1
00:00:07,040 --> 00:00:09,520
Begitu banyak dipertaruhkan
di penghujung ini.

2
00:00:09,600 --> 00:00:11,840
Bos, mara ke depan empat langkah.

3
00:00:11,920 --> 00:00:13,400
-Sini?
-Bagus.

4
00:00:13,480 --> 00:00:17,320
Mikel Arteta dianugerahkan Pengurus
Liga Premier Bulan Ini untuk Mac.

5
00:00:17,360 --> 00:00:19,480
-Terima kasih.
-Terima kasih, semua.

6
00:00:19,560 --> 00:00:22,080
Mereka tercorot September lalu,

7
00:00:22,160 --> 00:00:24,840
kalah tiga perlawanan awal,
lihatlah mereka sekarang.

8
00:00:24,920 --> 00:00:28,400
Ada yang berpendapat Arteta
patut jadi Pengurus Musim Ini.

9
00:00:29,000 --> 00:00:33,000
Apakah kebanggaan yang awak rasai
menjadi pengurus bulan ini?

10
00:00:33,080 --> 00:00:37,440
Saya bangga kerana tahu
betapa sukar mencapainya dalam liga.

11
00:00:37,560 --> 00:00:42,920
Terutamanya kepada penyokong kami oleh
sebab cara mereka mengubah pasukan ini,

12
00:00:43,000 --> 00:00:44,560
mereka patut dipuji.

13
00:00:44,640 --> 00:00:46,800
Hati-hati dengan sumpahannya, Mikel.

14
00:00:47,520 --> 00:00:48,640
Apa?

15
00:00:48,720 --> 00:00:50,760
Sumpahan Pengurus Bulan Ini.

16
00:00:50,840 --> 00:00:52,160
Apa sumpahannya?

17
00:00:52,240 --> 00:00:54,880
-Awak akan tewas perlawanan seterusnya.
-Okey.

18
00:00:55,400 --> 00:00:57,600
-Baik, terima kasih.
-Terima kasih, semua.

19
00:01:09,120 --> 00:01:12,400
Awak mencintai kerja awak.
Itulah keghairahan namanya.

20
00:01:13,400 --> 00:01:16,480
Kita harus yakin. Kita harus bertenaga.

21
00:01:17,400 --> 00:01:19,920
Tunjukkan kepada mereka semangat awak.

22
00:01:20,000 --> 00:01:20,920
Jom kita buat.

23
00:01:21,720 --> 00:01:24,040
SEGALANYA ATAU TIADA
ARSENAL

24
00:01:24,120 --> 00:01:26,760
DIKISAHKAN OLEH DANIEL KALUUYA

25
00:01:36,320 --> 00:01:37,360
KELAB BOLA SEPAK ARSENAL

26
00:01:39,880 --> 00:01:40,960
Penjaring gol!

27
00:01:41,760 --> 00:01:44,480
-Apa khabar? Ya? Baik?
-Sangat baik.

28
00:01:44,560 --> 00:01:47,520
Dua belas pemain Arsenal
menjalankan tugas antarabangsa

29
00:01:47,600 --> 00:01:49,840
mewakili negara masing-masing.

30
00:01:49,920 --> 00:01:52,040
Awak ada nombor Nicola Sturgeon?

31
00:01:52,120 --> 00:01:54,520
Tiada. Dia ada nombor presiden?

32
00:01:54,600 --> 00:01:56,360
Ya. Awak boleh menelefonnya di...

33
00:01:56,440 --> 00:01:59,240
-Rob? Rob, ada nombor Boris Johnson?
-Tiada.

34
00:01:59,320 --> 00:02:02,600
Mereka kembali dari
negara-negara seperti Ghana dan Brazil.

35
00:02:03,560 --> 00:02:07,280
Mereka kembali di London Colney
untuk perlawanan penghabisan musim ini.

36
00:02:07,360 --> 00:02:09,120
-Awak sihat?
-Apa khabar?

37
00:02:09,160 --> 00:02:10,800
-Baik.
-Bagaimana betis awak?

38
00:02:11,600 --> 00:02:12,480
Lebih baik.

39
00:02:12,560 --> 00:02:14,720
Macam baharu. Dia berehat sepenuhnya.

40
00:02:14,800 --> 00:02:16,280
Hati-hati Palace Isnin ini.

41
00:02:20,080 --> 00:02:21,560
Baguslah kalian dah kembali.

42
00:02:21,600 --> 00:02:25,680
Umumnya, sesetengah
perlawanan kamu amat positif.

43
00:02:25,760 --> 00:02:30,160
Yang selebihnya, fokus semula,
kita akan bersama selama tujuh minggu,

44
00:02:30,240 --> 00:02:33,600
memfokus semula mulai sekarang
hingga penghujung musim ini

45
00:02:33,720 --> 00:02:37,400
serta apa yang perlu dibincangkan,
apa yang perlu dilatih,

46
00:02:37,440 --> 00:02:41,600
apa yang perlu dilakukan dalam
setiap perlawanan sama seperti biasa.

47
00:02:41,680 --> 00:02:43,720
Saya cuma mahu menghantar pesanan.

48
00:02:44,320 --> 00:02:48,200
Apabila semua orang pulang,
fahaman kita sejajar.

49
00:02:48,280 --> 00:02:53,000
Kita akan bercakap tentang ini,
siapa diri kita, dan apa identiti kita.

50
00:02:53,640 --> 00:02:54,480
IDENTITI
ARSENAL

51
00:02:54,560 --> 00:02:59,640
Fokus dan percakapan kita di bilik
persalinan semasa latihan hanya pada ini.

52
00:03:00,720 --> 00:03:03,120
Ini sebuah pasukan, lihatlah reaksinya.

53
00:03:03,200 --> 00:03:07,360
Kita tak boleh kehilangannya,
inilah sebahagian besar identiti kita.

54
00:03:07,440 --> 00:03:10,760
Cara kita memenangi perlawanan,
tinggal bersama, bertindak,

55
00:03:10,840 --> 00:03:15,120
cara kita mahu memperbaiki diri
disebabkan sinergi dan kepaduan kita.

56
00:03:15,200 --> 00:03:19,040
Ini cara kita bermain bola,
sambil tersenyum dan berseronok.

57
00:03:19,120 --> 00:03:20,120
Hati-hati.

58
00:03:26,120 --> 00:03:30,600
Hati-hati kerana kita perlu...
Ingat nasihat saya tentang disiplin.

59
00:03:31,960 --> 00:03:35,720
Granit, jangan ambil hati
kerana awak hanya dapat kad kuning,

60
00:03:35,800 --> 00:03:39,000
mujurlah kerana awak
mungkin juga boleh dibuang padang.

61
00:03:39,080 --> 00:03:42,280
Jangan terlalu bersedih
selepas perlawanan jika itu berlaku.

62
00:03:42,640 --> 00:03:44,680
Okey? Ayuh.

63
00:03:45,480 --> 00:03:50,840
CRYSTAL PALACE LWN ARSENAL
STADIUM SELHURST PARK - 4 APRIL 2022

64
00:03:56,400 --> 00:04:00,960
Mikel serta pasukannya berpeluang untuk
mengukuhkan kedudukan empat teratas,

65
00:04:01,040 --> 00:04:03,520
tiga perlawanan lagi menentang pasukan

66
00:04:03,600 --> 00:04:05,960
di bahagian bawah jadual liga.

67
00:04:06,040 --> 00:04:09,480
Yang pertama melawan Crystal Palace
di tangga kedua belas.

68
00:04:09,560 --> 00:04:12,880
Ini pasti perlawanan sengit
untuk merebut tangga keempat.

69
00:04:12,960 --> 00:04:17,120
Buat masa ini,
Arsenal dijangka akan menang.

70
00:04:23,440 --> 00:04:25,160
Malam yang penting bagi Arsenal.

71
00:04:25,240 --> 00:04:28,160
Smith Rowe, kini Lacazette,
menyondolnya masuk.

72
00:04:28,240 --> 00:04:30,920
Terlalu kuat untuk Emile Smith Rowe.

73
00:04:32,000 --> 00:04:34,320
Arsenal tak bertanding buat masa ini.

74
00:04:37,080 --> 00:04:39,000
Agak mencabar, bukan?

75
00:04:43,080 --> 00:04:44,880
Dia cuba menanduknya. Mateta!

76
00:04:48,240 --> 00:04:51,920
Arsenal takkan memasuki Liga Juara-juara
jika bermain sebegini.

77
00:04:52,000 --> 00:04:54,520
Ini dia Anderson,
mengambil bola mencari Ayew,

78
00:04:54,600 --> 00:04:58,720
masuk ke kawasan penalti, masuk.
Palace mendahului dua kosong.

79
00:04:59,360 --> 00:05:03,720
Bola yang cantik oleh Andersen
dari belakang. Di mana pertahanan Arsenal?

80
00:05:05,920 --> 00:05:09,800
Boleh dikatakan pasukan Mikel Arteta
hanyalah di tempat kedua.

81
00:05:12,800 --> 00:05:13,800
Celaka betul.

82
00:05:14,520 --> 00:05:15,520
Bedebah betul!

83
00:05:15,600 --> 00:05:19,240
45 minit yang macam tahi!
Kita tak boleh bermain begini.

84
00:05:20,040 --> 00:05:22,040
Kita tahu apa perlu dibuat!

85
00:05:24,320 --> 00:05:27,360
Biar betul! Aksi pertama,
mereka dapat membaling.

86
00:05:27,440 --> 00:05:29,000
Bawa bola itu pergi!

87
00:05:29,600 --> 00:05:32,000
Kita kalah semua perebutan.

88
00:05:32,880 --> 00:05:37,080
Kalian diperlekehkan
pada bola pertama, kedua, ketiga.

89
00:05:38,440 --> 00:05:41,160
Yang berlaku tadi
langsung tak boleh diterima.

90
00:05:41,240 --> 00:05:43,720
Kita dah tak boleh mengubahnya,
dah terlambat.

91
00:05:43,800 --> 00:05:45,760
setengah jam yang lalu, masih boleh.

92
00:05:45,840 --> 00:05:48,960
Sekarang, dah masuk tong sampah
dan semua orang set semula

93
00:05:49,040 --> 00:05:51,160
macam tak bermain pada separuh masa kedua.

94
00:05:51,240 --> 00:05:53,320
Kita tak bermain pun 45 minit tadi.

95
00:05:53,400 --> 00:05:56,240
Kita perlu keluar ke sana
dan ubah nasib kita.

96
00:05:56,320 --> 00:05:58,600
Percaya ia boleh diubah.
Laca, awak percaya?

97
00:05:58,680 --> 00:06:01,360
Awak boleh jaringkan gol
dalam separuh masa kedua.

98
00:06:01,440 --> 00:06:03,800
B, Emile, ayuh, semua.

