yang berjalan, faham? Mari.

453
00:26:48,680 --> 00:26:51,320
Separuh masa akhir dah bermula.

454
00:26:51,400 --> 00:26:55,880
Di separuh akhir perlawanan, Arsenal perlu
menaikkan semangat penonton.

455
00:26:57,800 --> 00:26:59,960
Saka berpeluang menjaringkan gol,

456
00:27:00,640 --> 00:27:03,200
mencubanya lalu ditangkis oleh Mendy.

457
00:27:03,640 --> 00:27:04,840
Pukulan yang baik.

458
00:27:05,160 --> 00:27:08,640
Jauh ke belakang tiang,
masuk semula dan ditanduk,

459
00:27:08,720 --> 00:27:11,200
tidak, jauh tersasar, Rob Holding.

460
00:27:14,720 --> 00:27:15,760
Martinelli...

461
00:27:15,960 --> 00:27:17,040
Mencelah-celah,

462
00:27:17,120 --> 00:27:19,920
cuba menyelitnya ke arah Aubameyang
yang ofsaid.

463
00:27:20,000 --> 00:27:22,880
Itu dia Auba,
mengawal Mendy dengan cukup ketat.

464
00:27:26,680 --> 00:27:27,680
Reece James...

465
00:27:30,240 --> 00:27:33,000
Mason Mount menghantar kepada Lukaku lagi,

466
00:27:33,080 --> 00:27:36,000
berjaya diselamatkan oleh Bernd Leno.

467
00:27:36,080 --> 00:27:38,040
Hakikatnya,

468
00:27:38,120 --> 00:27:40,800
ini bukan hari yang baik bagi Arsenal.

469
00:27:47,200 --> 00:27:51,440
Masa dah tamat.
Mikel Arteta masih ada banyak kerja.

470
00:27:52,800 --> 00:27:56,200
Kekalahan berturut-turut
dan suara pengkritik semakin kuat.

471
00:27:57,040 --> 00:28:00,240
Kita ada stadium yang cantik,
tapi pada hakikatnya,

472
00:28:00,320 --> 00:28:04,400
semangat yang berapi-api
memang tak wujud langsung.

473
00:28:10,120 --> 00:28:14,000
-Buang pengurusnya sekarang.
-Buang Arteta sekarang juga.

474
00:28:14,520 --> 00:28:18,240
Para penyokong sangat kecewa,
kami mahu Arteta dipecat sekarang.

475
00:28:18,320 --> 00:28:20,080
Dia perlu keluar.

476
00:28:20,160 --> 00:28:22,360
-Kosong mata.
-Berilah dia masa.

477
00:28:22,440 --> 00:28:24,120
Nak berapa banyak masa lagi?

478
00:28:24,200 --> 00:28:25,840
-Masa apa?
-Tidak!

479
00:28:25,920 --> 00:28:28,760
-Saya rasa kita perlu beri dia masa.
-Masa apa?

480
00:28:30,080 --> 00:28:32,040
Tunggu. Kelab ini belum menjadi.

481
00:28:32,120 --> 00:28:35,240
Berilah dia masa,
dia muda, memerlukan sokongan kita,

482
00:28:35,320 --> 00:28:37,360
jangan kecam dia kerana kalah.

483
00:28:39,160 --> 00:28:43,240
Penyokong menunggu selepas perlawanan
untuk memaki Pengurus Arsenal.

484
00:28:43,320 --> 00:28:45,080
Arteta, itu dah cukup baguskah?

485
00:28:48,000 --> 00:28:50,640
Pasukan kami muda,
pasti ada saat mencabar,

486
00:28:50,720 --> 00:28:53,960
itu yang kita kata,
itulah lumrah bola sepak atau sukan.

487
00:28:54,040 --> 00:28:58,400
Kalau menang, semua orang bersatu,
kemenangan menyembunyikan segalanya.

488
00:28:58,680 --> 00:29:01,480
Setelah kalah begitu, kita pasti terkesan.

489
00:29:01,560 --> 00:29:03,160
Apabila keadaan tak baik,

490
00:29:03,240 --> 00:29:05,920
jari mula dituding ke arah kotak pengarah

491
00:29:06,000 --> 00:29:07,960
kerana orang mahukan perubahan.

492
00:29:08,040 --> 00:29:11,640
Baik buruk kesudahannya,
ini hakikat semua sukan profesional.

493
00:29:11,720 --> 00:29:12,680
Agaknya Arsenal akan diturunkan

494
00:29:12,760 --> 00:29:14,400
Arsenal takkan jadi empat teratas
Kelab bahan ketawa

495
00:29:14,480 --> 00:29:16,040
Memalukan

496
00:29:25,640 --> 00:29:28,080
Kita perlu melalui pelbagai keadaan,

497
00:29:28,160 --> 00:29:31,480
ada yang sukar, begitu ramai orang
cuba menikam kita,

498
00:29:31,560 --> 00:29:33,240
kritikan bakal datang.

499
00:29:35,880 --> 00:29:40,360
Kita perlu terus berjuang
dan yakin terhadap usaha kita.

