1
00:01:09,069 --> 00:01:10,612
<i>Tak dapat tidur lena.</i>

2
00:01:13,615 --> 00:01:14,741
<i>Mimpi ngeri.</i>

3
00:01:21,540 --> 00:01:23,500
<i>Bukan saya saja begitu kebelakangan ini.</i>

4
00:01:28,255 --> 00:01:29,882
<i>Tapi Wiley nampak cukup rehat.</i>

5
00:01:39,892 --> 00:01:41,226
- <i>Helo.</i>
- Selamat pagi.

6
00:01:41,977 --> 00:01:43,687
Selamat pagi. Semua okey?

7
00:01:44,271 --> 00:01:48,358
Ya. Saya hubungi untuk tanya khabar
dan ucap selamat pagi.

8
00:01:48,358 --> 00:01:50,319
Terima kasih. Selamat pagi.

9
00:01:51,320 --> 00:01:53,864
- Apa khabar anjing awak?
- Ia bukan anjing saya, okey?

10
00:01:53,864 --> 00:01:58,827
Ia cuma anjing. Ia anjing yang
berdengkur dan menendang semasa tidur.

11
00:01:58,827 --> 00:02:01,413
Jadi ia... Malangnya, ia...

12
00:02:03,081 --> 00:02:04,082
Apa perkataan sesuai?

13
00:02:05,167 --> 00:02:09,670
<i>Unhaltbar</i>? <i>Okungaphatheki?</i>

14
00:02:09,670 --> 00:02:11,006
Tak boleh dipertahan.

15
00:02:11,006 --> 00:02:13,091
Betul. Ya, ia anjing
yang tak boleh dipertahan.

16
00:02:15,761 --> 00:02:17,095
Saya perlu bekerja,

17
00:02:17,095 --> 00:02:19,848
tapi saya nak tanya, awak tahu apa-apa?

18
00:02:20,349 --> 00:02:21,517
<i>Tentang gadis Siegel itu?</i>

19
00:02:21,517 --> 00:02:22,643
Ya.

20
00:02:22,643 --> 00:02:25,020
<i>Maksud awak, sejak awak
hubungi saya empat jam lalu?</i>

21
00:02:25,020 --> 00:02:27,523
Tidak, saya tak dapat apa-apa berita.

22
00:02:28,190 --> 00:02:33,153
Okey. Baguslah.
Nanti kita berbual lagi. Terima kasih...

23
00:02:33,153 --> 00:02:36,490
Sugar, saya akan katakannya lagi.
Saya tak suka awak ambil kes ini.

24
00:02:38,450 --> 00:02:39,451
Saya tahu.

25
00:02:43,372 --> 00:02:47,709
<i>Kenapa dia asyik cakap begitu?
Apa yang dia risaukan?</i>

26
00:02:48,335 --> 00:02:50,295
<i>Maksud saya, selain dadah dan mimpi ngeri,</i>

27
00:02:50,295 --> 00:02:51,797
<i>dan kadangkala tangan saya menggeletar,</i>

28
00:02:52,548 --> 00:02:53,549
<i>saya okey.</i>

29
00:02:54,883 --> 00:02:56,885
<i>Satu lagi hari indah di California.</i>

30
00:03:02,349 --> 00:03:03,433
<i>Hei, puas saya telefon awak.</i>

31
00:03:03,433 --> 00:03:06,603
Maaf. Saya perlu tidur.
Saya matikan telefon. Kenapa?

32
00:03:06,603 --> 00:03:08,188
<i>Malam semalam, ada lelaki...</i>

33
00:03:10,148 --> 00:03:13,569
<i>Maaf. Saya sedang buat sarapan.
Ada lelaki datang</i>

34
00:03:13,569 --> 00:03:15,529
- <i>bertanyakan Carmen dan awak.</i>
- <i>Alamak!</i>

35
00:03:15,529 --> 00:03:17,030
<i>Saya tak cakap apa-apa.
Saya pura-pura tak tahu.</i>

36
00:03:17,030 --> 00:03:18,282
<i>"Saya tak tahu apa-apa tentang adik saya</i>

37
00:03:18,282 --> 00:03:19,616
- <i>dan halnya." Betul?</i>
- Okey.

38
00:03:19,616 --> 00:03:21,451
<i>Saya rasa mereka tak percayakan saya.</i>

39
00:03:21,451 --> 00:03:23,203
<i>Maaf sebab ganggu awak,
tapi anak-anak saya di sini</i>

40
00:03:23,203 --> 00:03:25,497
<i>dan lelaki itu menakutkan saya.</i>

41
00:03:25,497 --> 00:03:27,457
- Tak mengapa. Saya akan ke sana.
- <i>Okey.</i>

42
00:03:33,589 --> 00:03:34,423
Serius?

43
00:03:35,007 --> 00:03:36,008
Saya tak sengaja.

44
00:03:41,638 --> 00:03:44,808
Bagus, Teresa. Sangat bagus.

45
00:03:54,151 --> 00:03:56,445
Hei. Awak okey?

46
00:03:56,445 --> 00:03:58,488
Saya minta maaf. Saya tak ada pilihan.

47
00:03:59,948 --> 00:04:04,161
Itu pun dia. Akhirnya. Melanie Matthews.

48
00:04:11,126 --> 00:04:13,128
<i>Charlie kawan lama
dan saya suka bekerja dengannya.</i>

49
00:04:14,421 --> 00:04:15,255
<i>Ya.</i>

50
00:04:16,173 --> 00:04:17,716
<i>Orang awam, tapi saya percaya dia.</i>

51
00:04:17,716 --> 00:04:19,134
<i>Tadi saya mandi.</i>

52
00:04:19,968 --> 00:04:20,969
Ada apa?

53
00:04:22,221 --> 00:04:23,263
Di mana?

54
00:04:23,263 --> 00:04:24,681
Okey. Saya akan ke sana.

55
00:04:24,681 --> 00:04:27,267
<i>Sekarang, dia mengekori Melanie Matthews.</i>

56
00:04:27,267 --> 00:04:29,895
<i>Saya tak fikir Melanie
dalang kehilangan Olivia.</i>

57
00:04:30,479 --> 00:04:32,314
<i>Tapi selepas berjumpa dia semalam,
saya sedar</i>

58
00:04:32,314 --> 00:04:34,066
{\an8}<i>dia tahu banyak daripada
yang dia tunjukkan.</i>

59
00:04:34,066 --> 00:04:36,485
- Hei. Sugar ada anjing?
- Hei, Charlie.