99
00:06:03,880 --> 00:06:05,480
-Ayuh, semua.
-Ayuh!

100
00:06:13,440 --> 00:06:17,760
Banyak yang perlu dibuat
untuk memperbetulkan keadaan.

101
00:06:19,600 --> 00:06:21,280
Larian yang baik oleh Saka.

102
00:06:21,720 --> 00:06:23,600
Cuba menepis Kouyaté.

103
00:06:23,680 --> 00:06:26,600
Penyokong Arsenal merasakan
itu patut mendapat penalti.

104
00:06:30,120 --> 00:06:32,120
Lacazette, ini dia Smith Rowe.

105
00:06:35,080 --> 00:06:37,720
Ini dia Partey,
ada ruang sikit di lapangan tengah.

106
00:06:37,800 --> 00:06:41,560
Melencong bola ke sebelah kiri
dan memberi isyarat bahawa ada masalah.

107
00:06:41,640 --> 00:06:43,000
-Thomas.
-Thomas?

108
00:06:45,000 --> 00:06:49,840
Rasanya dia terkehel di bahagian groin
atau bahagian atas paha kirinya.

109
00:06:51,680 --> 00:06:54,920
Bolehkah ia dihantar kepada Nketiah,
menuju ke dalam kotak,

110
00:06:55,000 --> 00:06:58,160
dan Tyrick menendang jauh
dikutip oleh Zaha

111
00:06:58,240 --> 00:06:59,840
dan Partey dah kelam kabut.

112
00:06:59,920 --> 00:07:03,840
Terlepas, dia dah tak boleh berjalan
dan Zaha merempuh pertahanan Arsenal

113
00:07:03,920 --> 00:07:07,000
Gabriel ke belakang untuk menghalangnya,
Zaha tersungkur.

114
00:07:07,080 --> 00:07:08,480
Dia diberikan penalti.

115
00:07:17,680 --> 00:07:19,240
Itu nampak agak serius.

116
00:07:20,600 --> 00:07:24,800
Hasrat Arsenal untuk
ke Liga Juara-juara telah terhalang.

117
00:07:38,560 --> 00:07:42,840
Apabila menghadapi saat sukar
dan hari ini, terkena tamparan hebat,

118
00:07:42,920 --> 00:07:44,600
kerana memang padan muka kita.

119
00:07:44,680 --> 00:07:48,320
Kita patut kena tampar
disebabkan prestasi kita hari ini.

120
00:07:48,400 --> 00:07:53,240
Tundukkan kepala dan fikirkan tindakan
seterusnya esok dan saling bantu membantu

121
00:07:53,320 --> 00:07:56,080
dan marilah, kerana Sabtu ini,
ada lagi satu

122
00:07:56,160 --> 00:08:00,360
dan beberapa hari selepasnya lagi satu,
jadi kita ada sembilan peluang.

123
00:08:04,160 --> 00:08:07,760
Kami bermain dengan teruk
dan ini keputusan yang teruk.

124
00:08:09,040 --> 00:08:13,720
Saya masih ingat kata-kata
Arséne Wenger tentang keyakinan,

125
00:08:13,800 --> 00:08:16,840
kita naik menggunakan tangga,
turun menggunakan lif.

126
00:08:17,760 --> 00:08:21,480
Kekalahan teruk
akan menghantui seseorang pemain.

127
00:08:39,520 --> 00:08:42,080
Bola sepak ada turun naiknya,
apabila naik,

128
00:08:42,160 --> 00:08:44,840
hati-hati kerana
kita boleh jatuh dengan cepat.

129
00:08:44,880 --> 00:08:47,640
Kita tiada ruang
untuk kesilapan pada masa ini

130
00:08:47,760 --> 00:08:50,320
jadi kita perlu memastikan para pemain

131
00:08:50,400 --> 00:08:52,520
sedar betapa pentingnya setiap perlawanan.

132
00:08:52,640 --> 00:08:57,440
Tanpa menambah tekanan
yang sedia ada membebani mereka.

133
00:08:58,880 --> 00:09:02,360
Keesokan harinya,
Mikel masuk awal untuk mesyuarat mingguan

134
00:09:02,440 --> 00:09:04,880
bersama pasukan pengurusan
bola sepak kelab.

135
00:09:05,880 --> 00:09:06,840
Selamat pagi, Tim.

136
00:09:06,880 --> 00:09:08,080
Selamat pagi.

137
00:09:08,880 --> 00:09:10,160
Ya. Helo.

138
00:09:10,240 --> 00:09:12,640
-Apa khabar? Baik?
-Awak sihat?

139
00:09:12,720 --> 00:09:14,760
-Selamat pagi, lama tak jumpa.
-Ya.

140
00:09:15,440 --> 00:09:16,320
Selamat pagi.

141
00:09:18,080 --> 00:09:19,480
Bagaimana budak-budak itu?

142
00:09:21,240 --> 00:09:23,200
Mereka terkesan semalam.

143
00:09:23,280 --> 00:09:24,320
Ya.

144
00:09:25,880 --> 00:09:29,840
Situasinya, usah mengganggu mereka
dan suruh mereka saling mendekati

145
00:09:29,880 --> 00:09:32,360
-dan bersatu hati.
-Ya.

146
00:09:33,000 --> 00:09:35,520
Bukan membelasah mereka lagi.

147
00:09:35,640 --> 00:09:36,720
Sunyikah?

148
00:09:37,840 --> 00:09:39,240
Separuh masa tak sunyi.

149
00:09:39,320 --> 00:09:42,880
Mereka cuba bertindak
dan melupakan separuh masa pertama,

150
00:09:43,640 --> 00:09:46,000
dan mereka menyerang
di separuh masa kedua,

151
00:09:46,080 --> 00:09:49,000
tapi selepas itu mereka murung.

152
00:09:51,080 --> 00:09:54,760
Gary, mulakan dengan
situasi kita dari kesihatan?

153
00:09:54,840 --> 00:09:58,640
Malangnya, pertama kali
sejak sekian lama ada beberapa isu,

154
00:09:59,440 --> 00:10:03,080
dan ini sentiasa
berkemungkinan akan berlaku.

155
00:10:03,160 --> 00:10:07,320
Malangnya, Thomas,
membuat hantaran biasa-biasa saja,

156
00:10:07,400 --> 00:10:09,280
tapi terus sakit rektus femoris.

157
00:10:09,360 --> 00:10:12,760
Saya rasa dia akan
memerlukan beberapa minggu.

158
00:10:12,840 --> 00:10:17,840
Isu terbesar tentulah Kieran Tierney
di perlawanan menentang Wolves,

159
00:10:17,880 --> 00:10:20,720
dia mengalami kecederaan hiperekstensi,
habis bermain,

160
00:10:20,760 --> 00:10:25,000
tak memaklumkannya lalu terus bermain
di lima perlawanan tanpa masalah,

161
00:10:25,080 --> 00:10:30,320
tapi selepas keluar dari bilik air
Khamis lalu selepas latihan

162
00:10:30,400 --> 00:10:33,640
dia membengkokkan lututnya
dan merasakan ia runtuh.

163
00:10:33,720 --> 00:10:37,200
Nampaknya dia takkan muncul lagi
untuk Arsenal musim ini.

164
00:10:37,840 --> 00:10:40,440
Kita mesti berhati-hati
menguruskan hal ini sekarang.

165
00:10:40,520 --> 00:10:41,440
Okey.

166
00:10:41,520 --> 00:10:43,320
-Maklumkan sebarang perubahan.
-Ya.

167
00:10:43,400 --> 00:10:46,880
Saya akan biarkan awak dalam kumpulan
dan maklumkan apa-apa perubahan.

168
00:10:57,360 --> 00:10:59,600
-Meniskus awak?
-Tulang rawan.

169
00:11:00,000 --> 00:11:02,720
-Musim awak dah berakhir?
-Sudah. Sememangnya.

170
00:11:10,840 --> 00:11:11,840
Okey, semua.

171
00:11:15,720 --> 00:11:17,400
Melihat itu, memang menyakitkan.

172
00:11:17,480 --> 00:11:18,960
ARSENAL FC LWN CRYSTAL PALACE
3 - 0

173
00:11:19,040 --> 00:11:21,360
Kita mengecewakan diri sendiri semalam.

174
00:11:22,760 --> 00:11:24,080
Kamu patut bersedih.

175
00:11:24,880 --> 00:11:29,360
Kejadian semalam satu pengajaran besar,
dan saya tak mahu mengulanginya lagi.

176
00:11:30,160 --> 00:11:34,040
Tapi kepercayaan saya lebih teguh
berbanding sebelum ini, kenapa?

177
00:11:34,120 --> 00:11:36,480
Saya telah diberi sebab
untuk mempercayai kamu,

178
00:11:37,080 --> 00:11:39,640
dan sekarang kamu mesti
mempercayai diri sendiri.

179
00:11:39,720 --> 00:11:41,320
Untuk ke perlawanan seterusnya,

180
00:11:41,400 --> 00:11:43,840
ke sesi latihan seterusnya,
cara kita pulang.

181
00:11:43,920 --> 00:11:47,920
Sabtu ini, Stadium Emirates akan penuh,
semuanya menyokong kamu,

182
00:11:48,000 --> 00:11:51,000
kita mesti memberikan seperti
yang kita mahu dan tunjukkan

183
00:11:51,080 --> 00:11:53,680
bahawa kita ada semangat
dan komitmen berbeza,

184
00:11:53,760 --> 00:11:56,920
dan kita akan bermain
dengan berani di sana.

185
00:11:57,000 --> 00:11:58,320
Jika kamu di padang itu,

186
00:11:58,920 --> 00:12:01,320
buat kerja kamu
dengan penuh fokus dan komitmen.

187
00:12:01,400 --> 00:12:04,760
Jika tidak, kamu tak boleh,
dan tak layak berada di padang itu.

188
00:12:05,560 --> 00:12:06,640
Jelas?

189
00:12:07,680 --> 00:12:10,080
Awak ada cabaran, satu cabaran yang indah.

190
00:12:10,160 --> 00:12:13,080
Mari kita menyahutnya.

191
00:12:20,120 --> 00:12:22,320
Disebabkan kecederaan
beberapa pemain utama,

192
00:12:22,400 --> 00:12:26,480
peluang bagi segelintir anggota skuad
untuk tampil membuktikan kebolehan.

193
00:12:27,200 --> 00:12:28,040
Robinho.

194
00:12:30,400 --> 00:12:31,560
Baik? Apa khabar?

195
00:12:31,640 --> 00:12:33,560
-Sihat?
-Berlatih hari ini?

196
00:12:33,640 --> 00:12:34,760
Ya. Baik.

197
00:12:35,800 --> 00:12:39,880
Setiap pemain ada peranannya,
yang mungkin berubah di pertengahan musim.

