1
00:00:05,040 --> 00:00:07,960
KAMILAH ARSENAL

2
00:00:08,000 --> 00:00:09,520
Rapat sikit, semua. Mari.

3
00:00:14,800 --> 00:00:17,520
Ini Jumaat malam, semua.
Stadium ini penuh.

4
00:00:17,600 --> 00:00:19,840
Keluarga kalian dan penyokong ada di sini,

5
00:00:19,920 --> 00:00:22,600
kalian perlu bangkitkan semangat mereka.

6
00:00:22,680 --> 00:00:26,360
Semua orang perlu memburu,
memenangi pertarungan, merebut kembali,

7
00:00:26,440 --> 00:00:28,520
bermain dengan pertahanan ketat.

8
00:00:28,600 --> 00:00:32,080
Kita harus padat,
yakin diri dan bertenaga.

9
00:00:32,120 --> 00:00:35,080
Padat dan benar-benar agresif
dari mula lagi.

10
00:00:35,120 --> 00:00:37,720
Sepuluh minit pertama,
naikkan semangat penonton.

11
00:00:37,760 --> 00:00:41,760
Jadi, awak berdua di dalam kotak,
hantaran jauh dan pertahanan tinggi.

12
00:00:41,840 --> 00:00:45,040
Kita perlu menyerang di belakang.
Ayuh. Sekali lagi.

13
00:01:21,000 --> 00:01:24,440
Awak mencintai kerja awak.
Itulah keghairahan namanya.

14
00:01:25,280 --> 00:01:28,120
Kita harus yakin. Kita harus bertenaga.

15
00:01:29,320 --> 00:01:31,800
Tunjukkan kepada mereka semangat awak.

16
00:01:31,880 --> 00:01:32,840
Jom kita buat.

17
00:01:33,640 --> 00:01:36,120
SEGALANYA ATAU TIADA:
ARSENAL

18
00:01:36,200 --> 00:01:38,600
SUARA LATAR OLEH DANIEL KALUUYA

19
00:01:50,560 --> 00:01:55,960
ARSENAL LWN ASTON VILLA
STADIUM EMIRATES - 22 OKTOBER 2021

20
00:01:57,560 --> 00:02:00,680
Sembilan minggu dalam liga ini
dengan tiga kemenangan,

21
00:02:00,760 --> 00:02:02,920
tiga kekalahan dan dua seri.

22
00:02:03,480 --> 00:02:07,120
Tiada sesiapa boleh menjangka apa-apa
daripada pasukan Mikel Arteta.

23
00:02:10,160 --> 00:02:12,560
Minit pertama agak ganas.

24
00:02:15,760 --> 00:02:18,440
Bola terkena tiang,
sepakan basikal tersasar.

25
00:02:18,520 --> 00:02:20,720
Saka menendang dengan kaki kiri.

26
00:02:22,440 --> 00:02:24,280
Tendangan sudut oleh Smith Rowe.

27
00:02:24,360 --> 00:02:25,880
Partey, kali ini masuk!

28
00:02:26,000 --> 00:02:30,440
Thomas Partey! Dengan sentuhan,
gol pertamanya untuk Arsenal.

29
00:02:36,080 --> 00:02:37,880
Ben White kini meluru ke depan.

30
00:02:38,000 --> 00:02:39,880
Masih mara, Ben White.

31
00:02:40,000 --> 00:02:43,800
Bagus daripada Arsenal.
Smith Rowe, Tavares lari bertindan.

32
00:02:45,840 --> 00:02:48,280
Permulaan yang mengujakan oleh Arsenal.

33
00:02:48,760 --> 00:02:53,320
Bek kiri berusia 21 tahun, Nuno Tavares,
ialah pemain baru pertama musim ini.

34
00:02:53,400 --> 00:02:56,720
Malam ini kemunculan pertamanya
dalam Liga Perdana.

35
00:02:57,000 --> 00:02:59,560
Harap-harap dia ada banyak tenaga,

36
00:02:59,640 --> 00:03:02,160
Tavares banyak berlari
di separuh masa pertama.

37
00:03:02,240 --> 00:03:04,360
Ke sebelah kiri dan ke sini semula.

38
00:03:04,440 --> 00:03:05,760
Dia boleh pilih tempatnya.

39
00:03:05,840 --> 00:03:07,920
Cross masuk, Lacazette di bawahnya.

40
00:03:08,000 --> 00:03:10,200
Jatuh ke kaki kiri Bukayo Saka,

41
00:03:10,280 --> 00:03:12,400
cuba menghantarnya kepada Aubameyang!

42
00:03:12,480 --> 00:03:17,200
Cabaran di kawasan penalti,
Lacazette tersungkur. Ada penalti.

43
00:03:17,680 --> 00:03:20,680
Pierre-Emerick Aubameyang
akan gandakan gol Arsenal.

44
00:03:22,680 --> 00:03:25,640
Diselamatkan oleh Martínez!
Aubameyang merembatnya masuk!

45
00:03:26,960 --> 00:03:29,440
Arsenal menggandakan gol mereka.
Dua, kosong.

46
00:03:29,520 --> 00:03:30,600
Tavares.

47
00:03:31,160 --> 00:03:33,080
Aubameyang terus bermain dengan baik.

48
00:03:33,160 --> 00:03:36,000
Smith Rowe mungkin keseorangan kali ini.

49
00:03:36,080 --> 00:03:39,800
Smith Rowe masih mara...
Melencong, terlanggar tiang, dan masuk!

50
00:03:39,880 --> 00:03:41,920
Arsenal menjadikannya tiga, kosong!

51
00:03:42,000 --> 00:03:43,920
Aston Villa sedang kucar-kacir.

52
00:03:50,120 --> 00:03:53,800
Bailey cuba mengelat,
beberapa cabaran dan menjaringkan gol.

53
00:03:53,880 --> 00:03:56,640
Ramsey menjaringkan gol
dan tak dapat dihalang.

54
00:03:56,720 --> 00:03:58,560
Ramsdale tak dapat rekod bersih.

55
00:03:59,440 --> 00:04:04,080
Mereka masih takkan menang,
tapi rekod bersih dihapuskan.

56
00:04:05,320 --> 00:04:08,880
Wisel akhir sudah berbunyi,
tiga markah penting untuk Arsenal,

57
00:04:08,960 --> 00:04:11,440
menang tujuh kali dalam semua perlawanan.

58
00:04:11,520 --> 00:04:13,560
Mereka cukup menyeronokkan malam ini.

59
00:04:13,640 --> 00:04:15,560
-Syabas.
-Syabas, semua.

60
00:04:19,680 --> 00:04:22,800
Bedebah sungguh. Seranglah pemain itu.

61
00:04:25,240 --> 00:04:26,240
Pergi mampuslah.

62
00:04:33,200 --> 00:04:34,040
Syabas.

63
00:04:34,120 --> 00:04:35,160
Penatnya.

64
00:04:35,240 --> 00:04:36,920
-Syabas, kawan.
-Terima kasih.

65
00:04:37,600 --> 00:04:38,480
Syabas.

66
00:04:38,560 --> 00:04:40,320
Rekod bersih saya tergadai.

67
00:04:40,360 --> 00:04:41,560
-Celaka.
-Ya.

68
00:04:51,360 --> 00:04:52,600
Bergembiralah.

69
00:04:52,680 --> 00:04:54,240
Menang itu bukan mudah.

70
00:04:57,680 --> 00:04:59,360
Saya sayangkan pasukan saya.

71
00:04:59,480 --> 00:05:02,640
Saya cukup bangga
dengan cara permainan kalian.

72
00:05:02,720 --> 00:05:06,080
Ketangkasan, keazaman kalian
terserlah di atas padang,

73
00:05:06,160 --> 00:05:07,680
kualiti permainan kalian.

74
00:05:07,760 --> 00:05:11,680
Masih ada yang perlu diperbaiki,
tapi teruskan begitu,

75
00:05:11,760 --> 00:05:13,800
dengan keyakinan dan tenaga itu.

76
00:05:13,920 --> 00:05:17,160
Saya gembira.
Melihat kalian bermain sebegitu

77
00:05:17,440 --> 00:05:18,440
amat menggembirakan.

78
00:05:18,520 --> 00:05:21,120
Nuno, perlawanan
Liga Perdana pertama awak,

79
00:05:21,200 --> 00:05:24,000
dan bermain sehebat itu, syabas, kawan!

80
00:05:24,080 --> 00:05:26,240
Tenaga awak itu, awak patut meraikannya.

81
00:05:31,440 --> 00:05:35,560
Syabas, semua. Mari kita teruskan. Syabas.

82
00:05:51,600 --> 00:05:52,960
Ya. Karutlah!

83
00:05:54,440 --> 00:05:56,760
PUSAT LATIHAN ARSENAL

84
00:06:00,120 --> 00:06:01,920
Apa kereta buruk ini?

85
00:06:03,240 --> 00:06:05,160
Kawan, inilah kereta terbaik.

86
00:06:06,360 --> 00:06:07,720
Selepas kemenangan itu,

87
00:06:07,800 --> 00:06:11,160
skuad ini perlu bersedia
untuk perlawanan di tempat lawan

88
00:06:11,240 --> 00:06:13,840
menentang beberapa
pasukan terbesar liga ini.

89
00:06:13,920 --> 00:06:16,080
STESEN UJIAN

90
00:06:16,160 --> 00:06:17,560
Gim, setiap hari sekarang.

91
00:06:20,520 --> 00:06:24,600
Pagi selepas setiap perlawanan,
Mikel dan pasukannya bermesyuarat.

92
00:06:24,680 --> 00:06:28,160
Mereka membincangkan taktik
serta kesejahteraan para pemain.

93
00:06:28,240 --> 00:06:29,440
Berikan yang terkini.

94
00:06:29,520 --> 00:06:34,120
Terkini daripada perlawanan semalam,
kita sedia maklum akan kesengitannya.

95
00:06:34,200 --> 00:06:38,040
Ada yang mengalami kekejangan,
tapi dah semakin kurang.

96
00:06:38,120 --> 00:06:42,880
Bagi Laca, inilah usaha pertamanya
yang penting dalam perlawanan Liga Perdana

97
00:06:42,960 --> 00:06:45,120
walaupun tak biasa menyertai perlawanan.