500
00:29:43,560 --> 00:29:46,440
Kami menghadapi
banyak tekanan dan kritikan,

501
00:29:46,520 --> 00:29:51,280
sebagai sebuah kelab, kami perlu
membuktikan betapa kami bersatu hati

502
00:29:51,360 --> 00:29:52,840
dan cuba lagi.

503
00:29:58,680 --> 00:29:59,840
SELAMAT DATANG

504
00:29:59,920 --> 00:30:02,200
MANCHESTER CITY LWN ARSENAL
STADIUM ETIHAD - 28 OGOS 2021

505
00:30:02,280 --> 00:30:04,120
Perlawanannya semakin sukar.

506
00:30:04,200 --> 00:30:07,920
Lawan seterusnya
ialah Juara Liga Perdana, Manchester City.

507
00:30:09,160 --> 00:30:13,040
Mikel kembali ke kelab
tempat dia menjadi Penolong Pengurus

508
00:30:13,120 --> 00:30:14,600
bawah Pep Guardiola.

509
00:30:18,560 --> 00:30:20,040
Permainan bermula.

510
00:30:29,760 --> 00:30:34,600
Ya Tuhan. Silva sekali lagi
asyik menghantar seperti biasa.

511
00:30:36,960 --> 00:30:40,360
Dahsyatnya... Berjaya,
masuk ke tiang belakang.

512
00:30:40,440 --> 00:30:41,960
City mendahului.

513
00:30:52,080 --> 00:30:54,520
Cancelo. Gündoğan sekali lagi.

514
00:30:55,480 --> 00:30:56,960
Silva untuk buat jaringan.

515
00:30:57,880 --> 00:31:01,160
Jaringan jenis lain, tapi tetap berjaya.

516
00:31:01,560 --> 00:31:04,920
Manchester City mengukuhkan kedudukan.

517
00:31:05,000 --> 00:31:09,400
Rasanya ini akan menjadi hari
yang sukar bagi penyokong Arsenal.

518
00:31:26,240 --> 00:31:29,320
Nampaknya Xhaka didakwa mengasari Cancelo.

519
00:31:38,880 --> 00:31:41,080
Kad merah untuk Granit Xhaka.

520
00:31:42,120 --> 00:31:45,680
Nasib Arsenal menjadi bertambah malang.

521
00:31:47,320 --> 00:31:50,840
Nampaknya penyokong Arsenal sudah jemu

522
00:31:50,920 --> 00:31:52,800
kerana mereka mencari pintu keluar.

523
00:31:58,840 --> 00:32:01,160
Kami nak cuba bertanding dan melawan

524
00:32:01,240 --> 00:32:05,760
dan di padang mereka tak berusaha pun
dan kami masih menyanyi,

525
00:32:05,840 --> 00:32:08,720
tak dengar penyokong City,
boleh dengar Saka dan Rowe,

526
00:32:08,800 --> 00:32:10,960
kecewa sekali, kerana semangat kami

527
00:32:11,040 --> 00:32:13,480
tak sepadan dengan semangat di padang.

528
00:32:17,920 --> 00:32:20,440
Jack Grealish bermain di sebelah kiri.

529
00:32:20,520 --> 00:32:24,080
Grealish menentang Chambers,
Grealish ke tengah.

530
00:32:28,600 --> 00:32:30,600
Man City, tiga, kosong.

531
00:32:31,760 --> 00:32:34,600
Hari-hari begini
membuat kita merenung nasib.

532
00:32:35,160 --> 00:32:40,120
Arteta perlu dibuang. Perubahan diperlukan
secara keseluruhan, kelab ini dah rosak.

533
00:32:40,200 --> 00:32:43,080
Rodri berjaya menghantar masuk.

534
00:32:47,360 --> 00:32:50,280
Permainan pertama musim ini, teruk.

535
00:32:50,840 --> 00:32:53,640
Permainan kedua, teruk.
Kami masih tiada gol,

536
00:32:53,720 --> 00:32:57,320
kami tak pernah hampir pun
menjaringkan gol, teruk betul.

537
00:32:57,400 --> 00:33:00,200
Inilah pasukan Arsenal paling teruk.

538
00:33:10,560 --> 00:33:13,640
Martin Atkinson menamatkan perlawanan ini.

539
00:33:17,200 --> 00:33:19,120
Amat teruk. Amat memalukan.

540
00:33:19,200 --> 00:33:22,920
Saya mahupun para penyokong
tak yakin dengan proses ini

541
00:33:23,000 --> 00:33:25,880
malah para pemain pun
tak yakin dengan proses ini.

542
00:33:25,960 --> 00:33:30,320
Maaf, masanya... Dah tamat.
Dia harus keluar.

543
00:33:30,400 --> 00:33:34,840
Dia tak tahu siapa 11 pemain pemulanya.
Dia benar-benar tak guna.

544
00:33:34,920 --> 00:33:37,600
Dia akan jadi
pengurus pertama yang dipecat.

545
00:33:37,680 --> 00:33:39,880
Diakah yang akan membawa kita ke depan?

546
00:33:39,960 --> 00:33:41,240
Rasanya tidak.

547
00:33:41,560 --> 00:33:43,240
KELAYAKAN LIGA JUARA-JUARA

548
00:33:43,320 --> 00:33:47,360
Selepas tiga perlawanan,
jadual liga nampak buruk bagi Arsenal.

