﻿1
00:00:30,573 --> 00:00:34,076
POKOK PAIN BESAR
JUNIPER

2
00:00:41,959 --> 00:00:45,212
RUMAH LADANG KUNING

3
00:01:22,541 --> 00:01:25,795
RESTORAN KELUARGA
TONY CICERO

4
00:01:45,272 --> 00:01:48,484
Hai, selamat datang ke Minggu Makan Pasta
di Restoran Tony Cicero.

5
00:01:49,944 --> 00:01:52,446
-Saya di mana?
-Awak di restoran Tony Cicero.

6
00:01:52,530 --> 00:01:56,242
-Bukan, apa nama bandar ini?
-Fort Wayne.

7
00:01:56,909 --> 00:02:00,663
Alamak. Ada kertas
dan sesuatu untuk saya tulis?

8
00:02:00,746 --> 00:02:01,956
Pen? Apa-apa sajalah.

9
00:02:02,498 --> 00:02:03,833
Aduh!

10
00:02:07,586 --> 00:02:08,879
KUNING

11
00:02:09,463 --> 00:02:12,925
...pada 10% kurang
daripada rekod tertingginya bulan lepas.

12
00:02:13,008 --> 00:02:14,927
Pihak berkuasa persekutuan
telah memulakan...

13
00:02:15,010 --> 00:02:16,136
RUMAH LADANG KUNING
MATAHARI 60°C

14
00:02:16,220 --> 00:02:18,472
...pemburuan rentas negeri
untuk William Butcher,

15
00:02:18,556 --> 00:02:22,142
yang didakwa membunuh Penolong Pengarah
Vought, Madelyn Stillwell,

16
00:02:22,226 --> 00:02:25,396
dan membahayakan bayi lelakinya, Theodore.

17
00:02:25,479 --> 00:02:30,609
Pihak berkuasa telah melancarkan
talian maklumat dan menggesa sesiapa

18
00:02:30,693 --> 00:02:34,405
yang ada maklumat tentang lokasi
suspek untuk tampil...

19
00:02:38,492 --> 00:02:39,827
POKOK PAIN BESAR JuNIPER
TIADA KAKI LIMA GELAS ST AUGUSTINE

20
00:02:55,718 --> 00:02:56,927
LELAKI PEREMPUAN LELAKI

21
00:02:58,387 --> 00:03:00,681
Lelaki. Perempuan.

22
00:03:02,016 --> 00:03:03,684
LELAKI.

23
00:03:07,271 --> 00:03:08,689
Maaf.

24
00:03:09,273 --> 00:03:10,983
Saya tak faham.

25
00:03:19,199 --> 00:03:21,702
-Okeylah, saya nak keluar.
-Awak nak ke mana?

26
00:03:21,785 --> 00:03:24,538
-Jumpa kawan.
-Siapa?

27
00:03:24,914 --> 00:03:27,750
Dia boleh bantu kita
cari pengganas super itu.

28
00:03:27,833 --> 00:03:30,753
Siapa kawan awak itu?
Siapa nama sebenarnya?

29
00:03:33,088 --> 00:03:34,214
Awak tentu suka.

30
00:03:34,298 --> 00:03:38,052
Tak! Saya takkan suka!
Saya tak pernah suka!

31
00:03:41,013 --> 00:03:43,140
-Baiklah.
-Dia langsung tak cakap apa-apa.

32
00:03:43,223 --> 00:03:46,477
Dia tinggalkan kita begitu saja,
dan kini, buat macam tiada apa-apa?

33
00:03:52,816 --> 00:03:55,611
Awak betul. Saya menyesal.

34
00:03:56,612 --> 00:03:59,114
Menyesal sebab saya percaya
kalian cukup bijak

35
00:03:59,198 --> 00:04:01,909
untuk selamatkan diri macam
dah beratus kali sebelum ini.

36
00:04:01,992 --> 00:04:03,327
Okey, awak ke mana selama ini?

37
00:04:03,410 --> 00:04:05,704
Secara teknikalnya,
saya yang suruh dia balik.

38
00:04:05,788 --> 00:04:07,873
Dia letupkan Madelyn Stillwell!

39
00:04:07,957 --> 00:04:11,502
Saya dah kata, dia dah mati
sebelum saya letupkan dia.

40
00:04:11,585 --> 00:04:13,754
Baguslah. Hebat.

41
00:04:14,213 --> 00:04:16,924
Hebat. Kita akan pura-pura ini normal?

42
00:04:17,007 --> 00:04:18,842
Macam pak turut
yang tak persoalkan apa-apa?

43
00:04:29,478 --> 00:04:31,438
Siapa lagi mereka nak ikut?

44
00:04:39,613 --> 00:04:40,447
Baiklah.

45
00:04:55,921 --> 00:04:58,215
Datuk kamu

46
00:04:58,757 --> 00:05:01,010
ada bola dari kejohanan Siri Dunia 1956.

47
00:05:01,093 --> 00:05:05,389
Disain oleh Don Larsen, yang dibaling
tapi tiada pukulan ketika Perlawanan 5.

48
00:05:05,472 --> 00:05:07,433
-Yakah?
-Agak hebat, bukan?

49
00:05:11,061 --> 00:05:14,815
Tak apa.
Kamu akan tangkap yang seterusnya.

50
00:05:15,691 --> 00:05:16,525
-Ya.
-Ya.

51
00:05:16,608 --> 00:05:18,402
Saya akan tangkap yang seterusnya.

52
00:05:22,406 --> 00:05:24,908
Okey, Ryan,

53
00:05:25,784 --> 00:05:28,203
-gunakan kuasa kamu.
-Apa maksud ayah?

54
00:05:35,544 --> 00:05:36,754
Saya tak boleh buat begitu.

55
00:05:36,837 --> 00:05:39,882
Ya, kamu boleh! Kamu anak ayah.

56
00:05:42,468 --> 00:05:46,430
Ada sesiapa beritahu kamu
apa kamu boleh buat?

57
00:05:48,474 --> 00:05:49,516
Tak ada.

58
00:05:52,352 --> 00:05:54,772
Dah tiba masa kamu tahu.

59
00:05:54,855 --> 00:05:57,191
Ryan, ayuh. Masa untuk matematik.

60
00:05:57,274 --> 00:05:59,401
Bab 12 dan 13 dalam buku kerja kamu.

61
00:06:00,027 --> 00:06:03,113
Matematik, ya. Maaf, saya terlupa.

62
00:06:03,197 --> 00:06:06,075
Ia kesukaan kamu.
Sekejap lagi mak masuk, okey?

63
00:06:06,992 --> 00:06:10,412
Semasa saya sebaya dia,
saya dah memecah batasan bunyi.

64
00:06:11,371 --> 00:06:13,207
Dia tak boleh baling bola kencang pun.

65
00:06:13,290 --> 00:06:17,461
Kami fikir lebih baik dia lalui zaman
kanak-kanaknya seperti budak biasa.

66
00:06:17,795 --> 00:06:21,006
"Kami"? Siapa "kami"?

67
00:06:21,090 --> 00:06:24,051
Dengar sini, saya cuma
nak anak saya jadi normal.

68
00:06:25,719 --> 00:06:28,055
Nasib baik saya ada.

69
00:06:29,098 --> 00:06:32,142
Sebab anak saya langsung

70
00:06:32,226 --> 00:06:33,560
tak normal.

71
00:06:33,644 --> 00:06:35,854
Berapa lama awak nak tinggal di sini?

72
00:06:37,731 --> 00:06:40,567
Becca, kita ada perjanjian.

73
00:06:40,651 --> 00:06:43,904
Perjanjian yang sihat dan hidup,

74
00:06:43,987 --> 00:06:46,740
serta berlari ke sana sini,
bebas seperti burung.

75
00:06:46,824 --> 00:06:51,787
Jadi, apa kata
kita cuba berkelakuan sivik?

76
00:06:58,085 --> 00:06:59,545
GEREJA KOLEKTIF

77
00:07:02,422 --> 00:07:05,342
Saya tak boleh bayangkan hidup tanpa?
BAKAT SAYA

78
00:07:10,722 --> 00:07:12,474
Jawapan saya betulkah?

79
00:07:14,935 --> 00:07:19,731
Tiada jawapan betul atau salah.

