1
00:01:37,055 --> 00:01:38,265
Ya?

2
00:01:38,265 --> 00:01:41,727
<i>Saya rasa awak tercicir duit ini
di luar bangunan.</i>

3
00:01:45,898 --> 00:01:48,066
<i>Kalau saya silap, maafkan saya.</i>

4
00:01:48,066 --> 00:01:49,693
Tidak, sekejap.

5
00:01:49,693 --> 00:01:50,903
<i>Okey.</i>

6
00:02:17,554 --> 00:02:20,849
Encik. Ya, itu duit saya.

7
00:02:20,849 --> 00:02:22,267
Awak berbahasa Inggeris.

8
00:02:22,267 --> 00:02:23,852
Itu sebahagian kerja saya.

9
00:02:25,020 --> 00:02:27,064
Duit ini banyak.
Saya tak mahu awak kehilangannya.

10
00:02:28,565 --> 00:02:29,650
Ya, terima kasih.

11
00:02:34,696 --> 00:02:37,449
Awak mahu ganjaran?

12
00:02:37,950 --> 00:02:39,368
Tidak, tak perlu.

13
00:02:40,494 --> 00:02:41,912
Tapi saya mahu minta pertolongan.

14
00:02:43,497 --> 00:02:45,165
Saya nak tanya, pernah nampak budak ini?

15
00:02:45,749 --> 00:02:48,210
Sudah enam hari dia hilang. Namanya Yuma.

16
00:02:49,002 --> 00:02:50,420
Saya tak pernah nampak.

17
00:03:00,681 --> 00:03:03,475
Saya rasa awak tak bercakap benar, Hideo.

18
00:03:07,938 --> 00:03:09,940
Awak buat kesilapan besar.

19
00:03:13,694 --> 00:03:15,863
Awak hantar nota tebusan
kepada ibu bapa Yuma.

20
00:03:17,281 --> 00:03:20,742
Pasangan Kobayashi.
Tapi En. Kobayashi bukan bapa Yuma.

21
00:03:25,998 --> 00:03:26,999
Bukan.

22
00:03:27,708 --> 00:03:29,293
Dia sangka dia bapanya, tapi bukan.

23
00:03:30,711 --> 00:03:32,838
Bapa Yuma, bapa kandungnya,

24
00:03:32,838 --> 00:03:36,758
ialah lelaki bernama
Masaki Hashimoto, dan En. Hashimoto...

25
00:03:38,760 --> 00:03:41,263
ialah bos yakuza Tokyo.

26
00:03:42,097 --> 00:03:43,682
Satu-satunya persoalan sekarang,

27
00:03:44,641 --> 00:03:46,143
apa akan jadi selepas ini?

28
00:03:48,061 --> 00:03:51,523
Saya akan beri awak peluang. Awak
cuma perlu bawa saya kepada budak itu.

29
00:03:51,523 --> 00:03:53,358
Sebaik saja saya dapat Yuma,

30
00:03:53,859 --> 00:03:56,862
saya beri awak masa dua jam
sebelum saya hubungi bapanya.

31
00:03:56,862 --> 00:03:59,865
Waktu itu, pergi ke lapangan terbang,
beli tiket ke mana-mana saja,

32
00:03:59,865 --> 00:04:01,575
asalkan luar negara.

33
00:04:02,951 --> 00:04:05,204
Awak takkan selamat di Jepun.

34
00:04:12,794 --> 00:04:14,213
Saya tak suka sakiti orang.

35
00:04:14,838 --> 00:04:15,839
Amat tak suka.

36
00:04:17,341 --> 00:04:20,135
Jika awak beritahu di mana budak itu,
tawaran masih terbuka.

37
00:04:21,720 --> 00:04:24,556
Tolong.
Beritahu di mana awak sembunyikan dia.

38
00:04:29,728 --> 00:04:32,064
Maafkan saya. Awak yang cari nahas.

39
00:04:43,617 --> 00:04:46,161
Sut Savile Row.

40
00:05:10,686 --> 00:05:12,479
Siapa awak?

41
00:05:12,479 --> 00:05:14,481
Duduk.

42
00:05:42,593 --> 00:05:43,677
Yuma.

43
00:05:52,102 --> 00:05:54,313
Terima kasih.

44
00:05:54,313 --> 00:05:56,815
Saya berbangga dapat membantu, encik.

45
00:05:56,815 --> 00:05:58,192
Awak cedera.

46
00:05:58,192 --> 00:06:00,485
- Saya akan uruskan.
- Baiklah.

47
00:06:00,485 --> 00:06:02,321
Tunggu di luar.

48
00:06:09,620 --> 00:06:11,413
Lebih baik awak pergi sekarang.

49
00:06:31,016 --> 00:06:33,101
<i>Saya tak suka sakiti orang. Betul.</i>

50
00:06:34,561 --> 00:06:37,940
<i>Dunia ini sudah cukup menderita
walaupun tanpa masuk campur saya.</i>

51
00:06:41,610 --> 00:06:43,320
<i>Mencari orang yang hilang.</i>

52
00:06:44,154 --> 00:06:46,114
<i>Bawa mereka kembali
kepada yang merindui mereka.</i>

53
00:06:47,950 --> 00:06:49,409
<i>Itu yang saya suka tentang kerja saya.</i>

54
00:06:51,328 --> 00:06:53,997
<i>Menjadikan lawan pisau
dan sut rosak itu berbaloi.</i>

55
00:06:56,458 --> 00:06:57,584
<i>Kerja ini mencabar.</i>

56
00:06:58,961 --> 00:06:59,962
<i>Tapi stabil.</i>

57
00:08:31,553 --> 00:08:33,639
THOMAS KINZIE
KHIDMAT DIPERLUKAN / EN. SIEGEL

58
00:08:33,639 --> 00:08:37,433
BAGI PIHAK JONATHAN SIEGEL

59
00:09:16,974 --> 00:09:21,019
Harap demam akan kebah. Masih muntah?

60
00:09:21,019 --> 00:09:23,897
Saya ada klien...

61
00:09:23,897 --> 00:09:26,441
saya letak dulu.

62
00:09:28,652 --> 00:09:30,737
Suhu okey, encik?

63
00:09:30,737 --> 00:09:32,531
Saya boleh tinggikan kalau encik mahu.

64
00:09:32,531 --> 00:09:34,908
Saya selesa. Terima kasih.

65
00:09:34,908 --> 00:09:35,993
Encik boleh berbahasa Arab?

66
00:09:35,993 --> 00:09:38,787
Ya. Beberapa tahun lalu,
saya tinggal di Damsyik.

67
00:09:38,787 --> 00:09:41,290
Ketika itu ia bandar hebat...
sebelum semua masalah itu.

68
00:09:41,290 --> 00:09:42,875
Saya dari Damsyik!

69
00:09:42,875 --> 00:09:44,626
Siapa nama awak, kawan?

70
00:09:44,626 --> 00:09:46,670
Munzer.

71
00:09:47,296 --> 00:09:48,672
Munzer.

72
00:10:11,528 --> 00:10:12,613
Munzer,

73
00:10:13,530 --> 00:10:15,949
saya terdengar awak bercakap
tentang anak awak.

74
00:10:17,117 --> 00:10:18,535
Ini nombor telefon doktor saya.

75
00:10:19,870 --> 00:10:21,121
Hubungi dia, okey?

76
00:10:21,121 --> 00:10:23,916
Beritahu dia tentang anak awak sakit

77
00:10:23,916 --> 00:10:25,876
dan beritahu dia, saya suruh awak telefon.
Dia akan tolong.

78
00:10:26,752 --> 00:10:29,213
Terima kasih, encik. Syukur.

79
00:10:29,213 --> 00:10:30,506
Sama-sama.

80
00:10:31,507 --> 00:10:33,467
- Mahu saya tunggu?
- Tidak. Tak perlu.

81
00:10:33,467 --> 00:10:35,969
Tapi boleh hantarkan beg saya ke hotel?
Saya amat hargainya.

82
00:10:35,969 --> 00:10:39,890
Jika majikan awak tanya,
kata saja awak hantar saya ke situ juga.