549
00:33:47,440 --> 00:33:50,040
Mereka di tangga terbawah, tambahan pula,

550
00:33:50,120 --> 00:33:53,600
pesaing London Utara mereka, Tottenham,
mendahului liga.

551
00:33:56,640 --> 00:34:01,040
Kita di tangga terbawah liga ini.
Tiada gol, sembilan gol dibiarkan.

552
00:34:02,000 --> 00:34:03,280
Kosong mata.

553
00:34:04,640 --> 00:34:07,320
Semua orang membelasah kita.

554
00:34:09,199 --> 00:34:12,920
Inilah cabaran terbesar
sejak saya menyertai kelab ini.

555
00:34:16,280 --> 00:34:19,800
Di saat perit begini kita
mula hilang keyakinan, mula takut,

556
00:34:21,280 --> 00:34:25,280
fikiran kita mula jadi kusut.
Bolehkah saya mengubah keadaan?

557
00:34:25,920 --> 00:34:29,000
Laratkah saya hari ini
untuk masuk kerja esok

558
00:34:29,080 --> 00:34:31,360
dan menyampaikan apa yang diperlukan?

559
00:34:31,440 --> 00:34:32,800
Bagaimanakah caranya?

560
00:34:34,760 --> 00:34:37,639
Adakah orang akan yakin
dengan rancangan kita?

561
00:34:38,520 --> 00:34:40,639
Kita memerlukan rakan-rakan

562
00:34:40,679 --> 00:34:45,120
yang menyokong dan menaikkan semangat kita
ketika dalam kesusahan.

563
00:34:47,880 --> 00:34:48,679
Apa khabar?

564
00:34:48,800 --> 00:34:49,960
Baik.

565
00:34:51,159 --> 00:34:53,880
Kita perlukan kestabilan.
Kita tak perlukan...

566
00:34:54,080 --> 00:34:58,640
Sakit hati melihat begitu ramai orang
cuba memecahbelahkan kita.

567
00:34:59,480 --> 00:35:01,320
Kita banyak mengalami situasi itu.

568
00:35:02,800 --> 00:35:06,440
Orang yang boleh dipercayai
hanyalah yang sebilik dengan kita.

569
00:35:07,680 --> 00:35:08,960
Saya tahu itu saja.

570
00:35:09,040 --> 00:35:10,480
Kata-kata itu amat...

571
00:35:11,200 --> 00:35:12,600
jarang didengari.

572
00:35:14,040 --> 00:35:15,920
Memang benar.

573
00:35:16,880 --> 00:35:19,160
Tapi kita terus mara ke depan.

574
00:35:19,960 --> 00:35:21,040
-Ya.
-Ya.

575
00:35:21,840 --> 00:35:24,160
Memang tugas saya
untuk tahu naratif semasa,

576
00:35:24,280 --> 00:35:26,880
yang ada, tak bermakna saya percaya

577
00:35:26,960 --> 00:35:30,480
atau peduli, tapi saya mesti tahu
apa-apa yang diperkatakan.

578
00:35:30,560 --> 00:35:32,920
Cogan kata utama kami ialah

579
00:35:33,000 --> 00:35:37,000
"Pekakkan telinga, tundukkan kepala
dan sentiasa saling melindungi."

580
00:35:37,640 --> 00:35:40,920
Ada masanya semua orang pun
memerlukan sokongan.

581
00:35:43,680 --> 00:35:48,040
Sebelum jendela pemindahan tertutup,
Arsenal mengambil pemain terakhir.

582
00:35:48,560 --> 00:35:54,120
Kita boleh terus mula. Tomiyasu baru
memuktamadkan kontrak dengan ejen itu.

583
00:35:54,160 --> 00:35:56,480
Dokumen sedang ditandatangani sekarang...

584
00:35:56,560 --> 00:36:00,000
Pengesahan pemeriksaan kesihatan
semua okey, semua dah ada.

585
00:36:00,080 --> 00:36:01,960
Nampaknya semua berjalan lancar.

586
00:36:02,880 --> 00:36:06,320
Takehiro Tomiyasu,
bek kanan antarabangsa berbangsa Jepun

587
00:36:06,400 --> 00:36:09,760
diambil dari Bologna
dengan harga 17 juta setengah paun.

588
00:36:11,360 --> 00:36:16,000
Secara keseluruhan, jumlah perbelanjaan
Arsenal musim ini ialah £156 juta.

589
00:36:19,560 --> 00:36:21,640
Setelah kalah tiga kali berturut-turut,

590
00:36:21,760 --> 00:36:24,200
Mikel mula memikirkan beberapa perubahan.

591
00:36:25,200 --> 00:36:29,160
Bernd Leno ialah penjaga gol utama Arsenal
selama tiga tahun,

592
00:36:29,560 --> 00:36:33,200
tapi sekarang Aaron Ramsdale
turut menjadi calon.

593
00:36:34,800 --> 00:36:38,560
Saya tahu kedudukan saya sekarang
dan kita perlu...

594
00:36:38,640 --> 00:36:42,480
Untuk jadi orang teratas,
kita perlu kalahkan orang teratas.

