1
00:00:13,520 --> 00:00:16,960
Derbi London Utara semakin dekat.

2
00:00:18,160 --> 00:00:20,920
Lapan hari lagi,
Arsenal akan melawan Tottenham.

3
00:00:21,000 --> 00:00:24,120
Ini antara perlawanan bola sepak
paling sengit di dunia.

4
00:00:24,200 --> 00:00:26,960
Bagi pemain,
ini ujian yang tiada bandingan.

5
00:00:28,920 --> 00:00:32,759
Tapi sebelum boleh fokus kepada itu,
mereka perlu menghadapi Burnley.

6
00:00:36,080 --> 00:00:39,040
Selepas kemenangan pertama
Liga Perdana musim ini,

7
00:00:39,080 --> 00:00:43,200
Arsenal memulakan perjalanan 740 kilometer
pergi balik ke Lancashire.

8
00:00:43,280 --> 00:00:44,760
KELAB BOLA SEPAK BURNLEY

9
00:00:47,800 --> 00:00:50,320
Naratif mengenai Arsenal buat masa ini,

10
00:00:50,400 --> 00:00:54,360
satu perlawanan sahaja pun
mampu mengancam kedudukan mereka.

11
00:00:54,440 --> 00:00:55,440
Ya.

12
00:00:57,360 --> 00:01:00,680
BURNLEY LWN ARSENAL
STADIUM TURF MOOR - 18 SEPTEMBER 2021

13
00:01:01,960 --> 00:01:04,680
Mikel Arteta masih menghadapi tekanan.

14
00:01:05,880 --> 00:01:08,880
Setakat ini,
selepas empat perlawanan dalam liga,

15
00:01:08,960 --> 00:01:10,760
Arsenal hanya mendapat satu gol.

16
00:01:13,760 --> 00:01:15,160
Perlawanan bermula.

17
00:01:20,000 --> 00:01:23,480
Belokan baik oleh Saka,
berlari ke arah pertahanan Burnley,

18
00:01:23,560 --> 00:01:27,560
peluang terbuka disebabkan Pépé,
yang nampaknya telah tersadung.

19
00:01:42,200 --> 00:01:44,640
Cantik tendangan percuma Ødegaard.

20
00:01:44,720 --> 00:01:46,880
Tiga puluh minit berlalu di Turf Moor.

21
00:01:46,960 --> 00:01:48,759
Arsenal mendahului satu-kosong.

22
00:01:51,920 --> 00:01:55,560
Inilah gol pertama pemain Norway ini
sejak kembali ke Arsenal.

23
00:01:58,080 --> 00:01:59,320
Masa telah tamat.

24
00:01:59,400 --> 00:02:01,400
Sepakan Ødegaard meraih tiga mata.

25
00:02:04,480 --> 00:02:07,840
Arsenal semakin meningkat,
menang dua kali berturut-turut.

26
00:02:07,920 --> 00:02:09,720
Mereka mula membina momentum.

27
00:02:17,160 --> 00:02:22,120
Sebaik saja perlawanan berakhir, hanya
satu perkara bermain di fikiran penyokong.

28
00:02:22,320 --> 00:02:26,160
Takkanlah kita nak kalah
di derbi London Utara nanti, bukan?

29
00:02:26,560 --> 00:02:28,720
Tottenham minggu depan ujian besar.

30
00:02:29,400 --> 00:02:33,440
Saya tak optimistik, pada masa yang sama,
saya juga tak pesimistik,

31
00:02:33,560 --> 00:02:37,040
tapi begitulah keadaannya
menjadi penyokong Arsenal.

32
00:02:40,600 --> 00:02:45,440
Namun, kemenangan itu menanam keyakinan
seraya mereka kembali ke London Utara.

33
00:03:00,960 --> 00:03:04,160
Awak mencintai kerja awak.
Itulah keghairahan namanya.

34
00:03:05,040 --> 00:03:08,000
Kita harus yakin. Kita harus bertenaga.

35
00:03:09,200 --> 00:03:11,320
Tunjukkan kepada mereka semangat awak.

36
00:03:11,840 --> 00:03:12,800
Jom kita buat.

37
00:03:13,520 --> 00:03:15,880
SEGALANYA ATAU TIADA:
ARSENAL

38
00:03:15,960 --> 00:03:18,640
SUARA LATAR OLEH DANIEL KALUUYA

39
00:03:22,280 --> 00:03:28,280
48 JAM SEBELUM
DERBI LONDON UTARA

40
00:03:32,040 --> 00:03:34,120
PIERRE-EMERICK AUBAMEYANG
PENYERANG

41
00:03:34,200 --> 00:03:36,079
Adakah ramai yang tahu kisahnya?

42
00:03:36,160 --> 00:03:37,880
Tiada sesiapa tahu kisahnya.

43
00:03:37,960 --> 00:03:43,680
Ini kali pertama saya menceritakan
sebab saya membuat bentuk bintang ini

44
00:03:44,720 --> 00:03:47,200
setiap kali melawan Tottenham.

45
00:03:49,520 --> 00:03:51,920
Pada tahun 2016,

46
00:03:52,720 --> 00:03:56,840
saya kehilangan datuk saya.
Kami melawan Tottenham pada hari itu.

47
00:03:57,960 --> 00:04:02,480
Sebab itulah saya buat bintang ini
setiap kali melawan mereka kerana,

48
00:04:03,560 --> 00:04:06,280
pada hari itu,
saya menjaringkan dua gol untuknya

49
00:04:06,360 --> 00:04:11,080
dan saya sangat gembira.
Sebab itulah mulai hari itu,

50
00:04:11,160 --> 00:04:15,120
saya sentiasa buat sesuatu untuknya
dan dialah bintang saya.

51
00:04:17,360 --> 00:04:18,680
Ayah buat bintang?

52
00:04:18,760 --> 00:04:20,120
-Cantik tak?
-Sangat.

53
00:04:20,200 --> 00:04:21,200
-Kamu suka?
-Ya.

54
00:04:21,240 --> 00:04:23,120
Kamu pun suka?

55
00:04:27,880 --> 00:04:30,440
Bagaimana perasaan
menjaringkan gol Ahad ini?