60
00:04:36,985 --> 00:04:40,447
Bukan anjing saya.
Sudah berapa lama dia di dalam?

61
00:04:41,490 --> 00:04:42,658
Lapan setengah minit.

62
00:04:43,242 --> 00:04:44,618
Bagaimana keadaannya? Bagaimana rupanya?

63
00:04:45,118 --> 00:04:47,496
Entahlah, Suge.
Dia macam perempuan biasa yang memandu

64
00:04:47,496 --> 00:04:49,081
dari satu tempat ke tempat lain.

65
00:04:49,081 --> 00:04:52,668
- Awak fikir Olivia Siegel ada di dalam?
- Saya tak tahu siapa di dalam, Charlie.

66
00:04:53,919 --> 00:04:55,879
Nampak trak F-150 baharu itu?

67
00:04:55,879 --> 00:04:57,756
- Ya.
- Cantik, bukan?

68
00:04:58,340 --> 00:05:00,384
Terlalu cantik untuk kejiranan ini.

69
00:05:00,384 --> 00:05:03,303
Nampak trak di seberang jalan itu?
Trak sama, F-150.

70
00:05:03,303 --> 00:05:05,180
Nampak orang menakutkan
yang duduk di depan?

71
00:05:05,180 --> 00:05:07,641
Dia tak dengar muzik dan main telefon.
Matanya fokus.

72
00:05:08,141 --> 00:05:10,227
Ya. Dia sedang bekerja.

73
00:05:11,895 --> 00:05:12,896
Saya tak suka.

74
00:05:13,730 --> 00:05:14,857
Saya akan pergi siasat.

75
00:05:15,357 --> 00:05:17,234
Kalau saya tak kembali
dalam masa 10 minit?

76
00:05:18,443 --> 00:05:21,280
Faham. Saya akan hantar
nombor plat mereka kepada Ruby.

77
00:05:21,280 --> 00:05:22,364
Okey.

78
00:05:25,659 --> 00:05:27,953
Saya katakan sekali lagi, saya tak tahu.

79
00:05:28,620 --> 00:05:30,372
- Okey.
- Tapi memandangkan kawan awak Clifford

80
00:05:30,372 --> 00:05:33,458
lelaki tak guna, pukul isteri
dan daripada yang saya lihat...

81
00:05:33,458 --> 00:05:36,670
suspek utama dalam kes bunuh adik Teresa,

82
00:05:36,670 --> 00:05:38,755
kalau saya tahu lokasi dia,

83
00:05:38,755 --> 00:05:42,551
saya akan beritahu polis
sebelum kamu tanya saya.

84
00:05:44,178 --> 00:05:45,304
Saya rasa awak menipu.

85
00:05:45,804 --> 00:05:46,972
Saya betul-betul tak tahu.

86
00:05:46,972 --> 00:05:49,516
Oh, Tuhan. Saya tak boleh...
Ayuh cuba cara lain.

87
00:05:50,017 --> 00:05:52,060
<i>Vasquez, seperti Carmen.</i>

88
00:05:52,060 --> 00:05:54,563
Budak sarapan, boleh bawakan...

89
00:05:56,481 --> 00:05:58,066
<i>Olivia berkait dengan Carmen Vasquez</i>

90
00:05:58,066 --> 00:06:00,903
<i>berkait dengan Clifford Carter
berkait dengan Melanie...</i>

91
00:06:01,403 --> 00:06:05,240
Tidak, saya faham. Memang masuk akal. Ia...

92
00:06:05,240 --> 00:06:08,243
Saya faham logiknya,

93
00:06:09,995 --> 00:06:15,751
<i>tapi yang tak logiknya,
menurut gerak hati...</i>

94
00:06:19,213 --> 00:06:22,007
<i>...berkait dengan
sesiapa saja di tingkat atas,</i>

95
00:06:22,508 --> 00:06:23,800
- <i>jadi...</i>
- Tak guna.

96
00:06:25,677 --> 00:06:27,596
<i>Jangan sekarang. Saya perlu pergi.</i>

97
00:06:27,596 --> 00:06:28,972
<i>Jangan sekarang.</i>

98
00:06:28,972 --> 00:06:32,684
Saya rasa awak menipu,
tapi saya tak betul-betul yakin

99
00:06:32,684 --> 00:06:35,270
sebab kata-kata awak ada logiknya.

100
00:06:38,857 --> 00:06:43,862
Jadi, kami akan masukkan tangan
kawan awak Teresa ke dalam pengisar...

101
00:06:43,862 --> 00:06:45,447
Jangan sekarang.

102
00:06:46,490 --> 00:06:47,783
- ...hidupkan...
- Apa?

103
00:06:47,783 --> 00:06:49,826
- ...dan, tengok apa jadi.
- Apa?

104
00:06:57,084 --> 00:06:59,002
<i>Tentulah awak akan menjerit. Kami tahu.</i>

105
00:06:59,002 --> 00:07:00,546
- Anak-anak akan dengar jeritan awak...
- Tolong, jangan.

106
00:07:00,546 --> 00:07:03,006
<i>...dan mula menangis.</i>

107
00:07:03,006 --> 00:07:05,342
- Tapi apa awak akan buat?
- Jangan.

108
00:07:05,342 --> 00:07:09,304
Apa awak akan katakan tentang Cliff?

109
00:07:09,888 --> 00:07:13,141
Itu yang saya nak tahu.

110
00:07:13,141 --> 00:07:14,518
Ayuh.

111
00:07:14,518 --> 00:07:15,769
Mari kita lihat.

112
00:07:15,769 --> 00:07:18,021
- Tidak! Tolong!
- Okey! Oh, Tuhan, saya akan beritahu!

113
00:07:19,481 --> 00:07:20,524
- Saya tahu.
- Tidak!

114
00:07:23,944 --> 00:07:25,070
Jangan!

115
00:07:26,321 --> 00:07:27,573
Teresa, buka!

116
00:07:29,241 --> 00:07:30,617
Teresa, buka pintu!

117
00:07:31,618 --> 00:07:35,038
Teresa, saya tahu awak ada di rumah.
Saya boleh dengar. Buka pintu. Cepat.

118
00:07:35,622 --> 00:07:36,832
Lebih ramai, lebih meriah.