98
00:06:45,200 --> 00:06:47,120
Aaron, dia tak apa-apa.

99
00:06:47,560 --> 00:06:48,840
Dia sangat cemerlang.

100
00:06:50,280 --> 00:06:52,480
Dia begitu marah selepas perlawanan.

101
00:06:52,560 --> 00:06:55,840
-Ya, betul katanya.
-Ya, memang, tapi saya suka.

102
00:06:56,600 --> 00:06:57,720
Nuno juga, ya?

103
00:06:57,800 --> 00:07:00,040
-Statistiknya cukup luar biasa.
-Ya.

104
00:07:00,600 --> 00:07:02,280
Cara perlawanan dimulakan,

105
00:07:02,360 --> 00:07:04,960
terus mengambil tindakan melawan Watkins.

106
00:07:05,040 --> 00:07:08,200
Reaksi seluruh pasukan ini
menentukan suasana

107
00:07:08,280 --> 00:07:10,720
dan betapa kita terlibat dalam perlawanan.

108
00:07:10,800 --> 00:07:13,720
Enam belas jaringan, tiada jaringan lawan.

109
00:07:13,800 --> 00:07:15,160
Ini penguasaan total.

110
00:07:15,240 --> 00:07:18,400
Ini bukan secara kebetulan,
dan kita harus meneruskannya.

111
00:07:18,480 --> 00:07:20,520
Separuh masa kedua lebih sukar.

112
00:07:20,600 --> 00:07:21,440
Itu saja.

113
00:07:21,520 --> 00:07:22,840
-Okey.
-Terima kasih.

114
00:07:27,360 --> 00:07:30,160
-Michael!
-Lima minit, ya? Latih tubi?

115
00:07:32,640 --> 00:07:33,560
Ayuh, semua.

116
00:07:43,240 --> 00:07:44,240
Ya!

117
00:07:44,320 --> 00:07:46,040
Pemain baharu, Aaron Ramsdale,

118
00:07:46,120 --> 00:07:49,400
memberi kesan besar
dalam enam perlawanan yang disertainya.

119
00:07:49,480 --> 00:07:52,480
Arsenal tak pernah tewas
apabila Ramsdale menjaga gol.

120
00:07:52,560 --> 00:07:54,800
Sejak saya berbual di telefon,

121
00:07:54,880 --> 00:07:57,760
dengan dia, kemudian dengan bapanya,

122
00:07:57,840 --> 00:08:00,600
saya cukup tertarik dan berkata,
inilah orangnya.

123
00:08:01,080 --> 00:08:03,080
Dia sangat yakin diri, dia...

124
00:08:04,200 --> 00:08:07,760
penuh keghairahan,
dia bersifat amat terbuka tentang...

125
00:08:08,880 --> 00:08:11,240
betapa dia berkembang beberapa tahun ini,

126
00:08:11,800 --> 00:08:14,560
betapa dia mahu diiktiraf di kelab ini,

127
00:08:15,120 --> 00:08:18,720
mudah saja, memang jelas
dan dia begitu gigih,

128
00:08:18,800 --> 00:08:20,640
seperti yang disaksikan di padang.

129
00:08:20,760 --> 00:08:22,120
Tekanan tinggi.

130
00:08:24,960 --> 00:08:29,080
Dua kelab Aaron sebelum ini
diturunkan daripada Liga Perdana.

131
00:08:29,160 --> 00:08:31,400
Menyertai Arsenal satu peningkatan besar.

132
00:08:31,800 --> 00:08:34,760
Apabila bermain untuk kelab besar,
kita dapat merasainya

133
00:08:34,880 --> 00:08:36,240
dan saya sangat suka.

134
00:08:36,280 --> 00:08:39,000
Bukan nak kata
sayalah yang terbaik di dunia,

135
00:08:39,080 --> 00:08:41,760
tapi itu tetap menjadi cita-cita saya.

136
00:08:44,840 --> 00:08:48,520
Melalui pengalaman saya
sejak dua musim yang lepas,

137
00:08:48,880 --> 00:08:52,400
saya tahu betapa sukar
mendapat rekod bersih dalam liga ini.

138
00:08:52,480 --> 00:08:55,640
Bukan saya saja
yang perlu menghalang bola daripada net

139
00:08:55,760 --> 00:08:57,840
atau bek, ini tugas semua orang.

140
00:08:57,880 --> 00:09:01,240
Perkara utamanya
ialah menunjukkan bahawa selama 95 minit,

141
00:09:01,320 --> 00:09:04,360
kami tertumpu kepada matlamat yang sama.

142
00:09:04,440 --> 00:09:05,760
Perlawanan Aston Villa,

143
00:09:05,880 --> 00:09:08,640
lima minit terakhir
semasa mereka mendapat gol...

144
00:09:10,440 --> 00:09:14,120
Pada hari lain itu mungkin
gol penyama atau menjadi dua-satu,

145
00:09:14,200 --> 00:09:17,200
jadi lima, sepuluh minit terakhir
cukup mencemaskan.

146
00:09:21,520 --> 00:09:23,520
Sejak permulaan musim ini,

147
00:09:23,640 --> 00:09:27,640
pertahanan Arsenal telah dibaik pulih
dengan kemasukan bakat muda.

148
00:09:27,880 --> 00:09:30,840
Empat daripada lima bek terkini
ialah pemain baharu.

149
00:09:30,880 --> 00:09:34,160
Mikel dan stafnya
perlu memahami para pemain baharu ini

150
00:09:34,240 --> 00:09:36,480
dan membentuk mereka
menjadi unit pertahanan.

151
00:09:36,520 --> 00:09:40,960
Seorang jurulatih Sepanyol terkenal
pernah berkata, pemain hanya nombor.

152
00:09:41,840 --> 00:09:45,320
Saya takkan menganggap pemain
sekadar nombor. Mereka manusia

153
00:09:45,400 --> 00:09:49,040
dan saya tak tahu selepas 30 tahun
dalam kerjaya ini,

154
00:09:49,120 --> 00:09:51,040
mungkin saya akan berubah fikiran.

155
00:09:51,120 --> 00:09:52,440
Sekarang ini tidak.

156
00:09:52,520 --> 00:09:55,040
Saya perlu memahami mereka
dari segi emosi,

157
00:09:55,120 --> 00:09:59,120
perihal kehidupan mereka,
cara mereka menghadapi cabaran baharu,

158
00:09:59,200 --> 00:10:01,240
negara baharu, kelab baharu.

159
00:10:01,320 --> 00:10:04,080
Namun, ini hubungan dua hala,

160
00:10:04,160 --> 00:10:07,320
jadi orang itu juga perlu sanggup memberi.

161
00:10:07,720 --> 00:10:11,520
TAKLIMAT PERUBATAN
PEJABAT PENGURUS

162
00:10:11,600 --> 00:10:14,520
Tiada masalah dengan Mo dan juga Nuno,

163
00:10:14,600 --> 00:10:17,640
Tommy berasa sedikit kesakitan
pada pergelangan kaki.

164
00:10:18,480 --> 00:10:23,320
Dengan Nuno, agak sukar
mendapatkan maklumat daripadanya.

165
00:10:23,760 --> 00:10:27,520
Kita perlu menghasilkan
suasana yang selesa,

166
00:10:27,600 --> 00:10:30,640
supaya dia selesa berbual
dan meluahkan perasaannya,

167
00:10:30,760 --> 00:10:32,840
kerana buat masa ini itu tak berlaku.

168
00:10:32,880 --> 00:10:35,640
Dia gigih berlatih
dan langsung tak bersungut,

169
00:10:35,760 --> 00:10:38,840
tapi kita perlu memantau
pemain kita dengan cara lain.

170
00:10:38,880 --> 00:10:41,320
Betul kata awak, dia sangat pendiam.

171
00:10:41,400 --> 00:10:44,600
Saya akan minta orang kita
bekerja khususnya bersama dia.

172
00:10:45,640 --> 00:10:47,760
-Okey, itu saja.
-Terima kasih.

173
00:10:48,280 --> 00:10:52,200
Memandangkan bek kiri pilihannya,
Kieran Tierney sedang cedera,

174
00:10:52,280 --> 00:10:56,200
Mikel menggunakan Nuno Tavares
lebih awal daripada jangkaan.

175
00:10:56,800 --> 00:10:58,360
Awak buat apa semalam?

176
00:10:58,840 --> 00:11:00,880
IKEA bersama ibu saya.

177
00:11:01,160 --> 00:11:02,600
Ibu-ibu amat suka IKEA.

178
00:11:03,560 --> 00:11:05,120
Semua ada di situ.

179
00:11:07,440 --> 00:11:09,920
Semasa kecil
saya pergi ke sana sebulan sekali

180
00:11:10,000 --> 00:11:11,800
dan di setiap hentian...

181
00:11:19,080 --> 00:11:22,760
Nuno meninggalkan Portugal
untuk menyertai Arsenal empat bulan lalu.

182
00:11:22,840 --> 00:11:26,000
Apa perasaan meninggalkan keluarga
di Portugal? Sukar?

183
00:11:26,080 --> 00:11:26,920
NUNO TAVARES
PEMAIN PERTAHANAN

184
00:11:27,000 --> 00:11:30,000
Ya, sikit-sikit,
tapi saya bertabah demi mereka.

185
00:11:31,120 --> 00:11:36,960
Orang di sini tak sama dengan di Portugal,

186
00:11:37,600 --> 00:11:41,760
jadi saya cuba buat sepenuh hati
untuk kelab.

187
00:11:42,720 --> 00:11:47,000
Saya bangga dengan diri sendiri
kerana dapat debut di Liga Premier.

188
00:11:47,080 --> 00:11:49,160
Saya menantikan saat itu lagi.

189
00:11:58,320 --> 00:12:04,320
LEICESTER CITY LWN ARSENAL
STADIUM KING POWER - 30 OKTOBER 2021

190
00:12:07,120 --> 00:12:08,840
Hari perlawanan dah tiba.

191
00:12:08,920 --> 00:12:12,960
Setengah jam lagi sebelum perlawanan
bermula di Stadium King Power.