56
00:04:34,800 --> 00:04:39,520
Pasti mengujakan.
Harap-harap ia akan berlaku.

57
00:04:40,320 --> 00:04:44,880
Tapi saya tahu perasaan
apabila menjaringkan gol.

58
00:04:45,520 --> 00:04:48,440
Saya pernah menjaringkan gol derbi
sebagai tuan rumah,

59
00:04:48,520 --> 00:04:52,720
jadi saya tahu perasaannya
dan saya cuma menantikannya.

60
00:04:54,760 --> 00:05:00,720
KELAB BOLA SEPAK ARSENAL

61
00:05:09,600 --> 00:05:10,920
Selamat pagi, semua.

62
00:05:11,000 --> 00:05:15,000
Kita akan buat satu latihan ringkas,
selepas itu saya terangkan sebabnya.

63
00:05:15,080 --> 00:05:17,640
Kalian akan nampak satu gambar, okey?

64
00:05:17,720 --> 00:05:21,920
Yang kalian perlu buat...
Saya akan beri masa 45 saat,

65
00:05:22,240 --> 00:05:26,160
cuba hafal semua gambar yang ada.

66
00:05:26,240 --> 00:05:28,120
Ini bukan satu pertandingan.

67
00:05:28,200 --> 00:05:30,920
Mudah saja, kalau salah, tak apa.

68
00:05:31,000 --> 00:05:32,480
Pépé nampak risau.

69
00:05:34,920 --> 00:05:38,400
Nico, awak risau? Ini bukan peperiksaan.

70
00:05:41,280 --> 00:05:44,720
Mesti ada posisi dan nombornya.
Tolong hafal.

71
00:05:48,880 --> 00:05:54,159
Okey, berapa ramai dapat hafal yang ini,

72
00:05:54,240 --> 00:05:58,120
dan berapa ramai dapat hafal
bahagian ini? Kieran.

73
00:05:58,200 --> 00:06:00,440
Saya cuba hafal yang sebelah kanan.

74
00:06:00,520 --> 00:06:02,760
-Tapi awak dapat hafal semua?
-Tak.

75
00:06:03,160 --> 00:06:04,160
Ben?

76
00:06:04,240 --> 00:06:06,480
Mikel Arteta mahu pasukannya serasi.

77
00:06:07,320 --> 00:06:09,000
Awak tak dapat sebelah ini?

78
00:06:09,080 --> 00:06:13,120
Jadi, gerak hati pemain perlu tahu
lokasi masing-masing di atas padang.

79
00:06:13,200 --> 00:06:16,200
-Dapat semua yang sebelah kiri? Sini?
-Tak cukup masa.

80
00:06:18,760 --> 00:06:21,480
Okey, bolehkah kita kata,
ramai antara kalian

81
00:06:21,560 --> 00:06:25,360
dapat menghafal
yang sebelah kanan hampir 100 peratus,

82
00:06:25,440 --> 00:06:29,680
dan kalian terkial-kial
nak hafal 30, 40, 50 peratus yang ini?

83
00:06:29,760 --> 00:06:32,320
B, agaknya
kenapa kita dapat hafal yang ini?

84
00:06:32,920 --> 00:06:34,800
Kerana itu latihan harian kami.

85
00:06:35,360 --> 00:06:38,640
Jadi, disebabkan kita berlatih begitu,
otak kita bagaimana?

86
00:06:38,720 --> 00:06:42,440
Ini disebabkan kita dah belajar sesuatu

87
00:06:43,560 --> 00:06:47,440
dan melihat gambar ini,
kita memproses maklumat berdasarkan itu.

88
00:06:47,800 --> 00:06:50,920
Dalam perlawanan, kita tak banyak masa
untuk membuat pilihan,

89
00:06:51,000 --> 00:06:54,200
jadi pengajarannya hari ini
ialah betapa pentingnya

90
00:06:54,280 --> 00:06:57,640
kita semua tahu
segala yang berlaku di atas padang

91
00:06:57,720 --> 00:07:01,040
kerana itu akan memudahkan kita
membuat pilihan.

92
00:07:01,480 --> 00:07:03,960
Jadi, dalam serangan atau pertahanan,

93
00:07:04,040 --> 00:07:08,840
jika secara visual tanpa perlu berfikir,
kita tahu semua yang sedang berlaku,

94
00:07:08,920 --> 00:07:11,200
setiap gerakan dan gerakan seterusnya

95
00:07:11,280 --> 00:07:14,080
cara semua unit berfungsi
dan saling berinteraksi,

96
00:07:14,160 --> 00:07:15,720
itulah sebabnya.

97
00:07:17,360 --> 00:07:19,680
Arsenal menuju ke derbi London Utara

98
00:07:19,760 --> 00:07:23,360
corot di tangga ke-13
dan di bawah Tottenham.

99
00:07:33,720 --> 00:07:35,680
Okey, semua, tolong ke depan.

100
00:07:37,760 --> 00:07:40,320
Kelab ini membina pasukan
untuk masa depan,

101
00:07:40,400 --> 00:07:43,520
tapi pengurusnya mahu mereka
menunjukkan hasil sekarang.

102
00:07:43,600 --> 00:07:45,000
Senyum lebar.

103
00:07:46,960 --> 00:07:47,960
Senyum lebar-lebar.

104
00:07:48,480 --> 00:07:50,880
Senyum lebar-lebar. Buat gaya gembira.

105
00:07:52,800 --> 00:07:55,360
Pengurusnya yakin
dengan pemain-pemain muda ini

106
00:07:55,440 --> 00:07:58,480
kerana dia tahu betapa berbakatnya mereka.

107
00:08:00,400 --> 00:08:02,200
Contohnya Emile Smith Rowe.

108
00:08:07,400 --> 00:08:09,120
Ini dia pada usia 15 tahun.

109
00:08:16,080 --> 00:08:19,920
Dari segi kawalan bola,
dia berbakat semula jadi.

110
00:08:26,800 --> 00:08:28,600
Emile, itu jauh lebih baik.

111
00:08:29,320 --> 00:08:32,280
Berikan jarak sekurang-kurangnya
satu meter dari garisan,

112
00:08:32,360 --> 00:08:36,000
kalau-kalau awak nak ke tepi.
Awak terlalu rapat.