595
00:36:42,560 --> 00:36:46,520
Kita perlu mementingkan diri juga
kerana apabila kita nombor satu,

596
00:36:46,600 --> 00:36:50,080
kita akan dikritik,
tapi juga mendapat glamor dan pujian,

597
00:36:50,160 --> 00:36:52,840
dan kelegaan
apabila menyertai perlawanan...

598
00:36:52,920 --> 00:36:54,600
Itulah yang mendorong saya.

599
00:36:54,640 --> 00:36:59,640
Saya kenal Norwich, itu perlawanan besar
dan saya mahu menyertai pasukan itu.

600
00:37:01,080 --> 00:37:04,160
Untuk membantu pasukan ini
memperbaiki keadaan.

601
00:37:10,360 --> 00:37:13,560
Permulaan paling teruk Arsenal
dalam sejarah Liga Perdana.

602
00:37:13,640 --> 00:37:17,160
Semua orang di Colney tahu
kekalahan lagi tak boleh diterima.

603
00:37:17,280 --> 00:37:21,160
Hampir 100 tahun Arsenal tak pernah kalah
empat perlawanan liga pertama.

604
00:37:21,280 --> 00:37:24,160
Mula-mula, biar mereka bermain,
contohnya, menentang...

605
00:37:24,200 --> 00:37:26,920
Mulakan tanpa memberi banyak arahan,

606
00:37:27,000 --> 00:37:29,120
untuk mematahkan asakan.

607
00:37:29,160 --> 00:37:30,840
Kemudian lari ke garisan tengah.

608
00:37:30,920 --> 00:37:33,160
Bagaimana caranya,
biar mereka bermain lima minit?

609
00:37:33,200 --> 00:37:35,520
Tekanan perkara biasa dalam hidupnya.

610
00:37:36,800 --> 00:37:39,640
Sejak kecil hinggalah bermain
di tahap tertinggi

611
00:37:39,680 --> 00:37:42,600
dan kini mengurus dan melatih
di tahap tertinggi,

612
00:37:42,640 --> 00:37:44,760
rasanya dia tak kenal dunia lain.

613
00:37:44,840 --> 00:37:47,200
Kita pergi ke empat perkara
yang dibincangkan,

614
00:37:47,320 --> 00:37:50,280
pertahanan, kekasaran pihak media.

615
00:37:50,360 --> 00:37:54,160
Orang yang terbaik dalam bidang mereka
pada tahap itu menerimanya

616
00:37:54,200 --> 00:37:55,640
dan memerlukannya.

617
00:37:55,760 --> 00:38:00,360
Dia amat fokus dan bersungguh-sungguh
terhadap tugas yang perlu dilakukan.

618
00:38:00,680 --> 00:38:02,480
Itu saja. Okey, terima kasih.

619
00:38:12,320 --> 00:38:15,600
Tak dinafikan lagi bahawa ini Arsenal.

620
00:38:17,080 --> 00:38:19,160
Kami mesti di tangga empat teratas.

621
00:38:20,200 --> 00:38:23,800
Tentulah saya rasa tercabar kerana
sakit hati juga apabila

622
00:38:23,880 --> 00:38:27,600
orang mengata pengurus kami,
"Dia tak mampu menghadapinya."

623
00:38:27,640 --> 00:38:30,200
Bukan, mereka
yang tak mampu menghadapinya.

624
00:38:34,560 --> 00:38:37,200
Kalah dua kali berturut-turut, dah teruk.

625
00:38:37,320 --> 00:38:40,120
Kalah tiga kali,
keadaan memang sangat teruk.

626
00:38:40,160 --> 00:38:43,120
Jika kita tiada mata di permulaan musim,

627
00:38:43,160 --> 00:38:44,680
pasti akan diturunkan.

628
00:38:44,800 --> 00:38:46,400
TUKANG GUNTING RAMBUT ARSENAL
SENARAI HARGA

629
00:38:46,480 --> 00:38:50,640
Umur saya 22 tahun dan kelab saya
belum pernah memenangi Liga Perdana,

630
00:38:50,680 --> 00:38:54,640
bapa dan bapa saudara saya pernah lihat
semuanya dan sentiasa kata,

631
00:38:54,680 --> 00:38:57,600
ini bukan Arsenal. "Biasanya tak begini."

632
00:39:01,120 --> 00:39:02,120
Pagi.

633
00:39:03,280 --> 00:39:06,160
Mikel seorang pengurus
yang moden dan progresif.

634
00:39:06,280 --> 00:39:08,320
Bersama pasukan pelatih,

635
00:39:08,400 --> 00:39:11,640
dia tertumpu kepada
menyerlahkan kekuatan setiap pemain.

636
00:39:11,680 --> 00:39:15,880
Kami berbincang di pejabat dan dah lihat
gambaran rancangan kami.

637
00:39:15,960 --> 00:39:20,160
Yang paling utama, rekod bersih,
tiada gol dan mainkan peranan awak

638
00:39:20,280 --> 00:39:23,960
dan tugasan awak sebaik mungkin. Ya? Ayuh.

639
00:39:30,600 --> 00:39:34,280
Ben. Awak nampak lebih agresif
dalam tindakan tertentu

640
00:39:34,360 --> 00:39:37,560
semasa menyerang dan mempertahan
yang tiada sebelum ini,

641
00:39:37,640 --> 00:39:41,600
awak perlu keluar dari sistem itu
dan jadi ketua di belakang.