119
00:07:36,832 --> 00:07:38,333
Cepat, Teresa.

120
00:07:41,086 --> 00:07:42,379
Kita dah bincang, Teresa.

121
00:07:42,379 --> 00:07:43,589
Kalau saya tekan loceng, awak jawab.

122
00:07:43,589 --> 00:07:46,175
Maaf tak buka pintu.
Kami sedang buat <i>smoothie.</i>

123
00:07:46,175 --> 00:07:47,676
Siapa mereka?

124
00:07:47,676 --> 00:07:48,844
Siapa awak, kawan?

125
00:07:48,844 --> 00:07:51,013
Pertama, saya bukan kawan awak.
Saya pegawai mahkamah.

126
00:07:51,013 --> 00:07:52,556
Kedua, Teresa Vasquez pesalah percubaan.

127
00:07:52,556 --> 00:07:53,974
Awak pegawai percubaannya?

128
00:07:53,974 --> 00:07:55,934
Bersepahnya rumah. Apa awak nak buat?

129
00:07:55,934 --> 00:07:58,395
Awak lupa Khidmat Perlindungan Kanak-kanak
akan datang sejam lagi?

130
00:07:58,395 --> 00:08:01,940
Awak lupa awak ada janji temu.
Awak lupa. Bagus.

131
00:08:01,940 --> 00:08:05,319
Okey. Keluar, semua. Cepat.
Keluar. Kamu semua, keluar.

132
00:08:05,319 --> 00:08:07,029
Awak tunggu dan tolong dia kemas. Keluar!

133
00:08:07,029 --> 00:08:08,655
Saya akan siasat kad pengenalan kamu

134
00:08:08,655 --> 00:08:10,365
dan cari jika kamu melanggar parol.

135
00:08:10,365 --> 00:08:13,285
Keluar! Cepat. Pergi.
Keluar, kawan. Keluar.

136
00:08:13,285 --> 00:08:14,453
Tidak. Tak nak.

137
00:08:14,453 --> 00:08:16,163
"Tidak, tak nak" apa? Keluar!

138
00:08:16,163 --> 00:08:19,249
Sut dan jam tangan begitu? Tak mungkin.

139
00:08:19,249 --> 00:08:24,671
Pegawai percubaan sebenar
boleh bekerja seumur hidup

140
00:08:24,671 --> 00:08:26,006
dan tetap tak mampu beli semua itu.

141
00:08:26,006 --> 00:08:27,090
Awak suka sut ini?

142
00:08:28,967 --> 00:08:30,427
Apa kata awak beritahu siapa awak, rakan?

143
00:08:32,221 --> 00:08:36,725
<i>Saya berminat. Tapi apa jadi kalau...</i>

144
00:08:38,769 --> 00:08:39,645
Apa?

145
00:08:40,270 --> 00:08:41,522
<i>Itu Charlie.</i>

146
00:08:42,356 --> 00:08:43,357
Apa?

147
00:08:46,401 --> 00:08:47,611
Biar betul?

148
00:08:48,195 --> 00:08:49,112
Awak ikut saya.

149
00:08:50,697 --> 00:08:52,533
- Jangan ke mana-mana.
- Okey.

150
00:08:55,410 --> 00:08:56,411
Duduk.

151
00:09:02,125 --> 00:09:04,545
- Ambil anak-anak.
- Apa semua ini, Sugar?

152
00:09:04,545 --> 00:09:05,754
Saya faham.

153
00:09:12,135 --> 00:09:14,221
Saya suruh awak jaga trak ini
seolah-olah ia ibu awak.

154
00:09:14,221 --> 00:09:15,347
Saya tahu.

155
00:09:15,347 --> 00:09:16,431
Tak guna.

156
00:09:19,226 --> 00:09:20,227
- Terima kasih.
- Okey.

157
00:09:20,727 --> 00:09:24,439
- Okey, Charlie. Bawa mereka pergi.
- Baik. Hei, bagaimana dengan anjing ini?

158
00:09:30,195 --> 00:09:31,446
Bos.

159
00:09:35,033 --> 00:09:36,034
Ini helah.

160
00:09:41,248 --> 00:09:42,249
Hubungi Manny.

161
00:09:47,754 --> 00:09:48,755
Tak jawab.

162
00:09:55,179 --> 00:09:57,097
- Okey. Kita perlu pergi.
- Apa?

163
00:09:57,097 --> 00:09:58,182
Kita perlu pergi.

164
00:10:01,101 --> 00:10:02,978
Tak sangka awak ekori saya.

165
00:10:04,980 --> 00:10:06,899
Ayuh. Masuk. Bagus.

166
00:10:09,026 --> 00:10:10,652
Jangan takut. Saya pegang.

167
00:10:26,543 --> 00:10:29,463
Helo, orang asing. Kejutan yang indah.

168
00:10:32,341 --> 00:10:34,134
Saya harap awak tak kisah
saya datang begini.

169
00:10:36,345 --> 00:10:37,554
Mengejut.

170
00:10:38,180 --> 00:10:39,473
Saya tak kisah.

171
00:10:41,099 --> 00:10:42,309
Awak nak masuk?

172
00:10:46,730 --> 00:10:47,773
Saya perlukan pertolongan.

173
00:10:50,901 --> 00:10:52,069
Saya tahu.

174
00:10:56,698 --> 00:11:03,539
John Steven Sugar, lahir 2 September 1976
di Chagrin Falls, Ohio.

175
00:11:04,414 --> 00:11:07,918
Dua beradik. Bapanya juruelektrik.

176
00:11:07,918 --> 00:11:11,922
Mati semasa John 12 tahun.
Ibunya, pesara guru.

177
00:11:11,922 --> 00:11:15,717
Okey. Budak bijak.

178
00:11:15,717 --> 00:11:17,970
Dapat gred bagus di sekolah awam.

179
00:11:17,970 --> 00:11:20,639
Pelajar cemerlang di Vassar.
Kemudian, bahagian ini menarik...

180
00:11:20,639 --> 00:11:23,308
dia sertai DLI di Monterey.

181
00:11:23,308 --> 00:11:25,727
Itu sekolah bahasa Tentera.
Kursus kilat yang amat menyeluruh.

182
00:11:25,727 --> 00:11:28,856
Bahasa Rusia, Sepanyol, Urdu
dan sebagainya.