198
00:12:39,960 --> 00:12:43,560
Ada kalanya kita perlu berada
di tepi padang atau di bangku

199
00:12:43,640 --> 00:12:46,120
dan memberi sokongan
dan sedia untuk menyumbang

200
00:12:46,200 --> 00:12:49,560
lima atau sepuluh minit,
atau tiada apa-apa langsung,

201
00:12:49,640 --> 00:12:52,080
dengan tenaga kita,
bahasa gerak-geri kita,

202
00:12:52,160 --> 00:12:54,320
menyokong pasukan kita.

203
00:12:54,720 --> 00:12:57,240
Dalam, Eddie. Dalam, bagus.

204
00:12:57,800 --> 00:13:00,000
Perkara paling sukar dalam bola sepak

205
00:13:00,080 --> 00:13:00,920
EDDIE NKETIAH
PENYERANG

206
00:13:01,000 --> 00:13:03,200
bagi pemain. Kita bekerja keras hari-hari,

207
00:13:03,280 --> 00:13:05,520
untuk turun ke padang pada hujung minggu,

208
00:13:05,600 --> 00:13:08,560
dan itu sasaran semua orang,
dapat masuk ke padang,

209
00:13:08,640 --> 00:13:10,360
tapi pemain utama hanya sebelas.

210
00:13:11,680 --> 00:13:14,800
Mari sini. Gabi, Cédric, Mo.
Mo, awak pun datang.

211
00:13:14,960 --> 00:13:16,360
Pépé mari sini, Rob.

212
00:13:18,160 --> 00:13:20,440
Pengurus yang membuat keputusan,
bukan saya.

213
00:13:20,520 --> 00:13:22,280
Saya menerima apa jua keputusannya.

214
00:13:22,360 --> 00:13:23,200
ROB HOLDING
PEMAIN PERTAHANAN

215
00:13:23,280 --> 00:13:27,040
Menyokong pasukan walaupun
tak dapat bermain. Amat bekerjasama.

216
00:13:27,120 --> 00:13:29,880
-Betul.
-Ada 11 lagi macam saya, pasti selamat.

217
00:13:31,520 --> 00:13:33,640
-Syabas. Sekali lagi, Mo.
-Gabi, ikut dia.

218
00:13:33,720 --> 00:13:37,040
Tak seronok tak dapat bermain,
tapi saya simpan kemarahan ini.

219
00:13:37,120 --> 00:13:38,120
MOHAMED ELNENY
PEMAIN TENGAH

220
00:13:38,200 --> 00:13:39,840
Saya salurkan kepada latihan.

221
00:13:39,920 --> 00:13:43,040
Kerana saya sanggup buat apa saja supaya

222
00:13:43,120 --> 00:13:46,320
jurulatih suruh saya bermain.
Jika tak dapat, tak apa,

223
00:13:46,400 --> 00:13:49,800
tapi saya masih bersedih,
masih tak seronok tak dapat bermain.

224
00:13:49,880 --> 00:13:51,000
Sangat bagus, semua.

225
00:13:53,640 --> 00:13:54,480
Sangat bagus.

226
00:13:54,560 --> 00:13:58,400
Memang benar beberapa pemain utama
mengalami kecederaan serius.

227
00:13:58,480 --> 00:14:03,080
Kita boleh menangis, mencari alasan,
atau buat yang sebaliknya.

228
00:14:03,160 --> 00:14:07,080
Kita mesti jadi lebih kuat dan mengekalkan
semangat dan keyakinan pemain

229
00:14:07,160 --> 00:14:08,400
setinggi mungkin.

230
00:14:11,120 --> 00:14:12,320
Apa khabar, Sambi?

231
00:14:20,720 --> 00:14:23,040
-Nikmati makanan awak, Nuno.
-Awak dah berubah.

232
00:14:23,120 --> 00:14:25,680
-Awak berubah sejak datang ke sini.
-Dengan cepat.

233
00:14:26,400 --> 00:14:28,080
Dulu dia sentiasa tersenyum.

234
00:14:28,160 --> 00:14:29,680
Ya, dia begitu gembira.

235
00:14:30,120 --> 00:14:31,160
Dulu saya bermain.

236
00:14:32,480 --> 00:14:33,640
Jadi apa, kawan?

237
00:14:34,360 --> 00:14:37,800
Awak ingat awak seorang yang tak bermain.

238
00:14:37,880 --> 00:14:40,440
Berhenti mengasihani diri sendiri
dan sedarlah.

239
00:14:44,680 --> 00:14:50,120
Cabaran utama Arteta adalah memastikan
kekalahan ini suatu perkara terpencil

240
00:14:50,200 --> 00:14:52,680
dan bukannya detik penentu musim ini.

241
00:14:54,960 --> 00:14:59,640
Arsenal ditundukkan oleh Crystal Palace,
dan perlu membuktikan diri mereka.

242
00:15:02,200 --> 00:15:08,200
ARSENAL LWN BRIGHTON
STADIUM EMIRATES - 9 APRIL 2022

243
00:15:08,880 --> 00:15:10,520
Perlawanan menentang Brighton,

244
00:15:10,600 --> 00:15:13,160
yang tiada gol sejak
tiga perlawanan sebelumnya,

245
00:15:13,240 --> 00:15:16,960
merupakan peluang terbaik
bagi pasukan Mikel untuk bangkit semula

246
00:15:17,040 --> 00:15:18,400
selepas dikalahkan Palace.

247
00:15:26,320 --> 00:15:28,600
Tolong bangun, semua, berkumpul.

248
00:15:28,680 --> 00:15:29,680
Mari.

249
00:15:31,760 --> 00:15:35,720
Edison telah mencipta mentol lampu.

250
00:15:38,120 --> 00:15:41,960
Hari ini saya nak melihat pasukan
yang saling berhubung,

251
00:15:42,040 --> 00:15:44,400
kerana mentol itu saja tiada gunanya.

252
00:15:44,480 --> 00:15:47,880
Saya nak tengok pasukan
yang saling berhubung,

253
00:15:47,960 --> 00:15:52,000
dan yang bersinar,
dan kamu mahu mengalirkan kepadanya,

254
00:15:52,840 --> 00:15:56,280
cahaya dan tenaga dan semangat
dan cara kamu bermain bola,

255
00:15:56,360 --> 00:16:00,520
dan kamu buat perkara sama,
setiap seorang bermain sambil berhubung.

256
00:16:00,960 --> 00:16:03,560
Apa terjadi apabila
kita bermain sambil berhubung?

257
00:16:04,200 --> 00:16:06,560
Apa akan berlaku selepas itu?

258
00:16:06,640 --> 00:16:10,360
Kita berhubung dengan 60,000 orang,
menghasilkan lebih banyak tenaga,

259
00:16:10,440 --> 00:16:15,440
akhirnya ada elektrik yang menghasilkan
cahaya dan kehidupan melalui haba,

260
00:16:15,520 --> 00:16:17,480
jika tidak, dunia akan gelap,

261
00:16:17,560 --> 00:16:20,640
jika lelaki ini tak terfikir
untuk buat begitu.

262
00:16:20,720 --> 00:16:22,680
Saya nak kamu bermain sebegini

263
00:16:22,760 --> 00:16:25,520
kerana sebaik mana pun kita,
yang penting satu saja.

264
00:16:25,600 --> 00:16:28,320
Yang menjadikan kita istimewa
ialah sikap kita,

265
00:16:28,400 --> 00:16:30,840
dan hari ini, bermainlah dengan sikap itu.

266
00:16:30,920 --> 00:16:34,960
Keluarlah ke sana, hidupkan api,
dan mainlah bola. Ayuh.

267
00:16:35,040 --> 00:16:36,880
Ayuh!

268
00:16:40,600 --> 00:16:42,280
Arsenal mesti menang malam ini.

269
00:16:42,360 --> 00:16:47,000
Selepas perlawanan menentang Crystal
Palace, mereka pasti mahu bangkit semula.

270
00:16:51,960 --> 00:16:54,400
Peluang bagi Welbeck
untuk masuk ikut tengah

271
00:16:54,480 --> 00:16:58,200
dan Ramsdale terpaksa keluar dari barisnya
dan menangkisnya keluar.

272
00:16:58,280 --> 00:17:01,040
Lokonga mengambilnya,
mengelak daripada MacAllister,

273
00:17:01,120 --> 00:17:04,360
kepada Gabriel, yang dikejar rapat
oleh Danny Welbeck

274
00:17:04,440 --> 00:17:07,480
dan Pascal lalu menghantarnya keluar.

275
00:17:07,560 --> 00:17:10,720
Bukan permulaan yang baik bagi Arsenal,
agak merisaukan.

276
00:17:12,640 --> 00:17:17,560
Bola di sebelah kanan sekarang Brighton,
menariknya kembali, pastinya, Trossard!

277
00:17:21,440 --> 00:17:22,640
Brighton mendahului!

278
00:17:24,200 --> 00:17:28,560
Usaha Arsenal memburu
tempat empat teratas teruk terjejas.

279
00:17:30,400 --> 00:17:33,960
Arsenal masih terkial-kial
di permulaan separuh masa kedua.

280
00:17:34,760 --> 00:17:36,800
Bolehkah ia ditarik untuk rakannya?

281
00:17:38,400 --> 00:17:40,560
Gol yang hebat! Ya!

282
00:17:40,640 --> 00:17:44,560
Mungkin nasib Arsenal
bukan di tangan mereka sendiri.

283
00:17:50,080 --> 00:17:54,040
Martin Ødegaard berjaya menjaringkan gol
pada minit terakhir masa biasa.

284
00:17:54,080 --> 00:17:56,160
Ødegaard menyerang lagi, masuk!

285
00:17:56,240 --> 00:17:57,800
Berjaya meraih satu gol.

286
00:17:57,880 --> 00:18:02,320
Sebelum pemain pengganti Eddie Nketiah
berpeluang menyamakan gol di saat akhir.

287
00:18:05,880 --> 00:18:07,720
Diselamatkan oleh Sánchez.

288
00:18:07,800 --> 00:18:09,080
Tapi dah terlalu lambat.

289
00:18:10,520 --> 00:18:15,000
Brighton dan Hove Albion menghukum Arsenal
dengan kekalahan berturut-turut.

290
00:18:25,520 --> 00:18:28,080
Gerakan asas saja dan balingan masuk,

291
00:18:28,160 --> 00:18:30,200
masuk ke dalam kotak dan bolos.

292
00:18:32,880 --> 00:18:33,880
Gerakan asas.

293
00:18:47,920 --> 00:18:48,920
Celaka.

294
00:19:12,960 --> 00:19:16,240
Saya terlalu banyak emosi.
Pandang sini apabila saya bercakap.