642
00:39:41,640 --> 00:39:46,280
Pasukan kami masih muda dan entah sama ada
mereka boleh menerima tekanan ini.

643
00:39:46,360 --> 00:39:49,960
Jadi, saya perlu cuba
mengurangkan tekanan mereka.

644
00:39:50,040 --> 00:39:52,160
Syabas. Ya, Ainsley.

645
00:39:52,280 --> 00:39:56,400
Mereka perlu, sekurang-kurangnya
dalam kepompong kami ini,

646
00:39:56,480 --> 00:39:59,760
merasai kepercayaan
dan keyakinan kami terhadap mereka,

647
00:39:59,840 --> 00:40:03,160
dan walau apa pun terjadi
kami akan mempertahankan mereka.

648
00:40:03,280 --> 00:40:06,000
Itulah pendekatan yang saya cuba ambil.

649
00:40:06,360 --> 00:40:07,680
Kenapa awak pergi tadi?

650
00:40:07,800 --> 00:40:08,960
Taklah. Saya tunggu.

651
00:40:09,040 --> 00:40:13,280
Semasa menunggu kemudian awak pergi,
apa berlaku? Dia tiada lagi di situ?

652
00:40:13,360 --> 00:40:14,960
Awak perlu bercakap dengannya...

653
00:40:15,040 --> 00:40:18,040
Sejak awal,
saya tahu dia pengurus yang hebat.

654
00:40:18,120 --> 00:40:19,800
Dia mahir dari segi taktikal.

655
00:40:19,880 --> 00:40:22,840
Perincian yang diberikan
amat membantu kami jadi...

656
00:40:22,920 --> 00:40:26,320
Jika tiada susunan, itu bukan kreativiti.
Itu cuma huru-hara.

657
00:40:26,400 --> 00:40:29,280
Kita perlu membentuk huru-hara ini
menjadi sesuatu,

658
00:40:29,360 --> 00:40:31,000
yang menjadikannya agak rumit.

659
00:40:31,080 --> 00:40:34,760
Mikel seorang yang istimewa.
Saya pernah ada ramai jurulatih.

660
00:40:34,840 --> 00:40:38,840
Beliau amat "ganjil" tapi secara positif

661
00:40:38,920 --> 00:40:44,560
kerana beliau nampak semua perincian.
Jurulatih saya sebelum ini tak begitu.

662
00:40:46,200 --> 00:40:50,520
Cara beliau merapatkan hubungan pasukan
serta suasana yang dia hasilkan,

663
00:40:50,600 --> 00:40:54,520
amatlah bijak
dan kami perlu meraih kemenangan

664
00:40:54,600 --> 00:40:57,200
dan mengembalikan pasukan ini
di tempat sepatutnya.

665
00:41:02,600 --> 00:41:04,200
Tiga-lima-lima, bagus Aub.

666
00:41:05,880 --> 00:41:09,440
Saya rasa bertuah kerana para pemain kami,

667
00:41:09,520 --> 00:41:13,400
mereka benar-benar yakin
dengan rancangan kami ini.

668
00:41:30,280 --> 00:41:32,120
Kita perlu mula menang esok.

669
00:41:32,440 --> 00:41:35,640
Jika kita kalah lagi
dan tak menjaringkan gol,

670
00:41:35,680 --> 00:41:40,960
kita akan menjadi permulaan terburuk
Arsenal dalam sejarah Liga Perdana.

671
00:41:41,040 --> 00:41:43,800
-Dalam sejarah.
-Dalam sejarah Liga Perdana.

672
00:41:46,960 --> 00:41:49,320
Tak. Kita akan jaringkan gol dan menang.

673
00:41:51,080 --> 00:41:53,400
Saya rasa tiga, kosong atau tiga, satu.

674
00:41:53,480 --> 00:41:56,360
Kenapa tiga, satu?
Bermakna kita sentiasa bolos.

675
00:41:56,440 --> 00:41:58,120
Tiga, kosong atau tiga satu.

676
00:41:58,160 --> 00:42:00,120
Jurulatih kata, rekod bersih.

677
00:42:05,040 --> 00:42:11,000
ARSENAL LWN NORWICH
STADIUM EMIRATES - 11 SEPTEMBER 2021

678
00:42:11,080 --> 00:42:14,640
Ramai pakar bola sepak yakin
bahawa jika Mikel kalah kali ini,

679
00:42:14,680 --> 00:42:16,640
inilah perlawanan terakhirnya di Arsenal.

680
00:42:17,560 --> 00:42:21,880
Selesai tiga perlawanan,
masih tiada gol dan sembilan bolos.

681
00:42:21,960 --> 00:42:24,520
Ini perlawanan yang mesti dimenangi.

682
00:42:26,920 --> 00:42:29,600
Perlawanan ini amatlah penting hari ini.

683
00:42:29,640 --> 00:42:35,000
Wajib mendapat tiga mata. Jika tak dapat
rekod bersih dan menang, tak boleh.

684
00:42:35,080 --> 00:42:37,320
Mujur empat pemain kita dah kembali,

685
00:42:37,400 --> 00:42:41,640
jadi kita ada kekuatan penuh
dan harap dia memilih skuad yang betul.