192
00:12:13,040 --> 00:12:15,480
Kali ini Leicester City melawan Arsenal.

193
00:12:16,000 --> 00:12:20,600
Perlawanan tandang Leicester City
takkan mudah bagi pertahanan muda Mikel.

194
00:12:20,680 --> 00:12:24,000
Leicester mempunyai
antara penjaring gol terhandal.

195
00:12:24,080 --> 00:12:25,640
Kita memang sangat bangga.

196
00:12:26,640 --> 00:12:27,920
Berkumpul.

197
00:12:28,000 --> 00:12:29,560
Ya, berdiri rapat-rapat.

198
00:12:32,560 --> 00:12:33,920
Ben akan datang.

199
00:12:34,000 --> 00:12:34,960
-Siapa?
-Ben.

200
00:12:45,400 --> 00:12:47,560
Ya? Rapatkan diri.

201
00:12:47,800 --> 00:12:49,120
Kita akan buat sesuatu.

202
00:12:49,200 --> 00:12:51,840
Kita akan menyatukan
semua tenaga di bilik ini.

203
00:12:51,920 --> 00:12:53,160
Begini caranya.

204
00:12:53,240 --> 00:12:57,240
Apabila disuruh, buat begini,
dan saya nak awak menutup mata.

205
00:12:57,320 --> 00:12:59,880
Biar saya beritahu situasi perlawanan ini.

206
00:12:59,960 --> 00:13:03,200
Selepas itu, berpegang tangan
dan kita akan buat gelembung

207
00:13:03,280 --> 00:13:05,560
dengan tenaga yang akan dibawa ke sana.

208
00:13:05,640 --> 00:13:07,200
Semua orang faham?

209
00:13:07,280 --> 00:13:08,440
Mula buat begini.

210
00:13:08,840 --> 00:13:11,960
Tutup mata
dan saya nak tengok awak, sebagai pasukan,

211
00:13:12,040 --> 00:13:13,920
betapa agresifnya kalian nanti

212
00:13:14,000 --> 00:13:17,280
dalam setiap situasi tegang
yang dialami bersama unit awak.

213
00:13:17,360 --> 00:13:21,960
Apabila itu berlaku, awak akan merebut
bola, mara ke depan dan habis bertindak.

214
00:13:22,040 --> 00:13:25,040
Jika tidak, apabila bola terlepas,
awak akan kembali

215
00:13:25,120 --> 00:13:28,720
dan awak akan merebut bola itu.
Kita tak perlu biarkan mereka lari.

216
00:13:28,800 --> 00:13:33,120
Pegang bola itu dengan kejelasan,
kebolehan dan kepercayaan sesama kalian,

217
00:13:33,200 --> 00:13:36,920
setiap tindakan, setiap permainan
dimainkan sebagai sepasukan.

218
00:13:37,000 --> 00:13:41,040
Beranikan diri, semua, dan bermainlah
dengan seronok sesama kalian.

219
00:13:41,120 --> 00:13:42,880
Pegang tangan masing-masing

220
00:13:43,200 --> 00:13:46,520
dan rasainya dalam tubuh awak,
siapa diri kita di sini.

221
00:13:46,600 --> 00:13:48,000
Inilah kita!

222
00:13:48,080 --> 00:13:49,520
Berseronoklah bersama.

223
00:13:49,600 --> 00:13:51,840
Mari kita belasah perlawanan ini!

224
00:14:06,320 --> 00:14:08,240
Bukayo Saka, masih mara.

225
00:14:08,320 --> 00:14:09,320
Saka.

226
00:14:09,680 --> 00:14:12,800
Permulaan yang hampir sempurna
bagi pasukan Gunners.

227
00:14:16,760 --> 00:14:20,000
Saka masuk ke kawasan bahaya
dan dimasukkan oleh Gabriel.

228
00:14:20,080 --> 00:14:22,280
Arsenal mendahului dalam masa lima minit.

229
00:14:28,520 --> 00:14:29,840
Aubameyang dah datang,

230
00:14:29,920 --> 00:14:34,720
merebut bola daripada Daniel Amartey,
Aubameyang lagi, terus kepada Schmeichel.

231
00:14:34,800 --> 00:14:37,400
Lacazette menyertai serangan dari tengah.

232
00:14:37,480 --> 00:14:38,800
Lelaki Perancis datang.

233
00:14:39,360 --> 00:14:42,840
Bola dihantar ke dalam kotak
dan dijaringkan oleh Smith Rowe!

234
00:14:42,920 --> 00:14:45,000
Arsenal menggandakan matanya.

235
00:14:48,320 --> 00:14:51,400
Arsenal mendahului dua gol
dan kemenangan sudah pasti

236
00:14:51,480 --> 00:14:53,200
jika mengekalkan rekod bersih.

237
00:14:53,280 --> 00:14:55,760
Iheanacho akan mencuba nasib.

238
00:15:00,720 --> 00:15:02,120
Tiada faul di situ.

239
00:15:02,200 --> 00:15:07,360
Tendangan percuma untuk Leicester City
dalam situasi yang cerah.

240
00:15:11,160 --> 00:15:12,160
Diselamatkan!

241
00:15:12,240 --> 00:15:14,600
Adakah ia masuk... Tidak, atas garisan.

242
00:15:14,680 --> 00:15:17,840
Pertahanan yang hebat oleh Aaron Ramsdale.

243
00:15:23,360 --> 00:15:25,680
Masa sudah tamat di King Power ini

244
00:15:25,760 --> 00:15:28,920
dan pasukan Mikel Arteta
menang sekali lagi.

245
00:15:32,400 --> 00:15:36,560
Aaron menghalang semua gol dan
pasukannya menang 9 kali berturut-turut.

246
00:15:52,680 --> 00:15:54,680
Saya mahu berkata sesuatu.

247
00:15:54,760 --> 00:15:56,960
Jika Mikel mengizinkannya. Saya...

248
00:15:57,040 --> 00:15:58,000
Silakan.

249
00:15:58,080 --> 00:16:00,400
Okey, semua orang tutup mata.

250
00:16:04,040 --> 00:16:05,960
Buat begini dengan tangan kalian.

251
00:16:06,480 --> 00:16:07,360
Sekarang nyanyi.

252
00:16:07,440 --> 00:16:11,200
Cuti dua hari, cuti dua hari,
cuti dua hari

253
00:16:11,680 --> 00:16:14,760
Cuti dua hari, cuti dua hari,
cuti dua hari

254
00:16:15,200 --> 00:16:18,000
Cuti dua hari, cuti dua hari,
cuti dua hari

255
00:16:18,440 --> 00:16:20,680
Cuti dua hari, cuti dua hari

256
00:16:28,880 --> 00:16:30,000
Syabas!

257
00:16:33,200 --> 00:16:35,080
Ini Arsenal

258
00:16:35,160 --> 00:16:38,760
Keputusan ini disusuli
kemenangan satu-kosong melawan Watford.

259
00:16:38,840 --> 00:16:41,160
Turutan kemenangan mereka kini sepuluh.

260
00:16:44,000 --> 00:16:44,840
YAYASAN ARSENAL

261
00:16:49,280 --> 00:16:52,640
Saya rasa musim ini ada naik turunnya,

262
00:16:52,840 --> 00:16:54,640
tapi harapan saya positif.

263
00:16:54,720 --> 00:16:56,800
Kami lebih mahukannya daripada yang lain.

264
00:16:56,880 --> 00:16:58,480
Ada sebab kami mahukannya

265
00:16:58,560 --> 00:17:01,520
dan skuadnya nampak
amat menyayangi Arsenal,

266
00:17:01,600 --> 00:17:04,560
mereka mahu mengembalikan kita
ke tempat sepatutnya.

267
00:17:05,320 --> 00:17:08,560
Kita boleh nampak
betapa Arteta dihormati pemainnya.

268
00:17:08,600 --> 00:17:11,200
Para pemainnya mahu cemerlang demi Mikel.

269
00:17:11,280 --> 00:17:15,080
Mungkin dia memerintah
dengan rasa hormat dan juga rasa takut.

270
00:17:18,080 --> 00:17:20,640
KELAB BOLA SEPAK ARSENAL

271
00:17:23,320 --> 00:17:25,520
Awak tahu tentang Thorpe Park, bukan?

272
00:17:26,320 --> 00:17:27,200
Thorpe Park?

273
00:17:27,280 --> 00:17:28,280
Tamankah?

274
00:17:28,320 --> 00:17:30,080
Apa yang ada di situ?

275
00:17:30,200 --> 00:17:32,200
Roller coaster, pagar sesat, permainan,

276
00:17:32,280 --> 00:17:35,400
boleh memenangi hadiah
macam patung beruang besar.

277
00:17:35,480 --> 00:17:37,680
-Pasti seronok bersama kekasih awak.
-Ya.

278
00:17:37,760 --> 00:17:41,880
Kejayaan di padang mengubah suasana
di tempat latihan.

279
00:17:41,960 --> 00:17:43,520
-Awak hafal nombor bapa?
-Ya.

280
00:17:43,560 --> 00:17:48,880
Bagaimana awak menghafalnya?
Satu persatu atau kumpulan tiga nombor?

281
00:17:48,960 --> 00:17:51,440
Empat pertama, empat kedua dan yang akhir.

282
00:17:51,520 --> 00:17:52,720
Gabungan empat nombor?

283
00:17:52,800 --> 00:17:56,080
Kebanyakan orang
menghafal secara bertiga-tiga.

284
00:17:58,680 --> 00:18:00,280
Awak kenal pagar sesat?

285
00:18:00,320 --> 00:18:02,440
-Tak.
-Awak tak kenal pagar sesat?

286
00:18:02,520 --> 00:18:04,200
Awak kenal pagar sesat?

287
00:18:04,280 --> 00:18:05,480
-Pagar sesat?
-Ya.

288
00:18:05,560 --> 00:18:06,560
Apa ini?

289
00:18:08,400 --> 00:18:10,960
Karl, awak kenal pagar sesat, bukan? Tak?

290
00:18:14,320 --> 00:18:18,040
Jika saya dengar nombor saya dibaca
dengan cara berlainan,

291
00:18:18,080 --> 00:18:20,200
-saya takkan mengenalinya.
-Ya.