295
00:19:17,480 --> 00:19:19,080
Saya terlalu beremosi,

296
00:19:19,200 --> 00:19:21,680
jadi saya tiada kata-kata
yang sesuai sekarang,

297
00:19:21,760 --> 00:19:23,720
jadi saya nak bercakap Isnin ini.

298
00:19:24,480 --> 00:19:27,200
Eloklah kamu tak berputus asa,

299
00:19:27,280 --> 00:19:30,040
tapi kita mesti mula bermain
dari minit pertama.

300
00:19:30,080 --> 00:19:32,680
Dah dua perlawanan
pada separuh masa pertama,

301
00:19:32,760 --> 00:19:36,320
kita tiada di situ, kita tak wujud,

302
00:19:36,400 --> 00:19:39,680
kita jauh daripada
menjadi pasukan yang sepatutnya.

303
00:19:44,080 --> 00:19:45,960
Pemain perlu menyalahkan diri,

304
00:19:46,040 --> 00:19:49,800
faham bahawa mereka perlu tekad
untuk mendapat empat teratas,

305
00:19:49,920 --> 00:19:52,560
perlu mencari sesuatu dan mendapatkannya.

306
00:19:52,640 --> 00:19:56,800
Pencapaian sebegitu takkan membawa
ke mana-mana, Arsenal lama saja.

307
00:20:00,160 --> 00:20:04,960
Jika pasukan ini membawa prestasi hari ini
ke perlawanan Chelsea dan Tottenham,

308
00:20:05,040 --> 00:20:06,080
jangan haraplah.

309
00:20:07,400 --> 00:20:09,400
Pertama kali selepas empat bulan,

310
00:20:09,480 --> 00:20:12,680
Arsenal tewas
dua kali berturut-turut dalam liga,

311
00:20:12,760 --> 00:20:16,720
dan dipintas oleh pesaing tempatan,
Tottenham Hotspur.

312
00:20:24,040 --> 00:20:27,080
KELAB BOLA SEPAK ARSENAL

313
00:20:36,560 --> 00:20:39,920
Selepas kekalahan,
semangat dan keyakinan berkurang,

314
00:20:40,000 --> 00:20:43,720
kita tak yakin diri,
dan kita ada masa 24, 48 jam,

315
00:20:43,800 --> 00:20:47,480
untuk merenung kekalahan tersebut.

316
00:20:47,560 --> 00:20:49,680
Tapi kemudian kita perlu keluar

317
00:20:49,760 --> 00:20:53,640
dan membina semula
keyakinan, momentum, tenaga,

318
00:20:53,720 --> 00:20:57,400
serta persediaan yang cukup
untuk ke perlawanan seterusnya,

319
00:20:57,480 --> 00:20:59,000
kerana yang lepas dah lepas.

320
00:21:04,280 --> 00:21:05,280
Okey.

321
00:21:06,560 --> 00:21:09,960
Baik, selepas perlawanan,
saya tak nak bercakap dengan kamu.

322
00:21:10,040 --> 00:21:13,760
Saya pasti akan menyesali
kata-kata saya selepas itu.

323
00:21:13,800 --> 00:21:16,920
Tapi biar saya katakan hari ini.
Memang hancur.

324
00:21:17,880 --> 00:21:20,800
Saya merenung mata kamu dan kata
ia memang hancur,

325
00:21:20,920 --> 00:21:23,880
langsung bukan pada
tahap permainan yang diperlukan.

326
00:21:25,000 --> 00:21:26,560
Segelintirnya, sikap,

327
00:21:26,680 --> 00:21:31,000
Saya bukan bercakap tentang melakukan
kesilapan. Atau keberanian bermain.

328
00:21:31,800 --> 00:21:35,480
Selepas kalah dua perlawanan
menentang Crystal Palace dan Brighton,

329
00:21:35,560 --> 00:21:39,320
kita patut berkabung. Berkabung.

330
00:21:39,400 --> 00:21:41,200
Tahukah kenapa kalian tak menang?

331
00:21:41,280 --> 00:21:45,560
Kerana ada sesuatu
yang tak cukup dalam diri kamu.

332
00:21:45,640 --> 00:21:48,000
Apabila keluar ke sana, ada yang tak kena.

333
00:21:48,080 --> 00:21:49,200
Apa cara mengubahnya?

334
00:21:49,960 --> 00:21:51,240
Kita ubah semasa latihan.

335
00:21:51,320 --> 00:21:54,600
Setiap bola dan setiap tindakan
mestilah yang terbaik,

336
00:21:54,680 --> 00:21:56,360
itulah cara kita mengubahnya.

337
00:21:56,800 --> 00:21:59,720
Percayalah, saya takkan mengubah apa-apa.

338
00:21:59,800 --> 00:22:01,280
Bukan saya yang mengubahnya.

339
00:22:01,360 --> 00:22:03,920
Saya akan mengubah
seorang dua pemain, atau 11,

340
00:22:04,000 --> 00:22:05,640
tapi bukan tindakan kita.

341
00:22:05,720 --> 00:22:07,560
Kerana itu yang diperlukan di sini,

342
00:22:07,640 --> 00:22:10,000
diperlukan untuk mencapai
tahap seterusnya.

343
00:22:10,080 --> 00:22:13,440
Kerana kita mesti buat lebih baik,
kamu boleh buat lebih baik.

344
00:22:14,760 --> 00:22:18,480
Supaya kamu keluar dari bilik ini
menyedari bahawa ini tak memadai,

345
00:22:18,560 --> 00:22:21,240
bahawa kita perlu bermain
pada tahap yang berbeza.

346
00:22:21,320 --> 00:22:24,680
Saya tak minta semua orang
menggelecek tiga pemain

347
00:22:24,760 --> 00:22:26,960
dan meletak bola di sudut atas.

348
00:22:27,040 --> 00:22:30,800
Buat perkara asas dengan betul, okey?

349
00:22:31,360 --> 00:22:32,840
Kamu nak kata apa-apa?

350
00:22:33,960 --> 00:22:35,360
Kamu perlukan apa-apa?

351
00:22:36,680 --> 00:22:38,320
Jika nak pergi minum,

352
00:22:38,400 --> 00:22:41,960
nak pergi tengok bola bersama,
apa-apa saja, beritahulah.

353
00:22:42,040 --> 00:22:44,720
Ini bukan masalah,
tapi saya nak kamu berseronok.

354
00:22:44,800 --> 00:22:48,440
Separuh masa pertama, kamu macam,
"Apa jadah yang saya buat ini?"

355
00:22:48,520 --> 00:22:51,600
Saya nak masuk ke sana,
saya tak merasai pasukan ini.

356
00:22:53,200 --> 00:22:54,200
Saya tak merasainya.

357
00:22:56,800 --> 00:22:57,760
Ayuh.

358
00:23:01,080 --> 00:23:07,080
SOUTHAMPTON LWN ARSENAL
STADIUM ST. MARY'S - 16 APRIL 2022

359
00:23:07,360 --> 00:23:10,160
Perlawanan Arsenal seterusnya,
bertandang di Southampton,

360
00:23:11,880 --> 00:23:16,320
graduan akademi Eddie Nketiah
pertama kalinya memulakan perlawanan,

361
00:23:18,200 --> 00:23:20,160
tapi sukar memberi kesan.

362
00:23:20,240 --> 00:23:22,000
Nketiah perlu buat lebih baik.

363
00:23:22,080 --> 00:23:25,320
Pemuda ini akan kecewa jika tak dapat

364
00:23:25,400 --> 00:23:27,000
melibatkan diri.

365
00:23:27,080 --> 00:23:28,960
Arsenal tewas satu-kosong.

366
00:23:29,040 --> 00:23:30,920
Elyounoussi, Bednarek.

367
00:23:34,600 --> 00:23:37,840
Satu lagi kekalahan membawa
pasukan Mikel ke tangga keenam

368
00:23:38,640 --> 00:23:40,440
di belakang Manchester United.

369
00:23:42,000 --> 00:23:43,800
Sejak masa rehat antarabangsa,

370
00:23:43,880 --> 00:23:47,960
mereka tewas tiga kali berturut-turut
dengan hanya satu gol.

371
00:23:48,040 --> 00:23:50,760
Pergi kepada Sam, penyokong Arsenal.
Selamat petang.

372
00:23:50,840 --> 00:23:55,040
Saya tak rasa Eddie Nketiah
cukup bagus untuk Arsenal

373
00:23:55,120 --> 00:23:57,400
jika ingin mencapai tahap seterusnya.

374
00:23:57,480 --> 00:24:01,480
Kecewakah penyokong Arsenal
jika dia disingkirkan, mereka mahukan dia?

375
00:24:01,560 --> 00:24:04,600
Mereka akan faham.
Jika Arsenal mahu mencapai sasaran,

376
00:24:04,680 --> 00:24:07,720
mereka perlu cari cara lain.
Atau dia jadi pemain simpanan

377
00:24:07,800 --> 00:24:10,080
dan digantikan dengan orang lain.

378
00:24:10,520 --> 00:24:14,280
Orang tak sedar
betapa sukar menjadi penyerang,

379
00:24:14,360 --> 00:24:18,160
terutamanya di Arsenal.
Tanggung jawab perlawanan di tangan kita.

380
00:24:18,240 --> 00:24:19,080
IAN WRIGHT
LEGENDA ARSENAL

381
00:24:19,160 --> 00:24:22,160
Jika kita ingat, "tugas saya
mesti menjaringkan gol,"

382
00:24:22,240 --> 00:24:25,280
kita menyebabkan diri kita
terlalu tertekan.

383
00:24:25,360 --> 00:24:27,560
Umur Eddie sekarang berapa, 23 tahun?

384
00:24:27,640 --> 00:24:31,880
Dia menanggung beban membawa Arsenal
kembali ke Liga Juara-juara

385
00:24:31,960 --> 00:24:34,880
dan memenangi Liga Premier,
besar tekanan itu,

386
00:24:34,960 --> 00:24:36,680
jadi dia memerlukan bantuan.

387
00:24:54,600 --> 00:24:56,360
Helo, semua dan selamat kembali.

388
00:24:56,440 --> 00:24:57,280
SIAR POD PERLAWANAN INDAH
TEMUBUAL EDDIE NKETIAH

389
00:24:57,360 --> 00:25:01,720
Sukacita dimaklumkan, kita disertai
pemain Arsenal, Eddie Nketiah.

390
00:25:01,800 --> 00:25:03,080
Gembira berada di sini.

391
00:25:03,160 --> 00:25:05,680
Penyokong Arsenal bising-bising,

392
00:25:05,760 --> 00:25:07,960
"Kita perlu nombor 9 baharu,
Auba dah tiada."

393
00:25:08,040 --> 00:25:09,600
Adakah awak terfikir,

394
00:25:09,680 --> 00:25:12,360
"Mungkin saya jawapannya
jika diberi peluang bermain."

395
00:25:12,440 --> 00:25:14,480
Itulah kekecewaan utama saya.