113
00:08:36,760 --> 00:08:41,039
Bagi Emile Smith Rowe,
derbi London Utara lebih istimewa.

114
00:08:43,880 --> 00:08:46,080
Saya menyokong Arsenal sejak kecil.

115
00:08:46,440 --> 00:08:47,280
EMILE SMITH ROWE
PEMAIN TENGAH

116
00:08:47,360 --> 00:08:51,040
Malangnya, bapa saya penyokong Spurs,
jadi suasana di rumah agak toksik.

117
00:08:56,440 --> 00:09:00,320
Memang dia bangga dengan saya,
tapi setiap kali saya melawan Spurs,

118
00:09:00,400 --> 00:09:03,880
pasti kami akan
mempersendakan satu sama lain.

119
00:09:05,480 --> 00:09:07,960
Apa gambaran pertama awak tentang Emile?

120
00:09:08,480 --> 00:09:11,760
Emile, sangat pemalu,
tak suka berhubung mata dengan orang.

121
00:09:12,720 --> 00:09:13,880
Dia berasa...

122
00:09:16,080 --> 00:09:19,360
mungkin agak tak selesa
dan tak yakin diri.

123
00:09:20,120 --> 00:09:24,480
Tapi kita boleh nampak kebaikan hatinya
dan semuanya ada padanya.

124
00:09:25,400 --> 00:09:27,280
Bakat Emile memang menonjol.

125
00:09:30,960 --> 00:09:34,160
Tapi pihak kelab meminjamkannya
untuk membentuk peribadinya.

126
00:09:35,840 --> 00:09:37,760
Semasa meminjamkannya, saya kata,

127
00:09:37,880 --> 00:09:40,440
"Saya takkan tengok perlawanan awak,

128
00:09:40,520 --> 00:09:44,320
"saya cuma nak dengar kata-kata orang
tentang awak semasa di sana.

129
00:09:44,760 --> 00:09:48,440
"Cara awak digambarkan sebagai manusia,
bukan sebagai pemain.

130
00:09:48,520 --> 00:09:51,520
"Sebagai seorang pemain,
awak memang berkebolehan,

131
00:09:51,640 --> 00:09:55,720
"tapi bolehkah awak menanggung tekanan
di bilik persalinan dan di luar?

132
00:09:55,760 --> 00:09:59,080
"Saya tak tahu, jadi pergilah ke sana
dan latih diri awak."

133
00:09:59,160 --> 00:10:00,840
Dia benar-benar berjaya.

134
00:10:07,520 --> 00:10:10,840
Kini, pada usia 21 tahun
dia pemain nombor sepuluh Arsenal.

135
00:10:13,280 --> 00:10:15,080
Ini amat bermakna bagi saya.

136
00:10:15,760 --> 00:10:19,480
Sejak kecil, saya mengidamkan
jersi nombor sepuluh ikonik ini.

137
00:10:21,760 --> 00:10:23,640
Penggantungan dah tamat.

138
00:10:24,000 --> 00:10:25,840
Penggantungan saya dah tamat.

139
00:10:26,600 --> 00:10:27,880
Terus masuk?

140
00:10:31,200 --> 00:10:32,760
Awaklah masa depan.

141
00:10:32,880 --> 00:10:33,760
Taklah.

142
00:10:33,840 --> 00:10:36,520
Saya dah kata sejak mula lagi.
Awaklah masa depan.

143
00:10:36,640 --> 00:10:38,760
Ini bukan hal masa depan, tapi sekarang.

144
00:10:39,200 --> 00:10:42,640
Bayangkan menjadi nombor 10,
dan kapten di masa depan.

145
00:10:47,080 --> 00:10:48,840
Kejar dari kiri ke kanan.

146
00:10:49,520 --> 00:10:52,520
Seorang lagi pemain muda berbakat
yang Mikel percaya

147
00:10:52,600 --> 00:10:54,760
ialah Bukayo Saka, berusia 20 tahun.

148
00:10:55,320 --> 00:10:58,000
Ibu bapanya datang ke London dari Nigeria.

149
00:11:02,680 --> 00:11:06,840
Bukayo dimasukkan ke akademi Arsenal
pada usia hanya lapan tahun.

150
00:11:12,480 --> 00:11:16,520
Dengan pantas
dia jelas menunjukkan bakat luar biasa.

151
00:11:19,920 --> 00:11:22,880
Mungkin satu dalam seratus orang
lebih kurang,

152
00:11:22,960 --> 00:11:26,520
budak-budak lepasan akademi
masuk ke pasukan pertama.

153
00:11:29,440 --> 00:11:32,480
Pertama kali masuk
ke bilik persalinan pasukan pertama,

154
00:11:32,560 --> 00:11:34,880
itulah masanya saya terfikir,

155
00:11:34,960 --> 00:11:39,680
"Okey, saya dah sampai, inilah hidup
sebagai pemain pasukan pertama."

156
00:11:42,280 --> 00:11:46,120
Bukayo menambat hati negara ini
kerana bermain untuk England.

157
00:11:47,000 --> 00:11:51,840
Pihak media mempersoalkan kegagalannya
menjaringkan gol selepas 19 perlawanan.

158
00:11:53,000 --> 00:11:54,280
Mikel, B bagaimana?

159
00:11:54,360 --> 00:11:55,200
B?

160
00:11:55,280 --> 00:11:56,320
Ya, dia okey?

161
00:11:56,400 --> 00:11:57,920
Dia kurang yakin diri.

162
00:11:58,000 --> 00:12:01,080
Kita telah meyakinkan dia
tentang pencapaiannya,

163
00:12:01,160 --> 00:12:02,560
dia antara pemain terbaik.

164
00:12:05,560 --> 00:12:07,960
Jika asalnya kita di sini,
nak ke mana lagi?

165
00:12:08,040 --> 00:12:09,520
Hanya ada satu arah.

166
00:12:10,520 --> 00:12:13,240
England, maaflah,
mereka memang pakar dalam

167
00:12:13,320 --> 00:12:17,560
mengambil seseorang
kemudian melumpuhkan keyakinan mereka.