80
00:07:23,902 --> 00:07:25,237
Apa yang tak lengkap di sini?

81
00:07:34,246 --> 00:07:37,791
Deep, bagaimana awak
nak diterima balik dalam The Seven,

82
00:07:37,875 --> 00:07:39,918
jika awak tak jujur pada diri sendiri?

83
00:07:40,002 --> 00:07:44,256
Carol, sejujurnya, saya tak tahu
apa yang awak nak daripada saya.

84
00:07:46,800 --> 00:07:49,803
Hei, kalian. Apa khabar?

85
00:07:50,762 --> 00:07:52,431
Boleh saya cakap sikit?

86
00:07:54,725 --> 00:07:57,603
Saya tak berniat bersikap negatif,
tapi perspektif operasinya

87
00:07:57,686 --> 00:07:59,521
tak wujud langsung.

88
00:08:00,355 --> 00:08:02,149
Saya rasa tiada penyelesaian.

89
00:08:03,442 --> 00:08:04,359
Biar saya cuba.

90
00:08:06,653 --> 00:08:10,157
Awak cuma terhalang
dek tenaga menekan, itu saja.

91
00:08:10,240 --> 00:08:12,117
Cuma perlu betulkan keadaan.

92
00:08:13,327 --> 00:08:14,453
Apa itu? Cendawan?

93
00:08:14,536 --> 00:08:17,331
Kali terakhir saya ambil cendawan
adalah semasa konsert Goo Goo Dolls

94
00:08:17,414 --> 00:08:20,209
dengan gadis sains politik
dari Universiti Oberlin.

95
00:08:21,877 --> 00:08:24,671
Saya gelarnya pintu masuk.

96
00:08:34,640 --> 00:08:36,725
Sekejap, awak tak minum sekali?

97
00:08:36,808 --> 00:08:39,519
Tak, Deep, ini perjalanan awak.

98
00:08:43,815 --> 00:08:45,442
WANITA BOLEH URUSKAN

99
00:08:45,525 --> 00:08:47,819
Siapa yang aktifkan kuasa wanita
dalam The Seven?

100
00:08:47,903 --> 00:08:53,075
Teruskan menonton WDCS, sumber berita
tempatan pertama dan terbaik Cleveland.

101
00:08:53,158 --> 00:08:55,661
Tolong senyap. Sekali lagi.
Pada bunyi loceng.

102
00:08:55,744 --> 00:08:57,329
-Merakam.
-Nak saya mula dari mana?

103
00:08:57,412 --> 00:09:00,082
Anda bersedia untuk bertemu
dengan ahli terbaru The Seven?

104
00:09:00,165 --> 00:09:02,084
Tonton di sini dulu, WFAK.

105
00:09:02,167 --> 00:09:03,752
KMFT. WDCS.

106
00:09:03,835 --> 00:09:05,379
-Henti.
-Masih merakam.

107
00:09:05,462 --> 00:09:08,966
Dia ahli terbaru The Seven,
yang melanda Amerika bak ribut.

108
00:09:09,049 --> 00:09:12,636
Dari Portland ke Seattle,
tonton perkembangannya, KMFT.

109
00:09:14,096 --> 00:09:15,597
Menakjubkan.

110
00:09:15,681 --> 00:09:18,392
Awak perlu berehat atau
awak boleh teruskan sehingga habis?

111
00:09:18,475 --> 00:09:19,601
Kita teruskan sehingga habis.

112
00:09:20,102 --> 00:09:21,186
Pusing ke sini!

113
00:09:22,521 --> 00:09:25,148
Pandang sini. Buat gaya. Cantik!

114
00:09:27,484 --> 00:09:28,986
Stormfront, pandang sini!

115
00:09:29,069 --> 00:09:30,904
Stormfront, tunjukkan kebolehan awak.

116
00:09:35,701 --> 00:09:38,120
Kalian, kita sibuk hari ini.

117
00:09:38,203 --> 00:09:41,832
Berita domestik sampai tengah hari,
antarabangsa sampai 2 petang.

118
00:09:41,915 --> 00:09:44,751
Sidang sampai 4 petang.
Temu bual sampai 6 petang...

119
00:09:44,835 --> 00:09:48,672
Jika dia lebih teruja, tentu dia meletup.

120
00:09:52,050 --> 00:09:53,218
Helo?

121
00:09:57,889 --> 00:09:58,974
Apa?

122
00:09:59,891 --> 00:10:00,976
Bila?

123
00:10:04,730 --> 00:10:06,481
Okey. Terima kasih.

124
00:10:06,565 --> 00:10:10,861
Kita nak ciri-ciri positif, wanita,
serius tapi ceria... Di mana? Apa?

125
00:10:10,944 --> 00:10:12,529
-Saya kena pergi.
-Apa? Tak!

126
00:10:12,904 --> 00:10:14,656
Maaf. Hal penting keluarga.

127
00:10:14,740 --> 00:10:16,074
Ada apa-apa yang tak kena?

128
00:10:16,158 --> 00:10:18,076
Tak pernah ada 3 wanita dalam The Seven.

129
00:10:18,160 --> 00:10:20,829
Ini detik penting. Wanita boleh uruskan!
Awak tak...

130
00:10:23,623 --> 00:10:25,667
Saya pun ada hal penting keluarga.

131
00:10:26,960 --> 00:10:29,087
Bacaan dari Kitab Wahyu,

132
00:10:29,171 --> 00:10:32,174
"Dan Tuhan akan menghapuskan
semua air mata dari mata mereka

133
00:10:32,257 --> 00:10:34,176
dan tiada lagi kematian."

134
00:10:34,259 --> 00:10:36,678
Hari ini, kita ucapkan selamat tinggal
kepada Susan Rayner,

135
00:10:36,762 --> 00:10:40,682
meskipun tubuhnya terbujur,
rohnya kekal buat selamanya.

136
00:10:40,766 --> 00:10:45,354
Kelak, kalian akan ingat pada Susan
dengan rasa gembira dan sedih.

137
00:10:45,437 --> 00:10:49,149
Kedua-duanya saling berkaitan,
dan kalian akan bawa selamanya.

138
00:10:49,232 --> 00:10:54,780
Kalian dirahmati dengan keluarga dan
sahabat yang akan bantu kalian membawanya.

139
00:10:54,863 --> 00:10:57,491
Dengan nama Tuhan. Amin.

140
00:11:07,042 --> 00:11:09,795
Awak fikir awak boleh buat saya terkejut?

141
00:11:09,878 --> 00:11:12,047
Saya yang ajar awak buat begini.

142
00:11:15,509 --> 00:11:17,135
Helo, Grace.

143
00:11:17,636 --> 00:11:19,888
Awak dah berjanji
saya takkan jumpa awak lagi.

144
00:11:21,056 --> 00:11:24,726
Saya berjanji takkan datang
ke rumah awak lagi.

145
00:11:27,187 --> 00:11:29,856
Bezanya kecil tapi penting.

146
00:11:29,940 --> 00:11:32,401
Awak yang hantar gubahan buah-buahan itu?

147
00:11:32,484 --> 00:11:36,655
Jambak perkabungan mewah
dengan merpati nanas salut coklat putih.

148
00:11:37,155 --> 00:11:38,824
Rayner tentu sukakannya.

149
00:11:42,411 --> 00:11:43,537
Awak nak ke mana?

150
00:11:43,620 --> 00:11:47,374
Ada kira-kira 24 pegawai persekutuan
di gereja sebelah.

151
00:11:47,457 --> 00:11:50,085
Nak serahkan awak
untuk pembunuhan Madelyn Stillwell.

152
00:11:50,168 --> 00:11:52,712
Biar betul, Grace.
Awak fikir saya yang buat?

153
00:11:52,796 --> 00:11:54,506
Awak betul-betul nak saya jawab?

154
00:11:55,590 --> 00:11:57,384
Grace, saya tahu siapa bunuh Rayner.

155
00:12:02,639 --> 00:12:03,473
Siapa?

156
00:12:04,182 --> 00:12:08,311
Sebenarnya, secara teknikalnya,
saya belum tahu dengan tepat,

157
00:12:08,395 --> 00:12:10,397
tapi saya tahu cara
untuk dapatkan jawapan.