396
00:25:14,560 --> 00:25:18,120
Saya tak ingat ketika saya dapat bermain
tiga perlawanan berturutan.

397
00:25:18,200 --> 00:25:21,000
Bagaimana nak menilai seseorang?
Beri dia peluang,

398
00:25:21,080 --> 00:25:24,120
jika tiga, empat perlawanan,
saya tiada gol, itu salah saya,

399
00:25:24,200 --> 00:25:27,040
tapi dalam satu perlawanan,
saya okey, tapi tiada gol

400
00:25:27,120 --> 00:25:30,520
dan saya keluar pada minit ke 59,
saya patut buat apa?

401
00:25:30,600 --> 00:25:33,600
Saya masuk lapan, tujuh minit
untuk menyelamatkan keadaan.

402
00:25:33,680 --> 00:25:35,160
Memang sukar.

403
00:25:35,240 --> 00:25:38,240
Kita mahukan peluang
lima, enam perlawanan berturutan,

404
00:25:38,320 --> 00:25:42,520
kita tak dapat peluang itu,
itulah perkara yang paling mencabar.

405
00:25:47,200 --> 00:25:51,400
Nketiah menyatakan kekecewaannya hari ini
disebabkan kekurangan peluang.

406
00:25:51,480 --> 00:25:54,600
Dia patut tak puas hati.
Ini diperlukan daripada pemain

407
00:25:54,680 --> 00:25:57,000
yang kurang masa bermain,
terutamanya Eddie,

408
00:25:57,080 --> 00:26:00,560
kerana jika ditanya
siapakah pemain yang layak diberi peluang,

409
00:26:00,640 --> 00:26:02,120
jawapannya ialah Eddie.

410
00:26:02,200 --> 00:26:04,720
Bolehkah Arsenal layak ke Liga Juara-juara

411
00:26:04,800 --> 00:26:06,200
tanpa gol yang kerap?

412
00:26:06,280 --> 00:26:09,520
Penyerang mesti menjaringkan gol,
mesti membuka peluang,

413
00:26:09,600 --> 00:26:12,320
kami memerlukan rekod bersih.
Ini gabungan kesemuanya,

414
00:26:12,400 --> 00:26:15,320
ini bukan tugas seorang pemain saja.

415
00:26:15,400 --> 00:26:19,640
Saya kerap memberitahu Eddie, di samping
pandangan tinggi saya terhadapnya,

416
00:26:19,720 --> 00:26:23,600
kami juga ada rancangan besar untuknya
di kelab ini pada masa depan

417
00:26:23,680 --> 00:26:28,160
dan ini kedudukan kami sekarang,
kami perlu menerima hakikat itu.

418
00:26:33,400 --> 00:26:36,200
Apabila tak dipilih, kita ambil hati.

419
00:26:36,280 --> 00:26:39,640
Semasa saya masih seorang pemain
dan saya sakit hati dan...

420
00:26:39,720 --> 00:26:42,320
Saya akan pulang sambil marah-marah.

421
00:26:42,880 --> 00:26:45,320
Kami di sini kerana ingin bermain.

422
00:26:45,400 --> 00:26:49,440
Detik paling seronok dalam seminggu
ialah hari Sabtu atau Ahad

423
00:26:49,520 --> 00:26:52,960
semasa berada di sana, wisel berbunyi
dan kita mula bertanding,

424
00:26:53,040 --> 00:26:55,080
sebab itu kita jadi pemain bola.

425
00:26:56,760 --> 00:26:57,720
Bagus, Mo.

426
00:26:57,800 --> 00:27:00,880
Segelintir pemain yang tak dapat bermain
berasa kecewa.

427
00:27:00,960 --> 00:27:03,160
Dia tak puas hati, tapi saya asyik kata,

428
00:27:03,240 --> 00:27:06,440
"Fokus kepada kerja kita,
peluang pasti ada."

429
00:27:10,280 --> 00:27:12,360
Kita masih muda, masih lurus,

430
00:27:12,440 --> 00:27:15,680
kita mahukan lebih
daripada kemampuan kita.

431
00:27:15,760 --> 00:27:16,600
GRANIT XHAKA
PEMAIN TENGAH

432
00:27:17,240 --> 00:27:20,560
Semakin naik umur, semakin berpengalaman,
banyak perlawanan,

433
00:27:21,400 --> 00:27:22,720
kita mula belajar.

434
00:27:22,800 --> 00:27:27,200
Tiada sesiapa pun mahu duduk di tepi
menonton perlawanan tanpa membantu.

435
00:27:27,280 --> 00:27:28,920
Ini lumrah bola sepak.

436
00:27:29,000 --> 00:27:31,240
Kita mesti kuat dari segi mental.

437
00:27:32,480 --> 00:27:33,400
Eddie.

438
00:27:35,760 --> 00:27:38,840
Eddie seseorang
yang nak jadi yang terbaik,

439
00:27:38,920 --> 00:27:41,320
dia nak jadi nombor sembilan kelab ini,

440
00:27:41,400 --> 00:27:45,560
dan apabila tak bermain,
dia menunjukkan dengan tahap latihannya,

441
00:27:45,640 --> 00:27:49,360
dengan kemarahannya semasa berlatih,
bahawa kita sering tersilap.

442
00:27:49,600 --> 00:27:50,440
Sedia?

443
00:27:51,400 --> 00:27:53,360
Saya akan cuba merebut bola.

444
00:27:53,720 --> 00:27:56,840
Satu, dua, tiga, sekarang serong ke sini.

445
00:27:56,920 --> 00:27:58,160
Bagus, Eddie, terbaik.

446
00:27:58,960 --> 00:28:01,280
Seterusnya, Arsenal menentang Chelsea,

447
00:28:01,360 --> 00:28:04,160
kelab yang mengambil Eddie
semasa berusia sembilan tahun,

448
00:28:04,240 --> 00:28:07,200
tapi menggugurkannya dari akademi
beberapa tahun kemudian.

449
00:28:07,280 --> 00:28:11,480
Bagi budak 13 tahun, memang sukar,
itu satu kejutan besar.

450
00:28:11,560 --> 00:28:14,800
Pengalaman itu
lebih mendorong saya untuk berjaya.

451
00:28:14,880 --> 00:28:17,760
Menghadapi kesusahan
pada usia sebegitu muda,

452
00:28:17,840 --> 00:28:20,280
membina diri saya menjadi lebih kuat.

453
00:28:21,160 --> 00:28:25,800
Sedia? Satu, dua, tiga, sini.

454
00:28:27,280 --> 00:28:28,280
Bagus.

455
00:28:32,160 --> 00:28:34,840
Setiap kali. Cantik.

456
00:28:37,000 --> 00:28:38,880
Oleh sebab tarikannya semasa latihan,

457
00:28:38,960 --> 00:28:41,960
Eddie menyertai
pasukan pemula berturut-turut

458
00:28:42,040 --> 00:28:43,880
pertama kalinya musim ini.

459
00:28:43,960 --> 00:28:48,480
Pembantu Jurulatih Albert Stuivenberg
membincangkan prestasinya setakat ini

460
00:28:48,560 --> 00:28:50,600
untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

461
00:28:51,440 --> 00:28:55,960
Apa yang kita bincangkan
tempoh hari yang awak

462
00:28:56,720 --> 00:28:59,800
telah bawa ke perlawanan
dengan Southampton?

463
00:28:59,880 --> 00:29:02,880
Cuba jadi lebih berwaspada,
jangan asyik lalai.

464
00:29:02,960 --> 00:29:07,080
Ya. Ini permulaan pertama saya,
jadi saya hanya boleh jadi lebih baik.

465
00:29:07,160 --> 00:29:08,160
Ya. Betul.

466
00:29:08,240 --> 00:29:12,520
Permulaan pertama dalam Liga Premier,
jadi masih banyak boleh diperolehi.

467
00:29:13,440 --> 00:29:15,440
Bukan kerja senang, saya tahu.

468
00:29:16,040 --> 00:29:18,560
Tambahan pula dalam situasi awak,

469
00:29:18,640 --> 00:29:22,880
tak kerap masuk perlawanan, kini
awak perlu bermain di tahap tertinggi.

470
00:29:22,960 --> 00:29:24,720
Tapi awak mampu.

471
00:29:24,800 --> 00:29:28,680
Tapi jika awak berada di dalam kotak,
awak tak boleh begini,

472
00:29:29,680 --> 00:29:34,320
di dalam kotak. Setiap kali kita

473
00:29:34,400 --> 00:29:38,240
Awak mesti cergas dan bersedia
untuk merebut bola itu.

474
00:29:38,760 --> 00:29:40,480
Yang ini perlu diteruskan.

475
00:29:41,000 --> 00:29:42,000
-Ya.
-Ya?

476
00:29:42,080 --> 00:29:44,840
Jangan terlalu fokus
kepada menjaringkan gol.

477
00:29:44,920 --> 00:29:47,760
Masanya akan tiba.
Saat itu muncul, rebut peluang itu.

478
00:29:47,840 --> 00:29:50,600
Itu dah jadi naluri awak, tak perlu risau.

479
00:29:51,440 --> 00:29:56,560
Fokus kepada prosesnya,
dan jika awak terus buat begitu,

480
00:29:57,040 --> 00:30:00,520
tiada masalah untuk berasa yakin
ada banyak gol akan datang.

481
00:30:02,240 --> 00:30:04,040
-Terima kasih.
-Ya, jaga diri.1

482
00:30:04,120 --> 00:30:04,960
Ya.

483
00:30:05,560 --> 00:30:06,800
Selamat malam.

484
00:30:10,520 --> 00:30:15,200
Bukayo Saka seorang lagi graduan akademi
dan penjaring gol tertinggi musim ini.

485
00:30:16,280 --> 00:30:17,400
Terima kasih.

486
00:30:18,040 --> 00:30:22,120
Musim panas lalu, wujud kebimbangan
tentang Bukayo apabila dia dikecam

487
00:30:22,200 --> 00:30:25,280
selepas tersasar sepakan penalti
di Kejohanan Eropah.

488
00:30:25,360 --> 00:30:29,680
Selepas Euro, ada budak menghantar surat
kepada saya termasuk wang sakunya,

489
00:30:29,760 --> 00:30:32,920
menyatakan betapa sedihnya dia
mengenang nasib saya,

490
00:30:33,000 --> 00:30:37,400
katanya alangkah seronoknya jika dapat
bermain bola bersama saya di taman

491
00:30:37,480 --> 00:30:39,440
dan makan aiskrim bersama saya.

492
00:30:39,840 --> 00:30:41,080
Tak sangka betul,

493
00:30:41,160 --> 00:30:44,920
terutamanya seorang budak memberikan
wang sakunya, pasti bernilai,

494
00:30:45,000 --> 00:30:48,120
kerana saya tahu semasa saya kecil,
duit itu besar nilainya.