83
00:10:39,890 --> 00:10:40,974
Baiklah.

84
00:11:11,755 --> 00:11:14,383
- John Sugar, depan mata.
- Hei, Ruby.

85
00:11:14,383 --> 00:11:17,803
Hei. Mari sini. Lama tak jumpa.

86
00:11:17,803 --> 00:11:19,805
- Ya.
- Okey, biar saya tengok awak.

87
00:11:22,182 --> 00:11:24,434
- Awak nampak penat.
- Perjalanan lama.

88
00:11:24,434 --> 00:11:26,103
Saya terjumpa rakan lama di Tokyo.

89
00:11:26,854 --> 00:11:29,022
Katanya kumpulannya telah dibubarkan

90
00:11:29,857 --> 00:11:32,192
dan sudah lebih setahun
dia tak jumpa ahli lain.

91
00:11:32,192 --> 00:11:36,697
Saya kata dia boleh sertai kita di sini,
jika dia mahu berpindah.

92
00:11:36,697 --> 00:11:39,992
Ya, sudah tentu. Saya ada sesuatu
untuk awak di dalam rumah.

93
00:11:39,992 --> 00:11:41,326
- Silakan.
- Okey.

94
00:11:44,663 --> 00:11:46,832
Mirembe.

95
00:11:46,832 --> 00:11:47,916
Hai.

96
00:11:52,171 --> 00:11:54,631
Tak tahu pula awak mudah tergoda.

97
00:11:54,631 --> 00:11:57,050
Saya tak tergoda
sebab saya tahu apa ia cuba buat.

98
00:11:58,302 --> 00:11:59,303
Kucing baik.

99
00:12:02,264 --> 00:12:04,183
- Apa itu?
- Daripada Helen.

100
00:12:04,183 --> 00:12:07,102
- Baiknya dia.
- Ya, tak sangka dia masih tulis surat.

101
00:12:07,102 --> 00:12:08,478
Betul-betul tulis surat.

102
00:12:08,478 --> 00:12:09,605
Dia orang lama.

103
00:12:09,605 --> 00:12:11,648
- Memang betul.
- Terima kasih.

104
00:12:11,648 --> 00:12:12,816
Sama-sama.

105
00:12:14,234 --> 00:12:18,447
Jadi, penerbangan awak tiba
empat jam lalu?

106
00:12:19,239 --> 00:12:20,574
Lebih kuranglah.

107
00:12:23,911 --> 00:12:25,078
Awak pergi mana?

108
00:12:26,705 --> 00:12:27,706
Saya ada hal.

109
00:12:32,127 --> 00:12:33,295
<i>Hal?</i>

110
00:12:33,962 --> 00:12:35,339
Hal.

111
00:12:35,339 --> 00:12:37,466
<i>Hal apa?</i>

112
00:12:37,466 --> 00:12:38,675
<i>Hal biasa.</i>

113
00:12:39,635 --> 00:12:40,928
Hal Jonathan Siegel?

114
00:12:43,680 --> 00:12:45,474
Thomas Kinzie, peguam En. Siegel.

115
00:12:45,474 --> 00:12:46,558
John Sugar.

116
00:12:46,558 --> 00:12:48,060
Selamat datang. Dia di taman.

117
00:12:48,060 --> 00:12:50,270
- <i>Awak intip saya lagi?</i>
- <i>Tidak, saya...</i>

118
00:12:50,270 --> 00:12:53,357
Thomas Kinzie hubungi saya.

119
00:12:53,357 --> 00:12:55,359
Ya, tentang kontrak awak,

120
00:12:55,359 --> 00:12:59,446
dan saya pelik sebab semasa
dia hubungi saya tiga hari lalu,

121
00:12:59,446 --> 00:13:03,408
saya jelaskan kepada dia
yang awak tak lapang.

122
00:13:05,327 --> 00:13:06,328
Mungkin.

123
00:13:06,328 --> 00:13:08,413
Saya hubungi rujukan yang awak berikan.

124
00:13:08,997 --> 00:13:11,041
Mereka kata awak lelaki berintegriti.

125
00:13:11,041 --> 00:13:12,459
Apabila berkaitan keluarga,

126
00:13:12,459 --> 00:13:15,754
En. Siegel sangat tertutup.

127
00:13:15,754 --> 00:13:18,882
Jika hal yang amat peribadi ini
diketahui orang awam,

128
00:13:18,882 --> 00:13:20,968
dia sangat gelisah.

129
00:13:21,552 --> 00:13:23,887
- Itu pun dia.
- Itu pun dia.

130
00:13:26,098 --> 00:13:28,684
Tanam sebanyak mungkin.
Tambah tanah di sini.

131
00:13:28,684 --> 00:13:30,686
Itu saja. Terima kasih.
Saya menghargainya.

132
00:13:32,312 --> 00:13:35,524
Sugar, Jonathan Siegel.

133
00:13:35,524 --> 00:13:37,943
Saya berbesar hati dapat jumpa.
Saya amat mengagumi karya awak.

134
00:13:37,943 --> 00:13:41,154
Saya tonton setiap filem
yang awak terbitkan.

135
00:13:41,154 --> 00:13:43,490
Kebanyakannya,
sekurang-kurangnya lima atau enam kali,

136
00:13:43,490 --> 00:13:45,534
kecuali <i>Lady In The Shadows</i>.

137
00:13:45,534 --> 00:13:47,661
Saya tonton filem itu banyak kali.

138
00:13:49,454 --> 00:13:52,583
- Pergilah, Tom. Nanti saya telefon.
- En. Sugar.

139
00:13:52,583 --> 00:13:53,667
Terima kasih.

140
00:13:54,751 --> 00:13:55,878
- Silakan?
- Baik.

141
00:13:57,337 --> 00:14:00,340
Jadi, awak minat filem?

142
00:14:00,841 --> 00:14:02,843
Minat? Itu...

143
00:14:02,843 --> 00:14:05,220
tak menggambarkan saya.
Saya lebih kepada ketagih.

144
00:14:08,515 --> 00:14:11,059
Tak kelakar, John. Tak kelakar bagi saya.

145
00:14:12,269 --> 00:14:14,980
Jika klien sendiri hubungi awak,
itu perbuatan biadab.

146
00:14:15,606 --> 00:14:17,274
Awak pekerja saya.

147
00:14:17,274 --> 00:14:20,861
Selain itu, kita ada perjanjian

148
00:14:20,861 --> 00:14:22,988
selepas tugasan di Tokyo,
awak akan berehat.

149
00:14:24,114 --> 00:14:25,616
<i>Rehat sepuasnya.</i>

150
00:14:25,616 --> 00:14:27,743
Saya bercakap dengan
Emily Carpenter tentang awak.

151
00:14:30,037 --> 00:14:33,123
Emily kata awak cuma buat
satu perkara saja.

152
00:14:33,874 --> 00:14:34,958
Mencari yang hilang,

153
00:14:36,627 --> 00:14:38,712
untuk pihak yang tak suka kekecohan,

154
00:14:39,796 --> 00:14:41,298
macam saya.

155
00:14:42,216 --> 00:14:44,676
- <i>Ruby, dia Jonathan Siegel.</i>
- <i>Saya tak peduli siapa dia.</i>

156
00:14:46,720 --> 00:14:48,055
Ada gadis hilang.

157
00:14:49,765 --> 00:14:50,891
Cucu dia.

158
00:14:51,892 --> 00:14:55,687
Kini usianya 25 tahun,
tapi dia masih anggapnya budak kecil.

159
00:14:55,687 --> 00:14:58,315
<i>Sudah dua minggu Olivia hilang.</i>

160
00:15:01,151 --> 00:15:05,322
<i>Anak saya Bernard,
baru beritahu saya beberapa hari lalu.</i>

161
00:15:05,864 --> 00:15:09,576
<i>Dia fikir anaknya cuma buat perangai lagi.</i>

162
00:15:09,576 --> 00:15:11,995
Saya sudah suruh Tom
sediakan benda awak minta.

163
00:15:16,208 --> 00:15:18,460
- Ini dia.
- Dia cantik.