686
00:42:46,600 --> 00:42:49,280
-Kami ada ruang letak kereta.
-Untuk Aaron Ramsdale.

687
00:42:50,280 --> 00:42:53,000
Kami disuruh menyebut namanya.
Kami ada ruang.

688
00:42:53,080 --> 00:42:54,120
-Terima kasih.
-Ya.

689
00:42:54,160 --> 00:42:57,760
Keluarga Ramsdale ialah
pengikut setia anak mereka, Aaron.

690
00:42:58,200 --> 00:42:59,560
Hai. Helo.

691
00:42:59,640 --> 00:43:00,880
-Helo.
-Hai.

692
00:43:00,960 --> 00:43:03,800
Mengelak daripada COVID, ibu bapa saya

693
00:43:03,880 --> 00:43:07,440
hanya terlepas dua perlawanan
dalam tiga empat tahun ini.

694
00:43:08,800 --> 00:43:12,400
Mengetahui kehadiran mereka
di ruang penonton melegakan saya.

695
00:43:13,000 --> 00:43:14,120
Dia bermain.

696
00:43:17,840 --> 00:43:21,840
Hei. Alamak, dah bermula.

697
00:43:23,120 --> 00:43:26,600
Debut selepas hanya satu sesi latihan,
pemain berusia 22 tahun

698
00:43:26,640 --> 00:43:29,200
berbangsa Jepun, Takehiro Tomiyasu.

699
00:43:29,320 --> 00:43:33,160
Berita hangat ialah Aaron Ramsdale dipilih
dan bukan Bernd Leno

700
00:43:33,280 --> 00:43:36,880
dan Ramsdale memulakan perlawanan liga
pertamanya bersama Arsenal.

701
00:43:37,320 --> 00:43:39,400
Dia baru saja keluar ke padang.

702
00:43:47,200 --> 00:43:51,120
Saya melambai kepada ibu saya
di setiap perlawanan dan saya gembira

703
00:43:51,200 --> 00:43:55,120
menjadi kebanggaan mereka
dan leganya mendapat sokongan mereka

704
00:43:55,200 --> 00:43:59,320
kerana mereka akan beritahu
sama ada prestasi saya bagus atau tidak.

705
00:43:59,400 --> 00:44:00,920
Bapa saya akan beritahu.

706
00:44:02,160 --> 00:44:04,280
Dia sentiasa di barisan depan.

707
00:44:06,760 --> 00:44:10,400
Adakah awak akan berjaya
tanpa dedikasi atau galakan mereka?

708
00:44:10,480 --> 00:44:12,480
Tidak. Memang tidak.

709
00:44:13,000 --> 00:44:18,000
Tak perlu tanya lebih lagi, memang tidak.

710
00:44:18,400 --> 00:44:21,400
Tak mungkin
saya akan duduk di sini tanpa mereka.

711
00:44:24,640 --> 00:44:28,240
Bagaimana perasaannya?
Itu soalan di fikiran saya.

712
00:44:29,160 --> 00:44:31,600
Saya tahu dia teruja, tapi ya Tuhan.

713
00:44:36,640 --> 00:44:37,840
Saya teruja sekarang.

714
00:44:44,200 --> 00:44:46,920
Ini minggu yang penuh emosi bagi Mikel

715
00:44:47,000 --> 00:44:50,400
dan dia sedia untuk meluahkan perasaannya
kepada pasukan.

716
00:44:54,880 --> 00:44:56,200
Selamat tengah hari, semua.

717
00:44:57,240 --> 00:45:00,640
Hari ini, saya ingin berkongsi
perasaan peribadi saya

718
00:45:00,720 --> 00:45:02,920
dan sebab saya berada di sini.

719
00:45:08,200 --> 00:45:10,040
Dalam banyak industri,

720
00:45:10,720 --> 00:45:13,320
ada pasukan berprestasi tinggi

721
00:45:14,880 --> 00:45:17,520
dan pasukan berprestasi tinggi ini
digelar begitu

722
00:45:17,600 --> 00:45:19,720
kerana mereka semua
mempunyai ciri yang sama

723
00:45:19,800 --> 00:45:21,640
iaitu mereka menunjukkan hasil.

724
00:45:22,320 --> 00:45:25,840
Saya dilahirkan dengan
sejenis penyakit jantung yang teruk.

725
00:45:25,920 --> 00:45:28,760
Selama dua tahun,
mereka berusaha menyelamatkan nyawa saya

726
00:45:28,840 --> 00:45:33,160
sehingga saya berpeluang
untuk menjalani pembedahan di Sepanyol.

727
00:45:34,800 --> 00:45:38,000
Pasukan berprestasi tinggi,
bukan bola sepak atau keranjang

728
00:45:38,080 --> 00:45:39,880
contohnya, mungkin juga

729
00:45:40,280 --> 00:45:44,200
sebuah pasukan kecemasan,
yang menyelamatkan saya di hospital itu.

730
00:45:44,480 --> 00:45:50,480
Pasukan begini
perlu dikelilingi orang yang istimewa.

731
00:45:50,560 --> 00:45:52,920
Sanggup bekerja 24 jam setiap hari.