183
00:11:28,856 --> 00:11:31,608
Ambil masa bertahun-tahun untuk dipelajari
tapi peserta belajar berminggu saja.

184
00:11:31,608 --> 00:11:32,818
Biar betul?

185
00:11:33,318 --> 00:11:35,279
- Siapa belajar di situ?
- Ramai orang.

186
00:11:35,279 --> 00:11:38,365
Pegawai tentera,
bakal pegawai Jabatan Negara,

187
00:11:38,365 --> 00:11:40,367
- bakal diplomat asing.
- Bakal perisik?

188
00:11:41,243 --> 00:11:44,454
Ya. Siapa lelaki ini, Kenny?

189
00:11:44,454 --> 00:11:45,831
Siasat lagi.

190
00:11:47,833 --> 00:11:49,543
Mujur awak tak apa-apa.

191
00:11:51,003 --> 00:11:52,212
Mujur awak tak cedera.

192
00:11:57,259 --> 00:11:58,760
Awak perlu beritahu saya hal sebenar.

193
00:12:00,220 --> 00:12:01,221
Apa awak buat di sana?

194
00:12:02,014 --> 00:12:03,015
Bagaimana awak kenal Teresa?

195
00:12:09,313 --> 00:12:10,856
Saya sukarelawan di pusat perlindungan.

196
00:12:11,356 --> 00:12:15,527
Saya buat kerja sukarela, bantu wanita
keluar daripada hubungan mendera emosi.

197
00:12:15,527 --> 00:12:19,781
Dulu, saya bantu Teresa lari daripada
suaminya yang ganas.

198
00:12:20,532 --> 00:12:24,203
Kemudian sebulan lalu,
adiknya Carmen hubungi saya.

199
00:12:24,912 --> 00:12:28,498
Mereka berdua baik.
Tapi salah pilih lelaki.

200
00:12:29,666 --> 00:12:33,504
Ketika itu Olivia tolong saya. Dia suka.

201
00:12:33,504 --> 00:12:35,756
Ia buatkan dia tenang,
macam yang saya alami.

202
00:12:35,756 --> 00:12:38,425
Buatkan kita lupakan masalah peribadi
dan isu kita.

203
00:12:39,301 --> 00:12:42,804
Dia sayang Carmen. Mereka jadi rapat.

204
00:12:42,804 --> 00:12:45,807
Sepanjang masa itu,
Olivia tak guna dadah? Dia...

205
00:12:45,807 --> 00:12:46,934
Dia tak ketagihan.

206
00:12:47,434 --> 00:12:48,477
Sehinggalah...

207
00:12:49,561 --> 00:12:52,147
...apa? Apa jadi? Ada sesuatu terjadi.

208
00:12:54,983 --> 00:12:57,236
Malam itu, dia hubungi saya
dari rumah Carmen.

209
00:12:58,779 --> 00:13:00,155
Dia sangat takut.

210
00:13:05,577 --> 00:13:06,578
Tak bagus.

211
00:13:08,830 --> 00:13:10,624
Carmen tak jawab

212
00:13:10,624 --> 00:13:11,875
semasa saya hubungi.

213
00:13:13,001 --> 00:13:14,461
<i>Jadi saya putuskan untuk datang.</i>

214
00:13:14,461 --> 00:13:16,421
Saya nampak darah dan dia...

215
00:13:17,714 --> 00:13:19,842
Carmen, dia...

216
00:13:19,842 --> 00:13:23,679
Jadi saya hubungi polis.
Saya sedang mendail.

217
00:13:23,679 --> 00:13:25,264
Tapi ada pistol di atas para,

218
00:13:25,264 --> 00:13:29,351
dan saya rasa itu agak pelik
sehinggalah lelaki ini masuk.

219
00:13:29,351 --> 00:13:32,104
Dia bawa beg mayat.

220
00:13:32,104 --> 00:13:35,941
Maksud saya, siapa bawa
beg mayat sesuka hati?

221
00:13:35,941 --> 00:13:38,402
Siapa?

222
00:13:39,111 --> 00:13:41,071
Pistol di atas para.
Lelaki itu pula di situ.

223
00:13:41,071 --> 00:13:46,577
Dia nampak saya.
Dia tak suka saya nampak dia.

224
00:13:46,577 --> 00:13:48,120
Kemudian...

225
00:13:50,622 --> 00:13:51,623
Ya.

226
00:14:01,842 --> 00:14:04,428
- Saya tak sengaja.
- Tak mengapa.

227
00:14:07,139 --> 00:14:08,390
Dia tak buat salah.

228
00:14:10,225 --> 00:14:13,604
- Kenapa awak tak panggil polis?
- Banyak kali saya kata,

229
00:14:13,604 --> 00:14:16,732
"Kita patut panggil polis,"
tapi dia enggan.

230
00:14:16,732 --> 00:14:18,692
- Dia tak mahu skandal.
- Skandal apa?

231
00:14:18,692 --> 00:14:20,527
Saya tengok rekod jenayah Clifford.

232
00:14:21,195 --> 00:14:23,530
Polis akan puji keberanian Olivia.

233
00:14:23,530 --> 00:14:26,742
Dia sanggup buat apa saja demi keluarga.
Keluarganya diutamakan.

234
00:14:27,409 --> 00:14:29,578
Sudah dua tahun mereka
tak jadi bahan tabloid

235
00:14:29,578 --> 00:14:31,830
tapi hal ini pula terjadi.

236
00:14:33,040 --> 00:14:36,210
Dia panik. Kami berdua panik.

237
00:14:41,173 --> 00:14:43,217
<i>Itu kali terakhir saya jumpa dia.</i>

238
00:14:44,676 --> 00:14:47,012
Lagipun, dia anak saya.

239
00:14:48,263 --> 00:14:50,724
Sekurang-kurangnya,
saya suka anggap dia begitu.

240
00:14:53,435 --> 00:14:55,812
Tapi tindakan itu bodoh.

241
00:14:57,022 --> 00:14:59,608
Dia banyak buat perkara bodoh,
tapi saya pun sama.

242
00:14:59,608 --> 00:15:01,944
Jadi, terima sajalah.

243
00:15:05,864 --> 00:15:06,865
Awak sayang dia.

244
00:15:08,909 --> 00:15:11,245
Saya rasa, kalau mahu buat tindakan bodoh,

245
00:15:12,204 --> 00:15:13,789
itulah alasan terbaik.