168
00:12:23,400 --> 00:12:28,280
Tugas kita, bermula dengan kelab ini,
ialah melindungi mereka sebaik mungkin.

169
00:12:28,360 --> 00:12:31,760
Pada masa yang masa, mendidik mereka,
mereka ada tanggungjawab.

170
00:12:31,840 --> 00:12:35,520
Mereka boleh terus berkembang
sebagai individu

171
00:12:35,600 --> 00:12:39,240
dan secara profesional,
dalam persekitaran kelab kami.

172
00:12:43,400 --> 00:12:46,480
-Bersenam di gim tadi?
-Ya, bahagian bawah tubuh.

173
00:12:50,240 --> 00:12:53,240
Setiap detik perlawanan Emile
yang lepas dianalisa

174
00:12:53,320 --> 00:12:54,880
dan dia diberi maklum balas.

175
00:12:54,960 --> 00:12:56,200
#9 EMILE
DEF - EMILE - MENANGI INI

176
00:12:56,280 --> 00:12:57,600
Apa terjadi di sini?

177
00:12:57,680 --> 00:12:59,480
-Saya cuba merebut bola.
-Okey.

178
00:12:59,560 --> 00:13:01,160
Dia hulurkan kakinya.

179
00:13:01,240 --> 00:13:02,800
-Saya terjatuh.
-Kuat sikit.

180
00:13:03,560 --> 00:13:04,600
Saya tak dengar.

181
00:13:04,680 --> 00:13:06,360
-Saya cuba merebut bola.
-Ya?

182
00:13:06,440 --> 00:13:09,080
-Dia menolak saya ke tepi.
-Ya.

183
00:13:09,160 --> 00:13:11,240
-Tapi itulah pertarungannya.
-Ya.

184
00:13:11,320 --> 00:13:14,800
Bagi saya, awak perlu memenanginya, ya?

185
00:13:14,880 --> 00:13:18,320
Seperti dalam latihan kita,
apabila mempertahankan...

186
00:13:18,400 --> 00:13:22,520
Apabila ada situasi, pertarungan kecil
satu lawan satu, semua saat itu,

187
00:13:22,600 --> 00:13:26,920
serta dalam situasi spesifik
awak mesti berjaya berebut bola, Emile.

188
00:13:27,000 --> 00:13:30,920
Lebih-lebih lagi
kerana awak lebih pantas, ya?

189
00:13:31,000 --> 00:13:34,440
Yang penting awak gunakan tubuh awak
dan beranikan diri,

190
00:13:34,520 --> 00:13:36,840
untuk melepaskan bola, untuk berlari,

191
00:13:36,920 --> 00:13:40,280
untuk menjayakan sesuatu
kerana awak pemain yang kreatif.

192
00:13:42,440 --> 00:13:46,080
Saya nak awak lebih
dalam situasi begitu, ya?

193
00:13:51,360 --> 00:13:54,480
24 JAM SEBELUM PERLAWANAN

194
00:13:54,560 --> 00:13:58,200
PIALA EROPAH
PIALA JUARA-JUARA

195
00:13:58,280 --> 00:14:02,000
Orang sangka disebabkan
ini hidup yang awak impikan

196
00:14:02,080 --> 00:14:06,840
hidup awak senang, tapi awak menghadapi
masalah yang tiada pada orang lain.

197
00:14:06,920 --> 00:14:09,240
Awak hanya perlu bermain,

198
00:14:09,320 --> 00:14:13,120
berseronok, untuk merasai diri sendiri.
Awak macam serabut sekarang.

199
00:14:14,120 --> 00:14:16,160
Entahlah. Mungkin saya tersilap.

200
00:14:17,440 --> 00:14:18,280
Awak setuju?

201
00:14:18,360 --> 00:14:19,480
Ya, saya setuju.

202
00:14:19,560 --> 00:14:22,840
Kerana semasa saya paling cemerlang,
saya begitu tenang.

203
00:14:22,920 --> 00:14:28,280
Yakin, tak berfikir lebih-lebih,
saya cuma bermain dan berseronok.

204
00:14:29,840 --> 00:14:31,760
Ada kisah di sebalik seseorang...

205
00:14:31,840 --> 00:14:33,560
CARLOS CUESTA
JURULATIH PERKEMBANGAN INDIVIDU

206
00:14:33,640 --> 00:14:36,400
...dan sering kali kita,
atau masyarakat secara umum,

207
00:14:36,480 --> 00:14:41,360
mengkritik atau menilai tanpa menyedari
bahawa seseorang itu sedang berusaha.

208
00:14:42,800 --> 00:14:44,360
Awak nak berada di mana?

209
00:14:44,440 --> 00:14:47,480
Sekarang, hari ini, sehari sebelum derbi.

210
00:14:48,600 --> 00:14:51,120
Awak rasa apa yang diperlukan
untuk menang?

211
00:14:51,200 --> 00:14:52,440
Ya, rasanya boleh.

212
00:14:52,520 --> 00:14:55,720
Rasanya pada mulanya,
permulaannya agak teruk.

213
00:14:55,800 --> 00:14:57,320
Semua orang pun kecoh,

214
00:14:57,400 --> 00:15:00,440
tapi musim ini tak ditentukan
selepas tiga perlawanan.

215
00:15:00,520 --> 00:15:01,480
Ia begitu panjang.

216
00:15:01,560 --> 00:15:04,240
Saya pun rasa begitu,
jadi saya rasa tak mengapa.

217
00:15:04,320 --> 00:15:07,080
Dua perlawanan yang perlu dimenangi
akan dimenangi,

218
00:15:07,160 --> 00:15:11,200
dan saya rasa semangat kepasukan
dan keyakinan kita jauh lebih baik,

219
00:15:11,280 --> 00:15:15,320
dan jika kita memang esok,
rasanya akan terus meningkat.

220
00:15:15,400 --> 00:15:17,480
-Awak dah cakap.
-Kita tengok nanti.

221
00:15:23,880 --> 00:15:25,480
Kami melawan Spurs Ahad ini.

222
00:15:25,560 --> 00:15:30,120
Kami mahu menang dan langsung tak mahu
dikalahkan oleh mereka.