164
00:15:19,837 --> 00:15:22,464
Dia pernah lakukannya sebelum ini?
Menghilang?

165
00:15:23,173 --> 00:15:28,178
Ya. Tapi itu kerana sudah bertahun-tahun
dia alami masalah dadah

166
00:15:28,178 --> 00:15:32,015
dan dia selalu hilang berhari,
berminggu malah berbulan-bulan.

167
00:15:32,015 --> 00:15:34,726
Tapi kali ini lain.
Kali ini awak risau. Kenapa?

168
00:15:35,769 --> 00:15:40,023
Setiap kali Olivia melarikan diri,
dia tetap akan hubungi saya.

169
00:15:40,023 --> 00:15:41,984
Dia akan minta duit,

170
00:15:41,984 --> 00:15:43,277
dan saya beri.

171
00:15:43,277 --> 00:15:45,445
Awak tak terima berita daripadanya?
Tiada panggilan telefon...

172
00:15:45,445 --> 00:15:47,739
Tidak. Kali ini lain.

173
00:15:48,240 --> 00:15:49,825
Bila kali terakhir awak jumpa Olivia?

174
00:15:51,952 --> 00:15:54,621
Kira-kira sebulan lalu.
Saya bawa dia keluar makan malam.

175
00:15:54,621 --> 00:15:57,249
Kami raikan tahun keduanya
pulih ketagihan.

176
00:15:57,791 --> 00:16:00,377
Dia amat bangga. Saya bangga dengan dia.

177
00:16:01,628 --> 00:16:05,549
Ada sesuatu yang istimewa
tentang dia pada malam itu.

178
00:16:05,549 --> 00:16:07,009
Istimewa? Bagaimana?

179
00:16:07,634 --> 00:16:13,056
Dia bersemangat, yakin, teruja, kelakar.

180
00:16:14,892 --> 00:16:18,020
Ketika itu saya sedar
akhirnya dia tunjukkan usaha.

181
00:16:18,020 --> 00:16:19,396
Usaha untuk apa, encik?

182
00:16:21,148 --> 00:16:22,608
Menjadi dirinya sendiri.

183
00:16:27,446 --> 00:16:29,031
Saya sudah tua, Sugar,

184
00:16:30,073 --> 00:16:32,451
dan sejujurnya, tidak begitu sihat.

185
00:16:33,577 --> 00:16:34,620
Masalah jantung.

186
00:16:35,913 --> 00:16:38,165
Saya sudah tak peduli
tentang apa-apa lagi,

187
00:16:39,666 --> 00:16:41,752
kecuali cucu saya.

188
00:16:43,921 --> 00:16:47,382
Saya mahu awak cari dia. Tolonglah.

189
00:16:49,718 --> 00:16:51,094
Itu masalah dia.

190
00:16:52,179 --> 00:16:53,847
Bukan masalah saya dan awak.

191
00:16:58,560 --> 00:16:59,728
Kita akan berhubung lagi.

192
00:17:00,687 --> 00:17:01,939
<i>Tak kelakar, John.</i>

193
00:17:01,939 --> 00:17:04,525
<i>Awak perlu hubungi Thomas Kinzie sekarang
dan jelaskan kepadanya.</i>

194
00:17:05,233 --> 00:17:06,108
<i>Ruby,</i>

195
00:17:07,736 --> 00:17:08,819
saya tak boleh buat begitu.

196
00:17:10,571 --> 00:17:12,991
Saya tak boleh buat begitu.
Sebab gadis ini.

197
00:17:19,790 --> 00:17:21,083
Dia mengingatkan saya kepada Djen.

198
00:17:25,170 --> 00:17:26,171
Ya.

199
00:17:29,299 --> 00:17:30,467
Saya tak tahu nak cakap apa.

200
00:17:31,343 --> 00:17:32,886
Dia...

201
00:17:40,352 --> 00:17:43,438
Oh, Tuhan. Awak tak guna.

202
00:17:43,438 --> 00:17:44,648
Apa?

203
00:17:44,648 --> 00:17:46,567
Awak memang pandai perdayakan saya.

204
00:17:46,567 --> 00:17:49,278
- Saya tak perdayakan awak, Ruby.
- Ya.

205
00:17:49,278 --> 00:17:53,991
Saya nampak gambar dia dan terus,
itu Djen.

206
00:17:55,117 --> 00:17:56,743
Okey. Awak perlukan benda ini.

207
00:17:56,743 --> 00:17:58,579
Ini permit bawa senjata tersembunyi,

208
00:17:58,579 --> 00:18:00,914
lesen penyiasat peribadi California
yang telah diperbaharui,

209
00:18:00,914 --> 00:18:01,999
- lesen memandu...
- Sekejap.

210
00:18:01,999 --> 00:18:05,043
Kenapa saya perlukan
permit bawa senjata tersembunyi?

211
00:18:13,427 --> 00:18:15,470
Ruby, tolonglah.
Awak tahu saya tak suka senjata.

212
00:18:15,470 --> 00:18:17,514
Ya, saya tahu. Tolonglah. Ini cuma...

213
00:18:17,514 --> 00:18:19,016
Ini bukan pistol lama biasa, okey?

214
00:18:19,016 --> 00:18:21,727
Ini pistol yang Glenn Ford guna
dalam <i>The Big Heat</i>.

215
00:18:21,727 --> 00:18:25,731
Apa maksud awak pistol yang Glenn Ford
guna dalam <i>The Big Heat</i>?

216
00:18:25,731 --> 00:18:27,649
Apa maksud awak? Ini replika?

217
00:18:27,649 --> 00:18:29,902
Tidak, ini bukan replika.

218
00:18:29,902 --> 00:18:31,486
Glenn Ford?

219
00:18:31,987 --> 00:18:33,530
Ya, dia guna pistol ini.

220
00:18:33,530 --> 00:18:34,865
- Glenn Ford guna pistol ini?
- Saya sudah...

221
00:18:34,865 --> 00:18:37,409
- Cepat. Beritahu saya.
- <i>Glenn Ford guna pistol itu.</i>

222
00:18:38,493 --> 00:18:39,578
- Oh, Tuhan.
- Ya,

223
00:18:39,578 --> 00:18:41,079
saya beli daripada
pengumpul koleksi peribadi.

224
00:18:41,079 --> 00:18:43,790
Saya sudah pastikan ia diubah suai
supaya awak dapat gunakannya.

225
00:18:44,416 --> 00:18:46,877
- Kenapa?
- Saya rasa lebih tenang

226
00:18:46,877 --> 00:18:47,961
jika awak bawa pistol.

227
00:18:48,462 --> 00:18:51,590
Lagipun, saya fikir ini saja cara
saya boleh pujuk awak lakukannya.

228
00:18:51,590 --> 00:18:53,342
Siapa yang terperdaya sekarang?

229
00:18:54,510 --> 00:18:58,180
- Terima kasih.
- Okey. Sama-sama.

230
00:18:58,180 --> 00:19:01,308
- Tapi, terima kasih saja.
- Tidak.

231
00:19:02,476 --> 00:19:04,937
Awak boleh ambil semua ini,
tapi perlu berjanji dulu.

232
00:19:05,646 --> 00:19:07,105
Janji apa?

233
00:19:07,105 --> 00:19:09,149
Awak ambil pistol ini

234
00:19:09,149 --> 00:19:10,609
- sekarang.
- Okey.

235
00:19:10,609 --> 00:19:12,861
Okey, kemudian buat janji temu
dengan Dr. Vickers.

236
00:19:13,779 --> 00:19:15,489
Ruby, saya rasa...

237
00:19:15,489 --> 00:19:17,824
Saya rasa sihat. Saya okey.

238
00:19:17,824 --> 00:19:21,245
Jangan tipu saya, John. Saya kenal awak.

239
00:19:21,245 --> 00:19:24,331
- Saya tak perlu jumpa Dr. Vickers.
- Okey, John, lengan awak okey?

240
00:19:29,545 --> 00:19:30,546
Ya.

241
00:19:31,880 --> 00:19:32,881
Lengan saya okey.