246
00:15:18,502 --> 00:15:20,254
Awak memang Virgo sejati.

247
00:15:28,178 --> 00:15:31,014
Kita akan jumpa dia. Okey? Percayalah.

248
00:15:33,308 --> 00:15:34,309
Saya akan jumpa dia.

249
00:15:36,687 --> 00:15:37,521
Saya janji.

250
00:15:40,148 --> 00:15:41,733
Siapa awak, John Sugar?

251
00:15:44,695 --> 00:15:47,030
AKSES TIDAK DIKENAL PASTI DIKESAN

252
00:15:58,375 --> 00:15:59,376
Siapa ini?

253
00:16:00,002 --> 00:16:00,878
{\an8}AGENSI KESELAMATAN NEGARA

254
00:16:00,878 --> 00:16:01,879
FAIL KAKITANGAN SULIT

255
00:16:01,879 --> 00:16:03,964
Dia tamat belajar di DLI
dan menyertai Kor Marin.

256
00:16:07,509 --> 00:16:09,136
{\an8}<i>Kehidupan yang aneh.</i>

257
00:16:09,136 --> 00:16:11,221
Tiada isteri dan anak?

258
00:16:12,806 --> 00:16:14,016
Bagaimana saya boleh serang dia?

259
00:16:15,267 --> 00:16:16,852
Cari ibunya.

260
00:16:16,852 --> 00:16:18,270
<i>Betul.</i>

261
00:16:18,937 --> 00:16:20,564
<i>Helen Sugar,</i>

262
00:16:20,564 --> 00:16:25,194
buat masa ini menetap
di Flagstaff, Arizona.

263
00:16:27,362 --> 00:16:32,201
Saya dah tengok potongan awal, Bernie.
Dia hebat.

264
00:16:32,201 --> 00:16:34,578
Saya tak dapat nafikan.
Lakonannya bagus. Betul.

265
00:16:34,578 --> 00:16:36,288
Ia akan mengubah hidupnya.

266
00:16:36,288 --> 00:16:40,334
Anak kita tercalon dalam
Pelakon Pembantu Terbaik semasa kecil

267
00:16:40,334 --> 00:16:42,211
dan sekarang memenangi Pelakon Terbaik.

268
00:16:42,836 --> 00:16:47,591
Saya yakin dia ada peluang. Kenapa?

269
00:16:48,425 --> 00:16:51,303
Ada kemungkinan perbuatan Davy
akan terdedah.

270
00:16:51,303 --> 00:16:53,805
Beritahu saya nama perempuan itu.
Saya akan pastikan dia berdiam diri.

271
00:16:53,805 --> 00:16:55,557
Hal ini lebih rumit daripada itu.

272
00:16:57,518 --> 00:16:58,769
Detektif itu.

273
00:16:58,769 --> 00:17:00,521
Ya, Sugar.

274
00:17:02,648 --> 00:17:04,942
Davy kata dia bantu awak siasat.

275
00:17:04,942 --> 00:17:07,027
Sebab dia kebosanan.

276
00:17:07,027 --> 00:17:08,654
Apabila bosan, dia terlibat dalam masalah.

277
00:17:08,654 --> 00:17:11,198
- Sebab itu saya beri dia tugasan.
- Ya.

278
00:17:13,617 --> 00:17:14,701
Apa?

279
00:17:14,701 --> 00:17:15,911
Berjaya?

280
00:17:16,411 --> 00:17:17,454
Tentulah.

281
00:17:17,454 --> 00:17:19,580
- Bijak.
- Terima kasih.

282
00:17:19,580 --> 00:17:20,665
Kejayaan besar.

283
00:17:30,509 --> 00:17:32,302
<i>Apa pendapat saya tentang kisah Melanie?</i>

284
00:17:33,095 --> 00:17:36,890
<i>Entahlah. Setelah lama menjadi gadis liar,</i>

285
00:17:37,391 --> 00:17:39,518
<i>Olivia tak mahu memalukan
keluarganya lagi.</i>

286
00:17:40,435 --> 00:17:41,353
<i>Masuk akal.</i>

287
00:17:42,229 --> 00:17:44,231
<i>Sebab itu ada mayat lelaki
dalam but keretanya.</i>

288
00:17:45,357 --> 00:17:50,028
<i>Kemudian apa? Selepas panik reda,</i>

289
00:17:50,028 --> 00:17:52,865
<i>kita akan minta bantuan, bukan?</i>

290
00:17:52,865 --> 00:17:56,326
<i>Tapi Olivia tak buat begitu.
Itu yang merisaukan saya.</i>

291
00:17:57,452 --> 00:18:00,873
<i>Seseorang di luar sana
tak mahu dia bersuara langsung.</i>

292
00:18:00,873 --> 00:18:03,417
<i>...bertindak sendiri.
Bantuan kecil pun tak mengapa.</i>

293
00:18:03,417 --> 00:18:05,294
Okey, mangkuk air awak penuh.

294
00:18:05,294 --> 00:18:08,088
Clinton akan beri awak makan.
Filem dah tersedia.

295
00:18:09,006 --> 00:18:10,340
<i>Awak gila?</i>

296
00:18:10,340 --> 00:18:11,758
<i>Tak segila itu.</i>

297
00:18:13,218 --> 00:18:14,928
- <i>Selamat tinggal, Pn. Dietrichson.</i>
- <i>Apa masalahnya?</i>

298
00:18:16,221 --> 00:18:18,390
Aduhai, filem ini hebat!

299
00:18:20,976 --> 00:18:22,186
<i>Awak mahu bunuh dia, bukan?</i>

300
00:18:22,186 --> 00:18:24,104
- <i>Klasik.</i>
- <i>Jahatnya awak cakap begitu.</i>

301
00:18:24,104 --> 00:18:25,647
<i>Awak fikir saya apa?</i>

302
00:18:25,647 --> 00:18:27,608
<i>Lelaki yang datang ke rumah
seorang wanita cantik dan kata,</i>

303
00:18:27,608 --> 00:18:29,568
{\an8}<i>"Selamat tengah hari, saya jual
insurans kemalangan suami."</i>

304
00:18:29,568 --> 00:18:30,485
{\an8}PERSATUAN POLIGLOT KOSMOPOLITAN

305
00:18:30,485 --> 00:18:32,362
{\an8}<i>Saya betul-betul perlu hadirikah?</i>

306
00:18:33,197 --> 00:18:35,866
<i>Ya, perlu.</i>

307
00:18:36,950 --> 00:18:38,452
<i>Saya rasa awak teruk.</i>

308
00:18:38,452 --> 00:18:39,995
- Awak bertuah.
- <i>Saya rasa awak hebat</i>

309
00:18:39,995 --> 00:18:42,247
- <i>asalkan saya bukan suami awak.</i>
- <i>Keluar.</i>

310
00:18:42,247 --> 00:18:44,166
- <i>Saya memang mahu keluar.</i>
- Okey.