292
00:18:20,560 --> 00:18:23,680
Kerana kita menghafalnya
mengikut bunyinya.

293
00:18:23,760 --> 00:18:26,560
Perlawanan kita pun sama,
kita bekerja seunit

294
00:18:26,640 --> 00:18:30,320
dan itu lebih mudah difahami.

295
00:18:31,440 --> 00:18:32,640
Memang menarik.

296
00:18:34,640 --> 00:18:37,080
Mikel lebih baik.

297
00:18:37,200 --> 00:18:39,280
Ya. Lebih relaks.

298
00:18:39,320 --> 00:18:40,680
Ya, jauh lebih tenang.

299
00:18:40,760 --> 00:18:44,080
-Dia sangat pandai, belajar setiap hari.
-Ya.

300
00:18:45,000 --> 00:18:47,320
Dia nampak lebih kerap menyapa pemain.

301
00:18:49,200 --> 00:18:50,040
Faham?

302
00:18:50,080 --> 00:18:51,280
Saya kata

303
00:18:52,280 --> 00:18:54,800
apabila dia membina hubungan

304
00:18:54,920 --> 00:18:57,280
yang lebih rapat bersama pemainnya,

305
00:18:57,320 --> 00:18:59,640
dia akan maju ke tahap seterusnya kerana

306
00:19:01,160 --> 00:19:05,480
dari segi pemahaman taktik bola sepak,
dialah yang terbaik.

307
00:19:05,560 --> 00:19:08,000
Kita perlu menambat hati dan minda mereka.

308
00:19:08,080 --> 00:19:11,720
Kita boleh nampak pasukan ini bersatu
dan sama-sama berjuang.

309
00:19:11,800 --> 00:19:14,440
Mereka berbual, bergaul,
makan bersama-sama.

310
00:19:14,520 --> 00:19:16,080
Semuanya kerana pengurusnya.

311
00:19:16,160 --> 00:19:18,040
Ya, memang pasti.

312
00:19:23,480 --> 00:19:25,680
Kami mengikuti Arsenal

313
00:19:25,760 --> 00:19:27,000
Helo!

314
00:19:27,720 --> 00:19:32,200
Kieran Tierney datang daripada
pasukan Celtic Scotland pada tahun 2019.

315
00:19:32,560 --> 00:19:35,560
Perkara yang paling saya suka
ialah membanggakan keluarga.

316
00:19:35,640 --> 00:19:39,280
Itulah yang terbaik,
yang tak boleh dibeli dengan duit.

317
00:19:41,320 --> 00:19:44,400
Ibu saya melihat
semua bintang terkenal ini di kaca TV,

318
00:19:44,480 --> 00:19:47,280
mereka bukan saja
pemain bola malah selebriti.

319
00:19:47,320 --> 00:19:51,880
Apabila saya datang ke sini,
dia bimbang kalau-kalau saya akan berubah.

320
00:19:52,480 --> 00:19:55,440
Dah tiga minggu dia tak bermain
disebabkan kecederaan.

321
00:19:55,520 --> 00:19:59,720
Staf perubatan menyelia peralihannya
kembali ke pasukan pertama.

322
00:19:59,800 --> 00:20:01,240
Lemak badan awak 5%, bukan?

323
00:20:01,320 --> 00:20:02,520
Sekarang dah 7.5.

324
00:20:03,240 --> 00:20:04,080
KT.

325
00:20:04,160 --> 00:20:05,520
-Dok-aldhino.
-Hei.

326
00:20:05,560 --> 00:20:06,480
Doktor.

327
00:20:06,880 --> 00:20:08,400
Saya dah godam sistem itu.

328
00:20:08,480 --> 00:20:09,320
Yang mana?

329
00:20:09,760 --> 00:20:11,040
Sistem lemak badan.

330
00:20:11,080 --> 00:20:12,400
Dah mula.

331
00:20:12,480 --> 00:20:13,520
7.5.

332
00:20:13,920 --> 00:20:16,720
Saya kecewa.
Apa dah jadi dengan Cadbury's?

333
00:20:16,800 --> 00:20:19,720
-Harga saham Cadbury's dah menjunam.
-Ya, memang.

334
00:20:19,800 --> 00:20:21,400
Inilah masa untuk melabur.

335
00:20:21,480 --> 00:20:23,160
Awak dah buat apa-apa untuk itu?

336
00:20:23,560 --> 00:20:24,720
Sikit-sikit.

337
00:20:26,000 --> 00:20:27,720
Dah berhenti makan coklat?

338
00:20:27,800 --> 00:20:28,920
Tidak sama sekali.

339
00:20:29,000 --> 00:20:30,080
Langsung tidak.

340
00:20:31,280 --> 00:20:32,400
Mustahil.

341
00:20:33,320 --> 00:20:35,000
Saya jadi marah.

342
00:20:35,080 --> 00:20:36,320
Memang. Saya setuju.

343
00:20:36,400 --> 00:20:37,720
-Semua baik-baik?
-Ya.

344
00:20:37,920 --> 00:20:39,560
-Semua orang sihat?
-Ya.

345
00:20:39,680 --> 00:20:43,320
Setelah bermain setiap minggu,
kita terfikirkan perlawanan lepas ini,

346
00:20:43,440 --> 00:20:45,400
sentiasa ada tekanan.

347
00:20:45,480 --> 00:20:47,960
Apabila tercedera, tiada tekanan. Anehnya.

348
00:20:48,040 --> 00:20:51,320
Kita tak tahu tempat kita,
kita terumbang-ambing.

349
00:20:51,440 --> 00:20:53,240
-Sihat?
-Belum pulih sepenuhnya.

350
00:20:53,320 --> 00:20:54,280
Yakah?

351
00:20:54,640 --> 00:20:57,000
Sekarang saya dah boleh berlatih, jadi...

352
00:20:57,080 --> 00:20:58,520
-Sikit saja lagi.
-Ya.

353
00:20:58,560 --> 00:20:59,480
Baguslah.

354
00:20:59,720 --> 00:21:03,280
Staf perubatan bermesyuarat
untuk membincangkan keadaan Kieran.

355
00:21:04,320 --> 00:21:06,000
Ada orang merungut di katil?

356
00:21:06,080 --> 00:21:09,560
KT memanggil saya tadi,
katanya dia mahu berlatih Khamis ini.

357
00:21:09,680 --> 00:21:10,760
Saya pun sama.

358
00:21:10,800 --> 00:21:13,080
Mungkin elok kita berbual dengannya.

359
00:21:13,160 --> 00:21:15,240
Buat masa ini dia perlu pulih dulu.

360
00:21:15,320 --> 00:21:18,320
Dia juga menyebut
tentang keadaan mentalnya.

361
00:21:18,440 --> 00:21:21,960
Satu demi satu perlawanan,
kita boleh tingkatkan latihannya

362
00:21:22,040 --> 00:21:25,520
dan perlawanan, mendapatkan rentaknya,
ini tak wujud lagi.

363
00:21:25,560 --> 00:21:28,440
Haluan kita menghala ke arah yang betul.

364
00:21:30,640 --> 00:21:31,640
Bagus.

365
00:21:39,480 --> 00:21:40,800
Apa khabar, awak?

366
00:21:40,920 --> 00:21:42,800
Awak nak serba sedikit?

367
00:21:42,920 --> 00:21:44,000
Pesanan biasa awak.

368
00:21:44,080 --> 00:21:46,640
Minta yang macam biasa, daging rusa.

369
00:21:46,720 --> 00:21:51,400
Johnny McCullum tukang masak peribadi
Kieran sebelum mula bekerja di Arsenal.

370
00:21:52,160 --> 00:21:55,320
Awak tahu berapa harganya
untuk dua ketul? £148.

371
00:21:55,400 --> 00:21:56,880
Biar benar.

372
00:21:56,960 --> 00:21:59,200
Itulah daging yang terbaik.

373
00:21:59,280 --> 00:22:01,680
Saya akan bawa sikit untuk anjing saya.

374
00:22:01,760 --> 00:22:02,720
Tepat sekali.

375
00:22:10,880 --> 00:22:13,800
Kieran tinggal bersama Johnny
berhampiran tempat latihan.

376
00:22:14,120 --> 00:22:17,680
Kadangkala dia begitu marah
jika kita kalah, bukan...

377
00:22:17,760 --> 00:22:21,040
Tapi itu keghairahannya,
dia ambil berat tentangnya,

378
00:22:21,120 --> 00:22:22,600
jadi saya tak menghalangnya.

379
00:22:23,040 --> 00:22:24,760
-Johnny dah tahu.
-Ya.

380
00:22:24,840 --> 00:22:27,760
Jika saya marah,
dia akan letak makanan dan lari.

381
00:22:27,840 --> 00:22:28,960
Ya, betul itu.

382
00:22:29,040 --> 00:22:31,600
Saya membesar di Muirhouse di Motherwell.

383
00:22:31,680 --> 00:22:34,040
Saya dibesarkan dalam keluarga kaum buruh

384
00:22:34,120 --> 00:22:38,080
dan jika kita mahukan sesuatu,
kita disuruh berusaha mendapatkannya

385
00:22:38,160 --> 00:22:42,480
dan rasanya daripada itulah
datangnya etika kerja saya

386
00:22:42,560 --> 00:22:45,480
serta mentaliti saya,
daripada ibu dan bapa saya

387
00:22:45,560 --> 00:22:47,800
kerana segalanya diperoleh melalui usaha.

388
00:22:47,880 --> 00:22:49,920
Ibu saya ada tiga pekerjaan,

389
00:22:50,480 --> 00:22:53,080
sebagai penjaga kantin,
tukang cuci di sekolah,

390
00:22:53,160 --> 00:22:57,360
dia bangun tidur pada jam 5:00, 6:00 pagi,

391
00:22:57,840 --> 00:23:01,080
demi menyara hidup kami,
hidup saya dan adik saya.

392
00:23:01,640 --> 00:23:05,040
Bagaimana perasaan berpindah
ke bandar seperti London?