242
00:19:37,261 --> 00:19:38,178
Baiklah.

243
00:19:38,846 --> 00:19:41,139
Awak boleh ambil kes Siegel.
Tapi setelah selesai, itu saja.

244
00:19:41,139 --> 00:19:42,224
Okey.

245
00:19:43,725 --> 00:19:45,185
Selagi saya tak beri arahan lain.

246
00:19:46,311 --> 00:19:47,980
- Baiklah. Ambil.
- Okey.

247
00:19:49,231 --> 00:19:52,234
- Rasanya awak terlupa sesuatu.
- Tidak, itu saja.

248
00:19:52,234 --> 00:19:56,154
Tangan kiri awak. Tunjukkan.

249
00:19:56,154 --> 00:19:57,656
Terima kasih.

250
00:20:10,711 --> 00:20:12,421
Saya tak suka awak pandu kereta relik ini.

251
00:20:12,421 --> 00:20:15,007
Relik? Ini karya agung.

252
00:20:22,681 --> 00:20:23,515
Okey.

253
00:20:23,515 --> 00:20:24,766
- Terima kasih.
- Sama-sama.

254
00:20:25,350 --> 00:20:27,477
- Awak akan menetap di Del Corazon?
- Sudah tentu.

255
00:20:28,103 --> 00:20:29,646
Duit yang awak belanjakan di situ

256
00:20:29,646 --> 00:20:32,357
- boleh beli rumah lebih cantik.
- Saya suka tempat itu.

257
00:20:32,357 --> 00:20:34,902
Di sana ada pembantu
yang kemas bilik saya dua kali sehari.

258
00:20:34,902 --> 00:20:38,864
Ada pekerja rencam yang uruskan
apa saja kehendak saya. Ada khidmat bilik.

259
00:20:38,864 --> 00:20:41,909
Tidak, awak suka tempat itu
sebab pekerja di situ

260
00:20:41,909 --> 00:20:43,577
- buat awak rasa selesa.
- Serius?

261
00:20:43,577 --> 00:20:45,412
Ya, awak tak rasa tersisih.

262
00:20:46,288 --> 00:20:49,583
Tapi itu cuma ilusi, Sugar.
Awak perlukan rumah.

263
00:21:19,112 --> 00:21:20,113
En. Bascombe?

264
00:21:20,113 --> 00:21:22,282
Ya. Hei, panggil saya Gary.

265
00:21:22,282 --> 00:21:24,618
- John Sugar.
- Hai. Ya, pejabat En. Kinzie telefon

266
00:21:24,618 --> 00:21:26,370
- supaya benarkan awak masuk.
- Bagus.

267
00:21:26,370 --> 00:21:30,707
Sekejap. Setiap penghuni
ada ruang letak kereta persendirian?

268
00:21:30,707 --> 00:21:32,209
Ya, sudah tentu.
Ada yang miliki dua ruang.

269
00:21:32,918 --> 00:21:34,419
Boleh tunjukkan ruang Cik Siegel?

270
00:21:35,087 --> 00:21:36,421
Boleh. Ikut sini.

271
00:21:40,175 --> 00:21:43,011
Sudah dua minggu kereta ini tak digunakan.

272
00:21:43,011 --> 00:21:46,723
Bagaimana awak tahu? Tak mungkin
awak pantau garaj ini setiap masa?

273
00:21:46,723 --> 00:21:50,227
Tidak. Semua penghuni ada
pembuka pintu dalam kereta,

274
00:21:50,227 --> 00:21:52,020
dan ia akan rakam
setiap kali mereka keluar masuk.

275
00:21:52,020 --> 00:21:55,566
Ada rekod dalam komputer keselamatan
di pejabat saya...

276
00:21:57,943 --> 00:22:00,279
Awak ada kunci pendua?

277
00:22:00,279 --> 00:22:02,239
Untuk kereta? Tidak. Kunci unit saja.

278
00:22:02,239 --> 00:22:04,491
Okey. Boleh saya tengok rumahnya sekarang?

279
00:22:04,491 --> 00:22:05,784
Ya. Silakan.

280
00:22:08,537 --> 00:22:11,081
Baik, kita dah sampai.

281
00:22:12,833 --> 00:22:15,210
Saya tak kenal pun siapa dia.
Tak kenal keluarganya.

282
00:22:15,210 --> 00:22:17,296
- Gary, terima kasih. Saya hargainya.
- Ya.

283
00:22:17,296 --> 00:22:19,298
Saya akan uruskan dari sini
dan saya mahu kunci itu juga.

284
00:22:20,215 --> 00:22:23,468
Saya ada kunci semua unit.
Saya pengurus bangunan.

285
00:22:23,468 --> 00:22:24,928
Saya tahu. Tapi ini kondominium,

286
00:22:24,928 --> 00:22:27,598
semua kunci ialah hak milik sah
pemilik kondominium,

287
00:22:27,598 --> 00:22:31,226
iaitu Jonathan Siegel. Sebagai wakil
En. Siegel, saya mahu awak serahkan.

288
00:22:31,226 --> 00:22:32,311
Terima kasih.

289
00:22:32,311 --> 00:22:35,731
Bagaimana kalau jadi sesuatu?
Contohnya paip bocor?

290
00:22:35,731 --> 00:22:37,232
Hubungi saya di nombor ini.

291
00:22:38,233 --> 00:22:40,068
- Hubungi awak?
- Ya, terima kasih.

292
00:22:40,777 --> 00:22:41,778
Sama-sama.

293
00:22:52,456 --> 00:22:53,457
<i>Rumah cantik.</i>

294
00:22:56,752 --> 00:22:59,796
<i>Dia keturunan Siegel, tentulah cantik.</i>

295
00:23:06,303 --> 00:23:07,930
FEMINISM ROCK HEBAT

296
00:23:07,930 --> 00:23:10,140
{\an8}SABTU 4 APRIL

297
00:23:32,913 --> 00:23:36,166
Apa awak buat di sini? Siapa awak?

298
00:23:36,166 --> 00:23:39,002
- Saya pun boleh tanya awak.
- Kenny!

299
00:23:40,963 --> 00:23:45,175
Bertenang. Cepatnya acu pistol.

300
00:23:45,175 --> 00:23:47,845
Saya tanya awak soalan, celaka.
Siapa awak?

301
00:23:47,845 --> 00:23:49,096
Nama saya John Sugar.

302
00:23:49,096 --> 00:23:51,890
Saya penyiasat peribadi
di bawah lesen Negeri California.

303
00:23:51,890 --> 00:23:55,227
- Saya ada kad pengenalan dalam poket.
- Hei, angkat tangan.

304
00:23:55,227 --> 00:23:56,311
Okey.

305
00:24:01,233 --> 00:24:02,776
Maaf, saya tak cam awak tadi.

306
00:24:03,652 --> 00:24:04,736
Awak Davy Siegel.

307
00:24:04,736 --> 00:24:05,821
David.

308
00:24:06,780 --> 00:24:08,031
Saya bukan lagi Davy.

309
00:24:08,031 --> 00:24:09,741
Awak baru rakam sekuel?

310
00:24:09,741 --> 00:24:11,743
<i>The Boy in the Corner,</i>

311
00:24:11,743 --> 00:24:14,872
awak budak yang sama tapi dewasa?

312
00:24:14,872 --> 00:24:16,623
- Ya.
- Semoga berjaya.

313
00:24:17,624 --> 00:24:20,210
Boleh simpan tak?
Pistol buat saya gemuruh.

314
00:24:21,795 --> 00:24:22,796
Terima kasih.

315
00:24:23,881 --> 00:24:25,257
Apa awak buat di sini?

316
00:24:25,257 --> 00:24:26,633
Datuk awak upah saya

317
00:24:26,633 --> 00:24:28,594
menyiasat kehilangan adik awak.

318
00:24:28,594 --> 00:24:30,470
Jika awak hubungi dia
atau peguamnya, En. Kinzie,

319
00:24:30,470 --> 00:24:33,724
- mereka boleh sahkan.
- Tak mengapa. Saya percaya awak.