223
00:15:31,000 --> 00:15:31,920
TUKANG GUNTING RAMBUT ARSENAL
SENARAI HARGA

224
00:15:32,000 --> 00:15:36,080
Inilah saat dalam hidup saya Arsenal
dan Spurs berada di tahap yang sama.

225
00:15:36,160 --> 00:15:37,280
Ini hak bermegah.

226
00:15:37,360 --> 00:15:40,080
Jika menang, memang seronok,
tapi jika kalah...

227
00:15:40,160 --> 00:15:42,240
Jika kalah, memang teruk perasaannya.

228
00:15:42,720 --> 00:15:45,560
Dalam perlawanan yang sebegitu penting,

229
00:15:45,640 --> 00:15:48,880
pemain pun merasai ketegangannya,
dan ini perkara menakutkan.

230
00:15:49,120 --> 00:15:52,680
Derbi London Utara
ialah perlawanan terbesar musim ini.

231
00:15:55,280 --> 00:15:58,080
Bayangkan menjaringkan gol
di derbi London Utara.

232
00:15:59,520 --> 00:16:01,200
Pasti sangat seronok.

233
00:16:02,440 --> 00:16:05,360
Minggu yang penting, ya,
dengan derbi London Utara?

234
00:16:05,440 --> 00:16:07,960
Sememangnya. Sekarang kami perlu merancang

235
00:16:08,040 --> 00:16:10,280
dan kami tahu kami perlukan hasilnya.

236
00:16:10,360 --> 00:16:14,000
Apakah perasaan bermain
di derbi London Utara sebagai tuan rumah?

237
00:16:19,440 --> 00:16:21,920
Derbi London Utara sentiasa sengit.

238
00:16:24,880 --> 00:16:26,320
Seringkali agak ganas.

239
00:16:30,680 --> 00:16:33,720
Ada kalanya, muncul saat-saat cemerlang.

240
00:16:39,560 --> 00:16:40,880
Thierry Henry...

241
00:16:42,440 --> 00:16:45,160
Dia terus mara! Thierry Henry!

242
00:16:46,080 --> 00:16:50,280
Ya Tuhan, menakjubkan!
Dia memang menakjubkan!

243
00:16:50,360 --> 00:16:54,200
Thierry Henry mencuri perhatian
di London Utara.

244
00:17:06,520 --> 00:17:09,160
Antara masalah mana-mana pasukan Arsenal

245
00:17:09,240 --> 00:17:12,000
ialah dibandingkan
dengan legenda masa lalu.

246
00:17:15,040 --> 00:17:17,680
Itu tak adil.
Tak adil membandingkan era...

247
00:17:17,760 --> 00:17:18,920
THIERRY HENRY
PEMEGANG REKOD PENJARING GOL ARSENAL

248
00:17:19,000 --> 00:17:22,400
...dan tak adil mengharapkan orang
bermain dengan cara sama

249
00:17:22,480 --> 00:17:25,720
dan saya rasa Arsenal sedang berkembang,

250
00:17:25,800 --> 00:17:28,560
tapi di samping itu,
tak lupa asal usul kita.

251
00:17:30,080 --> 00:17:32,880
Orang bercakap
tentang mengembalikan DNA Arsenal.

252
00:17:32,960 --> 00:17:35,760
DNA Arsenal ialah bertanding untuk menang.

253
00:17:36,640 --> 00:17:39,080
Saya bercakap tentang sikap dan mentaliti

254
00:17:39,160 --> 00:17:43,880
dan cara kita berjalan, berlari,
bernafas, berfikir, tidur

255
00:17:43,960 --> 00:17:46,280
dan makan macam pasukan empat teratas.

256
00:17:48,080 --> 00:17:51,560
Bagi saya, Arsenal juga melambangkan

257
00:17:51,640 --> 00:17:54,560
bukan saja
semua kemenangan kami sebagai pasukan,

258
00:17:54,640 --> 00:17:56,760
tapi juga kesannya kepada masyarakat.

259
00:17:57,880 --> 00:18:01,040
Ia sentiasa kelab orang ramai,
kelab jalanan.

260
00:18:01,080 --> 00:18:06,240
Arsenal antara kelab yang terawal
mengambil pemain kulit Hitam,

261
00:18:06,320 --> 00:18:10,920
jadi ia memang mewakili rakyat UK
dan suasana London.

262
00:18:12,160 --> 00:18:16,280
Saya harap pihak kelab sedar
kita bermain untuk siapa.

263
00:18:16,560 --> 00:18:21,400
Tapi dalam pasukan ini,
saya boleh memahami dan menyokong

264
00:18:21,480 --> 00:18:23,880
Bukayo Saka dan Smith Rowe,

265
00:18:23,960 --> 00:18:28,640
kerana saya nampak dah tertulis pada
dahi mereka, Kelab Bola Sepak Arsenal.

266
00:18:31,560 --> 00:18:32,800
Awak nampak tadi?

267
00:18:32,920 --> 00:18:34,800
Cara mereka bermain, berjalan,

268
00:18:34,920 --> 00:18:36,720
cara mereka berlari dan bertarung.

269
00:18:36,800 --> 00:18:40,280
Semasa mereka tersasar,
semasa menjaringkan gol atau tidak,

270
00:18:40,320 --> 00:18:42,240
memang dah tertulis.

271
00:18:42,800 --> 00:18:45,080
Kelab Bola Sepak Arsenal.

272
00:18:47,560 --> 00:18:52,000
TOTTENHAM HOTSPUR LWN ARSENAL
STADIUM EMIRATES - 26 SEPTEMBER 2021

273
00:18:52,680 --> 00:18:58,680
90 MINIT SEBELUM BERMULA

274
00:19:16,280 --> 00:19:19,280
Para pemain memilih muzik
di dalam bilik persalinan.

275
00:19:43,920 --> 00:19:47,720
Biasanya, Mikel akan bercakap
sejam sebelum perlawanan.

276
00:19:48,880 --> 00:19:51,240
Kemudian sekali lagi sebelum mula.

277
00:20:08,560 --> 00:20:10,760
-Semua dah ada?
-Ya, sudah.

278
00:20:21,920 --> 00:20:24,440
Kalian dah bersedia sepenuhnya.
Saya yakin.