158
00:12:11,189 --> 00:12:14,317
Kami rasa Vought yang bunuh dia
sebab dia hampir bongkar sesuatu.

159
00:12:14,401 --> 00:12:15,485
Hampir bongkar apa?

160
00:12:15,569 --> 00:12:17,571
Sesuatu berkaitan pengganas super
yang diseludup masuk ke Jersey,

161
00:12:17,654 --> 00:12:20,115
beberapa hari lepas.
Kami akan mula dari situ.

162
00:12:20,198 --> 00:12:23,869
Macam suruh lipas agar jangan jadi lipas.

163
00:12:23,952 --> 00:12:25,162
Ini memang sifat awak.

164
00:12:25,245 --> 00:12:26,997
Saya tahu dia sangat bermakna kepada awak.

165
00:12:27,080 --> 00:12:30,500
Kita cari pengganas ini dan
kita akan tahu siapa yang bunuh dia.

166
00:12:30,584 --> 00:12:32,127
Saya tak nak terlibat lagi.

167
00:12:32,210 --> 00:12:34,963
Jika ya pun, bukan untuk awak.

168
00:12:35,046 --> 00:12:37,466
Saya tak minta awak terlibat sepenuhnya.

169
00:12:37,549 --> 00:12:39,968
Terlibat sikit saja, okey?

170
00:12:40,051 --> 00:12:42,721
Mungkin lebih sikit.
Bukan untuk saya, tapi demi Rayner.

171
00:12:42,804 --> 00:12:44,764
Awak tak pernah kisah tentang Susan.

172
00:12:44,848 --> 00:12:47,893
Awak dah terdesak,
buntu dan nakkan sesuatu.

173
00:12:49,603 --> 00:12:53,064
Okey, dahlah. Grace! Tunggu!

174
00:12:53,857 --> 00:12:55,609
Saya berterus terang, okey?

175
00:12:57,319 --> 00:12:59,070
Dengar dulu.

176
00:13:08,705 --> 00:13:09,539
Hei.

177
00:13:16,046 --> 00:13:16,880
Hei.

178
00:13:20,717 --> 00:13:21,551
Eagle?

179
00:13:23,053 --> 00:13:23,887
Hei!

180
00:13:25,222 --> 00:13:27,265
Di dalam sini. Bukalah.

181
00:13:41,530 --> 00:13:43,031
Kita kena berbincang, kawan.

182
00:13:45,534 --> 00:13:48,119
-Tak. Awak kena lihat kami.
-Tak nak.

183
00:13:48,662 --> 00:13:50,163
Lihat kami!

184
00:13:57,420 --> 00:13:58,338
Okey.

185
00:13:59,673 --> 00:14:01,508
Ingat Melissa Dabrowski?

186
00:14:01,591 --> 00:14:05,887
Cikgu tadika yang awak jolok dengan jari
di belakang pentas Anugerah Pendidik VH1?

187
00:14:05,971 --> 00:14:07,013
Kenapa?

188
00:14:07,097 --> 00:14:10,016
Awak sepatutnya sampaikan anugerah
Guru Cemerlang kepadanya,

189
00:14:10,100 --> 00:14:13,019
tapi awak tarik diri semasa dia
pakai semula seluar dalamnya.

190
00:14:13,562 --> 00:14:15,146
Sebab dia gelakkan saya.

191
00:14:15,230 --> 00:14:17,983
Mengarutlah. Dia baru
letakkan tangan pada dada awak.

192
00:14:18,066 --> 00:14:19,734
Awak tak buka baju pun lagi.

193
00:14:19,818 --> 00:14:21,111
Dia tentu akan gelakkan saya.

194
00:14:21,194 --> 00:14:22,862
Sebab itu yang awak buat.

195
00:14:22,946 --> 00:14:26,533
Awak terbayang wanita gelakkan kami,
jadi, awak memalukan mereka dulu,

196
00:14:26,616 --> 00:14:27,701
Tak, itu tak benar.

197
00:14:27,784 --> 00:14:31,246
Awak tak boleh terima badan sendiri,
jadi, awak pun cabul badan mereka.

198
00:14:32,872 --> 00:14:35,542
Diamlah. Diam!

199
00:14:37,043 --> 00:14:39,045
Hei.

200
00:14:40,922 --> 00:14:43,133
-Buka.
-Tak boleh lari daripada kami selamanya.

201
00:14:43,216 --> 00:14:45,552
Diamlah, hodoh.

202
00:14:45,635 --> 00:14:47,387
Saya tak nak cakap dengan kamu.

203
00:14:47,470 --> 00:14:50,223
Kami takkan biarkan awak
senyapkan kami lagi, Kevin.

204
00:14:50,307 --> 00:14:53,435
Hei. Lepaskan saya.

205
00:14:53,518 --> 00:14:55,645
Lepaskan saya! Eagle!

206
00:14:57,355 --> 00:14:58,690
Lepaskanlah saya!

207
00:14:58,773 --> 00:15:00,275
Bertahanlah, kawan.

208
00:15:09,034 --> 00:15:11,119
MENYELAMATKAN AMERIKA

209
00:15:26,009 --> 00:15:27,427
Kenapa awak di sini?

210
00:15:29,596 --> 00:15:35,101
Nama hubungan kecemasan di pejabat awak
masih Maggie Shaw.

211
00:15:35,185 --> 00:15:37,646
Alamak. Maaf.

212
00:15:37,729 --> 00:15:39,147
Tak apa.

213
00:15:41,191 --> 00:15:43,860
Jika tak, dari mana lagi
saya nak dapatkan patung comel ini?

214
00:15:47,447 --> 00:15:49,699
Saya sangka sebab makan belut tak segar.

215
00:15:49,783 --> 00:15:52,160
Rupa-rupanya, apendiks saya nak pecah.

216
00:15:52,243 --> 00:15:55,747
Ada cara yang lebih mudah
untuk dapatkan perhatian saya.

217
00:15:58,291 --> 00:15:59,834
Saya ternanti-nanti awak telefon.

218
00:16:01,294 --> 00:16:03,588
Ya. Samalah.

219
00:16:04,881 --> 00:16:06,508
Nak saya telefon mak awak?

220
00:16:07,717 --> 00:16:09,678
Tentulah tak nak.

221
00:16:10,970 --> 00:16:14,599
Orang lain? Teman wanita atau...

222
00:16:14,683 --> 00:16:18,978
Terima kasih sebab datang, tapi
tentu awak ada urusan yang lebih penting.

223
00:16:19,062 --> 00:16:21,940
Awak boleh mati disebabkan ini.

224
00:16:22,023 --> 00:16:24,609
Saya tak mati,
jadi awak tak perlu selamatkan saya.

225
00:16:24,693 --> 00:16:27,487
Yalah, tapi saya masih nak jumpa doktor.

226
00:16:28,822 --> 00:16:30,990
Maeve, saya okey. Betul.

227
00:16:37,205 --> 00:16:41,793
Awak bukan pakar
jika sekadar tonton rancangan Botched.

228
00:16:42,919 --> 00:16:45,964
Saya tunggu di sini sekejap, okey?

229
00:16:47,257 --> 00:16:50,051
Boleh alihkan kerusi tengah ini?
Terima kasih.

230
00:16:50,135 --> 00:16:51,678
Boleh kita rapatkan dua kerusi

231
00:16:51,761 --> 00:16:53,763
yang tepi ini? Seorang tak datang.

232
00:16:53,847 --> 00:16:55,682
Okey. Set semula latar belakang.

233
00:16:55,765 --> 00:16:57,559
Senyap di set. Merakam.

234
00:16:57,642 --> 00:17:01,438
Stormfront, tahniah sertai The Seven.
Awak teruja seperti saya?

235
00:17:01,521 --> 00:17:03,523
Entah. Rasanya tak.

236
00:17:04,524 --> 00:17:06,860
Boleh terangkan
bagaimana wanita boleh uruskan?

237
00:17:06,943 --> 00:17:10,113
Wanita boleh uruskan.

238
00:17:10,196 --> 00:17:12,866
Jom bergosip tentang lelaki.
Starlight, bujang atau dah berpunya?

239
00:17:12,949 --> 00:17:14,075
Bujang.

240
00:17:14,159 --> 00:17:15,785
Bujang.

241
00:17:15,869 --> 00:17:17,495
Semestinya bujang.