320
00:24:33,724 --> 00:24:35,976
Bagus. Kini kita beralih
kepada pertanyaan awal tadi.

321
00:24:37,811 --> 00:24:38,937
- Apa?
- Kita...

322
00:24:38,937 --> 00:24:40,480
Saya dah beritahu tujuan saya ke sini,

323
00:24:40,480 --> 00:24:42,649
tapi awak masih tak beritahu saya
tujuan awak di sini.

324
00:24:42,649 --> 00:24:45,068
- Bapa saya suruh saya ke sini.
- Betul?

325
00:24:45,068 --> 00:24:47,863
Saya perlu datang ke sini setiap hari
untuk pastikan Olivia balik.

326
00:24:47,863 --> 00:24:50,157
- Dari mana awak dapat kunci?
- Bapa saya.

327
00:24:51,283 --> 00:24:55,537
Bernie ada satu set kunci kondominium
yang Jonathan belikan untuk adik awak?

328
00:24:55,537 --> 00:24:57,831
Adik tiri. Ya.

329
00:24:57,831 --> 00:25:00,083
Kenapa awak tak tekan loceng
atau ketuk pintu?

330
00:25:04,087 --> 00:25:06,423
- Apa?
- Awak cari Olivia, bukan?

331
00:25:06,423 --> 00:25:09,968
Mungkin dia masih di sini,
tapi awak terus andaikan dia tiada.

332
00:25:09,968 --> 00:25:11,261
Ya, mungkin dia pengsan.

333
00:25:11,845 --> 00:25:13,805
Saya tak tahu apa yang awak tahu
tentang Olivia,

334
00:25:14,473 --> 00:25:16,016
tapi penagih takkan berubah.

335
00:25:18,936 --> 00:25:21,980
- Awak tak pandai menipu, Davy.
- David.

336
00:25:21,980 --> 00:25:23,398
Awak penipu paling teruk.

337
00:25:25,859 --> 00:25:27,027
Olivia tiada di sini.

338
00:25:27,027 --> 00:25:28,111
Ya, saya tahu.

339
00:25:29,029 --> 00:25:31,573
Jadi, awak pun tak perlu
berada di sini, bukan?

340
00:25:37,079 --> 00:25:38,080
Cantik sut.

341
00:25:38,080 --> 00:25:39,248
Selamat malam, Kenny.

342
00:25:40,249 --> 00:25:41,625
Seronok dapat jumpa peminat.

343
00:25:43,460 --> 00:25:44,461
Kelakar.

344
00:25:44,962 --> 00:25:46,672
<i>Menarik betul.</i>

345
00:25:47,172 --> 00:25:48,215
<i>Budak lelaki ketakutan.</i>

346
00:25:48,215 --> 00:25:49,675
{\an8}MENGULAS TENTANG PARIAH

347
00:25:49,675 --> 00:25:51,176
{\an8}<i>Takut apa agaknya?</i>

348
00:25:52,135 --> 00:25:53,136
<i>Takut siapa?</i>

349
00:26:00,227 --> 00:26:01,395
<i>Ibu Olivia.</i>

350
00:26:01,979 --> 00:26:03,981
<i>Ya, saya boleh nampak.</i>

351
00:26:03,981 --> 00:26:05,399
<i>Matanya.</i>

352
00:26:06,900 --> 00:26:08,068
Rachel Kaye.

353
00:26:08,652 --> 00:26:10,112
<i>Kesedihan yang sama.</i>

354
00:26:40,184 --> 00:26:41,643
<i>Saya kenal wanita rambut perang muda ini.</i>

355
00:26:41,643 --> 00:26:42,895
<i>Melanie Matthews.</i>

356
00:26:42,895 --> 00:26:45,731
<i>Dulu dia ibu tiri Olivia
dan bintang rock terkenal juga.</i>

357
00:26:45,731 --> 00:26:46,857
STEP-HI
18 JANUARI 23

358
00:26:46,857 --> 00:26:48,150
<i>Tapi ini baru lagi.</i>

359
00:26:53,071 --> 00:26:53,947
<i>Mungkin dia tahu sesuatu.</i>

360
00:26:56,783 --> 00:26:58,076
<i>Step-Hi Lounge.</i>

361
00:26:59,036 --> 00:27:02,080
<i>Melanie tiada di rumah, jadi saya perlu
ke bar dalam gambar itu.</i>

362
00:27:04,208 --> 00:27:05,209
<i>Saya tahu tempat itu.</i>

363
00:27:06,793 --> 00:27:08,795
KOKTEL
STEP HI

364
00:27:21,266 --> 00:27:22,267
Siapa nama awak, kawan?

365
00:27:23,810 --> 00:27:26,271
- Carl.
- Carl. John.

366
00:27:26,855 --> 00:27:29,191
Selamat berkenalan, Carl.
Nama anjing pula?

367
00:27:29,900 --> 00:27:31,026
- Ini Wiley.
- Boleh saya...

368
00:27:31,818 --> 00:27:34,238
- Ya.
- Hei. Hei, Wiley.

369
00:27:36,073 --> 00:27:37,991
Hei, Carl, awak boleh tolong saya?

370
00:27:38,492 --> 00:27:39,868
Boleh tengokkan kereta saya?

371
00:27:39,868 --> 00:27:42,788
Saya akan bayar awak beberapa ratus dolar.

372
00:27:43,330 --> 00:27:44,790
Awak tak perlu buat apa-apa. Hanya...

373
00:27:48,627 --> 00:27:52,548
Kalau ada orang cuba curi
atau menghampiri kereta,

374
00:27:52,548 --> 00:27:54,967
awak cuma perlu... Ini telefon.

375
00:27:56,051 --> 00:27:57,678
Hubungi saya di nombor ini.

376
00:27:59,221 --> 00:28:00,556
Seratus dolar.

377
00:28:00,556 --> 00:28:03,267
Apabila saya keluar,
saya beri separuh lagi. Boleh?

378
00:28:03,767 --> 00:28:06,270
- Ya. Boleh.
- Okey. Bagus.

379
00:28:08,188 --> 00:28:10,315
- Hei, Wiley.
- Ia peramah.

380
00:28:11,984 --> 00:28:13,235
Awak baik, Carl.

381
00:28:24,204 --> 00:28:26,206
<i>Kita keemasan</i>

382
00:28:27,624 --> 00:28:30,627
<i>Aku di jalanan</i>

383
00:28:30,627 --> 00:28:33,714
<i>Seperti batu yang berpindah randah</i>

384
00:28:35,382 --> 00:28:41,513
<i>Ke jalan raya di malam hari
Aku bergerak seorang diri</i>

385
00:28:44,057 --> 00:28:46,518
<i>Awalnya, saya mahu anggap ia kebetulan,</i>

386
00:28:46,518 --> 00:28:48,812
<i>terjumpa wanita misteri Olivia
dengan begitu mudah.</i>

387
00:28:48,812 --> 00:28:52,274
<i>Tapi saya dapat rasakan dia boleh
dijumpai di sini setiap masa.</i>

388
00:28:52,816 --> 00:28:54,943
- Mahu minum apa?
- Sama macam dia.

389
00:28:55,569 --> 00:28:58,322
Bourbon tong tunggal
Willett Distillery, encik.

390
00:28:58,322 --> 00:29:00,782
Harganya 100 dolar segelas.

391
00:29:00,782 --> 00:29:03,035
Kosong. Air asing.
Saya akan bayarkan minuman dia juga.

392
00:29:03,035 --> 00:29:07,247
Baiknya awak, tapi dia tak suka
lelaki belanja dia minum.

393
00:29:07,789 --> 00:29:08,874
Saya hormat pendiriannya.

394
00:29:10,083 --> 00:29:11,084
Terima kasih.

395
00:29:14,922 --> 00:29:16,173
Sedapnya.

396
00:29:18,050 --> 00:29:21,929
Saya biasa minum scotch,
tapi minuman ini boleh mengubah saya.

397
00:29:22,471 --> 00:29:23,722
Pernah minum wiski rai?

398
00:29:25,015 --> 00:29:28,977
Rai terletak di antara keenakan wiski itu.