279
00:20:24,520 --> 00:20:27,760
Saya boleh nampak dan merasainya.
Semasa latihan,

280
00:20:27,800 --> 00:20:30,080
saya nampak sikap dan riak wajah kalian.

281
00:20:30,800 --> 00:20:34,280
Ini pandangan saya
tentang perlawanan hari ini.

282
00:20:34,320 --> 00:20:37,320
Kalian dah bersedia
dari segi fizikal, taktikal,

283
00:20:37,440 --> 00:20:41,560
kalian dah sedia dari segi teknikal,
persefahaman antara kalian amat bagus.

284
00:20:41,680 --> 00:20:45,640
Saya nak jelaskan perkara
yang amat penting dalam perlawanan ini.

285
00:20:49,680 --> 00:20:52,320
Bermainlah dengan hati yang berani.

286
00:20:57,960 --> 00:21:01,800
Pada masa yang sama,
bermainlah dengan otak bergeliga.

287
00:21:01,920 --> 00:21:03,800
Kedua-duanya perlu bekerjasama.

288
00:21:05,440 --> 00:21:07,040
Ini keghairahan awak,

289
00:21:07,960 --> 00:21:11,320
betapa banyak usaha awak curahkan
dari lubuk hati awak,

290
00:21:11,400 --> 00:21:15,440
betapa banyak awak membakar semangat
dan menumpukan diri kepada perlawanan.

291
00:21:15,520 --> 00:21:17,800
Kita akan diganggu semasa perlawanan,

292
00:21:17,920 --> 00:21:22,400
Højbjerg, Harry Kane, Dele Alli, Dier,
kalian sentiasa mengawalnya.

293
00:21:22,480 --> 00:21:26,520
Apabila perlu membuat keputusan,
buat secara berperingkat,

294
00:21:26,560 --> 00:21:30,040
kalian tak boleh bermain laju-laju
sepanjang masa.

295
00:21:30,400 --> 00:21:32,040
Jika kita buat dua perkara itu,

296
00:21:32,080 --> 00:21:35,920
tinggal satu lagi perkara
paling berkuasa dalam perlawanan ini.

297
00:21:38,480 --> 00:21:42,200
Penyokong kita,
melihat adanya dua perkara ini...

298
00:21:42,280 --> 00:21:43,200
GHAIRAH - KEJELASAN

299
00:21:43,280 --> 00:21:46,560
...mereka akan menyokong kalian
dan memberi perkara ini.

300
00:21:46,680 --> 00:21:47,560
TENAGA

301
00:21:47,640 --> 00:21:49,920
Saya sendiri pernah mengalaminya.

302
00:21:50,000 --> 00:21:53,000
Sebaik saja tiga perkara ini
bergabung dalam perlawanan ini,

303
00:21:53,080 --> 00:21:56,280
kalian akan berasa gagah
di atas padang itu,

304
00:21:56,360 --> 00:22:00,200
kalian tak boleh dihalang,
kalian kebal dan tak boleh ditandingi.

305
00:22:00,280 --> 00:22:03,520
Ini perlawanan hari ini,
yang lain-lain kalian dah tahu.

306
00:22:03,600 --> 00:22:04,560
Ayuh, semua.

307
00:22:15,120 --> 00:22:17,680
Tottenham mendahului liga
beberapa minggu lalu,

308
00:22:17,760 --> 00:22:21,720
tapi selepas beberapa kekalahan
mereka perlu membuktikan sesuatu.

309
00:22:48,840 --> 00:22:51,120
Ini berita penuh pasukan, Gigi.

310
00:22:51,200 --> 00:22:54,200
Xhaka kembali setelah digantung,
satu saja pertukaran.

311
00:22:54,560 --> 00:22:58,720
Mereka berbaris bersama Ramsdale di gol,
Tomiyasu, Gabriel, White,

312
00:22:58,800 --> 00:23:00,440
dan Tierney untuk pertahanan.

313
00:23:00,520 --> 00:23:03,320
Xhaka dan Partey akan berada
di bahagian tengah,

314
00:23:03,400 --> 00:23:07,480
dengan Smith Rowe, Ødegaard,
dan Saka di belakang Aubameyang.

315
00:23:07,800 --> 00:23:10,840
Manakala Tottenham Hotspur
membuat tiga pertukaran...

316
00:24:06,160 --> 00:24:11,200
30 MINIT SEBELUM PERLAWANAN

317
00:24:48,280 --> 00:24:50,520
Ayuh, semua. Mari mula pergi.

318
00:25:10,080 --> 00:25:12,560
Kami sayang Arsenal, memang sayang

319
00:25:12,640 --> 00:25:15,000
Kami sayang Arsenal, memang sayang

320
00:25:15,080 --> 00:25:17,040
Kami sayang Arsenal, memang sayang

321
00:25:17,120 --> 00:25:19,360
Oh, Arsenal, kami sayang!

322
00:25:19,440 --> 00:25:21,800
Kami sayang Arsenal, memang sayang

323
00:25:25,480 --> 00:25:30,360
10 MINIT SEBELUM PERLAWANAN

324
00:25:37,080 --> 00:25:38,320
Semua orang dah masuk?

325
00:25:39,880 --> 00:25:41,280
Mari, Stuart.

326
00:25:44,600 --> 00:25:49,440
Selama 30 tahun, dia merakam emosi.

327
00:25:49,520 --> 00:25:52,400
Orang, emosi, dan pasukan.

328
00:25:54,920 --> 00:25:58,000
Saya nak dia ceritakan
perasaannya terhadap kalian

329
00:25:58,080 --> 00:26:01,280
kerana dia jumpa kalian hari-hari,
dan terhadap kelab kita.

330
00:26:03,080 --> 00:26:04,360
Susahnya.

331
00:26:06,040 --> 00:26:09,640
Ini kelab saya.
Saya amat sayang kelab bola sepak ini.

332
00:26:09,720 --> 00:26:11,520
Saya amat sayang kalian semua.

333
00:26:11,960 --> 00:26:15,280
Selama 30 tahun, saya mengambil gambar
pemain yang hebat,

334
00:26:15,880 --> 00:26:18,600
pemain bertaraf dunia, pasukan yang hebat.