311
00:18:44,166 --> 00:18:45,751
<i>Saya akan keluar cepat.</i>

312
00:18:46,585 --> 00:18:47,961
Tak payah tunggu.

313
00:18:49,588 --> 00:18:51,632
<i>Bukan saya tak suka parti.</i>

314
00:18:51,632 --> 00:18:55,344
<i>Kawan lama. Muzik hebat.
Apa yang nak dibenci?</i>

315
00:18:57,387 --> 00:19:02,059
<i>Apa-apa pun, saya dah sampai.
Jangan merungut. Mari selesaikan cepat.</i>

316
00:19:13,779 --> 00:19:16,615
Ini parti
paling membosankan pernah saya lihat.

317
00:19:18,659 --> 00:19:20,494
Tolong beri perhatian!

318
00:19:20,494 --> 00:19:21,954
Beri perhatian!

319
00:19:22,704 --> 00:19:25,541
Saya akan gunakan bahasa negara ini

320
00:19:25,541 --> 00:19:26,667
kalau kamu tak kisah.

321
00:19:26,667 --> 00:19:28,919
Saya diberitahu saya perlu berlatih.

322
00:19:29,962 --> 00:19:30,963
Kita berjumpa lagi.

323
00:19:30,963 --> 00:19:33,674
Kita bertebaran dan kembali.

324
00:19:34,633 --> 00:19:37,344
Kita melihat dunia dan lakukan kerja kita.

325
00:19:38,011 --> 00:19:42,599
Kerja asas kita.
Kerja yang kita tak boleh gagal.

326
00:19:43,976 --> 00:19:46,562
Tapi malam ini kita kembali bersama.

327
00:19:47,771 --> 00:19:51,108
Saya seronok dapat berjumpa kamu semua...

328
00:19:52,025 --> 00:19:55,153
di sini, dalam keadaan selamat.

329
00:19:57,406 --> 00:20:01,702
Ada makanan. Ada minuman.

330
00:20:01,702 --> 00:20:05,122
Ada juga,
"Mia belajar buat kek gebu sendiri."

331
00:20:06,582 --> 00:20:07,916
Selamat datang.

332
00:20:20,596 --> 00:20:24,558
Kita pakai topi besar
dan "pelindung matahari"

333
00:20:24,558 --> 00:20:28,187
tapi masih keluar

334
00:20:28,187 --> 00:20:30,189
seolah-olah kulit masih tegang.

335
00:20:38,530 --> 00:20:40,449
Awak pula, Sugar?

336
00:20:40,449 --> 00:20:41,533
Pantai?

337
00:20:41,533 --> 00:20:43,118
- Awak suka pantai?
- Ya.

338
00:20:43,118 --> 00:20:45,120
Saya suka pantai.

339
00:20:45,120 --> 00:20:46,413
Saya minta diri.

340
00:21:03,013 --> 00:21:05,849
Betul kata Ruby. Awak nampak lebih baik.

341
00:21:05,849 --> 00:21:09,102
Hei, Henry. Saya tak perasan awak masuk.

342
00:21:09,102 --> 00:21:11,146
Saya baru sampai. Kerja.

343
00:21:11,146 --> 00:21:12,981
- Semua okey?
- Ya, semua okey.

344
00:21:12,981 --> 00:21:14,650
Ayuh, saya dengar ada kek.

345
00:21:27,120 --> 00:21:28,789
Awak tahu Persimpangan Shibuya?

346
00:21:28,789 --> 00:21:30,249
Tak pernah ke sana.

347
00:21:30,249 --> 00:21:34,586
Pergilah, Henry. Awak tentu suka.

348
00:21:34,586 --> 00:21:36,463
Itu persimpangan paling sesak di dunia.

349
00:21:36,463 --> 00:21:39,716
Tiga ribu orang
melintas jalan setiap dua minit.

350
00:21:39,716 --> 00:21:42,261
Sepanjang hari,
setiap hari sehingga malam.

351
00:21:42,261 --> 00:21:46,849
Saya duduk di sebuah kafe
dan melihat kekaburan

352
00:21:46,849 --> 00:21:50,018
dan ramai orang berjalan, ketawa,

353
00:21:50,018 --> 00:21:52,604
gembira, marah, sedih, berulang-alik.

354
00:21:53,397 --> 00:21:57,734
Saya duduk di situ berjam-jam,
Henry, memerhatikan mereka.

355
00:21:58,402 --> 00:22:00,153
Menyedari mereka.

356
00:22:01,905 --> 00:22:02,990
Bunyinya indah.

357
00:22:02,990 --> 00:22:08,328
Ya. Bagaimana dengan awak?
Ceritakan kepada saya.

358
00:22:09,079 --> 00:22:13,125
Kebelakangan ini saya susah tidur.
Awak boleh tidur lena?

359
00:22:14,334 --> 00:22:16,628
Tidak, sebenarnya, tak boleh.

360
00:22:16,628 --> 00:22:20,007
Ya. Saya alami masalah tidur.

361
00:22:20,007 --> 00:22:25,596
Minggu lepas, ketika tengah malam, saya
terjaga dan beli pengisar bawang putih.

362
00:22:26,263 --> 00:22:27,222
Okey.

363
00:22:27,222 --> 00:22:31,310
Saya merenung alat itu
dan fikir saya mahukannya.

364
00:22:31,310 --> 00:22:34,479
Saya perlu milikinya.
Sedangkan saya tak suka bawang putih.

365
00:22:38,483 --> 00:22:39,526
Awak dah pergi?

366
00:22:39,526 --> 00:22:40,694
Tidak, belum lagi.

367
00:22:43,155 --> 00:22:45,616
- Bagaimana kerja antropologi awak?
- Awak pun kenal saya.

368
00:22:46,325 --> 00:22:50,245
Beri saya buku, teori
dan kot makmal, saya dah puas.