399
00:29:28,977 --> 00:29:31,647
Tidak. Saya dengar koboi
selalu pesan dalam filem barat.

400
00:29:31,647 --> 00:29:34,024
Contohnya,
"Pelayan, beri saya segelas rai."

401
00:29:34,024 --> 00:29:35,776
Tapi saya tak pernah cuba.

402
00:29:45,869 --> 00:29:47,538
- Melanie.
- John.

403
00:29:47,538 --> 00:29:49,039
Hei, Melanie.

404
00:29:50,999 --> 00:29:52,000
Mahu mabuk?

405
00:29:54,211 --> 00:29:55,879
Dia perlukan segelas minuman lagi.

406
00:29:58,090 --> 00:30:02,386
Kita minum sama banyak.
Saya dah mabuk tapi awak masih segar.

407
00:30:02,386 --> 00:30:06,723
Ya, saya ada metabolisme yang pelik.

408
00:30:07,224 --> 00:30:12,271
Badan saya memproses alkohol pada kadar
50 kali lebih cepat daripada biasa.

409
00:30:12,271 --> 00:30:15,774
Saya boleh minum setiap arak
yang ada di bar ini,

410
00:30:16,358 --> 00:30:19,111
- dan tetap takkan mabuk.
- Mahalnya.

411
00:30:19,111 --> 00:30:20,112
Boleh jadi.

412
00:30:22,364 --> 00:30:23,740
Kenapa minum?

413
00:30:25,367 --> 00:30:27,452
Mungkin saya suka sifat romantisnya.

414
00:30:29,037 --> 00:30:30,372
Ya.

415
00:30:31,623 --> 00:30:33,125
Saya belajar daripada filem.

416
00:30:34,585 --> 00:30:35,586
Saya suka filem.

417
00:30:36,128 --> 00:30:37,254
Saya suka fiksyen sains.

418
00:30:37,754 --> 00:30:38,964
Awak suka fiksyen sains?

419
00:30:38,964 --> 00:30:41,300
Ada filem tertentu yang awak suka?

420
00:30:41,300 --> 00:30:44,303
Filem fiksyen sains paling disukai...

421
00:30:44,303 --> 00:30:45,971
Berapa banyak soalan?

422
00:30:48,473 --> 00:30:50,517
Sekejap. Saya perlu fikir. Okey.

423
00:30:50,517 --> 00:30:54,104
Awak bukan si tak guna, teruk atau penipu.

424
00:30:54,104 --> 00:30:55,731
- Tidak. Kebanyakan...
- Bagaimana awak tahu? Kita baru jumpa.

425
00:30:55,731 --> 00:30:58,358
Kebanyakan lelaki begitu. Saya tahu.

426
00:30:58,358 --> 00:30:59,526
Awak tak begitu,

427
00:30:59,526 --> 00:31:04,907
tapi awak sembunyikan sesuatu.

428
00:31:05,782 --> 00:31:10,412
Awak ada rahsia dan suka memendam.

429
00:31:10,913 --> 00:31:14,541
Awak cuma berkongsi
dengan beberapa orang dipercayai.

430
00:31:14,541 --> 00:31:19,546
Bukan mudah mahu dapatkan kepercayaan itu.

431
00:31:30,807 --> 00:31:32,351
Awak mahu hantar saya balik?

432
00:31:34,061 --> 00:31:35,103
Tak mengapa.

433
00:31:38,607 --> 00:31:40,609
Hei, Carl. Terima kasih.

434
00:31:43,153 --> 00:31:45,614
Terima kasih sebab ingat nama saya,
En. Sugar.

435
00:31:45,614 --> 00:31:47,741
- John.
- John.

436
00:31:49,660 --> 00:31:51,453
Okey. Tunggu sekejap.

437
00:31:52,829 --> 00:31:53,914
Terima kasih.

438
00:31:53,914 --> 00:31:55,958
Wiley, terima kasih.

439
00:31:55,958 --> 00:31:58,335
- Ia suka awak.
- Saya pun suka ia.

440
00:31:59,837 --> 00:32:02,548
Seperti dijanjikan. Terima kasih, encik.

441
00:32:03,215 --> 00:32:04,508
Terima kasih, encik.

442
00:32:04,508 --> 00:32:05,592
En. Su... John.

443
00:32:05,592 --> 00:32:07,177
John.

444
00:32:07,761 --> 00:32:09,346
Hebat. Ini awak punya...

445
00:32:09,346 --> 00:32:10,848
Beginilah. Awak ambillah.

446
00:32:11,390 --> 00:32:14,726
Ya. Saya mahu awak cari tempat terbaik
untuk awak dan Wiley tidur malam ini.

447
00:32:16,061 --> 00:32:16,895
Okey?

448
00:32:17,479 --> 00:32:19,231
- Okey.
- Okey.

449
00:32:19,231 --> 00:32:20,399
Awak ada keluarga, Carl?

450
00:32:23,485 --> 00:32:26,113
Saya ada kakak di Milwaukee.

451
00:32:26,613 --> 00:32:29,366
- Siapa namanya?
- Sophie.

452
00:32:29,366 --> 00:32:30,951
- Sophie?
- Ya.

453
00:32:30,951 --> 00:32:33,996
Sophie. Dia tahu keadaan awak sekarang?

454
00:32:39,626 --> 00:32:43,338
Dia...

455
00:32:43,338 --> 00:32:46,425
Carl, saya mahu awak guna telefon itu
dan hubungi Sophie malam ini.

456
00:32:47,176 --> 00:32:49,136
Hubungi dia dan tanya
jika awak boleh bermalam.

457
00:32:49,136 --> 00:32:53,515
Okey? Beritahu dia hal sebenar.
Jangan ego.

458
00:32:54,224 --> 00:32:55,517
Walaupun awak gelandangan,

459
00:32:55,517 --> 00:32:57,603
awak tetap manusia macam kami semua.

460
00:32:57,603 --> 00:32:59,396
Nasib yang menimpa awak
boleh menimpa sesiapa saja.

461
00:33:00,814 --> 00:33:02,524
Awak boleh buat begitu?
Boleh hubungi Sophie malam ini?

462
00:33:04,026 --> 00:33:05,152
Ya.

463
00:33:05,944 --> 00:33:07,029
Hubungi dia malam ini.

464
00:33:07,529 --> 00:33:10,741
Kemudian hubungi saya esok. Saya
akan belikan tiket ke Milwaukee, okey?

465
00:33:12,701 --> 00:33:15,537
- Saya ada Wiley.
- Daftar ia sebagai anjing pembantu.

466
00:33:16,163 --> 00:33:20,375
Tiada masalah. Ia pun akan dapat tiket.
Saya janji. Setuju?

467
00:33:24,046 --> 00:33:25,923
Okey. Okey, baik.

468
00:33:25,923 --> 00:33:27,925
- Hei.
- Hei, tak mengapa. Mari sini.

469
00:33:28,592 --> 00:33:30,219
- Mari sini.
- Mari sini. Awak okey.

470
00:33:30,219 --> 00:33:32,095
- Kita akan ke Milwaukee.
- Ya, kamu akan pulang.

471
00:33:32,888 --> 00:33:34,056
Kita bercakap esok?

472
00:33:34,056 --> 00:33:35,933
- Saya akan hubungi esok, encik.
- Baiklah. Okey.

473
00:33:36,683 --> 00:33:38,852
Hei, terima kasih.

474
00:33:43,232 --> 00:33:44,233
Maaf.

475
00:33:45,150 --> 00:33:46,693
Saya rasa dia suka awak.

476
00:33:47,736 --> 00:33:48,737
Dia panggil awak sayang.

477
00:33:50,280 --> 00:33:51,281
Bukan, itu nama saya.

478
00:33:51,865 --> 00:33:53,158
Nama awak John Sugar?

479
00:33:53,909 --> 00:33:55,744
Ya, John Sugar.

480
00:33:56,870 --> 00:33:58,997
Okey. Saya takkan lupa.