242
00:17:18,163 --> 00:17:20,790
Beritahu kami betapa seronoknya
ada kuasa wanita ini.

243
00:17:21,458 --> 00:17:23,334
Tolong ulang, tapi tambahkan

244
00:17:23,418 --> 00:17:25,628
"kuat adalah kecantikan baru",
di hujungnya.

245
00:17:26,546 --> 00:17:28,339
Adakah wanita wira yang lebih baik?

246
00:17:28,423 --> 00:17:30,341
Adakah wanita wira
yang lebih baik daripada lelaki?

247
00:17:30,425 --> 00:17:32,886
Adakah wanita wira yang lebih baik?

248
00:17:32,969 --> 00:17:36,139
Jangan terasa hati,
saya faham awak ada poin tertentu,

249
00:17:36,222 --> 00:17:39,309
tapi kenapa penting sangat
sama ada wira itu lelaki atau wanita?

250
00:17:39,934 --> 00:17:43,813
Bukankah kita semua patut
cekap buat kerja masing-masing?

251
00:17:44,439 --> 00:17:47,859
Wanita bukan lebih baik.
Wanita dan lelaki sama-sama berusaha.

252
00:17:50,445 --> 00:17:51,529
Telefon saya.

253
00:17:56,326 --> 00:17:57,702
Maaf, Ashy.

254
00:17:57,786 --> 00:18:00,246
Vought tak benarkan saya ada poket.

255
00:18:00,330 --> 00:18:02,207
Boleh nampak segala lurah
pada punggung saya.

256
00:18:02,290 --> 00:18:04,501
Boleh nampak rahim Starlight.

257
00:18:04,584 --> 00:18:07,337
Cakap tentang kuasa wanita,
apa kata beri saya poket?

258
00:18:08,838 --> 00:18:12,509
Starlight, rakan awak, A-Train,
dah lama tak muncul di khalayak ramai.

259
00:18:13,510 --> 00:18:17,889
Baru-baru ini, Vought dedahkan yang
dia ada misi rahsia di Kandahar.

260
00:18:17,972 --> 00:18:21,226
-Adakah awak risau tentangnya?
-Ya, dah tentu.

261
00:18:21,309 --> 00:18:23,394
Saya berdoa untuknya setiap malam.

262
00:18:24,687 --> 00:18:28,233
Amerika sangat bertuah kerana
ada wira berani yang berjuang untuknya.

263
00:18:28,316 --> 00:18:31,361
Apa pendapat awak jika saya kata
dia ada di belakang awak?

264
00:18:31,903 --> 00:18:37,325
Hei! A-Train dah tiba! Apa khabar?

265
00:18:37,867 --> 00:18:39,744
Bagus.

266
00:18:43,706 --> 00:18:46,084
-Selamat pulang.
-Terima kasih.

267
00:18:47,252 --> 00:18:50,713
Stormfront, saya berbesar hati
dapat jumpa dengan awak. Saya peminat.

268
00:18:50,797 --> 00:18:52,841
-Samalah.
-Tak perlu bangun.

269
00:18:52,924 --> 00:18:55,927
Bertenang sekejap.
Boleh berikan saya kerusi?

270
00:19:10,650 --> 00:19:14,195
Hei. Awak apa khabar?

271
00:19:16,155 --> 00:19:18,575
-Hebat.
-Baguslah.

272
00:19:18,658 --> 00:19:20,910
Kami amat risaukan awak.

273
00:19:23,538 --> 00:19:24,706
Awak reti main?

274
00:19:24,789 --> 00:19:28,418
Tak. Ini gitar Prince dari Purple Rain.

275
00:19:28,877 --> 00:19:31,713
Apabila saya terjaga, saya rasa,

276
00:19:32,797 --> 00:19:35,466
"Lantaklah, saya nak gitar itu."

277
00:19:37,760 --> 00:19:39,762
Dengan perkara teruk yang saya lalui,

278
00:19:40,889 --> 00:19:43,308
saya mula sedar apa yang penting.

279
00:19:45,268 --> 00:19:46,394
Faham?

280
00:19:46,477 --> 00:19:47,687
Dah tentu.

281
00:19:47,770 --> 00:19:53,151
Mereka kata awak datang ke bilik saya
setiap hari dan berdoa untuk saya.

282
00:19:54,736 --> 00:19:55,904
Terima kasih.

283
00:19:56,237 --> 00:19:57,322
Sama-sama.

284
00:19:57,405 --> 00:20:00,825
Ya, saya rasa doa sangat membantu.

285
00:20:02,869 --> 00:20:03,953
Apa pun...

286
00:20:05,246 --> 00:20:09,250
Awak perlu tahu bahawa
semua orang rasa baguslah

287
00:20:09,334 --> 00:20:11,294
awak minta bantuan saya pada malam itu.

288
00:20:11,377 --> 00:20:15,840
Apa akan jadi jika saya tiada
untuk lakukan CPR terhadap awak?

289
00:20:18,885 --> 00:20:20,637
Baguslah begitu.

290
00:20:23,848 --> 00:20:27,226
Apa pendapat mereka awak bantu
teman lelaki awak si pengkhianat itu lari?

291
00:20:29,187 --> 00:20:31,147
Mungkin awak tak sebut pasal itu.

292
00:20:38,488 --> 00:20:44,118
Awak beritahu siapa pasal itu?

293
00:20:57,882 --> 00:21:01,427
Kau melalui waktu sukar
Kebelakangan ini, rasa sedih

294
00:21:05,181 --> 00:21:09,185
Reputasi pun tercemar
Di kejirananmu

295
00:21:22,198 --> 00:21:24,617
Saya baru berjumpa dengan Kolonel.

296
00:21:29,956 --> 00:21:31,374
Kolonel Mallory?

297
00:21:32,917 --> 00:21:34,002
Awak jumpa dia?

298
00:21:34,085 --> 00:21:35,878
Ya, betul, Frenchie.

299
00:21:37,088 --> 00:21:38,297
Dia akan bantu kita.

300
00:21:38,381 --> 00:21:40,633
Kita tangkap pengganas super untuknya,

301
00:21:40,717 --> 00:21:43,344
dia akan suruh CIA bersihkan rekod kita.

302
00:21:43,428 --> 00:21:46,014
Agar polis tak kejar kita lagi

303
00:21:46,097 --> 00:21:48,391
dan awak boleh balik ke pangkuan keluarga.

304
00:21:48,474 --> 00:21:50,601
Bagaimana kami tahu awak bercakap benar?

305
00:21:53,980 --> 00:21:58,735
734 Central Ave, Newark.

306
00:21:59,444 --> 00:22:01,904
-Apa maknanya?
-Dia beri saya alamat itu.

307
00:22:01,988 --> 00:22:05,241
Dikaitkan dengan akaun yang
seludup pengganas itu ke negara ini.

308
00:22:05,324 --> 00:22:07,160
Saya berani kata dia tentu ada di situ.

309
00:22:07,910 --> 00:22:12,165
Ya, Tuhan, nasib baik saya muncul, bukan?

310
00:22:32,769 --> 00:22:36,481
Melissa Dabrowski
bukan sekadar teman berfoya-foya.

311
00:22:36,564 --> 00:22:40,151
Tak. Ini tak berlaku! Ini tak betul.

312
00:22:40,234 --> 00:22:43,905
Cara dia pandang awak.
Dia baik dan bijak.

313
00:22:43,988 --> 00:22:45,990
Awak boleh bahagia dengan gadis begitu.

314
00:22:47,700 --> 00:22:49,118
Awak berhak disayangi.

315
00:22:52,497 --> 00:22:53,873
Jangan main-main dengan saya.

316
00:22:53,956 --> 00:22:58,419
Awak berhak disayangi, Kevin.
Ia bermula dengan diri awak sendiri.

317
00:22:58,503 --> 00:22:59,921
Jangan main-main dengan saya.

318
00:23:00,004 --> 00:23:02,965
Tengok sini. Tengok betul-betul.

319
00:23:04,842 --> 00:23:06,052
Tengoklah.

320
00:23:25,738 --> 00:23:29,742
Maaf. Saya betul-betul minta maaf.

321
00:23:29,826 --> 00:23:32,120
-Saya yang hodoh.
-Tak.

322
00:23:32,203 --> 00:23:33,162
Ya.