393
00:23:05,240 --> 00:23:07,800
Pada mulanya agak sukar,
saya terkial-kial,

394
00:23:07,880 --> 00:23:10,200
murung dan merindui kampung halaman.

395
00:23:10,280 --> 00:23:12,080
Memang teruk pada mulanya.

396
00:23:12,400 --> 00:23:15,240
Di luar waktu latihan,
kami boleh banyak berfikir.

397
00:23:15,320 --> 00:23:19,440
Bukannya keadaan saya sebegitu teruk
hinggakan ingin membunuh diri,

398
00:23:19,960 --> 00:23:21,560
tapi ada rakan saya begitu.

399
00:23:21,640 --> 00:23:25,160
Dua atau tiga orang
telah membunuh diri, kehilangan nyawa

400
00:23:25,240 --> 00:23:28,440
sedangkan kita bersama mereka
dan langsung tak tahu

401
00:23:28,520 --> 00:23:30,440
kerana mereka tak kata apa-apa.

402
00:23:31,000 --> 00:23:34,480
Rasanya saya berasa bertanggungjawab
untuk membantu

403
00:23:34,560 --> 00:23:39,520
sebanyak mungkin kerana saya tahu
perasaan berada di suatu tempat

404
00:23:39,600 --> 00:23:41,640
dan mengenangkannya kembali, amat sukar.

405
00:23:41,720 --> 00:23:44,560
Ibu dan bapa saya berkata,
mujurlah ada Johnny,

406
00:23:44,640 --> 00:23:46,360
kami lega kerana ada Johnny,

407
00:23:46,440 --> 00:23:48,960
bukan hanya kerana
dia memasak dan menjaga saya.

408
00:23:49,040 --> 00:23:50,360
Saya berasa emosi.

409
00:23:52,200 --> 00:23:56,000
Saya jarang bercakap,
tapi kalau bercakap saya memang jujur.

410
00:24:00,520 --> 00:24:03,520
TEMPAT KITA DI SINI

411
00:24:09,000 --> 00:24:12,080
Saya nak bela anjing,
awak kenal jenis cockapoo?

412
00:24:13,400 --> 00:24:14,520
Macam poopy?

413
00:24:14,600 --> 00:24:15,720
-Poopy?
-Anjing poodle.

414
00:24:16,000 --> 00:24:17,520
Dia sebut poopy.

415
00:24:17,720 --> 00:24:18,720
Poopy.

416
00:24:18,960 --> 00:24:20,960
Atau dia nak kata puppy?

417
00:24:25,000 --> 00:24:29,200
Perlawanan Arsenal seterusnya
bersama Liverpool, petanding kejuaraan.

418
00:24:31,080 --> 00:24:34,160
Kali terakhir Arsenal menang
di Anfield dalam liga ini

419
00:24:34,240 --> 00:24:38,160
adalah pada tahun 2012
semasa Mikel bermain dalam pasukan pemula.

420
00:24:39,960 --> 00:24:43,480
Perlawanan ini mungkin memutuskan
rantaian kemenangan Arsenal.

421
00:24:45,120 --> 00:24:47,480
Selamat petang, gembira melihat kalian.

422
00:24:47,560 --> 00:24:51,000
Sekarang kita perlu fokus,
nanti ada beberapa perlawanan

423
00:24:51,080 --> 00:24:54,280
yang berpengaruh besar
terhadap nasib kita musim ini,

424
00:24:54,360 --> 00:24:56,280
dan kita perlu bermula di Anfield.

425
00:24:57,000 --> 00:25:00,920
Perkara paling penting
bukan tindakan kita di sini atau di sini,

426
00:25:01,000 --> 00:25:03,240
yang paling penting untuk Anfield,

427
00:25:03,960 --> 00:25:06,160
ialah dari segi emosi

428
00:25:06,360 --> 00:25:09,440
kalian dalam keadaan
paling baik untuk bertanding.

429
00:25:09,520 --> 00:25:10,680
TERBAIK DARI SEGI EMOSI

430
00:25:11,200 --> 00:25:13,880
Jadi, kalian perlu memahami Anfield.

431
00:25:13,960 --> 00:25:17,640
Ia amat berbeza berbanding padang lain
yang pernah kalian alami

432
00:25:17,720 --> 00:25:18,880
dalam Liga Perdana.

433
00:25:18,960 --> 00:25:21,040
Pertama sekali, apabila pergi ke sana,

434
00:25:21,120 --> 00:25:24,360
"Saya pergi ke Anfield
untuk menewaskan mereka."

435
00:25:24,440 --> 00:25:28,120
Saya yakin kita akan pergi
ke Anfield dan menewaskan mereka.

436
00:25:39,080 --> 00:25:42,200
Ambil sambungan itu, letakkan di sini.

437
00:25:42,640 --> 00:25:46,760
Mikel mahu menyediakan para pemain
untuk suasana tegang di Anfield.

438
00:25:46,840 --> 00:25:50,000
Ramai dalam pasukan ini
belum mengalaminya.

439
00:25:50,640 --> 00:25:52,240
Ini antara idea gila saya,

440
00:25:52,320 --> 00:25:55,120
hari ini mereka
akan berlatih sambil diiringi

441
00:25:55,200 --> 00:25:56,800
lagu You'll Never Walk Alone.

442
00:25:56,880 --> 00:25:59,200
Itu idea yang bagus, menarik sekali.

443
00:26:00,160 --> 00:26:01,680
Tak sabar melihatnya.

444
00:26:01,920 --> 00:26:05,320
Ada satu perkataan bahasa Sepanyol
dalam sukan berbasikal,

445
00:26:05,400 --> 00:26:08,840
apabila pelumba basikal berlumba
dan nampak hebat

446
00:26:09,200 --> 00:26:11,320
dan tinggal satu kilometer lagi dia...

447
00:26:11,520 --> 00:26:15,400
Dia nampak tersekat dan tak boleh...
Perkataan itu ialah pájara.

448
00:26:16,160 --> 00:26:19,160
Saya pernah mengalaminya di Anfield,

449
00:26:19,240 --> 00:26:24,840
perlawanan sedang berlangsung, tiba-tiba
saya hanya boleh nampak baju merah,

450
00:26:24,920 --> 00:26:28,040
perlawanan berjalan di sekeliling
dan saya kaku,

451
00:26:28,120 --> 00:26:30,360
dan orang terfikir, "Dia buat apa?"

452
00:26:30,440 --> 00:26:33,640
Saya tak mampu
secara emosi mahupun fizikal,

453
00:26:33,720 --> 00:26:36,080
tak terdaya, segalanya begitu pantas.

454
00:26:36,160 --> 00:26:40,520
Saya berasa begitu hanya sekali
seumur hidup dan itu berlaku di Anfield.

455
00:26:41,000 --> 00:26:42,000
Kalian!

456
00:26:43,240 --> 00:26:46,440
Dari segi mental,
perlawanan itu bermula sekarang.

457
00:26:46,520 --> 00:26:47,520
Okey?

458
00:26:47,600 --> 00:26:49,960
Kita berada di Anfield, ayuh.

459
00:27:02,080 --> 00:27:03,640
Bergerak kiri ke kanan.

460
00:27:03,720 --> 00:27:05,200
Lagi, lagi, lagi!

461
00:27:05,280 --> 00:27:07,200
Apabila penyokong berasa begitu,

462
00:27:07,280 --> 00:27:11,120
mereka turut bermain dalam perlawanan itu
bersama pasukan mereka

463
00:27:11,800 --> 00:27:13,000
dan kita merasainya.

464
00:27:13,240 --> 00:27:15,480
Dengan Kieran Tierney sihat sepenuhnya,

465
00:27:15,560 --> 00:27:20,360
Mikel perlu menentukan bek kiri yang
paling bersedia untuk bermain di Anfield.

466
00:27:20,840 --> 00:27:21,680
Nuno!

467
00:27:22,400 --> 00:27:24,600
Berikan ruang yang secukupnya
untuk diri sendiri.

468
00:27:24,680 --> 00:27:26,880
Sebaik saja awak pergi ke sana,

469
00:27:27,320 --> 00:27:29,640
tengok sama ada itu Chamberlain

470
00:27:29,720 --> 00:27:32,160
atau, siapa namanya, Alexander-Arnold.

471
00:27:44,080 --> 00:27:45,960
Syabas, semua, bagus.

472
00:28:05,560 --> 00:28:09,880
LIVERPOOL LWN ARSENAL
STADIUM ANFIELD - 20 NOVEMBER 2021

473
00:28:10,000 --> 00:28:13,480
Pada bulan September,
Arsenal berada 15 tangga bawah Liverpool,

474
00:28:13,560 --> 00:28:16,400
tapi jika mereka menang mengejut hari ini,

475
00:28:16,480 --> 00:28:19,120
mereka akan mendahului
pasukan Jürgen Klopp.

476
00:28:19,880 --> 00:28:23,920
Saya tak tahu sebabnya,
tapi saya yakin tentang perlawanan ini.

477
00:28:25,200 --> 00:28:29,080
Saya rasa dah tiba masanya
Arteta menunjukkan kehebatannya.

478
00:28:29,160 --> 00:28:32,440
Saya benar-benar percaya kepadanya.

479
00:28:41,280 --> 00:28:45,120
Dua hari lepas kita dah banyak
membincangkan rancangan kita

480
00:28:45,200 --> 00:28:47,760
dari segi taktikal dan teknikal.

481
00:28:47,840 --> 00:28:50,440
Sekarang saya nak beritahu
cara kita mesti menang

482
00:28:50,520 --> 00:28:53,400
dan cara kita bertanding
dalam perlawanan ini.

483
00:28:53,960 --> 00:28:57,680
Pertama, semasa bertanding,
kita perlu begini di atas padang.

484
00:28:57,760 --> 00:29:01,520
Begini. Ini perlu utuh selama 96 minit.

485
00:29:02,920 --> 00:29:05,880
Beberapa hari sebelum, saya memasang muzik

486
00:29:05,960 --> 00:29:08,760
kerana di padang ini, saya agak beremosi

487
00:29:08,840 --> 00:29:11,160
dan biar saya beritahu sebabnya.