369
00:22:50,871 --> 00:22:51,872
Baguslah.

370
00:22:52,706 --> 00:22:54,333
Bagaimana dengan kerja lain awak?

371
00:22:54,333 --> 00:22:56,126
Bagus. Ia kes kehilangan gadis...

372
00:22:56,919 --> 00:22:59,046
- Yang...
- Membebankan?

373
00:23:00,380 --> 00:23:03,509
Wanita muda, 25 tahun.

374
00:23:04,760 --> 00:23:06,637
- John.
- Apa?

375
00:23:09,348 --> 00:23:11,892
Hati-hati.

376
00:23:24,947 --> 00:23:25,948
Okey.

377
00:23:43,215 --> 00:23:44,258
Apa ini?

378
00:23:45,843 --> 00:23:48,053
Catatan objektif
berkenaan interaksi peribadi

379
00:23:48,053 --> 00:23:50,597
yang berlaku hasil daripada kerja saya.

380
00:23:51,640 --> 00:23:52,933
Begitu?

381
00:23:52,933 --> 00:23:54,017
Ya.

382
00:23:56,061 --> 00:24:00,148
"Saya suka melihat langsir bergerak-gerak
di atas penghawa dingin.

383
00:24:02,150 --> 00:24:07,531
Dikatakan UFO ialah kugiran rock terhebat
tapi tak dipandang dan saya setuju."

384
00:24:08,365 --> 00:24:11,118
Saya tak pasti apa yang
objektif tentang semua itu,

385
00:24:11,118 --> 00:24:15,080
dan beberapa catatan tentang perasaan

386
00:24:15,080 --> 00:24:18,542
melihat orang ramai
melintas jalan di Jepun.

387
00:24:18,542 --> 00:24:20,002
Persimpangan Shibuya.

388
00:24:21,628 --> 00:24:25,299
Awak juga ada kes
yang buatkan awak taasub.

389
00:24:25,299 --> 00:24:27,926
- Kes yang saya arahkan awak tolak.
- Saya tak taasub.

390
00:24:31,388 --> 00:24:36,185
"Saya perlu jumpa dia.
Saya rasa setiap kali memandang Bernie,

391
00:24:36,185 --> 00:24:38,812
saya nampak penipuan dan kesakitan.

392
00:24:38,812 --> 00:24:41,106
Saya risau dia bersembunyi
daripada keluarganya sendiri."

393
00:24:41,106 --> 00:24:44,610
Saya. Rasa.

394
00:24:49,239 --> 00:24:53,368
Tugas kita ialah perhatikan orang,
bukan terlibat dalam hidup mereka.

395
00:24:53,368 --> 00:24:55,829
- Saya tahu.
- Lagipun ini idea awak.

396
00:24:55,829 --> 00:24:57,831
- Saya tahu.
- Atas kejadian yang menimpa Djen.

397
00:24:58,874 --> 00:25:02,461
Sugar, awak perlu kekal fokus.
Jangan lupa siapa awak.

398
00:25:12,262 --> 00:25:13,680
Ini buku baharu.

399
00:25:14,932 --> 00:25:15,974
Terima kasih.

400
00:25:22,481 --> 00:25:23,607
Awak ada dengar berita mereka?

401
00:25:26,610 --> 00:25:30,322
Jadi? Apa mereka kata?

402
00:25:34,201 --> 00:25:35,994
Mereka kata mereka mengharapkan kita.

403
00:25:42,709 --> 00:25:43,919
Hei, saya nak tanya.

404
00:25:45,462 --> 00:25:47,297
Tentang lelaki di luar rumah Teresa,

405
00:25:47,297 --> 00:25:48,841
awak dah terima gambar pengawasan
daripada Charlie?

406
00:25:49,633 --> 00:25:50,467
Jadi?

407
00:25:50,467 --> 00:25:53,804
Saya dah siasat
tentang jemputan parti ini.

408
00:25:53,804 --> 00:25:58,225
Rupa-rupanya Société Polyglotte
Cosmopolitaine ialah bahasa Perancis

409
00:25:58,225 --> 00:26:01,228
yang bermaksud
Persatuan Poliglot Kosmopolitan.

410
00:26:02,020 --> 00:26:04,731
Okey. Ketuanya bernama Byron Stallings.

411
00:26:04,731 --> 00:26:06,608
Dia ada rekod jenayah, tak mengejutkan.

412
00:26:06,608 --> 00:26:09,361
Tapi Penjara California
ada sistem pelayan sulit baharu

413
00:26:09,361 --> 00:26:12,322
yang buat saya jengkel,
jadi saya perlukan sehari lagi. Okey?

414
00:26:12,322 --> 00:26:13,657
Teruskan kepada persatuan itu.

415
00:26:13,657 --> 00:26:16,410
Okey, tapi saya tak nak tahu jenayahnya.
Intip komunikasinya dan...

416
00:26:16,410 --> 00:26:17,995
Cuba teka maksud poliglot.

417
00:26:17,995 --> 00:26:19,746
Seseorang yang fasih dalam bahasa.

418
00:26:20,831 --> 00:26:21,707
Tepat sekali.

419
00:26:21,707 --> 00:26:23,000
- Ya, saya tahu.
- Bagus.

420
00:26:23,000 --> 00:26:27,671
Kenny terdengar khabar angin tentang
sekumpulan perisik dari serata negara.

421
00:26:27,671 --> 00:26:29,882
Saya mahu tahu dia berkomunikasi
dengan siapa, di mana, bila, kenapa.

422
00:26:29,882 --> 00:26:30,883
- Sugar.
- Semua itu.

423
00:26:30,883 --> 00:26:32,092
Dulu bermusuh.

424
00:26:32,092 --> 00:26:33,552
Setelah berhenti kerja,

425
00:26:33,552 --> 00:26:37,014
mereka bersatu dan berpakat
untuk buat kebaikan sebagai perubahan.

426
00:26:37,014 --> 00:26:39,641
Atau kejahatan,
bergantung kepada khabar angin.

427
00:26:39,641 --> 00:26:41,685
Ayah pernah terbitkan filem
tentang sekumpulan

428
00:26:41,685 --> 00:26:43,729
bekas perisik yang bersatu
untuk selamatkan dunia.

429
00:26:43,729 --> 00:26:44,813
<i>Beyond Caution</i>.

430
00:26:44,813 --> 00:26:46,940
- Filem hebat.
- Filem itu teruk.