323
00:23:34,872 --> 00:23:36,666
Di dalam.

324
00:23:38,626 --> 00:23:41,295
Awak tak nampak apa yang saya nampak.

325
00:23:52,557 --> 00:23:57,311
Kau amat cantik

326
00:24:00,481 --> 00:24:01,566
Tak!

327
00:24:02,358 --> 00:24:03,693
Padaku

328
00:24:04,360 --> 00:24:09,282
Kau amat cantik

329
00:24:10,741 --> 00:24:12,118
Padaku

330
00:24:13,452 --> 00:24:14,412
Taklah.

331
00:24:14,495 --> 00:24:19,667
Kau segalanya yang kumahu

332
00:24:19,750 --> 00:24:25,173
Kau segalanya yang kuperlu

333
00:24:25,423 --> 00:24:30,136
Kau amat cantik

334
00:24:31,304 --> 00:24:32,847
Padaku

335
00:24:39,145 --> 00:24:43,524
Kau tak nampakkah

336
00:24:47,528 --> 00:24:53,034
Kau segalanya yang kumahu

337
00:24:53,117 --> 00:24:58,289
Kau segalanya yang kuperlu

338
00:24:59,624 --> 00:25:03,794
Kau amat

339
00:25:05,296 --> 00:25:07,715
Cantik

340
00:25:09,217 --> 00:25:11,302
Padaku

341
00:25:11,385 --> 00:25:12,470
Ya

342
00:25:17,016 --> 00:25:20,269
Pendek kata, jangan bazir duit
yang kamu susah payah dapatkan

343
00:25:20,353 --> 00:25:22,772
untuk beli plastik berdada besar hodoh ini

344
00:25:22,855 --> 00:25:26,901
yang hanya akan masuk ke dalam
perut dugong apabila dibuang kelak.

345
00:25:27,944 --> 00:25:31,530
Saya cuma nak kata,

346
00:25:32,406 --> 00:25:35,618
saya sukakan semua perkara
yang awak sebut pasal Vought.

347
00:25:35,701 --> 00:25:36,953
Okey. Hebat.

348
00:25:37,662 --> 00:25:40,122
Saya sependapat dengan awak.

349
00:25:41,040 --> 00:25:44,001
-Awak pakai peranti pepijatkah?
-Apa...

350
00:25:44,085 --> 00:25:46,921
Beginilah, saya katakan ini
sehalus mungkin,

351
00:25:47,004 --> 00:25:50,383
tapi saya tak perlukan
Barbie Vought untuk menguji saya

352
00:25:50,466 --> 00:25:52,176
jika saya akan berikan kerjasama.

353
00:25:52,260 --> 00:25:56,013
Apa? Itu bukan maksud saya...

354
00:25:56,097 --> 00:25:59,392
Dulu, saya peminat awak,
tapi tengok sajalah awak sekarang.

355
00:25:59,850 --> 00:26:02,687
Awak bagaikan wakil Vought yang sempurna.

356
00:26:08,317 --> 00:26:12,655
Saya rasa lelaki mata satu itu
nakkan perhatian awak.

357
00:26:15,283 --> 00:26:16,951
Apa terjadi pada mata awak?

358
00:26:17,034 --> 00:26:21,247
Vought sedang uji syampu kering
pelebat baru untuk iritasi mata.

359
00:26:21,330 --> 00:26:22,456
Macamlah awak kisah.

360
00:26:23,666 --> 00:26:26,752
Nah, saya bawakan sampel itu.

361
00:26:30,548 --> 00:26:33,217
Biar betul?
Saya tak boleh ambil ini sekarang.

362
00:26:33,301 --> 00:26:36,846
Saya sibuk dengan kunjungan media.
Saya langsung tiada poket.

363
00:26:36,929 --> 00:26:38,139
Awak yang nak V, ambillah.

364
00:26:38,222 --> 00:26:41,642
Awak ugut saya lagi,
semua orang akan tahu awak yang ambil.

365
00:26:47,648 --> 00:26:49,025
Rapat dengan Gecko?

366
00:26:49,108 --> 00:26:54,947
Ya. Dari zaman saya
dalam Capes for Christ.

367
00:26:55,323 --> 00:26:57,992
Apa yang awak simpan
di dalam kasut but itu?

368
00:26:58,075 --> 00:26:59,535
Apa? Tiada apa-apa.

369
00:27:01,912 --> 00:27:04,457
Nampak macam awak baru
simpan sesuatu di dalam kasut but.

370
00:27:05,541 --> 00:27:08,794
Apa kata awak yang beritahu saya
apa di dalam kasut but saya?

371
00:27:26,896 --> 00:27:30,816
Mungkin awak tak patut minum Cristal

372
00:27:30,900 --> 00:27:33,444
cepat sangat dengan kawan-kawan awak.

373
00:27:34,111 --> 00:27:37,406
Ayuh, jom layan
orang-orang bodoh ini cepat,

374
00:27:37,490 --> 00:27:39,367
supaya kita dapat buat kerja sebenar.

375
00:27:42,578 --> 00:27:43,913
Jom.

376
00:27:48,793 --> 00:27:51,253
Okey, sayang. Kita dah tiba.

377
00:27:51,337 --> 00:27:53,506
-Berseronoklah belajar.
-Ya.

378
00:27:57,051 --> 00:28:00,012
Mak jemput dalam sejam.
Mak pergi minum kopi dengan Cik Bird.

379
00:28:00,096 --> 00:28:01,472
Ya.

380
00:28:02,473 --> 00:28:04,433
Terima kasih. Jumpa nanti.

381
00:28:04,517 --> 00:28:06,769
Hai, Ryan. Apa khabar?

382
00:29:04,493 --> 00:29:07,872
Buka pintu pagar. Bukalah pintu pagar!

383
00:29:07,955 --> 00:29:10,624
-Masuk balik ke dalam kereta.
-Saya nak cakap dengan Dr. Park.

384
00:29:10,708 --> 00:29:11,709
Masuk balik ke dalam kereta.

385
00:29:11,792 --> 00:29:13,836
Tak guna! Dr. Park! Sekarang!

386
00:29:19,008 --> 00:29:21,886
-Hei, Becca.
-Apa yang berlaku?

387
00:29:22,303 --> 00:29:23,888
Saya faham hal ini meresahkan.

388
00:29:23,971 --> 00:29:26,474
Saya diberitahu
saya takkan jumpa dia lagi,

389
00:29:26,557 --> 00:29:29,310
dia takkan tahu tentang Ryan atau saya.
Itu perjanjian kita.

390
00:29:29,393 --> 00:29:32,438
Homelander marah maklumat ini
dirahsiakan daripadanya.

391
00:29:32,521 --> 00:29:35,524
Korporat tak nak
membuatnya bertambah marah.

392
00:29:36,775 --> 00:29:40,821
Awak kena suruh dia pergi,
jika tak, saya yang akan bawa Ryan pergi,

393
00:29:40,905 --> 00:29:44,700
dan saya akan lari dan
awak takkan jumpa kami lagi.

394
00:29:44,783 --> 00:29:47,036
Rasanya kita berdua tahu
yang itu mustahil.

395
00:29:50,331 --> 00:29:53,542
Awak kena melindungi kami. Awak kena...

396
00:29:53,626 --> 00:29:55,878
Tolonglah, awak kena pindahkan kami.

397
00:29:55,961 --> 00:29:57,421
Maaf. Oleh sebab dia dah tahu,

398
00:29:57,505 --> 00:29:59,715
kami tak boleh buat apa-apa.

399
00:29:59,798 --> 00:30:02,718
Awak patut balik.
Kelas piano hampir tamat.

400
00:30:03,677 --> 00:30:04,845
Jangan buat dia marah.

401
00:30:04,929 --> 00:30:07,431
Kami jangka dia akan bosan dan pergi.

402
00:30:08,891 --> 00:30:12,520
Itu tak pasti lagi.

403
00:30:22,112 --> 00:30:23,822
Boleh saya simpan?

404
00:30:23,906 --> 00:30:26,033
Mungkin. Apa awak nak beri kepada saya?

405
00:30:28,494 --> 00:30:30,704
Awak boleh bawa saya keluar makan malam.

406
00:30:34,833 --> 00:30:36,001
Yalah.