335
00:26:19,160 --> 00:26:21,720
Melihat kalian semua,
ini pasukan yang hebat.

336
00:26:22,120 --> 00:26:25,160
Ini pasukan hebat.
Saya penyokong seumur hidup saya.

337
00:26:25,720 --> 00:26:28,000
Kita perlu menang hari ini.

338
00:26:28,080 --> 00:26:30,760
Saya seorang penyokong.
Penyokong di luar sana,

339
00:26:31,320 --> 00:26:33,880
sanggup buat apa-apa saja
untuk menang hari ini.

340
00:26:34,320 --> 00:26:37,440
Tengok mereka.
Kalian keluar dulu, merebut bola dulu,

341
00:26:37,520 --> 00:26:41,200
dengarlah sorakan penonton,
mereka pasti akan menyokong kalian.

342
00:26:41,560 --> 00:26:45,200
Menangi setiap rebutan. Apabila
menjaringkan gol, lihat muka mereka,

343
00:26:45,280 --> 00:26:48,000
lihat emosinya, betapa kalian disayangi.

344
00:26:48,080 --> 00:26:51,320
Tunjukkanlah kasih sayang kalian
terhadap mereka, okey?

345
00:27:11,600 --> 00:27:12,840
Mari kita pergi!

346
00:27:38,800 --> 00:27:40,880
Cabaran yang baik oleh Ben White.

347
00:27:41,560 --> 00:27:44,480
Itulah cabaran
yang menentukan suasana perlawanan.

348
00:27:45,000 --> 00:27:47,680
Arsenal lebih cekap
antara kedua-dua pasukan.

349
00:27:47,760 --> 00:27:50,760
Ødegaard mara ke depan,
Aubameyang mendahuluinya,

350
00:27:50,840 --> 00:27:53,480
mencari Saka, sudut kanan kawasan penalti.

351
00:27:53,560 --> 00:27:56,440
Saka menendangnya kembali,
Smith Rowe dah tiba!

352
00:27:58,920 --> 00:28:01,600
Smith Rowe membolehkan Arsenal mendahului!

353
00:28:02,160 --> 00:28:03,800
Permainan baik oleh Arsenal.

354
00:28:05,800 --> 00:28:07,400
Satu-kosong untuk Arsenal.

355
00:28:07,480 --> 00:28:11,200
Satu-kosong untuk Arsenal
bunyi sorakan di stadium Emirates.

356
00:28:11,280 --> 00:28:16,680
Satu-kosong untuk Arsenal
Satu-kosong untuk Arsenal.

357
00:28:16,760 --> 00:28:20,840
Gabungan Smith Rowe dan Saka cukup mantap.

358
00:28:20,920 --> 00:28:24,960
Smith Rowe, penjaring gol,
merempuh ke arah kawasan penalti.

359
00:28:25,040 --> 00:28:26,600
Smith Rowe kepada Aubameyang!

360
00:28:27,320 --> 00:28:29,520
Arsenal meraih gol kedua.

361
00:28:29,600 --> 00:28:31,080
Aubameyang!

362
00:28:42,000 --> 00:28:44,720
Bola dihantar oleh Xhaka kepada Ødegaard,

363
00:28:44,800 --> 00:28:47,120
kepada Smith Rowe, Smith Rowe kepada Saka

364
00:28:47,200 --> 00:28:49,760
untuk merebut peluang
yang dibuka oleh Reguilón.

365
00:28:49,840 --> 00:28:52,400
Saka meluru ke depan, tiga lawan dua,

366
00:28:52,480 --> 00:28:55,280
Saka cuba menghantar bola, hanya dia saja.

367
00:28:55,360 --> 00:28:58,160
Kembali kepada Saka dan dia berjaya.

368
00:29:06,000 --> 00:29:08,440
Arsenal benar-benar kuat hari ini.

369
00:29:08,520 --> 00:29:12,000
Ini gol pertama Saka dalam liga ini
selepas 20 perlawanan.

370
00:29:23,040 --> 00:29:27,720
SEPARUH MASA
ARSENAL 3 - 0 TOTTENHAM

371
00:29:33,720 --> 00:29:35,400
Syabas, semua. Kita buat lagi!

372
00:29:35,480 --> 00:29:37,680
Teruskan, semua. Teruskan.

373
00:29:38,480 --> 00:29:40,880
Ayuh, semua. Bermula sekali lagi.

374
00:29:45,320 --> 00:29:48,760
Pesanan pertama saya,
kita perlu bermain separuh masa kedua

375
00:29:48,840 --> 00:29:50,760
dan menaikkan lagi tahapnya.

376
00:29:50,840 --> 00:29:52,960
Kita mampu melakukannya, hapuskan mereka.

377
00:29:53,040 --> 00:29:55,760
Dalam perlawanan begini,
kita perlu matikannya.

378
00:29:55,840 --> 00:29:58,560
Itu pesanan saya sejak mula lagi.

379
00:29:58,640 --> 00:30:02,080
Apabila boleh, sebanyak mungkin,
pada detik yang sesuai

380
00:30:02,160 --> 00:30:04,800
dengan kesungguhan dan rentak
yang ditunjukkan,

381
00:30:04,880 --> 00:30:08,960
merebut dan mengendalikan bola
macam kalian buat tadi,

382
00:30:09,040 --> 00:30:11,920
teruskan, kerana
mereka akan mencari peluang,

383
00:30:12,000 --> 00:30:13,880
pemain mereka akan diarah ke depan.

384
00:30:13,960 --> 00:30:16,800
B, bagus awak tadi,
awak banyak dapat bola kedua.

385
00:30:16,880 --> 00:30:19,960
Inilah kuncinya,
kita mesti kekalkan rentak ini.

386
00:30:25,160 --> 00:30:28,640
Saka mengawal bola,
cuba membolos dari Skipp.

387
00:30:28,720 --> 00:30:31,560
Smith Rowe, Saka pun ada.

388
00:30:31,640 --> 00:30:34,120
Smith Rowe membelakangi gol, ke Ødegaard,

389
00:30:34,200 --> 00:30:37,160
Arsenal mengancam lagi,
menghantar ke Aubameyang.