732
00:45:53,000 --> 00:45:57,160
Sebabnya hanya satu,
mereka mencintai kerja mereka. Itu saja.

733
00:45:57,240 --> 00:45:59,800
Itu yang mendorong mereka
dan itu tujuan mereka.

734
00:45:59,880 --> 00:46:01,680
Saya nak kongsikan sesuatu dengan kalian.

735
00:46:01,760 --> 00:46:03,040
Ini saya.

736
00:46:03,120 --> 00:46:05,040
Ini status emosi saya.

737
00:46:05,480 --> 00:46:08,400
Empat belas hari yang lepas.
Satu hingga sepuluh.

738
00:46:12,440 --> 00:46:15,320
Selepas Man City, saya di sini.

739
00:46:17,040 --> 00:46:19,040
Mampus, saya di sini.

740
00:46:20,840 --> 00:46:21,880
Saya berasa takut.

741
00:46:23,120 --> 00:46:24,400
Saya tak yakin diri.

742
00:46:25,480 --> 00:46:28,480
Pihak media menghentam saya.

743
00:46:30,680 --> 00:46:34,160
Tiba-tiba, saya ada benda-benda positif.

744
00:46:35,000 --> 00:46:39,200
Saya ada keluarga bahagia,
isteri dan tiga orang anak. Lagi satu...

745
00:46:39,520 --> 00:46:42,720
Pihak atasan kelab
yang sentiasa menyokong saya,

746
00:46:42,800 --> 00:46:44,040
pemiliknya, lain-lain.

747
00:46:44,120 --> 00:46:46,120
Perkara yang paling besar di sini.

748
00:46:46,320 --> 00:46:50,200
Detik saya pergi
dari sini ke sana macam ini...

749
00:46:51,760 --> 00:46:52,960
Kalianlah sebabnya.

750
00:46:53,600 --> 00:46:57,960
Minggu ini saya telah menemui tujuan saya,
sebab saya menjadi seorang jurulatih.

751
00:46:58,040 --> 00:47:01,320
Sebab saya berada dalam industri ini,
bersama golongan ini.

752
00:47:01,400 --> 00:47:06,520
Disebabkan itu, ini saja
yang mahu saya katakan, dari hati saya...

753
00:47:06,920 --> 00:47:09,320
Terima kasih banyak-banyak, semua,

754
00:47:09,400 --> 00:47:11,600
kerana kalian menukarkan saat yang sukar

755
00:47:11,680 --> 00:47:15,320
menjadi minggu terbaik
dalam kerjaya bola sepak saya.

756
00:47:16,600 --> 00:47:18,160
Yakinlah pada diri sendiri.

757
00:47:18,240 --> 00:47:19,240
Kalian semua handal.

758
00:47:19,320 --> 00:47:21,120
Sebagai jurulatih, saya tak nak

759
00:47:21,200 --> 00:47:23,360
menyalahkan kalian di masa yang sukar ini.

760
00:47:23,440 --> 00:47:25,920
Tanggungjawab saya,
biar saya menghadapinya.

761
00:47:26,000 --> 00:47:27,000
Ayuh.

762
00:47:43,280 --> 00:47:47,160
Arsenal dan Norwich mahu
melupakan tiga perlawanan awal

763
00:47:47,240 --> 00:47:48,520
musim Liga Perdana ini,

764
00:47:48,600 --> 00:47:51,400
dan cuba menaikkan semangat
penyokong yang kecewa.

765
00:47:51,480 --> 00:47:55,800
Arsenal bermula...
penjaga gol, Aaron Ramsdale.

766
00:47:59,920 --> 00:48:00,920
Ayuh!

767
00:48:04,360 --> 00:48:08,520
Arsenal memulakan perlawanan.
Sorakan gemuruh memenuhi stadium.

768
00:48:19,080 --> 00:48:20,800
Tomiyasu mengejar.

769
00:48:21,840 --> 00:48:22,920
Tzolis.

770
00:48:24,400 --> 00:48:25,640
Bola masuk awal.

771
00:48:25,720 --> 00:48:27,840
-Alamak.
-Selamatkan, Aaron!

772
00:48:28,320 --> 00:48:30,520
Bola merentas, tiada sesiapa di situ.

773
00:48:33,120 --> 00:48:36,080
Max Aarons. Membuat percubaan.

774
00:48:36,160 --> 00:48:37,560
Selamatkan, Aaron!

775
00:48:37,640 --> 00:48:38,960
Berjaya diselamatkan.

776
00:48:40,000 --> 00:48:41,560
Aduhai.

777
00:48:41,640 --> 00:48:45,560
Kembali daripada Williams, cuba memesong,
sebelah kanan kepada Pukki.

778
00:48:45,640 --> 00:48:47,640
Ramsdale mengagak dengan baik.

779
00:48:47,720 --> 00:48:49,040
Bagus, Aaron.

780
00:48:51,000 --> 00:48:53,000
-Tolak ke tepi!
-Aduhai, Aaron.

781
00:48:55,200 --> 00:48:56,960
Arsenal terhalang sedikit.

782
00:48:57,040 --> 00:48:59,280
Ramsdale agak hebat.

783
00:49:02,800 --> 00:49:05,720
Tiada apa-apa pun,
tak berhati perut betul.