407
00:30:36,460 --> 00:30:40,089
Saya terlupa. Kita kena pesan bungkus.
Tak boleh menonjol.

408
00:30:40,798 --> 00:30:43,759
Maeve, apa awak di sini
jika tiada yang berubah?

409
00:30:44,677 --> 00:30:46,220
Ya, Tuhan.

410
00:30:47,721 --> 00:30:50,849
Wanita itu tak perlukan
pembedahan hidung lagi.

411
00:30:50,933 --> 00:30:53,519
Okey. Kita pernah lalui semua ini,
terima kasih.

412
00:30:54,812 --> 00:30:56,397
-Elena...
-Masa untuk balik.

413
00:31:13,747 --> 00:31:18,252
Saya dan Homelander pergi ke parti Oscar
untuk filem Twelve Years a Slave.

414
00:31:18,335 --> 00:31:22,339
Ada seorang penerbit yang tukar kad
agar dapat duduk di sebelah saya.

415
00:31:23,924 --> 00:31:25,551
Dia berbual dengan saya sepanjang malam.

416
00:31:25,634 --> 00:31:28,095
Dua hari kemudian, pejabatnya terbakar.

417
00:31:28,178 --> 00:31:30,556
Mereka jumpa kepalanya di satu bilik,

418
00:31:32,224 --> 00:31:34,310
dan badannya di bilik lain.

419
00:31:36,228 --> 00:31:37,479
Apa maksud awak?

420
00:31:39,315 --> 00:31:41,400
Saya tak nak dia buat begitu kepada awak.

421
00:31:42,276 --> 00:31:43,110
Siapa?

422
00:31:48,866 --> 00:31:50,075
Homelander?

423
00:31:52,286 --> 00:31:54,121
Awak rasa Homelander yang buat?

424
00:31:54,580 --> 00:31:57,916
Saya pernah lihat dia buat macam-macam,

425
00:32:02,379 --> 00:32:04,340
dia suruh saya buat macam-macam...

426
00:32:09,845 --> 00:32:11,847
Jika dia tahu tentang awak...

427
00:32:16,060 --> 00:32:17,978
Kenapa awak beritahu saya sekarang?

428
00:32:25,944 --> 00:32:28,072
Saya tak nak awak bencikan saya lagi.

429
00:32:31,075 --> 00:32:32,660
Hebat! Terima kasih!

430
00:32:34,244 --> 00:32:35,704
Sama-sama.

431
00:32:35,788 --> 00:32:38,207
Pelik juga kamu tak ada telefon.

432
00:32:38,290 --> 00:32:40,834
Saya tiada sesiapa untuk telefon.

433
00:32:42,461 --> 00:32:44,004
Kamu boleh telefon ayah.

434
00:32:46,924 --> 00:32:50,177
Semasa ayah sebaya kamu,

435
00:32:50,260 --> 00:32:52,346
ayah pun tak ramai kawan.

436
00:32:52,763 --> 00:32:55,557
Mak kata rasa keseorangan
akan buat kita lebih kenal diri sendiri.

437
00:32:56,308 --> 00:32:59,353
Agaknya, betul juga.

438
00:33:02,648 --> 00:33:06,151
Nak tahu rahsia?
Rahsia antara lelaki.

439
00:33:17,538 --> 00:33:23,293
Ayah dan datuk kamu tak pernah main
tangkap bola dengan bola Siri Dunia itu.

440
00:33:24,962 --> 00:33:26,213
Sebenarnya,

441
00:33:26,964 --> 00:33:29,007
ayah tak pernah ada ayah,

442
00:33:30,384 --> 00:33:31,760
atau ibu.

443
00:33:33,387 --> 00:33:35,431
Tak ada?

444
00:33:38,267 --> 00:33:42,354
Ryan, ada kalanya, susah

445
00:33:42,438 --> 00:33:47,568
jadi orang yang lebih bagus
daripada semua orang lain.

446
00:33:47,651 --> 00:33:49,987
Rasa tersisih.

447
00:33:50,070 --> 00:33:51,947
Golongan dewa

448
00:33:52,030 --> 00:33:55,159
tak patut ada perasaan

449
00:33:56,827 --> 00:33:57,828
sedih begitu.

450
00:33:59,163 --> 00:34:03,584
Kitalah dewa, Ryan.

451
00:34:06,170 --> 00:34:08,422
Ayah dan kamu.

452
00:34:11,592 --> 00:34:12,926
Kita dewa.

453
00:34:16,930 --> 00:34:20,601
Kita boleh buat apa saja
yang kita mahu, nak.

454
00:34:21,518 --> 00:34:23,771
Tiada siapa boleh halang kita.

455
00:34:24,354 --> 00:34:26,315
Ia

456
00:34:27,441 --> 00:34:29,276
perasaan yang bagus.

457
00:34:30,360 --> 00:34:32,196
Perasaan yang amat bagus.

458
00:34:33,864 --> 00:34:38,452
Kini, ayah dan kamu

459
00:34:39,787 --> 00:34:41,497
boleh kongsi perasaan itu.

460
00:34:46,126 --> 00:34:49,546
Saya patut tidur sekarang.

461
00:34:50,506 --> 00:34:51,548
Okey.

462
00:35:04,353 --> 00:35:05,437
Ayah sayangkan kamu, nak.

463
00:35:08,315 --> 00:35:09,942
Balaslah.

464
00:35:11,485 --> 00:35:13,654
Saya sayangkan ayah juga.

465
00:35:15,697 --> 00:35:17,282
Ini bagus.

466
00:35:29,253 --> 00:35:31,296
-Giliran awak, mak.
-Awak kena balik.

467
00:35:32,589 --> 00:35:33,423
Maaf?

468
00:35:33,507 --> 00:35:36,093
Awak kena keluar dari rumah saya.

469
00:35:42,766 --> 00:35:45,060
Apa akan berlaku jika suatu hari nanti

470
00:35:45,143 --> 00:35:49,731
Ryan minta pergi ke perlawanan besbol?

471
00:35:49,815 --> 00:35:52,651
Berenang di lautan
atau makan di Burger King?

472
00:35:54,695 --> 00:35:56,196
Apa perasaannya

473
00:35:56,280 --> 00:35:59,533
apabila dia tahu yang awak menipu
sepanjang hidupnya?

474
00:36:02,953 --> 00:36:04,830
Awak rasa dia akan gembira

475
00:36:04,913 --> 00:36:08,000
awak kurung dia
di dalam sangkar cantik ini?

476
00:36:11,003 --> 00:36:15,382
Awak rasa dia akan benci awak?

477
00:36:20,095 --> 00:36:22,014
Jom tanya dia.

478
00:36:23,056 --> 00:36:23,974
Jangan.

479
00:36:28,186 --> 00:36:29,521
Betul kata awak.

480
00:36:31,023 --> 00:36:33,358
Saya takkan bosan dan pergi.

481
00:36:34,484 --> 00:36:36,028
Saya takkan pergi ke mana-mana.

482
00:36:36,862 --> 00:36:40,157
Sila suruh Dr. Park berambus.

483
00:36:46,246 --> 00:36:47,831
Nak makan bertih jagung?

484
00:36:55,380 --> 00:36:58,759
Suntikan halotana.
Saya cuma ada dua.

485
00:36:59,509 --> 00:37:01,386
Kita perlu pastikan ia mengena.

486
00:37:01,470 --> 00:37:03,639
Jika ia tak berhasil
terhadap pengganas itu?

487
00:37:03,722 --> 00:37:05,474
Nahaslah kita.

488
00:37:23,575 --> 00:37:24,576
Awak okey?

489
00:38:46,033 --> 00:38:48,076
Shining Light Liberation Army?

490
00:38:50,537 --> 00:38:52,164
Kumpulan yang culik awak?

491
00:38:53,498 --> 00:38:54,708
Awak kenal lelaki ini?

492
00:38:57,836 --> 00:38:59,212
Apa yang berlaku?

493
00:39:02,007 --> 00:39:03,508
Kimiko?

494
00:39:51,556 --> 00:39:55,560
Mouse.

495
00:39:55,644 --> 00:39:59,940
Tak sangka dapat jumpa awak lagi.

496
00:40:00,023 --> 00:40:01,608
Lelaki. Perempuan.