488
00:29:11,240 --> 00:29:13,200
Semasa saya memakai baju itu di sana,

489
00:29:13,280 --> 00:29:16,240
saya datang setelah begitu lama
tak menang di sini

490
00:29:16,320 --> 00:29:18,480
dan kami menang dua tahun berturut-turut,

491
00:29:19,920 --> 00:29:23,400
tapi pada tahun seterusnya
ketika saya bersedia untuk datang,

492
00:29:23,480 --> 00:29:26,600
yakin bahawa kami boleh menang,
kalian tahu apa berlaku?

493
00:29:26,680 --> 00:29:28,240
Kami mula ketinggalan.

494
00:29:28,320 --> 00:29:31,280
Kami diserbu
dan kalian tahu apa tindakan saya?

495
00:29:31,360 --> 00:29:34,520
Saya menyorok dan berputus asa di padang.

496
00:29:34,960 --> 00:29:37,000
Kami tewas lima satu, saya mengalah.

497
00:29:37,080 --> 00:29:41,480
Saya tak pernah lupa perbuatan saya itu
sepanjang kerjaya saya. Tak pernah.

498
00:29:41,560 --> 00:29:46,160
Jangan tinggalkan apa-apa di padang itu
kerana itulah sesalan saya.

499
00:29:46,240 --> 00:29:50,200
Saya mengecewakan diri dan pasukan.
Saya tak nak kalian melaluinya.

500
00:29:50,280 --> 00:29:52,640
Jadi, keluarlah
dan bermainlah dengan berani.

501
00:29:52,720 --> 00:29:54,880
Buatlah macam biasa di padang itu.

502
00:29:54,960 --> 00:29:57,280
Tolong buat begitu untuk saya. Ya?

503
00:30:01,320 --> 00:30:02,240
RAJA EROPAH

504
00:30:13,560 --> 00:30:16,360
Tavares berjaya merebutnya
di depan bulatan tengah.

505
00:30:16,440 --> 00:30:19,080
Dia seorang yang menarik, Nuno Tavares.

506
00:30:19,160 --> 00:30:23,080
Dia diberi peluang hari ini
dengan Tierney sebagai pemain simpanan,

507
00:30:23,160 --> 00:30:25,280
bukti bahawa dalam perlawanan sebelum ini

508
00:30:25,360 --> 00:30:28,880
dia layak diberi peluang untuk kekal
dalam sebelas pemula.

509
00:30:30,360 --> 00:30:33,200
30 minit pembuka
dipenuhi pertarungan sengit.

510
00:30:33,880 --> 00:30:35,880
Cross yang cantik ke arah tiang gol

511
00:30:35,960 --> 00:30:38,960
dan Saka cuba menanduk,
tapi tak berapa mengena.

512
00:30:39,040 --> 00:30:42,000
Kepada Thiago, kaki kiri,
dikutip oleh penjaga gol,

513
00:30:42,080 --> 00:30:44,280
Mané di sana, diselamatkan oleh Ramsdale,

514
00:30:44,360 --> 00:30:47,280
menghalangnya daripada
melangkau masuk ke net.

515
00:30:49,480 --> 00:30:51,640
Cabaran lewat daripada Mané,

516
00:30:51,720 --> 00:30:54,040
menyebabkan pasukan Arsenal berdiri.

517
00:30:54,120 --> 00:30:56,480
Nampaknya ada sedikit pertelingkahan.

518
00:30:56,560 --> 00:30:59,960
Arteta dan Klopp
sedang bersemuka dengan marah.

519
00:31:00,040 --> 00:31:03,920
Sekarang mereka menghayun tangan
sesama mereka dan membengkeng

520
00:31:04,000 --> 00:31:07,440
dan nampak agak marah di garisan tepi.

521
00:31:10,120 --> 00:31:12,480
Lacazette ternampak larian Aubameyang

522
00:31:12,560 --> 00:31:14,160
dan Fabinho datang meluru,

523
00:31:14,240 --> 00:31:17,920
mematikan keadaan
sebelum menjadi lebih teruk.

524
00:31:18,000 --> 00:31:20,760
-Dengarlah sorakan penonton.
-Mereka menyukainya.

525
00:31:20,840 --> 00:31:24,120
Sepakan percuma Liverpool
15 ela di luar kawasan penalti,

526
00:31:24,200 --> 00:31:25,840
enam minit sebelum separuh masa.

527
00:31:25,920 --> 00:31:29,240
Diajukan kepada Mané
yang menanduknya melangkaui Ramsdale.

528
00:31:29,360 --> 00:31:31,400
Liverpool mendahului satu-kosong.

529
00:31:37,360 --> 00:31:40,960
Kalian, kita perlu tumpukan perhatian.
Peluang akan muncul.

530
00:31:41,040 --> 00:31:44,040
Kita harus kekal agresif,
mengurus perlawanan ini

531
00:31:44,120 --> 00:31:46,120
dengan lebih baik di tengah padang.

532
00:31:46,200 --> 00:31:48,280
Percayalah hingga ke saat akhir.

533
00:31:48,800 --> 00:31:50,280
Bolehkah? Ya?

534
00:31:59,120 --> 00:32:03,200
Arsenal memulakan separuh masa akhir
dengan tujuan menyamakan mata.

535
00:32:05,440 --> 00:32:08,680
Tavares membawanya lalu diberi kepada Jota

536
00:32:08,760 --> 00:32:10,960
dan Diogo Jota menyelit
di belakang Ramsdale.

537
00:32:11,040 --> 00:32:12,880
Gol untuk Liverpool!

538
00:32:15,040 --> 00:32:17,840
Nuno Tavares menghantar ke belakang

539
00:32:17,920 --> 00:32:21,080
dan Arsenal menerima padahnya.

540
00:32:21,560 --> 00:32:23,880
Tavares membolos daripada penandanya,

541
00:32:23,960 --> 00:32:26,640
tapi bertembung
dengan dua pemain Liverpool.

542
00:32:26,720 --> 00:32:30,160
Mané di sebelah kiri,
Salah menanti di ruang dalam kawasan,

543
00:32:30,240 --> 00:32:31,560
menemuinya dan...

544
00:32:32,360 --> 00:32:33,200
Gol mudah.

545
00:32:37,360 --> 00:32:38,360
Salah,

546
00:32:39,200 --> 00:32:41,080
Alexander-Arnold...

547
00:32:41,600 --> 00:32:44,080
sentuhan pertama bagi Takumi Minamino...

548
00:32:44,560 --> 00:32:46,800
berjaya menjaringkan gol.

549
00:32:50,400 --> 00:32:52,400
Wisel akhir telah berbunyi.

550
00:32:52,480 --> 00:32:57,440
Liverpool memusnahkan rantaian kemenangan
Arsenal dengan penuh gaya.

551
00:33:28,960 --> 00:33:30,160
Kita perlu buat lagi.

552
00:33:31,120 --> 00:33:32,720
Kita tak boleh bermuram.

553
00:33:43,560 --> 00:33:47,120
Kita menang sepuluh perlawanan
selepas permulaan yang teruk.

554
00:33:48,160 --> 00:33:51,720
Pada pendapat saya,
inilah detik paling mencabar liga ini

555
00:33:52,120 --> 00:33:54,280
dan kita berjaya bertahan selama 45 minit

556
00:33:54,360 --> 00:33:57,400
kerana sepanjang masa
kita buat seperti yang diperlukan,

557
00:33:57,480 --> 00:33:59,200
walaupun mereka lebih handal,

558
00:33:59,280 --> 00:34:02,200
dan kita harus menerimanya.
Mereka lebih handal.

559
00:34:02,280 --> 00:34:05,360
Tapi pada 20 minit pertama
separuh masa kedua...

560
00:34:05,440 --> 00:34:06,600
Kita berkecai.

561
00:34:06,680 --> 00:34:09,160
Saya sedih
kerana saya tahu betapa sukarnya

562
00:34:09,240 --> 00:34:13,480
ketinggalan dua-kosong, tiga-kosong,
empat-kosong dan terus bermain.

563
00:34:13,560 --> 00:34:16,920
Saya minta satu saja sebelum perlawanan,
jangan bersembunyi

564
00:34:17,000 --> 00:34:17,840
dan awak ikut.

565
00:34:17,920 --> 00:34:21,600
Segala kesilapan, percayalah,
saya takkan ambil kira.

566
00:34:21,640 --> 00:34:25,000
Ini satu proses pembelajaran
dan lumrah bidang ini.

567
00:34:25,080 --> 00:34:28,120
Saya akan mempertahankan kalian,
jangan risau.

568
00:34:28,160 --> 00:34:31,520
Ini salah saya,
biar saya bertanggungjawab.

569
00:34:31,600 --> 00:34:34,560
Jadi, bangun semula
dan kekal bersatu. Isnin nanti,

570
00:34:34,640 --> 00:34:36,920
angkat kepala dan kita ulangi lagi. Okey?

571
00:34:42,800 --> 00:34:45,640
Terfikir juga tentang saat
Mikel Arteta pergi

572
00:34:45,760 --> 00:34:48,880
bersemuka dengan Jürgen Klopp
dan merangsang penonton.

573
00:34:49,440 --> 00:34:51,200
Itu tindakan naif bagi saya.

574
00:34:51,320 --> 00:34:53,280
-Di Anfield...
-Penonton teruja.

575
00:34:53,360 --> 00:34:57,200
...kita tak patut merangsang penonton
dan buat mereka teruja.

576
00:35:07,560 --> 00:35:09,120
Perlawanan demi perlawanan.

577
00:35:09,160 --> 00:35:11,440
Arsenal bangkit semula
menentang Newcastle,

578
00:35:11,800 --> 00:35:13,920
tapi Aubameyang gagal menjaringkan gol.

579
00:35:14,000 --> 00:35:15,520
Smith Rowe, diselamatkan!

580
00:35:15,600 --> 00:35:19,400
-Aubameyang! Bagaimana tersasar dari situ?
-Bagaimana dia tersasar?

581
00:35:19,480 --> 00:35:23,520
Arsenal berangkat ke Old Trafford
lalu tewas melawan pesaing lama mereka.

582
00:35:23,600 --> 00:35:24,920
Cristiano Ronaldo!