495
00:30:48,200 --> 00:30:51,960
Elok juga pergi ke Emirates
untuk memberi kejutan kepadanya.

496
00:30:57,680 --> 00:30:59,440
Kamu nak aiskrim, Teddy?

497
00:31:04,960 --> 00:31:06,400
Coklat atau strawberi?

498
00:31:07,040 --> 00:31:08,560
-Strawberi.
-Strawberi?

499
00:31:09,720 --> 00:31:11,480
Kenapa kamu menulis surat itu?

500
00:31:12,560 --> 00:31:17,320
Kerana orang bersifat perkauman
terhadap Saka, membulinya.

501
00:31:19,800 --> 00:31:21,760
Ada bola di mana-mana?

502
00:31:21,840 --> 00:31:25,000
Pasti ada bola!
Teddy mahu menunjukkan kebolehannya.

503
00:31:27,200 --> 00:31:30,600
Benar, Teddy,
terima kasih kerana menghantar surat awak.

504
00:31:31,520 --> 00:31:33,600
Ia mengubat hati saya yang sedih.

505
00:31:34,120 --> 00:31:36,400
Suatu hari, kita akan bersama di sini, ya?

506
00:31:36,480 --> 00:31:37,320
Ya.

507
00:31:37,400 --> 00:31:38,520
Cantik, bukan?

508
00:31:40,040 --> 00:31:41,120
Memang cantik.

509
00:31:47,480 --> 00:31:48,680
Penalti yang bagus.

510
00:31:51,160 --> 00:31:52,960
Ada Ben White muda di sini.

511
00:31:54,720 --> 00:31:55,880
Ya, Teddy.

512
00:31:56,960 --> 00:31:59,280
Kamu rasa kita akan
mendapat empat teratas?

513
00:31:59,360 --> 00:32:00,360
Mungkin.

514
00:32:00,440 --> 00:32:01,320
-Ya?
-Ya.

515
00:32:01,400 --> 00:32:02,880
-Kamu yakin dengan kami?
-Ya.

516
00:32:03,600 --> 00:32:04,800
Baguslah.

517
00:32:16,880 --> 00:32:21,560
Kami ingat peluang sebenar untuk mencapai
tangga keempat hanya pada musim depan.

518
00:32:22,160 --> 00:32:26,280
Sebaliknya, ia pada musim ini,
dan nampaknya kami tak bersedia.

519
00:32:26,360 --> 00:32:29,040
Kita tak boleh kalah
berturut-turut di Liga Premier,

520
00:32:29,120 --> 00:32:32,720
kepada Palace, Brighton, Southampton,
di bulan April, dengan satu gol,

521
00:32:32,800 --> 00:32:36,000
jika mahu dianggap serius
sebagai pasukan yang sedang bangkit.

522
00:32:36,160 --> 00:32:41,040
CHELSEA LWN ARSENAL
STADIUM STAMFORD BRIDGE - 20 APRIL 2022

523
00:32:47,120 --> 00:32:50,880
Arsenal terdesak untuk menang,
dan Mikel mula menaruh harapan.

524
00:32:51,560 --> 00:32:54,680
Di samping Eddie Nketiah
mengekalkan kedudukannya,

525
00:32:54,760 --> 00:32:59,000
Rob Holding menyertai pasukan utama
buat kali ketiga dalam masa lapan bulan,

526
00:32:59,080 --> 00:33:02,880
dan ini kali kedua Mohamed Elneny
memasuki pasukan utama musim ini.

527
00:33:04,040 --> 00:33:06,720
Mereka menghadapi
saingan dari London, Chelsea,

528
00:33:06,800 --> 00:33:09,080
pemegang piala Liga Juara-juara

529
00:33:09,160 --> 00:33:10,520
dan Piala Kelab Dunia.

530
00:33:11,080 --> 00:33:12,720
Skuad kita sangat terhad,

531
00:33:12,800 --> 00:33:16,560
menjual Aubameyang, tak
menggantikan golnya, kita terkial-kial.

532
00:33:16,640 --> 00:33:20,160
Bolehkah harap Eddie Nketiah
di depan bersama tiga bek tengah?

533
00:33:20,240 --> 00:33:24,120
Pasrah sajalah. Dia nak memperbetulkan
tanggapan kita, apa salahnya.

534
00:33:30,920 --> 00:33:32,680
Saya nak kamu merasai sesuatu,

535
00:33:32,760 --> 00:33:36,160
selepas perlawanan dengan Southampton,
saya merenung mata kalian.

536
00:33:36,240 --> 00:33:40,240
Saya tahu apabila kalian menderita
dan berasa susah hati.

537
00:33:40,320 --> 00:33:41,400
Saya faham,

538
00:33:41,480 --> 00:33:44,480
jadi saya nak kalian rasa saat
kalian kecewa,

539
00:33:44,560 --> 00:33:46,560
berasa, "Saya menghampakan pasukan ini."

540
00:33:46,640 --> 00:33:49,720
atau, "Kita tak jumpa cara melakukannya,"
serta perasaannya.

541
00:33:50,320 --> 00:33:53,920
Selepas itu, sekarang saya nak
kamu bayangkan, dua jam lagi,

542
00:33:54,000 --> 00:33:56,200
perasaan apabila memenangi perlawanan ini.

543
00:33:56,280 --> 00:33:59,240
Jika kita dapat merasainya,
saya boleh menjamin,

544
00:33:59,320 --> 00:34:03,320
kamu mesti pergi ke padang itu,
dan memberikan yang terbaik.

545
00:34:03,400 --> 00:34:05,120
Habiskan perlawanan itu.

546
00:34:05,200 --> 00:34:09,160
Hinggakan terpaksa muntah
dalam tong sampah kerana kepenatan.

547
00:34:09,240 --> 00:34:10,480
Kamu perlu menderita.

548
00:34:10,560 --> 00:34:13,360
Keluar ke sana
dan bertarunglah habis-habisan.

549
00:34:13,440 --> 00:34:16,000
Jika Nuno awak buat silap
atau awak buat silap,

550
00:34:16,080 --> 00:34:19,480
semua orang di bangku
akan menyokong kamu, ayuh!

551
00:34:27,600 --> 00:34:30,400
Inilah perlawanan
paling penting bagi Arsenal

552
00:34:30,480 --> 00:34:32,280
di Chelsea sejak beberapa tahun ini.

553
00:34:40,440 --> 00:34:43,480
Serangan oleh Mason Mount, Alonso!

554
00:34:47,040 --> 00:34:48,520
Arsenal merebutnya kembali.

555
00:34:48,600 --> 00:34:51,640
Dibawa oleh Tavares,
Eddie Nketiah mengejarnya.

556
00:34:51,680 --> 00:34:53,840
Christensen patut sampai dahulu.

557
00:34:54,400 --> 00:34:55,960
Hantaran yang teruk.

558
00:34:56,040 --> 00:34:58,000
Eddie Nketiah mengejarnya.

559
00:34:58,480 --> 00:34:59,880
Dan Eddie Nketiah

560
00:35:00,000 --> 00:35:03,600
membawa Arsenal ke depan
di Stamford Bridge.

561
00:35:05,120 --> 00:35:08,120
Gol Liga Premier pertamanya
sejak lebih 12 bulan.

562
00:35:08,160 --> 00:35:10,760
Masa dan tempat yang terbaik
untuk mendapatnya.

563
00:35:10,840 --> 00:35:13,400
Eddie Nketiah memberi Arsenal
permulaan ideal,

564
00:35:14,160 --> 00:35:16,000
tapi Chelsea terus membalas.

565
00:35:16,080 --> 00:35:17,080
Werner.

566
00:35:18,200 --> 00:35:21,640
Pesongan membolehkan Ramsdale dibolosi.

567
00:35:21,680 --> 00:35:23,120
Chelsea menyamakan gol.

568
00:35:27,160 --> 00:35:29,960
Arsenal menekan lagi,
Chelsea sedang berundur.

569
00:35:30,040 --> 00:35:31,800
Saka, Ødegaard...

570
00:35:31,880 --> 00:35:33,640
Emile Smith Rowe!

571
00:35:33,680 --> 00:35:35,080
Oh, menakjubkan!

572
00:35:35,840 --> 00:35:40,160
Arsenal melawan melalui
Emile Smith Rowe dan mendahului semula.

573
00:35:41,520 --> 00:35:45,160
Tapi sekali lagi, hanya selama lima minit.

574
00:35:48,680 --> 00:35:51,160
Separuh masa yang hebat.

575
00:35:51,280 --> 00:35:54,400
Tiada perbezaan gol,
tapi penuh keseronokan.

576
00:35:54,480 --> 00:35:57,080
Chelsea dua, Arsenal dua.

577
00:35:59,520 --> 00:36:00,360
Syabas.

578
00:36:01,000 --> 00:36:01,920
Teruskan usaha.

579
00:36:02,800 --> 00:36:07,360
Okey, yang berlaku pada separuh masa
pertama ialah tahap keinginan awak,

580
00:36:07,440 --> 00:36:11,000
rentak, semangat, komitmen di sini, tahu?

581
00:36:11,080 --> 00:36:14,200
Kita perlu pergi dari sini
apabila tak memegang bola

582
00:36:14,320 --> 00:36:15,920
ke sini apabila memegangnya.

583
00:36:16,000 --> 00:36:19,800
Kerana kita bermain pada kelajuan sama,
kita tak boleh bermain begitu.

584
00:36:19,880 --> 00:36:24,200
Kekalkan tahap komitmen, keagresifan,
komunikasi dan keterlibatan yang sama,

585
00:36:24,320 --> 00:36:26,520
apabila memegang bola,
tingkatkan semangat.

586
00:36:26,600 --> 00:36:27,520
Okey, semua.

587
00:36:32,880 --> 00:36:36,120
Kita bermula lagi,
tolong berikan yang macam tadi.

588
00:36:40,440 --> 00:36:45,080
Tavares kepada Nketiah,
Silva menyeberang, Nketiah berjaya!

589
00:36:45,680 --> 00:36:47,160
Gol keduanya malam ini.

590
00:36:47,480 --> 00:36:50,160
Arsenal mendahului semula.

591
00:36:53,640 --> 00:36:56,280
Dibawa masuk oleh Cédric
dan Saka terjatuh.

592
00:36:56,360 --> 00:36:57,840
Adakah dia dipersalahkan?

593
00:36:57,920 --> 00:36:59,160
Itu satu penalti!

594
00:37:09,280 --> 00:37:13,560
Bukayo Saka, yang banyak menderita
setelah tersasar sepakan penalti

595
00:37:13,640 --> 00:37:15,200
di Wembley musim panas lalu,

596
00:37:15,320 --> 00:37:18,040
kini cuba memenanginya untuk Arsenal.