481
00:34:03,669 --> 00:34:05,462
<i>Bila tarikh lahir awak, John Sugar?</i>

482
00:34:06,255 --> 00:34:07,422
<i>Dua September.</i>

483
00:34:07,422 --> 00:34:09,466
<i>Virgo? Saya dah agak.</i>

484
00:34:09,466 --> 00:34:12,427
<i>Saya suka Virgo. Jujur, setia dan baik.</i>

485
00:34:12,427 --> 00:34:15,472
<i>Apabila jumpa orang
yang lain daripada kita, kita tahu.</i>

486
00:34:15,472 --> 00:34:17,599
- <i>Awak tak berpura-pura.</i>
- <i>Betul?</i>

487
00:34:18,475 --> 00:34:19,560
<i>Saya dah agak.</i>

488
00:34:19,560 --> 00:34:22,603
<i>Tapi jauh di sudut hati, awak kesunyian.</i>

489
00:34:25,274 --> 00:34:30,152
Awak tiada isteri, anak atau rumah.

490
00:34:30,821 --> 00:34:32,906
Awak memilih untuk bersendirian.

491
00:34:36,534 --> 00:34:38,786
Tapi masih ada harapan untuk awak,
John Sugar.

492
00:34:40,539 --> 00:34:41,540
Betulkah?

493
00:34:52,634 --> 00:34:54,261
Rumah saya.

494
00:34:54,803 --> 00:34:56,304
Saya tak beritahu awak
tempat tinggal saya.

495
00:34:56,304 --> 00:34:58,807
- Awak beritahu. Di bar.
- Betul?

496
00:35:07,482 --> 00:35:08,650
Selamat malam.

497
00:35:08,650 --> 00:35:12,988
Boleh awak masuk dan pastikan
tiada siapa mahu rogol atau bunuh saya?

498
00:35:12,988 --> 00:35:14,072
Okey.

499
00:35:27,920 --> 00:35:29,213
Tiada sesiapa. Awak selamat.

500
00:35:29,963 --> 00:35:32,674
Saya jumpa botol rai.
Mahu minum sebelum balik?

501
00:35:33,675 --> 00:35:34,676
Saya penat.

502
00:35:35,886 --> 00:35:39,556
Jangan begitu. Awak takkan mabuk.
Tiada masalah, bukan?

503
00:35:42,184 --> 00:35:44,019
Bagaimana kalau awak ditahan polis?

504
00:35:46,355 --> 00:35:49,816
Alkohol akan kekal
dalam darah awak, bukan?

505
00:35:51,318 --> 00:35:53,111
Saya akan baik-baik saja.

506
00:35:55,072 --> 00:35:57,324
Awak patut berjaga-jaga.

507
00:35:58,534 --> 00:36:00,327
Saya rasa awak patut bermalam di sini.

508
00:36:01,495 --> 00:36:02,538
Malam ini tak boleh, Melanie.

509
00:36:02,538 --> 00:36:03,997
Saya yakin awak hebat bercium.

510
00:36:06,542 --> 00:36:07,876
Malam ini tak boleh, Melanie.

511
00:36:07,876 --> 00:36:09,336
Kenapa tak boleh?

512
00:36:09,336 --> 00:36:11,213
Sebab awak mabuk dan saya tidak.

513
00:36:11,713 --> 00:36:13,131
Tapi saya mahu awak bermalam.

514
00:36:15,676 --> 00:36:17,594
Ada seperkara lagi tentang lelaki Virgo.

515
00:36:18,720 --> 00:36:23,267
Mereka amat sepadan dengan wanita Taurus,
terutamanya berkaitan seks.

516
00:36:25,269 --> 00:36:26,520
Bintang saya Taurus.

517
00:36:27,855 --> 00:36:32,025
Bintang saya Taurus.

518
00:36:41,743 --> 00:36:43,245
Awak mabuk. Saya tidak.

519
00:36:45,706 --> 00:36:46,790
Okey, suka hati awaklah.

520
00:36:48,625 --> 00:36:50,002
<i>Salah saya.</i>

521
00:36:50,002 --> 00:36:51,753
<i>Saya tak sedar terlalu banyak minum wiski.</i>

522
00:36:53,380 --> 00:36:55,507
<i>Saya takkan dapat banyak maklumat
daripada Melanie malam ini.</i>

523
00:36:59,845 --> 00:37:02,306
<i>Selain dia wanita lucu berbintang Taurus
dan ada kolam renang.</i>

524
00:37:03,682 --> 00:37:04,892
<i>Serta kesunyian.</i>

525
00:37:06,518 --> 00:37:07,519
<i>Saya suka dia.</i>

526
00:37:10,439 --> 00:37:13,358
<i>Tapi, ya, jawapan perlu tunggu.</i>

527
00:37:16,028 --> 00:37:17,613
Filem yang hebat.

528
00:37:25,871 --> 00:37:26,872
Selamat malam, Melanie.

529
00:37:50,229 --> 00:37:53,148
Jangan ekori saya lagi, Kenny, okey?
Awak tak pandai mengintip.

530
00:37:53,148 --> 00:37:56,401
Saya boleh nampak awak dari jauh.
Berbelas kilometer.

531
00:37:56,401 --> 00:37:59,780
Saya bermalam di Del Corazon.

532
00:38:00,656 --> 00:38:02,658
Itu saja awak patut beritahu Davy.

533
00:38:03,492 --> 00:38:07,204
Apabila dia tahu itu betul,
dia akan fikir awak hebat.

534
00:38:07,204 --> 00:38:08,288
Ambil.

535
00:38:10,916 --> 00:38:12,417
Sekarang, pergi.

536
00:38:15,796 --> 00:38:19,383
<i>Kenapa dia suruh orang ekori saya?
Apa salah saya?</i>

537
00:38:23,387 --> 00:38:24,638
<i>Saya orang baik.</i>

538
00:38:26,014 --> 00:38:29,268
<i>Tapi sejujurnya, di sini,
baik dan jahat itu subjektif.</i>

539
00:38:30,561 --> 00:38:33,063
<i>Saya rasa Davy Siegel
tak anggap saya baik.</i>

540
00:38:35,691 --> 00:38:39,111
<i>Orang fikir LA bandar yang meriah,
tapi sebenarnya tidak.</i>

541
00:38:40,195 --> 00:38:41,196
<i>Selepas tengah malam,</i>

542
00:38:41,947 --> 00:38:45,868
<i>selain golongan muda kaki kelab
atau kaki mabuk di Hollywood,</i>

543
00:38:45,868 --> 00:38:47,202
<i>yang lain masuk tidur.</i>

544
00:38:47,995 --> 00:38:49,538
<i>Tiada siapa memerhati.</i>

545
00:38:50,831 --> 00:38:52,958
<i>Kita boleh datang dan pergi sesuka hati.</i>

546
00:38:52,958 --> 00:38:54,209
PADANAN DISAHKAN

547
00:39:08,974 --> 00:39:10,767
<i>Kadangkala tempat
seseorang pernah kunjungi</i>

548
00:39:10,767 --> 00:39:12,769
<i>ialah cara terbaik untuk tahu
ke mana mereka telah pergi.</i>

549
00:39:44,551 --> 00:39:45,552
<i>Siapa ini?</i>

550
00:39:47,262 --> 00:39:48,639
<i>Nampak kuat.</i>

551
00:39:49,431 --> 00:39:52,017
<i>Penunggang motosikal.
Samseng. Lebih kurang begitu.</i>

552
00:39:52,017 --> 00:39:53,769
SEDIA UNTUK MENGIMBAS

553
00:39:53,769 --> 00:39:55,354
MENGIMBAS...