583
00:35:28,200 --> 00:35:31,200
Aubameyang ditukarkan
dua perlawanan berturut-turut.

584
00:35:31,320 --> 00:35:33,680
Pierre-Emerick Aubameyang pun keluar.

585
00:35:33,800 --> 00:35:35,840
Kurang bertenaga malam ini.

586
00:35:36,160 --> 00:35:39,120
Dia begini sejak
beberapa perlawanan baru-baru ini.

587
00:35:39,160 --> 00:35:43,160
Arsenal mula goyah, tewas dua kali
dalam tiga perlawanan terakhir,

588
00:35:43,200 --> 00:35:45,080
mereka gagal mengutip mata.

589
00:35:45,160 --> 00:35:47,080
Pesaing mereka makin mara.

590
00:36:06,440 --> 00:36:09,960
Apabila pergi ke Anfield,
kita patut pilih pasukan terbaik

591
00:36:10,040 --> 00:36:12,880
dan Kieran Tierney bek kiri terbaik kita.

592
00:36:12,960 --> 00:36:15,520
Saya rasa itu satu kesilapan.

593
00:36:16,120 --> 00:36:19,480
Di Old Trafford,
kenapa Arteta mengeluarkan kaptennya?

594
00:36:19,560 --> 00:36:22,680
Kita mula tertanya-tanya
sama ada di sebalik tabir,

595
00:36:22,800 --> 00:36:25,840
adakah semuanya baik
antara pemain dan pengurusnya?

596
00:36:25,920 --> 00:36:28,800
Antara nasihat paling penting
yang Pep berikan,

597
00:36:29,160 --> 00:36:32,440
dia kata inilah kerjaya paling sepi.

598
00:36:32,880 --> 00:36:36,480
Apabila pintu ditutup,
hanya tinggal kita dan kebimbangan,

599
00:36:36,560 --> 00:36:40,560
masalah serta keputusan kita.
Itu semua akan sentiasa ada.

600
00:36:41,560 --> 00:36:44,400
Saya langsung tak menyesali
semua keputusan saya.

601
00:36:44,480 --> 00:36:48,920
Setiap detik sukar menjadikan saya
seorang profesional yang lebih baik,

602
00:36:49,000 --> 00:36:52,760
menyediakan saya untuk sesuatu
yang bakal mendatang.

603
00:36:52,840 --> 00:36:55,520
Ia satu cabaran
dan ini cara saya menanganinya.

604
00:36:55,600 --> 00:36:57,280
Saya mahu berada di sini.

605
00:36:58,160 --> 00:36:59,680
Kalian, mari berkumpul.

606
00:37:03,200 --> 00:37:06,160
Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki

607
00:37:06,200 --> 00:37:08,960
dan salah satu daripadanya
ialah hubungan utuh.

608
00:37:09,040 --> 00:37:11,920
Apabila kita mula kurang bersemangat,

609
00:37:12,760 --> 00:37:16,360
perlawanan akan berubah
dan saya akan tunjukkan lebih lagi

610
00:37:16,440 --> 00:37:20,360
untuk membuktikan betapa pentingnya
dan betapa kuatnya kita

611
00:37:20,440 --> 00:37:23,040
apabila kita dapat mengekalkan
semangat tinggi

612
00:37:23,120 --> 00:37:27,440
dengan pemain sedia ada
serta cara kita mahu bermain.

613
00:37:27,840 --> 00:37:30,320
Minggu ini, semangat lebih tinggi,

614
00:37:30,400 --> 00:37:33,080
komitmen lebih tinggi
dan tingkatkan kualiti.

615
00:37:33,160 --> 00:37:35,160
Inilah masanya untuk buat lebih baik

616
00:37:35,200 --> 00:37:37,880
dan berwaspadalah
kerana saya boleh buat perubahan.

617
00:37:37,960 --> 00:37:41,160
Jangan ingat kita akan
sentiasa menggunakan pemain sama.

618
00:37:41,280 --> 00:37:44,400
Berusahalah dan cara terbaik
bukan melalui kata-kata,

619
00:37:44,480 --> 00:37:47,080
tapi melalui aksi kita
di padang minggu ini.

620
00:37:47,320 --> 00:37:48,160
Ayuh.

621
00:37:54,000 --> 00:37:56,440
Ketika pasukannya
mula goyah dalam liga ini,

622
00:37:56,520 --> 00:37:57,800
Mikel mahukan kemenangan.

623
00:37:58,360 --> 00:38:01,640
Dia memerhati dengan teliti
prestasi pemain semasa latihan

624
00:38:01,760 --> 00:38:05,560
untuk menentukan barisan pemain
perlawanan menentang Everton.

625
00:38:06,600 --> 00:38:08,680
Dia nampak tenang buat masa ini.

626
00:38:09,360 --> 00:38:11,040
Dia agak rumit.

627
00:38:11,120 --> 00:38:13,600
Sediakah dia keluar
atau bolehkah dia ulanginya?

628
00:38:18,640 --> 00:38:21,040
Saya tahu penyokong menyukai KT.

629
00:38:21,560 --> 00:38:25,800
Saya merasainya, tapi saya akan cuba
mempertahankan posisi saya.

630
00:38:25,880 --> 00:38:28,000
Saya bukan melawan Kieran.

631
00:38:28,080 --> 00:38:31,320
Ini soal mendapat tempat
bermain untuk Arsenal.

632
00:38:32,120 --> 00:38:35,000
Kieran, dalam dua fasa awal
cubaan menjaring,

633
00:38:35,080 --> 00:38:37,600
apabila bola tiba contohnya pada Tommy

634
00:38:38,200 --> 00:38:40,400
kita buat larian tinggi dan mereka datang,

635
00:38:40,480 --> 00:38:42,400
sentiasa perhatikan bahagian dalam.

636
00:38:42,480 --> 00:38:46,200
Liverpool tandang, Newcastle kandang,
Man U tandang,

637
00:38:46,320 --> 00:38:48,760
saya cuma pemain simpanan
dan ini pertama kali

638
00:38:48,840 --> 00:38:50,520
berlaku pada saya.

639
00:38:51,280 --> 00:38:52,880
Sukar untuk menerimanya.

640
00:38:52,960 --> 00:38:57,000
Hakikatnya, kami berdua pun mahu bermain.
Itu lumrah perlawanan ini.

641
00:39:02,080 --> 00:39:03,880
Sesi yang bagus. Syabas, semua.

642
00:39:07,200 --> 00:39:09,160
Tiada lebihan hari ini, semua masuk.

643
00:39:11,280 --> 00:39:15,360
Selepas latihan, Nuno berjumpa dengan
Jurulatih Pembangunan Carlos Cuesta

644
00:39:15,440 --> 00:39:17,480
untuk membincangkan prestasinya.

645
00:39:18,160 --> 00:39:19,880
Saya cuma nak memahami sesuatu.

646
00:39:21,680 --> 00:39:23,800
Jika tak faham sesuatu, tolong beritahu.

647
00:39:23,880 --> 00:39:27,080
Saya nak tahu kenapa Nuno,
ada kalanya awak di atas sini,

648
00:39:27,160 --> 00:39:29,520
ada kalanya awak di sini,
dan ada kalanya hanya di sini.

649
00:39:30,560 --> 00:39:32,480
Saya faham, kita cuma manusia.

650
00:39:32,560 --> 00:39:36,520
Manusia ada hari-hari
yang baik dan tak baik.

651
00:39:38,080 --> 00:39:39,560
Saya cuma mahu memahaminya.

652
00:39:40,080 --> 00:39:41,160
Saya tak tahu.

653
00:39:42,280 --> 00:39:46,880
Saya terkenangkan kesilapan saya
kerana itu yang

654
00:39:47,400 --> 00:39:51,280
terpahat di minda saya,
bukannya kejayaan saya di padang.

655
00:39:51,600 --> 00:39:56,640
Di fikiran saya hanya ada
kesilapan saya semasa perlawanan.

656
00:39:57,920 --> 00:39:59,080
Apa maksud awak?

657
00:39:59,160 --> 00:40:00,640
Awak pasti akan buat kesilapan.

658
00:40:00,760 --> 00:40:02,800
Itu perkara biasa, tak perlu risau.

659
00:40:02,880 --> 00:40:05,760
Kita akan perbetulkan
supaya tak diulangi lagi.

660
00:40:05,840 --> 00:40:07,880
Mungkin ada kesilapan lain pula.
Itu normal.

661
00:40:07,960 --> 00:40:11,640
Awak memiliki segalanya.
Awak ada kecerdasan untuk menjadi juara,

662
00:40:11,760 --> 00:40:13,600
dan saya mahu membantu awak.

663
00:40:13,640 --> 00:40:16,360
Nuno, di sini ada ramai orang
yang akan membantu awak.

664
00:40:17,320 --> 00:40:21,800
Carlos, dia memahami para pemain
kerana dia pun muda.

665
00:40:22,800 --> 00:40:26,080
Dia membantu saya memperbaiki diri.

666
00:40:31,200 --> 00:40:33,680
Setelah tewas
dalam dua perlawanan tandang,

667
00:40:33,800 --> 00:40:36,560
mereka bersedia
untuk berangkat ke utara lagi.

668
00:40:39,640 --> 00:40:40,560
Bunyi.

669
00:40:40,640 --> 00:40:43,800
Seterusnya ialah Everton,
mereka sedang menghadapi kesukaran,

670
00:40:43,880 --> 00:40:46,000
apa pandangan awak tentang itu?

671
00:40:46,080 --> 00:40:48,040
Sebaik saja tewas beberapa perlawanan,

672
00:40:48,120 --> 00:40:51,440
semua orang akan menghadapi tekanan,
di sana pun sama.

673
00:40:51,520 --> 00:40:54,680
Selepas permainan melawan United,
Thierry Henry, Alan Shearer

674
00:40:55,040 --> 00:40:58,520
berbual tentang perlawanan itu
dan menyuarakan kebimbangan

675
00:40:58,600 --> 00:41:01,160
bahawa hubungan awak
dengan kapten awak tegang

676
00:41:01,200 --> 00:41:03,600
kerana dia dikeluarkan
15 minit sebelum tamat.