597
00:37:23,680 --> 00:37:25,920
Bukayo Saka berjaya!

598
00:37:31,280 --> 00:37:35,360
Malam yang hebat bagi Arsenal.
Mereka pasti takkan mudah melupakannya.

599
00:37:35,440 --> 00:37:39,200
Harapan mereka untuk menyertai
Liga Juara-juara kekal marak.

600
00:37:42,160 --> 00:37:45,160
Muda dan berani, dan malam ini,
cukup cemerlang.

601
00:37:45,200 --> 00:37:47,800
Benar-benar seperti yang Arteta mahukan.

602
00:37:50,680 --> 00:37:52,480
Ayuh!

603
00:37:56,520 --> 00:37:57,800
Syabas, semua.

604
00:38:04,840 --> 00:38:06,840
Ya, semua! Ya!

605
00:38:17,320 --> 00:38:20,440
Tolong berdiri, semua. Berkumpul.

606
00:38:21,360 --> 00:38:22,400
B, nah.

607
00:38:28,800 --> 00:38:31,760
Saya sering mengulangi
perasaan saya tentang kamu,

608
00:38:31,840 --> 00:38:35,760
terutamanya apabila kalah,
kerana saya kenal kamu.

609
00:38:36,920 --> 00:38:39,280
Dalam hidup, orang baik akan dibalas baik.

610
00:38:39,360 --> 00:38:41,560
Nketiah, segala usaha awak musim ini,

611
00:38:41,640 --> 00:38:44,320
segala keputusan saya
yang awak terpaksa telan,

612
00:38:44,400 --> 00:38:45,920
lihatlah kesudahannya.

613
00:38:46,000 --> 00:38:49,080
Di saat ini, peluang itu tiba,
lihatlah kesudahannya.

614
00:38:49,160 --> 00:38:53,520
Elneny, Rob, semua di sini,
betapa seronoknya melatih kamu,

615
00:38:53,600 --> 00:38:57,520
menyaksikan orang seperti kamu
dan cara kalian menjaga sesama sendiri,

616
00:38:57,600 --> 00:38:59,000
menjaga pasukan ini.

617
00:38:59,080 --> 00:39:02,920
Pemain profesional contoh,
seseorang yang mementingkan pasukannya.

618
00:39:03,000 --> 00:39:06,320
Apabila itu berlaku, saya ulangi,
perkara baik berlaku.

619
00:39:06,400 --> 00:39:09,440
Nikmati saat ini, tapi seterusnya,
Manchester United.

620
00:39:09,520 --> 00:39:13,520
Kita cemerlang, menguasai perlawanan,
dan berjaya meraih kemenangan,

621
00:39:13,600 --> 00:39:16,120
kita patut bergembira,
menikmati kemenangan ini.

622
00:39:16,160 --> 00:39:18,640
Tapi Manchester United
mesti ditewaskan juga.

623
00:39:25,640 --> 00:39:29,480
Kita ada Super Mik Arteta

624
00:39:29,840 --> 00:39:32,160
Datang Stamford Bridge
selepas kalah tiga kali,

625
00:39:32,280 --> 00:39:36,440
kita datang, kita melihat,
dan kita menakluk.

626
00:39:39,040 --> 00:39:42,320
Eddie dapat merebut
peluang pertama yang muncul itu,

627
00:39:42,400 --> 00:39:44,560
Rasanya itu saatnya saya terdetik,

628
00:39:44,640 --> 00:39:47,200
"Aduhai, Eddie dah bertukar
menjadi Ian Wright."

629
00:39:48,320 --> 00:39:51,200
Saya gembira untuk Eddie,
memang sukar apabila

630
00:39:51,320 --> 00:39:53,360
tak bermain dengan baik, awak penyerang,

631
00:39:53,440 --> 00:39:55,840
tak membuka peluang, orang pun kata,

632
00:39:55,920 --> 00:39:59,000
"Dia tak benar-benar berusaha."
Rasanya ia dah bermula.

633
00:39:59,080 --> 00:40:01,600
Dia ada tenaganya, dia ada semangatnya,

634
00:40:01,640 --> 00:40:03,000
dia ada potensinya.

635
00:40:03,080 --> 00:40:08,320
Saya sangat gembira untuknya kerana
dia jauh lebih sabar berbanding saya.

636
00:40:22,560 --> 00:40:23,880
Eddie, hebat permainannya.

637
00:40:23,960 --> 00:40:25,160
Perlawanan yang hebat.

638
00:40:25,200 --> 00:40:28,280
Betapa cekalnya dia, betapa dahaganya dia,

639
00:40:28,360 --> 00:40:32,280
kami benar-benar mahukan penyerang
yang sanggup buat kerja berat

640
00:40:32,360 --> 00:40:35,040
dan tengoklah hasilnya,
dia mendapat dua gol.

641
00:40:36,360 --> 00:40:39,880
Bagi saya, Smith Rowe,
penyudahnya melawan Chelsea, wah.

642
00:40:40,480 --> 00:40:43,000
Bagaimana dia boleh
menjaringkannya begitu?

643
00:40:43,080 --> 00:40:45,480
Betapa cemerlangnya dia
dari segi teknikal?

644
00:40:45,560 --> 00:40:47,880
-Mendy tiada peluang.
-Langsung tiada.

645
00:40:57,400 --> 00:41:01,280
Teringat semasa menjaringkan gol melawan
mereka, tiada penyokong,

646
00:41:01,360 --> 00:41:03,080
jadi itu kurang ideal.

647
00:41:03,880 --> 00:41:07,040
Tapi kali ini memang seronok.
Perasaannya tiada bandingan.

648
00:41:07,120 --> 00:41:09,640
Bukayo pun sama,
dengan jaringan penaltinya.

649
00:41:10,800 --> 00:41:14,040
Dia juga sangat yakin. Langsung tak takut.

650
00:41:15,080 --> 00:41:17,160
Mentalitinya sangat kuat.

651
00:41:19,280 --> 00:41:22,920
Kami berkawan baik,
membesar bersama di akademi.

652
00:41:24,320 --> 00:41:27,640
Ya, kami sering membincangkannya,
dapat meningkat

653
00:41:27,680 --> 00:41:30,960
hingga berpeluang bermain
dalam pasukan utama,

654
00:41:31,960 --> 00:41:33,920
itulah impian kami selama ini.

655
00:41:34,320 --> 00:41:38,760
Kami mahu cemerlang dan yang penting
sekali menggembirakan orang di kelab

656
00:41:38,840 --> 00:41:40,440
dan para penyokong.

657
00:41:41,160 --> 00:41:44,160
Kami cuba untuk tidak gentar
semasa melangkah ke padang,

658
00:41:44,280 --> 00:41:49,000
lebih baik lagi jika di perlawanan kandang
dan penyokong melaungkan nama kami.

659
00:41:50,160 --> 00:41:51,160
Seronok sekali.

660
00:41:58,360 --> 00:42:00,640
SUDAHKAH SAYA MENCAPAI KOMITMEN SAYA?

661
00:42:03,080 --> 00:42:04,680
Awak akan membawanya pulang?

662
00:42:04,800 --> 00:42:07,840
Mereka nak saya bawa.
Muatkah dalam bagasi tangan?

663
00:42:07,920 --> 00:42:11,840
Ya. Ke Scotland?
Dia mungkin menaiki JetTwo atau Easyjet.

664
00:42:11,920 --> 00:42:16,000
Kemenangan melawan Chelsea telah memberi
nafas baharu kepada Arsenal

665
00:42:16,080 --> 00:42:17,600
menyertai Liga Juara-juara.

666
00:42:17,640 --> 00:42:21,400
Musim lalu amat sukar bagi kita
tanpa Liga Europa, Liga Juara-juara.

667
00:42:21,480 --> 00:42:25,200
Perkara paling penting adalah
terus bekerjasama, bersatu padu,

668
00:42:25,320 --> 00:42:28,280
dan akhirnya kami tengoklah
kedudukan kami dalam liga.

669
00:42:29,360 --> 00:42:30,680
Selamat pagi, semua.

670
00:42:30,800 --> 00:42:33,560
Tak perlu berkabung lagi. Okey?

671
00:42:33,640 --> 00:42:35,160
Nikmatilah hidup kamu.

672
00:42:35,280 --> 00:42:37,320
Saya bermati-matian melawan Chelsea.

673
00:42:37,400 --> 00:42:40,520
Saya amat seronok
apabila melawan pasukan besar.

674
00:42:40,600 --> 00:42:45,320
Fokus kepada perlawanan dan
kepada cara kamu akan menewaskan mereka

675
00:42:45,400 --> 00:42:47,360
dan itu saja, ya.

676
00:42:48,680 --> 00:42:53,120
Mo mematuhi ibadah bulan Ramadan,
dan berpuasa pada waktu siang.

677
00:42:54,440 --> 00:42:56,800
-Ajar saya, Ramadan Mubarak?
-Mubarak.

678
00:42:56,880 --> 00:42:58,520
-Mubarak. Begitu.
-Ya.

679
00:42:58,600 --> 00:43:03,440
Pakar pemakanan Laura melakukan imbasan
badan untuk memastikan Mo mampu bermain.

680
00:43:05,600 --> 00:43:08,000
Duduk diam-diam. Enam minit.

681
00:43:09,200 --> 00:43:11,320
Imbasan DEX adalah sejenis mesin sinar-X

682
00:43:11,400 --> 00:43:15,680
dan digunakan untuk memeriksa
komposisi tubuh pemain untuk memastikan

683
00:43:15,800 --> 00:43:17,920
mereka tak kehilangan terlalu banyak otot.

684
00:43:19,360 --> 00:43:21,760
Awak bangun pukul berapa pagi tadi?

685
00:43:23,920 --> 00:43:25,160
Dalam pukul 4.45.

686
00:43:25,200 --> 00:43:26,320
Okey.

687
00:43:27,840 --> 00:43:29,840
Awak makan apa tadi?

688
00:43:29,920 --> 00:43:31,520
Saya makan sebelum tidur.

689
00:43:32,080 --> 00:43:34,080
Saya makan pada pukul sebelas.

690
00:43:34,160 --> 00:43:36,360
Jadi awak tak makan pagi tadi?

691
00:43:36,440 --> 00:43:37,520
-Tak.
-Okey.

692
00:43:39,520 --> 00:43:43,640
Arsenal kini berhadapan dengan pencabar
Liga Juara-juara, Manchester United.

693
00:43:45,520 --> 00:43:47,240
Baik, mari kita tengok.

694
00:43:47,640 --> 00:43:50,680
Jisim badan tanpa lemak meningkat.
Lemak badan menurun.

695
00:43:51,760 --> 00:43:52,720
Bagus.

696
00:43:52,800 --> 00:43:53,920
Perlawanan penting.