431
00:26:46,940 --> 00:26:49,776
Filem itu bodoh
sebab asasnya tak masuk akal.

432
00:26:49,776 --> 00:26:53,113
Hei, saya tak maksudkan
kita tahu segalanya tentang dia.

433
00:26:53,113 --> 00:26:55,240
Ayah perlukan setiap...

434
00:26:55,240 --> 00:26:57,743
- Saya kata saya tahu. Okey.
- Baiklah. Okey.

435
00:27:00,913 --> 00:27:01,955
Maaf sebab menengking.

436
00:27:04,124 --> 00:27:05,709
Awak dah jumpa Dr. Vickers?

437
00:27:06,376 --> 00:27:09,004
- Belum. Saya...
- Okey. Baiklah.

438
00:27:09,004 --> 00:27:12,591
Awak buat janji temu untuk esok.
Awak akan pergi. Okey?

439
00:27:13,091 --> 00:27:14,510
- Okey.
- Baik.

440
00:27:14,510 --> 00:27:16,345
Banyak yang dipertaruhkan.

441
00:27:16,345 --> 00:27:18,013
Saya tahu. Saya akan siasat.

442
00:27:18,013 --> 00:27:19,431
Awak nak masuk semula?

443
00:27:20,098 --> 00:27:21,350
Saya rasa saya mahu...

444
00:27:21,350 --> 00:27:24,811
Awak dah jalankan tugas. Okey.
Ya, awak boleh balik.

445
00:27:24,811 --> 00:27:26,730
- Baik. Selamat malam.
- Selamat malam.

446
00:27:26,730 --> 00:27:29,775
<i>Saya dan Kenny akan ke Arizona malam ini.</i>

447
00:27:30,442 --> 00:27:31,860
Arizona?

448
00:27:31,860 --> 00:27:34,071
Flagstaff. Ibu Sugar.

449
00:27:34,988 --> 00:27:36,823
- Davy.
- Ayah suruh saya uruskan.

450
00:27:36,823 --> 00:27:38,075
Saya sedang uruskan.

451
00:27:46,667 --> 00:27:49,545
<i>Kelemahan terdedah
dan ramai orang mahu menyerang.</i>

452
00:27:53,257 --> 00:27:55,259
<i>Ramai orang berasa marah
terhadap saya hari ini.</i>

453
00:27:56,760 --> 00:27:57,928
<i>Ruby ada hak berasa marah.</i>

454
00:27:58,470 --> 00:28:00,931
- Vickers.
- <i>Ruby, ada apa?</i>

455
00:28:00,931 --> 00:28:03,183
Maaf hubungi awak lewat malam.
Kita ada masalah.

456
00:28:04,268 --> 00:28:05,644
Sugar buru Stallings.

457
00:28:06,144 --> 00:28:08,397
Bila-bila masa saja
dia boleh tahu selebihnya.

458
00:28:09,064 --> 00:28:12,025
<i>Kita perlu halang dia.
Kita perlu beritahu yang lain.</i>

459
00:28:12,025 --> 00:28:13,277
STALLINGS
REKOD TANGKAPAN MEMBUNUH

460
00:28:13,277 --> 00:28:14,194
Yang lain.

461
00:28:15,654 --> 00:28:18,156
<i>Buatlah apa awak boleh,
tapi sudah tiba masa Miller tahu.</i>

462
00:28:19,950 --> 00:28:23,912
<i>Misi perlu diutamakan. Betul katanya.</i>

463
00:28:25,622 --> 00:28:27,374
<i>Tapi saya takkan tarik diri
daripada kes ini.</i>

464
00:28:38,177 --> 00:28:39,428
<i>Apa yang saya tak perasan?</i>

465
00:28:43,140 --> 00:28:44,266
<i>Biasanya sesuatu yang amat jelas.</i>

466
00:28:47,227 --> 00:28:49,021
JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

467
00:28:49,021 --> 00:28:51,064
PEMADAMAN DATA - STALLINGS, BYRON

468
00:28:51,064 --> 00:28:52,941
<i>Sesuatu atau seseorang.</i>

469
00:28:58,697 --> 00:29:00,032
SELAMAT DATANG KE ARIZONA
NEGERI GRAND CANYON

470
00:29:02,075 --> 00:29:07,164
<i>Saya memang jangka penipuan.
Penipuan itu biasa.</i>

471
00:29:10,667 --> 00:29:13,420
<i>Memisahkan orang daripada rahsia
ialah tugas mereka.</i>

472
00:29:16,548 --> 00:29:19,760
<i>Tapi kes ini. Keluarga Siegel.</i>

473
00:29:22,763 --> 00:29:24,348
<i>Ada sesuatu yang tak kena.</i>

474
00:29:29,645 --> 00:29:33,398
<i>Saya tak tahu siapa yang terlibat,
atau bagaimana dan kenapa.</i>

475
00:29:35,817 --> 00:29:36,902
<i>Belum tahu lagi.</i>

476
00:29:41,156 --> 00:29:42,366
BUANG REKOD: R. PAVICH
YA

477
00:29:49,289 --> 00:29:50,707
Hei, awak.

478
00:29:50,707 --> 00:29:52,125
Hei, awak juga.

479
00:30:01,134 --> 00:30:04,555
Saya hubungi polis. Saya sedang mendail.
Tapi ada pistol...

480
00:30:07,266 --> 00:30:10,727
<i>Saya akan jumpa dia. Saya janji.</i>

481
00:30:21,947 --> 00:30:23,365
<i>Saya perlu tumpukan perhatian.</i>

482
00:30:35,961 --> 00:30:37,921
<i>Mereka sentiasa sembunyikan sesuatu.</i>

483
00:30:39,756 --> 00:30:41,508
<i>Sesuatu yang mereka takuti.</i>

484
00:30:44,761 --> 00:30:47,598
<i>Sesuatu yang mereka
sanggup berkorban untuk sorok.</i>

485
00:30:50,767 --> 00:30:52,227
<i>Saya faham.</i>

486
00:31:07,618 --> 00:31:09,077
<i>Kita semua ada rahsia.</i>

487
00:31:14,374 --> 00:31:15,667
<i>Termasuk saya.</i>

488
00:31:17,794 --> 00:31:19,505
<i>Terutamanya saya.</i>

489
00:32:17,688 --> 00:32:19,690
Terjemahan sari kata oleh Hamizah