390
00:30:41,280 --> 00:30:43,760
Bola ke depan, Harry Kane masuk,

391
00:30:43,840 --> 00:30:48,080
Harry Kane, gol, itu tersasar.
Bendera juga tak dinaikkan.

392
00:30:51,240 --> 00:30:53,560
Menggelongsor, menghantar kepada Reguilón,

393
00:30:53,640 --> 00:30:56,040
bermain rendah, Son, Son menjaringkan gol.

394
00:31:08,120 --> 00:31:11,680
Terlanggar tiang,
diselamatkan oleh Ramsdale.

395
00:31:13,280 --> 00:31:16,480
Sikit lagi. Itu dia, wisel akhir berbunyi.

396
00:31:16,560 --> 00:31:19,960
Mikel Arteta menumbuk langit
di Stadium Emirates ini.

397
00:31:20,040 --> 00:31:24,680
Kemenangan yang sewajarnya bagi Arsenal,
cemerlang sekali di separuh masa pertama.

398
00:31:31,760 --> 00:31:34,720
Emile, baru 50 perlawanan bersama Arsenal,

399
00:31:34,800 --> 00:31:36,640
prestasi awak cukup hebat.

400
00:31:36,720 --> 00:31:38,120
Adakah ini hari terbaik?

401
00:31:38,200 --> 00:31:41,720
Tentu sekali. Ini mungkin hari terbaik
dalam hidup saya,

402
00:31:41,800 --> 00:31:44,640
memenangi derbi London Utara
sebagai tuan rumah

403
00:31:44,720 --> 00:31:49,040
dan menjaringkan gol ditonton
oleh keluarga saya, seronok sekali.

404
00:31:49,120 --> 00:31:50,880
London Utara berwarna apa?

405
00:31:50,960 --> 00:31:55,160
-Merah. Tolonglah, kawan.
-Ayuh.

406
00:31:55,240 --> 00:31:56,960
Merah, warnanya merah!

407
00:31:58,720 --> 00:32:00,760
Inilah yang terbaik.

408
00:32:00,840 --> 00:32:02,640
Kejayaan demi kejayaan.

409
00:32:02,720 --> 00:32:06,400
Kalau suka gelongsor lutut,
berbaloi tiket perlawanan ini.

410
00:32:06,480 --> 00:32:11,280
Hari-hari begini menjadikan betapa seronok
menyokong pasukan ini. Tak sangka.

411
00:32:14,120 --> 00:32:14,960
Ayuh!

412
00:32:15,040 --> 00:32:17,960
Ayuh, kawan! Ya!

413
00:32:22,600 --> 00:32:26,360
Kita di sini
Kita di sini dan ayuh

414
00:32:26,440 --> 00:32:29,320
Naiklah semua
Kita akan berangkat

415
00:32:29,400 --> 00:32:31,560
Ayuh

416
00:32:31,640 --> 00:32:34,320
Saka dan Emile Smith Rowe

417
00:32:35,360 --> 00:32:37,080
Semua sekali!

418
00:32:37,160 --> 00:32:40,600
Kita di sini
Kita di sini dan ayuh

419
00:32:40,680 --> 00:32:43,920
Naiklah semua
Kita akan berangkat

420
00:32:44,000 --> 00:32:46,040
Ayuh

421
00:32:46,360 --> 00:32:48,840
Saka dan Emile Smith Rowe

422
00:32:57,360 --> 00:32:59,480
Ayuh Arsenal!

423
00:33:05,200 --> 00:33:09,200
Ini untuk awak. Semua orang
menandatanganinya dan ini untuk awak.

424
00:33:45,320 --> 00:33:47,960
London Utara berwarna merah malam ini.

425
00:33:48,440 --> 00:33:52,040
Arsenal memenangi
derbi London Utara ke-204 malam ini.

426
00:33:52,440 --> 00:33:55,600
Inilah kemenangan
yang boleh memulakan musim.

427
00:33:56,600 --> 00:33:58,520
Sambil musim ini berterusan,

428
00:33:58,600 --> 00:34:02,600
jelas sekali Arsenal
mula memenangi semula hati penyokongnya.

429
00:34:02,680 --> 00:34:06,320
Satu, dua, tiga, empat
Saya suka, suka, suka

430
00:34:06,400 --> 00:34:07,560
Saya suka

431
00:34:09,960 --> 00:34:11,719
Ayuh

432
00:34:11,800 --> 00:34:14,880
Saka dan Emile Smith Rowe

433
00:34:14,960 --> 00:34:16,440
Satu, dua, tiga, empat

434
00:34:16,520 --> 00:34:19,960
Saya suka, saya suka,
saya suka, saya suka

435
00:34:22,360 --> 00:34:24,080
Ayuh

436
00:34:24,159 --> 00:34:26,880
Saka dan Emile Smith Rowe

437
00:34:27,880 --> 00:34:28,800
SETERUSNYA...

438
00:34:28,880 --> 00:34:31,600
Saya yakin kita
akan menewaskan mereka di Anfield.

439
00:34:31,639 --> 00:34:34,280
Nampaknya ada pertengkaran di garisan tepi

440
00:34:34,360 --> 00:34:37,840
dan Arteta dan Klopp
seperti nak mula bergaduh.

441
00:34:39,639 --> 00:34:43,400
Diogo Jota menyelit di belakang Ramsdale.

442
00:34:43,480 --> 00:34:45,159
Memalukan betul.

443
00:34:47,000 --> 00:34:50,639
Saya boleh menukarnya,
jangan ingat kita akan guna pasukan sama.

444
00:34:51,760 --> 00:34:55,040
-Aubameyang ke bangku. Memang patut.
-Eloklah, rasanya.

445
00:34:55,120 --> 00:34:58,920
Terkena palang gol dari sini tadi.
Masuk ke belakang net kali ini!

446
00:35:54,880 --> 00:35:57,560
TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMAIN, JURULATIH
DAN STAF KELAB BOLA SEPAK ARSENAL

447
00:35:58,880 --> 00:36:00,880
Terjemahan sari kata oleh
Faizah Asma' Mohamed Anuar

448
00:36:00,960 --> 00:36:02,960
Penyelia Kreatif