677
00:41:03,640 --> 00:41:07,280
-Adakah sebarang perselisihan?
-Percayalah, langsung tiada.

678
00:41:07,360 --> 00:41:10,400
Kata mereka, agak memalukan
dia dikeluarkan begitu.

679
00:41:10,480 --> 00:41:12,920
Agaknya Pierre-Emerick tak berasa begitu?

680
00:41:13,000 --> 00:41:16,640
Saya takkan menyifatkan
tindakan mengubah pemain sebegitu,

681
00:41:16,680 --> 00:41:19,120
kerana jika tindakan itu memalukan,

682
00:41:19,160 --> 00:41:21,600
bayangkan perasaan semua pemain simpanan.

683
00:41:33,560 --> 00:41:34,520
"APABILA BERMAIN UNTUK EVERTON,
LUPAKAN YANG LAIN, YANG LAIN TAK PENTING!"

684
00:41:36,040 --> 00:41:42,040
EVERTON LWN ARSENAL
STADIUM GOODISON PARK - 6 DISEMBER 2021

685
00:41:44,120 --> 00:41:46,640
Tierney kembali ke tepi padang, baguslah.

686
00:41:46,760 --> 00:41:49,600
Saya suka Tavares,
tapi jelas dia masih mentah.

687
00:41:51,560 --> 00:41:53,600
-Aubameyang di bangku!
-Ya, dikeluarkan.

688
00:41:53,640 --> 00:41:55,200
Eloklah, rasanya.

689
00:41:55,320 --> 00:41:56,600
Ya, memang.

690
00:41:59,200 --> 00:42:02,640
Kieran Tierney antara perubahannya,
menggantikan Nuno Tavares,

691
00:42:02,760 --> 00:42:06,360
Tierney, yang terlepas
enam perlawanan Liga Perdana lalu.

692
00:42:06,800 --> 00:42:10,200
Arsenal, Arsenal, Arsenal!

693
00:42:13,080 --> 00:42:16,960
Kita mesti mendapatkan momentum
yang diingini pada awal perlawanan.

694
00:42:17,040 --> 00:42:21,560
Bawa perlawanan ini ke depan.
Sepertiga akhir dan kekal di situ.

695
00:42:21,800 --> 00:42:24,560
Di padang ini,
kita perlu tunjukkan sesuatu.

696
00:42:24,640 --> 00:42:28,160
Pengalaman saya bersama kalian
sejak tiga empat hari ini,

697
00:42:28,280 --> 00:42:30,360
kepaduan dan keserasian kalian,

698
00:42:30,440 --> 00:42:32,080
tunjukkannya di padang.

699
00:42:32,160 --> 00:42:35,160
Kekalkan keserasian,
tenaga dan komitmen itu.

700
00:42:35,280 --> 00:42:36,920
Semua orang di sini,

701
00:42:37,000 --> 00:42:39,560
menjadi penting
apabila mereka masuk, semuanya.

702
00:42:39,640 --> 00:42:42,000
Mulakan dengan gol yang terbaik. Ayuh!

703
00:42:47,880 --> 00:42:48,880
Ayuh.

704
00:42:48,960 --> 00:42:52,840
Perlawanan Isnin malam di Goodison Park,
Everton melawan Arsenal.

705
00:42:57,160 --> 00:42:59,960
Doucouré mengambil bola,
berpusing dan menendang,

706
00:43:00,040 --> 00:43:02,680
tetapi hilang imbangan,
Everton terlepas peluang.

707
00:43:02,800 --> 00:43:04,880
Richarlison masuk ke kawasan penalti,

708
00:43:04,960 --> 00:43:07,760
Everton baru
meningkatkan rentak mereka sedikit.

709
00:43:07,840 --> 00:43:09,920
Pertahanan tersungkur, Gordon menyepak,

710
00:43:10,000 --> 00:43:11,640
ditendang keluar Tomiyasu.

711
00:43:11,760 --> 00:43:15,640
Penyokong Everton gembira
menyaksikan semua ini, ini lebih baik.

712
00:43:19,080 --> 00:43:21,120
Permainan yang bagus, Tierney mara.

713
00:43:21,800 --> 00:43:24,480
Bola yang cantik dan mereka berjaya!

714
00:43:25,200 --> 00:43:29,160
Martin Ødegaard, peluang pertama Gunners
melalui gerakan yang baik.

715
00:43:29,280 --> 00:43:32,120
Tierney mengambil masa
untuk bertapak semula

716
00:43:32,160 --> 00:43:35,320
pada titik yang sesuai
dengan tendangan yang cantik.

717
00:43:35,400 --> 00:43:37,880
Arsenal kurang memuaskan
separuh masa awal ini,

718
00:43:37,960 --> 00:43:40,320
gol itu di luar larian permainan mereka

719
00:43:40,400 --> 00:43:43,760
dan mereka perlu buat lebih baik
di separuh masa akhir

720
00:43:43,840 --> 00:43:46,240
jika mahu kekal mendahului.

721
00:43:48,480 --> 00:43:50,840
Kita sendiri membikin masalah, tolonglah.

722
00:43:50,920 --> 00:43:53,840
Kita cuma bermain pertahanan,
cuma pertahanan.

723
00:43:53,920 --> 00:43:56,400
Jadi, kenapa agaknya boleh jadi begini?

724
00:43:57,120 --> 00:43:59,200
Sebaik saja kita menyerang, ada gol.

725
00:43:59,280 --> 00:44:02,720
Perlukah saya bawa
setiap seorang ke tepi padang

726
00:44:02,960 --> 00:44:04,160
untuk memberi kalian,

727
00:44:04,240 --> 00:44:05,480
untuk beri reaksi,

728
00:44:05,560 --> 00:44:09,080
dan meminta kalian tunjukkan keinginan
bermain pada tahap ini?

729
00:44:09,560 --> 00:44:11,240
Perlukah saya buat begitu?

730
00:44:12,960 --> 00:44:15,880
Kalian sangat-sangat bernasib baik.

731
00:44:18,000 --> 00:44:19,440
Dengan bola tadi

732
00:44:19,520 --> 00:44:22,920
peluang ada di merata tempat,
sedarkah kalian?

733
00:44:23,400 --> 00:44:26,160
Saya mahu melihat pasukan
yang berubah sikapnya

734
00:44:26,240 --> 00:44:28,400
dan tiba masanya untuk merebut bola,

735
00:44:28,480 --> 00:44:31,200
ambil bola itu dan mainkan.
Bukan mempertahan.

736
00:44:31,280 --> 00:44:33,640
Tekanan di blok tinggi,
ambil bola dan serang

737
00:44:33,720 --> 00:44:35,400
dan cuba buat kali kedua.

738
00:44:36,040 --> 00:44:37,200
Main!

739
00:44:49,320 --> 00:44:51,720
Masa tinggal lagi sepuluh minit.

740
00:44:52,040 --> 00:44:54,760
Nampaknya Arsenal
mungkin menang sipi-sipi.

741
00:44:54,960 --> 00:44:56,640
Malam penting bagi Arsenal,

742
00:44:56,720 --> 00:45:01,040
mereka mungkin perlu satu mata saja lagi
untuk masuk ke Liga Juara-Juara.

743
00:45:01,640 --> 00:45:03,120
Terkena palang gol

744
00:45:03,200 --> 00:45:06,880
kemudian melantun kembali,
masuk! Richarlison!

745
00:45:07,280 --> 00:45:10,440
Everton satu, Arsenal satu. Gamat suasana,

746
00:45:10,520 --> 00:45:12,760
Goodison Park riuh sepanjang malam ini.

747
00:45:12,840 --> 00:45:15,800
Demarai Gray meluru
ke kawasan penalti Arsenal,

748
00:45:15,880 --> 00:45:19,760
terkena palang gol tadi,
masuk ke belakang net!

749
00:45:19,840 --> 00:45:21,920
Gol kemenangan perlawanan ini.

750
00:45:22,280 --> 00:45:26,520
Tercicir satu-kosong tadi,
kini mereka menang dua-satu!

751
00:45:26,600 --> 00:45:29,080
Wisel akhir telah berbunyi.

752
00:45:41,920 --> 00:45:43,800
Memalukan sungguh.

753
00:45:45,080 --> 00:45:48,080
Sepuluh minit lagi,
baling masuk ke sepertiga belakang.

754
00:45:48,160 --> 00:45:50,040
Balinglah jauh,

755
00:45:50,880 --> 00:45:54,400
pertahankan permainan,
lurus bendul sangat.

756
00:46:07,320 --> 00:46:10,960
Saya tak mahu menyesal
dengan kata-kata saya nanti,

757
00:46:12,120 --> 00:46:13,960
jadi saya tak nak cakap banyak,

758
00:46:14,800 --> 00:46:17,360
tapi reaksi kita di sini dah terlambat.

759
00:46:17,920 --> 00:46:20,240
Di sini dah terlambat, sepatutnya di sana.

760
00:46:31,400 --> 00:46:34,160
SETERUSNYA

761
00:46:34,240 --> 00:46:36,640
Okey, saya perlu mengumumkan sesuatu.

762
00:46:38,240 --> 00:46:42,320
Ekoran isu disiplin yang melibatkan Auba,

763
00:46:43,520 --> 00:46:47,240
kami telah memutuskan
bahawa dia bukan lagi kapten kita.

764
00:46:49,040 --> 00:46:51,520
Mikel Arteta didapati positif COVID-19

765
00:46:51,600 --> 00:46:54,240
dan akan terlepas
perlawanan dengan Manchester City.

766
00:46:54,320 --> 00:46:57,000
Keluar ke sana
dan menangi perlawanan ini! Ayuh!

767
00:46:57,520 --> 00:47:00,440
Saka menendang! Saka menjaringkan gol!

768
00:47:00,840 --> 00:47:02,200
Kad merah dilayangkan.

769
00:47:55,680 --> 00:47:58,360
TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMAIN, JURULATIH
DAN STAF KELAB BOLA SEPAK ARSENAL

770
00:47:59,680 --> 00:48:01,680
Terjemahan sari kata oleh
Faizah Asma' Mohamed Anuar

771
00:48:01,760 --> 00:48:03,760
Penyelia Kreatif
Nur Atiqah Jalaludin