784
00:49:06,040 --> 00:49:08,520
Canaries terus mengikut Tzolis.

785
00:49:08,600 --> 00:49:10,960
Tendangan dari jauh, jauh tersasar.

786
00:49:12,280 --> 00:49:14,880
Maitland-Niles mencari Aubameyang.

787
00:49:17,720 --> 00:49:21,280
Bolehkah pemain Arsenal
masuk ke petak itu? Aubameyang...

788
00:49:22,320 --> 00:49:25,800
Mungkin diberi kepada Saka.
Mengambil defleksi... Tidak!

789
00:49:27,920 --> 00:49:29,040
Bedebah.

790
00:49:38,840 --> 00:49:41,800
Hanley cuba merebutnya kembali.
Saka dah lolos.

791
00:49:41,880 --> 00:49:43,400
Peluang untuk Arsenal...

792
00:49:50,360 --> 00:49:53,240
Pasti masuk. Terkena tiang lagi. Pasti.

793
00:49:53,640 --> 00:49:55,560
Aubameyang menyumbatnya masuk!

794
00:50:01,120 --> 00:50:05,080
Nampaknya musim ini
akhirnya bermula bagi Arsenal.

795
00:50:11,320 --> 00:50:13,480
Smith Rowe datang memecut.

796
00:50:13,560 --> 00:50:16,120
Ini mungkin berhasil!
Krul menyelamatkannya.

797
00:50:23,480 --> 00:50:25,040
Wisel akhir telah ditiup.

798
00:50:25,120 --> 00:50:28,400
Lega rasanya bagi Mikel Arteta
dan staf jurulatihnya.

799
00:50:29,240 --> 00:50:30,680
Ya!

800
00:50:30,760 --> 00:50:33,680
Masuk! Masuk cepat!

801
00:50:36,680 --> 00:50:39,320
Tiga mata penting,
tak lagi di tangga tercorot

802
00:50:39,400 --> 00:50:43,320
dalam jadual Liga Perdana.
Semoga terus meningkat selepas ini.

803
00:50:47,800 --> 00:50:50,920
Perlawanan ini mencabar jiwa.
Selepas tiga kekalahan,

804
00:50:51,000 --> 00:50:55,120
kami datang dari tempat tercorot
dan perlu membuktikan segalanya.

805
00:50:55,200 --> 00:50:58,880
Rasanya mereka bermain
dengan sifat dan sikap yang sangat baik.

806
00:50:58,960 --> 00:51:01,640
Sejak mula lagi, kemahuan kami amat jelas.

807
00:51:01,720 --> 00:51:03,160
Perlawanan yang mencabar.

808
00:51:03,240 --> 00:51:05,120
Saya faham perasaan kalian.

809
00:51:05,200 --> 00:51:07,320
Tekanan daripada para penonton.

810
00:51:07,400 --> 00:51:10,600
Kalian semua amat hebat.
Itulah sikap yang diperlukan.

811
00:51:10,680 --> 00:51:12,480
Terima kasih. Bagus.

812
00:51:19,840 --> 00:51:22,920
Kita pernah bercakap sebelum ini
tentang hubungan

813
00:51:23,000 --> 00:51:24,880
-antara pemain dan penyokong.
-Ya.

814
00:51:24,960 --> 00:51:28,360
Saya bersyukur kerana
saya tahu ini detik yang mencabar,

815
00:51:28,440 --> 00:51:32,600
tapi saya nampak penonton
mahu membangkitkan semangat pasukan kami.

816
00:51:34,520 --> 00:51:37,840
Penyokong belum menyukainya,
tapi dia ada lebih masa.

817
00:51:37,920 --> 00:51:41,720
Kerana semua perlawanan seterusnya
mesti dimenangi.

818
00:51:42,840 --> 00:51:46,800
Rasanya dia perlu mendapat keputusan baik
di derbi London Utara.

819
00:51:46,880 --> 00:51:51,240
Ramai penyokong akan berasa lebih lega,
tapi masih ada tekanan padanya.

820
00:51:56,240 --> 00:51:57,240
SETERUSNYA

821
00:51:57,320 --> 00:51:59,680
Bayangkan menjaringkan gol
di derbi London Utara.

822
00:52:00,320 --> 00:52:04,640
Saya pernah menjaringkan gol di beberapa
derbi di sini, saya faham perasaannya.

823
00:52:05,440 --> 00:52:09,400
Hari Derbi amat penting,
kami membenci Tottenham sejak lahir.

824
00:52:09,480 --> 00:52:13,120
Sepanjang minggu
saya membayangkan kami sedang menang.

825
00:52:13,840 --> 00:52:15,400
Ini perlawanan besar-besaran.

826
00:52:17,160 --> 00:52:20,160
Terlanggar palang!
Diselamatkan oleh Ramsdale.

827
00:53:12,840 --> 00:53:15,520
TERIMA KASIH KEPADA PEMAIN, JURULATIH
DAN STAF KELAB BOLA SEPAK ARSENAL

828
00:53:16,840 --> 00:53:18,840
Terjemahan sari kata oleh
Faizah Asma' Mohamed Anuar

829
00:53:18,920 --> 00:53:20,920
Penyelia Kreatif
Nur Atiqah Jalaludin