697
00:43:54,440 --> 00:43:56,320
Dengan ketiadaan Thomas Partey,

698
00:43:56,400 --> 00:43:58,920
Mo Elneny akan dipanggil sekali lagi.

699
00:43:59,520 --> 00:44:03,080
Rasanya kami akan mencapai sasaran kami.

700
00:44:03,160 --> 00:44:06,880
Benar, melihat latihan kami,
cara Mikel bersiap sedia

701
00:44:06,960 --> 00:44:11,160
dan melihat betapa dahaganya para pemain,
semua orang merebut tempat.

702
00:44:11,240 --> 00:44:14,360
Tak pernah saya lihat
seseorang berhempas pulas,

703
00:44:14,440 --> 00:44:16,520
dan tak mendapat hasilnya. Tak pernah.

704
00:44:23,560 --> 00:44:28,520
ARSENAL LWN MANCHESTER UNITED
STADIUM EMIRATES - 23 APRIL 2022

705
00:44:29,880 --> 00:44:33,480
United sentiasa memberi cabaran besar.
Sentiasa begitu.

706
00:44:34,840 --> 00:44:38,760
Tak kisahlah apa jua caranya,
kami mesti buat tugas kami.

707
00:44:38,840 --> 00:44:40,840
Kerana di peringkat ini musim ini,

708
00:44:40,920 --> 00:44:44,200
mata-mata ini penting,
menyebabkan Manchester United

709
00:44:44,280 --> 00:44:46,760
tersingkir terus daripada persaingan.

710
00:44:47,440 --> 00:44:49,440
Jika Arsenal menang malam ini,

711
00:44:49,520 --> 00:44:54,120
hampir mustahil bagi pesaing lama mereka
untuk menduduki tangga empat teratas.

712
00:44:55,760 --> 00:45:00,480
Walau bagaimanapun, penghalangnya
ialah penjaring gol tertinggi kejohanan,

713
00:45:00,960 --> 00:45:02,200
Cristiano Ronaldo.

714
00:45:08,920 --> 00:45:10,880
Mari, semua. Mari.

715
00:45:10,960 --> 00:45:15,040
Ayuh. Semua orang bersedia dari awal.

716
00:45:15,840 --> 00:45:17,760
Okey, berdiri. Ayuh.

717
00:45:19,680 --> 00:45:20,640
Sedia.

718
00:45:21,760 --> 00:45:22,760
Berkumpul.

719
00:45:29,440 --> 00:45:31,320
Tempoh hari, saya meminta sesuatu.

720
00:45:31,400 --> 00:45:34,560
Rasai perasaan itu sebelum perlawanan,
apabila ke sana,

721
00:45:34,640 --> 00:45:36,720
kamu menang di Stamford Bridge.

722
00:45:36,800 --> 00:45:39,720
Saya nak kamu tak mengenal takut.
Keluar ke sana,

723
00:45:39,800 --> 00:45:43,840
menangi perlawanan ini
dan tonjolkan diri depan penyokong kita.

724
00:45:43,920 --> 00:45:45,000
Berseronoklah!

725
00:45:45,080 --> 00:45:46,120
Ayuh!

726
00:46:10,160 --> 00:46:12,680
Dahulu, inilah persaingan paling dahsyat,

727
00:46:12,760 --> 00:46:16,840
kini kedua pihak bertarung untuk
meraih tangga keempat dan layak

728
00:46:16,920 --> 00:46:18,960
untuk kembali ke liga utama Eropah.

729
00:46:30,640 --> 00:46:32,320
Saka terkena faul.

730
00:46:33,040 --> 00:46:34,040
Ronaldo.

731
00:46:34,960 --> 00:46:37,120
Arsenal jauh lebih tangkas, lebih dahaga.

732
00:46:39,160 --> 00:46:40,160
Saka.

733
00:46:40,240 --> 00:46:44,680
Tendangan hebat. Selamat!
Lantunan dimasukkan oleh Tavares.

734
00:46:45,440 --> 00:46:50,560
Gol Manchester United bolos kurang
daripada tiga minit di Stadium Emirates.

735
00:46:51,520 --> 00:46:54,360
Tavares meraikan
gol pertamanya bersama Arsenal.

736
00:46:54,440 --> 00:46:57,680
Xhaka kepada Elneny,
Elneny menghantar kepada Ødegaard,

737
00:46:57,760 --> 00:46:59,400
mereka mungkin diuji di sini.

738
00:47:00,640 --> 00:47:03,160
Elneny merebutnya,
Nketiah di dalam kawasan.

739
00:47:03,240 --> 00:47:06,200
Dihalang oleh David de Gea.
Peluang yang mengagumkan.

740
00:47:06,840 --> 00:47:11,720
Begitu mudah bagi Elneny dan Xhaka
mendapatkan bola dan memulakan permainan.

741
00:47:12,480 --> 00:47:15,160
Arsenal lebih bijak
mencari kelemahan di sini.

742
00:47:16,440 --> 00:47:19,240
Saka, mara ke depan dengan pantas
untuk Arsenal.

743
00:47:21,400 --> 00:47:24,320
Ødegaard mencari Saka, dia tersungkur.

744
00:47:25,400 --> 00:47:26,480
Itu satu penalti.

745
00:47:33,880 --> 00:47:37,760
Menendangnya masuk ke sudut,
Arsenal kini mendahului dua gol.

746
00:47:42,600 --> 00:47:46,640
Matić mengayunnya masuk ke kawasan,
dan disepak masuk oleh Ronaldo.

747
00:47:48,800 --> 00:47:50,400
Wisel separuh masa berbunyi.

748
00:47:50,480 --> 00:47:52,120
Arsenal perlu berhati-hati.

749
00:47:52,200 --> 00:47:55,360
Mendahului dua-kosong,
sekarang kedudukan mereka dua-satu

750
00:47:55,440 --> 00:47:56,840
dan melepaskan peluang.

751
00:48:02,640 --> 00:48:05,920
Separuh masa kedua bermula
dengan kegilaan yang sama,

752
00:48:06,000 --> 00:48:07,360
dan Manchester United

753
00:48:07,440 --> 00:48:10,560
diberi peluang baik
untuk menyamakan kedudukan.

754
00:48:13,080 --> 00:48:15,960
Adakah terkena tangan?
Ya, itu satu penalti.

755
00:48:21,640 --> 00:48:22,800
Terkena tiang.

756
00:48:28,680 --> 00:48:31,720
Elneny merebutnya, menghantar
kepada Xhaka yang menyepak!

757
00:48:31,800 --> 00:48:34,280
Gol yang hebat oleh Xhaka!

758
00:48:34,920 --> 00:48:36,720
Dari jarak 23 meter!

759
00:48:44,160 --> 00:48:48,800
Wisel terakhir berbunyi.
Tiga mata diraih oleh Arsenal.

760
00:48:59,440 --> 00:49:00,800
Syabas, semua.

761
00:49:00,880 --> 00:49:02,160
Ya, semua!

762
00:49:03,960 --> 00:49:04,800
Syabas!

763
00:49:08,240 --> 00:49:10,720
Saya sangat gembira,
kami semua sangat bangga.

764
00:49:10,800 --> 00:49:14,600
Tenaga, keyakinan yang ditunjukkan,
betapa kamu menderita ketika sukar,

765
00:49:14,680 --> 00:49:16,240
hebat sekali.

766
00:49:16,320 --> 00:49:19,160
Lambat laun jantung saya akan terhenti
disebabkan kamu.

767
00:49:19,240 --> 00:49:22,840
Saya bangga melatih kalian,
bersama kalian, macam saya kerap katakan.

768
00:49:22,920 --> 00:49:26,680
Elneny, jika ada di kalangan kita
tak bertenaga, awak memberi tenaga.

769
00:49:26,760 --> 00:49:28,760
Itu sebabnya semua orang diperlukan.

770
00:49:28,840 --> 00:49:32,120
Hari ini, nikmatilah malam ini, jika mahu,

771
00:49:32,200 --> 00:49:34,200
selepas ini West Ham pula,

772
00:49:34,280 --> 00:49:37,360
kita masih bertanding
dan kita akan benar-benar cuba.

773
00:49:37,440 --> 00:49:41,400
Kami memerlukan semua orang,
setiap seorang daripada kamu

774
00:49:41,480 --> 00:49:45,760
menarik dan menolak bot ini
secepat mungkin. Okey. Ayuh.

775
00:49:54,840 --> 00:49:55,920
Syabas.

776
00:49:59,160 --> 00:50:02,840
Mungkinkah kesudahan musim ini
bergantung kepada pertarungan

777
00:50:02,920 --> 00:50:06,080
di derbi utara London
untuk kedudukan empat teratas?

778
00:50:06,160 --> 00:50:09,640
Tentulah. Pertembungan ini pasti penting.

779
00:50:09,720 --> 00:50:11,280
Awak akan menikmatinya?

780
00:50:11,360 --> 00:50:14,320
Inilah tujuan kami di sini.
Bermain di perlawanan besar,

781
00:50:14,400 --> 00:50:18,040
yang menentukan detik penting,
itulah keindahan permainan ini.

782
00:50:19,680 --> 00:50:21,760
SETERUSNYA

783
00:50:21,840 --> 00:50:24,600
Kami mahu bermain
di Liga Juara-juara musim depan.

784
00:50:24,680 --> 00:50:27,120
Ada empat perlawanan lagi yang tinggal.

785
00:50:27,200 --> 00:50:29,560
Kita tak boleh kalah, kita mesti menang!

786
00:50:30,560 --> 00:50:32,440
Hanya tinggal perlawanan Tottenham.

787
00:50:33,720 --> 00:50:36,840
Inilah Derbi London terbesar
di ingatan saya.

788
00:50:37,800 --> 00:50:39,280
Hadiahnya, masa depan.

789
00:50:40,560 --> 00:50:45,200
Kad merah dilayangkan,
Arsenal tinggal sepuluh anggota.

790
00:50:45,280 --> 00:50:47,080
Beberapa bulan ini penuh peristiwa,

791
00:50:47,160 --> 00:50:50,080
untuk berada di kedudukan ini,
jadi buatlah saja.

792
00:50:52,720 --> 00:50:55,800
Apabila mahu mencapai sesuatu,
kita harus menderita.

793
00:50:55,880 --> 00:50:59,480
Sekarang ini mereka menguasai,
kita mesti mengubahnya.

794
00:50:59,560 --> 00:51:01,960
Kita mesti mengubah keadaan.

795
00:51:55,520 --> 00:51:58,200
TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMAIN, JURULATIH
DAN STAF KELAB BOLA SEPAK ARSENAL

796
00:51:59,520 --> 00:52:01,520
Terjemahan sari kata oleh
Faizah Asma' Mohamed Anuar

797
00:52:01,600 --> 00:52:03,600
Penyelia Kreatif
Norhidayah Azizan