554
00:39:55,354 --> 00:39:57,814
<i>Boleh jadi lebih teruk.
Boleh jadi ini Olivia.</i>

555
00:39:57,814 --> 00:39:58,941
IMBASAN DISIMPAN

556
00:39:58,941 --> 00:40:01,485
<i>Ya, tapi saya perlu siasat
identitinya dengan cepat,</i>

557
00:40:02,194 --> 00:40:04,821
<i>jika tidak, saya dapat rasakan
selepas ini akan jumpa mayat Olivia.</i>

558
00:40:09,326 --> 00:40:13,580
<i>Pelik, setelah sekian lama,
saya hampir dapat biasakan diri.</i>

559
00:40:14,957 --> 00:40:15,999
<i>Hampir.</i>

560
00:40:27,177 --> 00:40:28,637
<i>Keganasan ini.</i>

561
00:40:31,223 --> 00:40:33,433
<i>Setelah lama melakukan kerja ini,
saya sudah dapat jangkanya.</i>

562
00:40:40,941 --> 00:40:42,860
<i>Saya tahu apa ia katakan tentang dunia,</i>

563
00:40:44,194 --> 00:40:46,321
- <i>tapi apa katanya tentang saya?</i>
- Selamat petang, encik.

564
00:40:47,531 --> 00:40:50,242
En. Sugar. Gembira dapat jumpa encik lagi.

565
00:40:50,242 --> 00:40:51,827
Terima kasih, Clinton.
Gembira dapat kembali.

566
00:40:51,827 --> 00:40:54,788
Banglo encik sedang menanti
dan segalanya sama macam encik suka.

567
00:40:54,788 --> 00:40:56,874
- Encik lapar?
- Ya.

568
00:40:56,874 --> 00:41:00,043
Saya akan beritahu cef. Tentu dia akan
buat sesuatu yang istimewa untuk encik.

569
00:41:00,043 --> 00:41:02,296
Awak tahu apa saya mahu.
Clinton, hampir terlupa.

570
00:41:02,296 --> 00:41:03,922
Ada beg pakaian dalam but kereta saya.

571
00:41:04,464 --> 00:41:05,674
Saya akan uruskan.

572
00:42:01,355 --> 00:42:02,356
Terima kasih.

573
00:42:06,026 --> 00:42:07,027
Selamat malam.

574
00:42:25,796 --> 00:42:26,964
Consuelo.

575
00:42:26,964 --> 00:42:29,341
Selamat petang, En. Sugar.
Boleh saya masuk?

576
00:42:29,341 --> 00:42:32,636
Ya, silakan. Seronok dapat jumpa awak.

577
00:42:35,222 --> 00:42:38,642
- Apa khabar Jorge dan anak-anak?
- Mereka sihat, encik, terima kasih.

578
00:42:38,642 --> 00:42:41,436
- Bagus.
- Oh, ya.

579
00:42:41,436 --> 00:42:43,730
Surat ini sampai sebentar tadi.

580
00:42:44,982 --> 00:42:47,192
- Selamat malam.
- Selamat malam.

581
00:42:59,913 --> 00:43:01,582
{\an8}PERSATUAN POLIGLOT KOSMOPOLITAN

582
00:43:01,582 --> 00:43:03,083
{\an8}<i>Parti.</i>

583
00:43:04,001 --> 00:43:05,127
{\an8}<i>Parti.</i>

584
00:43:08,130 --> 00:43:10,174
<i>Mungkin seronok juga
dapat jumpa semua orang.</i>

585
00:43:12,634 --> 00:43:17,264
<i>"Kalau seronok dapat berjumpa,
kenapa awak selalu mengelak?"</i>

586
00:43:17,973 --> 00:43:19,474
<i>ialah soalan yang boleh ditanya.</i>

587
00:43:23,478 --> 00:43:25,856
<i>Saya boleh jawab kalau tak sibuk bekerja.</i>

588
00:43:26,648 --> 00:43:29,276
RACHEL KAYE: "FILEM PARIAH
IALAH PENGALAMAN TERHEBAT BAGI SAYA"

589
00:43:37,201 --> 00:43:39,786
<i>Saya cuba pukul dia, tapi dia pegang saya.</i>

590
00:43:39,786 --> 00:43:40,996
<i>Dia sangat kuat.</i>

591
00:43:42,039 --> 00:43:43,540
<i>Sangat kuat.</i>

592
00:43:45,626 --> 00:43:47,544
<i>Apabila dia cuba cium saya,
saya gigit dia.</i>

593
00:43:48,337 --> 00:43:50,172
<i>Ketika itulah dia cekik saya</i>

594
00:43:50,964 --> 00:43:52,758
<i>dan cakap,
"Saya akan dapat apa saya mahu."</i>

595
00:43:52,758 --> 00:43:53,926
<i>Dia pelakon hebat.</i>

596
00:43:55,135 --> 00:43:57,804
<i>Saya terbaring saja
dan biarkan dia berseronok.</i>

597
00:43:58,847 --> 00:44:02,684
<i>Apa patut saya buat?
Bertukar menjadi Wonder Woman?</i>

598
00:44:02,684 --> 00:44:04,436
<i>Pilihan bahan yang menarik.</i>

599
00:44:04,436 --> 00:44:07,731
<i>Saya tak boleh. Saya tak bertukar.</i>

600
00:44:08,273 --> 00:44:09,483
<i>Perempuan kuat.</i>

601
00:44:09,983 --> 00:44:11,610
KEMATIAN RACHEL KAYE

602
00:44:17,157 --> 00:44:19,993
PELAKON RACHEL KAYE
MATI DALAM KEMALANGAN KERETA

603
00:44:26,083 --> 00:44:27,376
KEMALANGAN MAUT

604
00:44:27,376 --> 00:44:28,377
ANAK PEREMPUAN, OLIVIA.

605
00:44:32,923 --> 00:44:34,591
OLIVIA SIEGEL
PELAKON

606
00:44:38,136 --> 00:44:40,264
<i>Saya cuba pukul dia, tapi dia pegang saya.</i>

607
00:44:40,264 --> 00:44:41,890
<i>Dia sangat kuat.</i>

608
00:44:43,100 --> 00:44:45,602
<i>Apabila dia cuba cium saya,
saya gigit dia.</i>

609
00:44:47,521 --> 00:44:50,232
<i>Ketika itulah dia cuba cekik saya</i>

610
00:44:50,232 --> 00:44:53,819
<i>dan cakap,
"Saya akan dapat apa saya mahu."</i>

611
00:44:53,819 --> 00:44:56,154
<i>Mengikut jejak langkah ibunya.</i>

612
00:44:56,154 --> 00:45:00,033
<i>Dua wanita kuat melawan semula,
atau cuba melawan.</i>

613
00:45:00,033 --> 00:45:01,785
<i>Apa patut saya buat?</i>

614
00:45:01,785 --> 00:45:02,995
<i>Apa ini?</i>

615
00:45:04,454 --> 00:45:09,835
<i>Menjadi Wonder Woman?
Saya tak bertukar. Tak boleh.</i>

616
00:45:12,546 --> 00:45:14,464
- <i>Rachel.</i>
- <i>Saya terbaring...</i>

617
00:45:15,132 --> 00:45:16,216
<i>Siapa ambil gambar ini?</i>

618
00:45:16,216 --> 00:45:19,845
<i>...untuk biarkan dia berseronok.</i>

619
00:45:21,555 --> 00:45:24,766
- <i>Mungkin saya mahukannya.</i>
- <i>Kenapa Olivia ada gambar ini?</i>

620
00:45:24,766 --> 00:45:26,310
<i>Itu maksud awak?</i>

621
00:45:28,812 --> 00:45:30,063
<i>Sekejap.</i>

622
00:45:31,899 --> 00:45:33,317
<i>Mungkin saya patut...</i>

623
00:45:34,526 --> 00:45:35,611
<i>Sekejap.</i>

624
00:45:35,611 --> 00:45:38,989
<i>Saya patut baring.</i>

625
00:46:49,768 --> 00:46:51,228
<i>Saya perlu.</i>

626
00:47:03,991 --> 00:47:05,367
<i>Saya perlu...</i>

627
00:47:15,460 --> 00:47:17,045
<i>cari Olivia.</i>

628
00:47:22,551 --> 00:47:24,136
<i>Saya perlu.</i>

629
00:47:29,975 --> 00:47:31,268
<i>Saya perlu.</i>

630
00:47:37,274 --> 00:47:38,817
<i>Saya perlu.</i>

631
00:48:45,050 --> 00:48:47,052
Terjemahan sari kata oleh Hamizah