497
00:40:02,943 --> 00:40:04,361
Adik lelakinya.

498
00:40:04,444 --> 00:40:06,905
Itu yang dia cuba beritahu saya.

499
00:40:15,163 --> 00:40:18,250
Butcher, tunggu. Itu adiknya.

500
00:40:55,704 --> 00:40:56,705
Kimiko!

501
00:41:00,959 --> 00:41:02,252
Tunggu!

502
00:41:13,722 --> 00:41:14,556
Hei.

503
00:41:16,266 --> 00:41:19,102
Awak tak kenal saya.
Saya bukan pengkhianat.

504
00:41:19,603 --> 00:41:22,189
Okey. Hebat. Tahniah.

505
00:41:25,317 --> 00:41:27,277
Tolonglah, kenapa awak kisah
tentang pendapat saya?

506
00:41:29,279 --> 00:41:33,450
Mungkin saya tak nak sebut
semua yang awak sebut pasal Vought.

507
00:41:33,533 --> 00:41:35,368
Mungkin saya fikir Vought...

508
00:41:41,249 --> 00:41:42,459
Ada apa dengan Vought?

509
00:41:45,337 --> 00:41:48,840
Ya, Tuhan. Semua orang dikawal rapi.

510
00:41:48,924 --> 00:41:52,636
Hidup ini bukannya strategi PR.
Awak boleh nyatakan pendapat awak.

511
00:41:52,719 --> 00:41:54,262
Bagaimana jika tak selamat?

512
00:41:54,346 --> 00:41:58,058
Awak kalis peluru.
Apa yang boleh berlaku?

513
00:42:00,352 --> 00:42:03,772
Siapa adiwira yang terhebat
sepanjang zaman?

514
00:42:04,814 --> 00:42:05,815
Homelander?

515
00:42:05,899 --> 00:42:08,276
Bukan. Pippi Longstocking.

516
00:42:09,152 --> 00:42:11,655
Dia budak perempuan
berusia sembilan tahun.

517
00:42:11,738 --> 00:42:14,324
Tinggal bersendirian di sebuah rumah?
Ada monyet peliharaan?

518
00:42:14,407 --> 00:42:18,119
Boleh angkat kuda dengan satu tangan?
Awak tak pernah baca Pippi Longstocking.

519
00:42:18,203 --> 00:42:19,037
Tak pernah.

520
00:42:20,872 --> 00:42:24,376
Saya selalu jadi dia
semasa Halloween dulu.

521
00:42:24,459 --> 00:42:27,504
Semua budak yang
jadi puteri Disney ejek saya,

522
00:42:27,587 --> 00:42:31,007
tapi awak tahu apa saya fikir?
Saya tak peduli pun.

523
00:42:31,091 --> 00:42:32,801
Pippi pun tak peduli.

524
00:42:32,884 --> 00:42:35,679
Dia tak pernah nak bersopan
atau buat-buat comel.

525
00:42:37,472 --> 00:42:42,727
Lantaklah dunia sebab
tak dapat bezakan antara sopan dan baik.

526
00:42:42,811 --> 00:42:44,771
Awak nak jadi betina sombong,
suka hati awaklah,

527
00:42:44,854 --> 00:42:47,607
tapi sekali sekala, jadilah diri sendiri.

528
00:42:47,691 --> 00:42:51,027
Akan rasa lega. Akhirnya boleh bernafas.

529
00:42:55,532 --> 00:42:59,869
Jika ada orang paksa awak
hisap zakarnya, gigit sehingga putus.

530
00:43:01,871 --> 00:43:05,834
Pippi Longstocking tentu akan buat begitu.

531
00:43:16,428 --> 00:43:18,972
Butcher! Bertahan, kawan.

532
00:43:20,724 --> 00:43:22,934
Hulurkan tangan.

533
00:43:39,617 --> 00:43:42,078
Jangan, Butcher! Bertenang, Butcher.

534
00:43:42,162 --> 00:43:45,790
CIA tentu akan kurung dia selamanya
dan Kimiko takkan dapat jumpa dia lagi.

535
00:43:45,874 --> 00:43:46,708
Bertenang!

536
00:43:47,751 --> 00:43:50,128
Kalian, tolonglah, bukan sekarang.

537
00:43:54,924 --> 00:43:56,217
Baiklah.

538
00:44:02,724 --> 00:44:04,142
Awak...

539
00:44:04,934 --> 00:44:07,103
boleh berambus.

540
00:44:11,191 --> 00:44:12,484
Yang lain, ikut saya.

541
00:44:18,740 --> 00:44:21,326
Ayuh, jangan main-main.
Jangan buang masa.

542
00:44:26,915 --> 00:44:28,750
Apa yang kamu tunggu lagi?

543
00:44:40,887 --> 00:44:42,514
Biar betul

544
00:44:43,515 --> 00:44:46,476
keluarga dia lebih penting
daripada keluarga awak sendiri?

545
00:44:46,559 --> 00:44:48,895
Saya tak kata begitu.

546
00:44:50,772 --> 00:44:53,566
Kimiko ialah kawan kita.

547
00:44:55,652 --> 00:44:57,487
Saya akan cari jalan lain.

548
00:44:57,570 --> 00:45:00,073
Tentu awak setuju, bukan?

549
00:45:00,156 --> 00:45:02,575
Sebab awak sukakan dia.

550
00:45:02,659 --> 00:45:03,535
Ya, Tuhan!

551
00:45:03,618 --> 00:45:06,788
Nampaknya, penyakit lembut Hughie
dah berjangkit pada kamu!

552
00:45:22,220 --> 00:45:23,221
Becca masih hidup.

553
00:45:24,139 --> 00:45:25,265
Apa?

554
00:45:28,351 --> 00:45:31,354
Dia hidup.
Vought mengawalnya di suatu tempat.

555
00:45:31,438 --> 00:45:32,814
Butcher, jika awak...

556
00:45:32,897 --> 00:45:36,234
Saya tak gila, okey?
Saya nampak dia.

557
00:45:40,280 --> 00:45:42,449
Ada budak lelaki dengannya,

558
00:45:43,241 --> 00:45:44,951
mirip Homelander.

559
00:45:45,034 --> 00:45:48,204
Saya sangka dia cuma nak memalukan saya,

560
00:45:48,288 --> 00:45:50,248
tunjuk apa dia dah buat
kepada isteri saya,

561
00:45:50,331 --> 00:45:52,584
sebelum dia berikan berita baik.

562
00:45:52,667 --> 00:45:56,045
Namun, saya sedar tiga jam kemudian
di restoran Tony Cicero.

563
00:45:56,129 --> 00:45:57,422
Entah mengapa.

564
00:46:03,887 --> 00:46:05,346
Saya mesti cari Becca.

565
00:46:06,514 --> 00:46:09,225
Saya mesti selamatkan dia.

566
00:46:11,728 --> 00:46:13,521
Saya perlukan bantuan kamu.

567
00:46:14,731 --> 00:46:16,149
Awak menipu kami?

568
00:46:16,566 --> 00:46:18,735
Saya carikan pengganas untuk Mallory,

569
00:46:18,818 --> 00:46:21,571
dia akan carikan Becca untuk saya.
Itu perjanjiannya.

570
00:46:21,654 --> 00:46:24,908
Saya tahu apa saya dah buat kepada kamu.

571
00:46:26,242 --> 00:46:29,913
Kamu berhak suruh saya berambus, tapi...

572
00:46:30,997 --> 00:46:32,290
saya minta tolong.

573
00:46:46,971 --> 00:46:49,015
Apabila kakak...

574
00:46:50,308 --> 00:46:52,435
Apabila kakak hilang pada malam itu...

575
00:46:52,519 --> 00:46:53,728
Maafkan saya.

576
00:46:55,021 --> 00:46:58,566
Sepatutnya kita jaga sesama sendiri,
tapi tiba-tiba, kakak hilang.

577
00:47:04,572 --> 00:47:08,076
Shining Light hantar kakak ke sini.

578
00:47:08,159 --> 00:47:14,123
Cucuk jarum pada tulang belakang
dan masukkan racun biru itu.

579
00:47:17,752 --> 00:47:19,837
Saya patut cari kakak.

580
00:47:21,005 --> 00:47:24,926
Tak. Awak adik kakak.
Kakak yang patut cari kamu, tapi...

581
00:47:29,013 --> 00:47:32,475
mereka jadikan kakak...

582
00:47:34,477 --> 00:47:36,145
raksasa.

583
00:47:40,316 --> 00:47:44,070
Jika itu benar,
kita berdua dah jadi raksasa.

584
00:47:46,906 --> 00:47:48,741
Sakit tak?

585
00:47:49,367 --> 00:47:51,035
Saya nak mati.

586
00:47:54,497 --> 00:47:56,374
Samalah.

587
00:47:57,375 --> 00:47:59,752
Mereka cuma ada satu dos lagi

588
00:47:59,836 --> 00:48:02,213
dan mereka tahu ia berhasil pada kakak,

589
00:48:02,297 --> 00:48:05,800
jadi mereka fikir
ia akan berhasil pada saya.

590
00:48:13,600 --> 00:48:15,685
Maafkan kakak.

591
00:48:15,768 --> 00:48:18,187
Bukan salah kakak.

592
00:48:37,040 --> 00:48:39,334
Bukan salah kakak.

593
00:49:04,400 --> 00:49:07,612
Awak di mana? Dah dapat.
TAKUT. Telefon saya!

594
00:49:14,619 --> 00:49:16,329
Awak bermesej seks dengan siapa?

595
00:49:16,829 --> 00:49:19,707
Apa awak buat di sini? Keluar!

596
00:49:22,669 --> 00:49:25,046
Okey, rahsia saya terbongkar.

597
00:49:25,129 --> 00:49:27,507
Darah haid saya banyak. Ia...

598
00:49:30,093 --> 00:49:31,636
Apa awak buat dengan ini?

599
00:49:32,679 --> 00:49:36,766
Ini bukan macam awak sangka, okey?
Ini cuma salah faham.

600
00:49:37,517 --> 00:49:39,602
Homelander patut hukum awak

601
00:49:39,686 --> 00:49:42,230
sebaik saja dia tahu awak meniduri Hughie.

602
00:49:42,313 --> 00:49:45,024
Hughie selamatkan nyawa awak.
Kami berdua selamatkan awak.

603
00:49:46,442 --> 00:49:47,402
Awak silap.

604
00:49:47,944 --> 00:49:50,279
Tunggu, saya boleh jelaskan.

605
00:49:50,697 --> 00:49:54,033
Saya nak awak ingat saya

606
00:49:54,117 --> 00:49:58,037
semasa kulit muka awak disiat nanti.

607
00:50:04,377 --> 00:50:06,671
Awak takkan beritahu sesiapa.

608
00:50:09,507 --> 00:50:11,092
Siapa kata saya belum beritahu?

609
00:50:11,175 --> 00:50:13,720
Jika sudah, tentu saya dah mati.

610
00:50:13,803 --> 00:50:15,471
Awak takkan buat apa-apa.

611
00:50:16,556 --> 00:50:17,807
Kenapa pula?

612
00:50:18,975 --> 00:50:21,477
Sebab awak bunuh teman wanita awak.

613
00:50:24,021 --> 00:50:27,191
Itu yang awak beritahu Hughie, bukan?
Awak bunuh Popclaw.

614
00:50:31,446 --> 00:50:33,030
Awak tiada bukti.

615
00:50:33,448 --> 00:50:35,575
Dia meranakah?

616
00:50:37,243 --> 00:50:42,039
Awak lihat matanya yang besar
dan sedih semasa awak bunuh dia?

617
00:50:44,208 --> 00:50:45,501
Pergi matilah.

618
00:50:46,252 --> 00:50:51,132
Yalah, tapi saya baca
laporan forensik Vought,

619
00:50:53,259 --> 00:50:57,722
semua jarum itu dicucuk
pada lengannya serentak?

620
00:50:57,805 --> 00:51:00,183
Malah satu jarum meretakkan tulang.

621
00:51:00,266 --> 00:51:02,977
Awak tahu tak?
Ada orang buat begitu pada diri sendiri?

622
00:51:03,060 --> 00:51:05,605
Tak macam kemalangan bagi saya.

623
00:51:06,147 --> 00:51:09,108
Vought memanglah nak sorokkannya, tapi...

624
00:51:10,276 --> 00:51:14,447
Apa jadi jika
Sports Illustrated dapat tahu?

625
00:51:16,991 --> 00:51:18,451
Jika awak buat begitu,

626
00:51:19,911 --> 00:51:22,079
saya akan heret awak sekali.

627
00:51:22,747 --> 00:51:24,457
Kita berdua akan mati.

628
00:51:27,502 --> 00:51:30,588
Silakan. Cubalah.

629
00:51:31,756 --> 00:51:33,174
Saya tak peduli.

630
00:52:06,833 --> 00:52:09,919
Mereka yang bersama kakak tadi...

631
00:52:10,461 --> 00:52:13,297
Mereka pastikan kakak selamat.
Mereka akan pastikan awak selamat juga.

632
00:52:16,759 --> 00:52:19,762
Kita boleh balik ke kampung.

633
00:52:22,056 --> 00:52:23,683
Kampung dah tiada.

634
00:52:24,684 --> 00:52:25,518
Apa?

635
00:52:26,936 --> 00:52:28,187
Mereka datang cari kami.

636
00:52:28,271 --> 00:52:30,147
Siapa?

637
00:52:30,398 --> 00:52:31,607
Orang Amerika.

638
00:52:31,691 --> 00:52:34,527
Seorang adiwira memekik
dari langit macam setan.

639
00:52:35,403 --> 00:52:38,781
Musnahkan kem
dan semua kampung di sekelilingnya.

640
00:52:40,199 --> 00:52:42,159
Mayat di merata tempat.

641
00:52:43,411 --> 00:52:44,829
Semua orang dah tiada.

642
00:52:44,912 --> 00:52:47,832
Kita pergi ke tempat lain.
Balik ke Jepun.

643
00:52:47,915 --> 00:52:50,751
Mungkin nenek dan atuk masih hidup.

644
00:52:50,835 --> 00:52:52,753
Kakak tak kisah?

645
00:52:52,837 --> 00:52:55,548
Seorang adiwira membelah dua
seorang wanita tua?

646
00:52:56,424 --> 00:52:58,467
Satu sekolah roboh
dengan kanak-kanak masih di dalam?

647
00:52:58,551 --> 00:53:01,846
Bayi dibakar hidup-hidup di atas katil
semasa tangki propana meletup?

648
00:53:01,929 --> 00:53:04,765
Saya tak nak ini, tapi betul kata mereka.

649
00:53:05,349 --> 00:53:07,518
Shining Light mengarut!

650
00:53:07,602 --> 00:53:10,021
Shining Light menentang ketidakadilan.

651
00:53:10,104 --> 00:53:11,772
Mereka berjuang untuk
golongan yang tidak dibela.

652
00:53:12,356 --> 00:53:14,984
Mereka bunuh ibu bapa kita!

653
00:53:15,067 --> 00:53:17,528
Negara ini musuh dunia sekarang.

654
00:53:18,905 --> 00:53:21,198
Kita kena lawan balik.
Lawan bersama saya!

655
00:53:21,991 --> 00:53:26,621
Awak budak yang jaga
setiap ekor tikus yang kehilangan ibu.

656
00:53:29,165 --> 00:53:30,791
Itu dulu.

657
00:53:31,751 --> 00:53:34,670
Awak masih adik kakak.

658
00:53:36,255 --> 00:53:40,301
Kalau begitu,
kakak tahu saya mesti buat ini.

659
00:55:08,597 --> 00:55:09,849
Awak tak apa-apa?

660
00:55:15,646 --> 00:55:18,441
Terima kasih.

661
00:55:18,899 --> 00:55:21,193
Ada juga orang waras di sini.

662
00:55:32,079 --> 00:55:32,913
Perlahan-lahan.

663
00:56:08,741 --> 00:56:11,243
Kalau awak ganggu urusan saya lagi,

664
00:56:12,828 --> 00:56:14,497
saya akan bunuh awak.

665
00:56:37,394 --> 00:56:39,939
Ikut tak?

666
00:59:02,915 --> 00:59:04,917
Terjemahan sari kata oleh
H. Segara

667
00:59:05,000 --> 00:59:07,002
Penyelia Kreatif
Vincent Lim

