1
00:02:10,380 --> 00:02:11,965
- Okey.
- Ya.

2
00:02:14,092 --> 00:02:15,093
Jangan sakiti dia.

3
00:02:16,011 --> 00:02:17,221
Bagaimana jika dia lari?

4
00:02:17,221 --> 00:02:18,972
Cuba jangan sakiti dia.

5
00:02:20,307 --> 00:02:21,266
Baiklah.

6
00:02:30,359 --> 00:02:32,444
MOTEL
TIADA KEKOSONGAN

7
00:02:41,411 --> 00:02:44,957
Apabila ditimpa masalah, kita perlu
luahkan. Tapi awak tahulah pepatah.

8
00:02:46,250 --> 00:02:47,334
Lebih baik kalau tak tahu?

9
00:02:51,463 --> 00:02:52,714
- Hei.
- Hei.

10
00:02:53,882 --> 00:02:54,883
Bagaimana keadaan awak?

11
00:02:57,928 --> 00:03:01,640
<i>Bagaimana keadaan saya?
Macam manusia, tapi...</i>

12
00:03:03,892 --> 00:03:05,018
Lebih baik.

13
00:03:05,018 --> 00:03:09,147
Henry kata awak dilarang bergerak
dan perlu berehat.

14
00:03:09,731 --> 00:03:11,817
Saya rasa dia tak maksudkan jatuh pengsan.

15
00:03:11,817 --> 00:03:13,986
Saya bukan jatuh pengsan.
Saya suka tidur di atas lantai.

16
00:03:13,986 --> 00:03:15,404
Begitulah nampaknya.

17
00:03:17,948 --> 00:03:19,449
Awak bercakap dalam tidur.

18
00:03:21,451 --> 00:03:22,870
Awak memanggil seseorang.

19
00:03:22,870 --> 00:03:25,497
Bunyi macam bahasa asing.

20
00:03:28,125 --> 00:03:29,501
Awak boleh berbahasa asing?

21
00:03:30,085 --> 00:03:31,837
Ya, saya tahu banyak bahasa.

22
00:03:35,841 --> 00:03:36,842
Sekarang pukul berapa?

23
00:03:37,384 --> 00:03:38,468
Lepas pukul 10:00.

24
00:03:39,178 --> 00:03:42,264
Saya patut mandi dan mula bekerja.

25
00:03:42,264 --> 00:03:43,307
Saya akan belikan kopi.

26
00:03:43,307 --> 00:03:44,808
- Tidak, Melanie.
- Sugar,

27
00:03:44,808 --> 00:03:47,686
awak betul-betul sangka
awak boleh libatkan saya

28
00:03:47,686 --> 00:03:51,190
ke dalam apa saja masalah ini
tanpa penjelasan?

29
00:03:53,901 --> 00:03:54,860
Nampaknya tak boleh.

30
00:03:55,652 --> 00:03:57,487
- Saya akan pergi beli kopi.
- Okey. Kopi.

31
00:04:01,825 --> 00:04:05,245
<i>Saya mahu beritahu dia segalanya,
tapi tak boleh. Langsung tak boleh.</i>

32
00:04:19,134 --> 00:04:24,139
"Manusia seperti nafas,
hari-harinya seperti bayang yang melewati.

33
00:04:25,265 --> 00:04:26,850
Kau menghanyutkan manusia.

34
00:04:27,851 --> 00:04:32,606
Mereka seperti mimpi, seperti rumput
yang baru tumbuh pada waktu pagi.

35
00:04:34,525 --> 00:04:40,280
Pada waktu pagi, ia kembang dan subur,
tapi waktu malam, ia reput dan layu."

36
00:04:59,508 --> 00:05:00,843
Carlos, tinggalkan kami sekejap.

37
00:05:05,472 --> 00:05:10,185
Semasa ibu kamu mati,
ia amat sukar buat ayah.

38
00:05:11,645 --> 00:05:14,481
Tapi ayah rasa tenang memikirkan...

39
00:05:16,400 --> 00:05:17,609
ajalnya sudah tiba.

40
00:05:20,320 --> 00:05:21,321
Tapi ini?

41
00:05:25,409 --> 00:05:26,910
Ini tak sama.

42
00:05:30,163 --> 00:05:34,042
Ibu bapa hidup lebih lama daripada anak.

43
00:05:38,213 --> 00:05:40,549
Ayah betul-betul bersimpati.

44
00:05:51,602 --> 00:05:53,270
Ayah masih tak tahu khabar Olivia?

45
00:05:53,770 --> 00:05:56,148
Tidak. Ayah tentu beritahu.

46
00:05:58,358 --> 00:06:01,195
Walaupun selama ini
dia tak bertanggungjawab,

47
00:06:01,195 --> 00:06:04,072
walaupun dalam kesukaran,
dia tentu akan hadir.

48
00:06:06,366 --> 00:06:08,202
Ayah betul-betul fikir
sesuatu terjadi kepadanya?

49
00:06:11,079 --> 00:06:13,123
Ya.

50
00:06:17,294 --> 00:06:18,128
Carlos.

51
00:06:21,089 --> 00:06:26,762
<i>Mereka duduk di bar
Bayar aku dengan roti</i>

52
00:06:26,762 --> 00:06:31,183
<i>Berkata "Apa kau buat di sini?"</i>

53
00:06:48,867 --> 00:06:51,870
Celaka, jangan sentuh saya!

54
00:06:52,913 --> 00:06:54,831
Jangan sentuh saya.

55
00:07:09,429 --> 00:07:10,681
<i>Telefon Moss.</i>

56
00:07:11,723 --> 00:07:13,100
Telefon kami semula.
Kekal berhubung.

57
00:07:13,100 --> 00:07:14,935
<i>Ada orang cari dia.</i>

58
00:07:30,409 --> 00:07:32,119
Saya ada banyak persoalan.

59
00:07:34,121 --> 00:07:35,122
Siapa Djen?

60
00:07:35,789 --> 00:07:38,792
Itu saja saya faham daripada
mimpi awak. Djen. Siapa dia?

61
00:07:39,543 --> 00:07:40,836
Dia adik saya.

62
00:07:40,836 --> 00:07:43,297
Adik awak. Mana dia?
Ada sesuatu berlaku kepada...

63
00:07:43,297 --> 00:07:44,840
Ada orang datang.

64
00:07:57,269 --> 00:07:58,812
- Miller.
- Siapa Miller?

65
00:07:58,812 --> 00:08:00,022
Dia bos saya.

66
00:08:00,022 --> 00:08:02,691
Sugar, buka pintu.
Saya mahu bercakap dengan awak.

67
00:08:02,691 --> 00:08:04,193
Dia lelaki yang cuba tikam awak?

68
00:08:05,152 --> 00:08:06,320
Bukan. Dia rakan.

69
00:08:06,320 --> 00:08:07,988
Kalau rakan, kenapa awak tak buka pintu?

70
00:08:09,031 --> 00:08:10,240
Sebab saya tak mahu.

71
00:08:11,325 --> 00:08:13,035
Kita boleh guna penyangkut tuala.

72
00:08:13,035 --> 00:08:14,786
Penyangkut tuala takkan membantu.

73
00:08:28,258 --> 00:08:29,259
Di belakang.

74
00:08:55,953 --> 00:08:56,912
Ayuh.

75
00:08:58,830 --> 00:08:59,998
Hei.

76
00:09:01,041 --> 00:09:04,211
Maaf. Saya cuma nak bercakap dengan awak.

77
00:09:08,173 --> 00:09:10,008
Ambil kereta. Ambil.

78
00:09:18,684 --> 00:09:20,352
<i>Kenapa Miller buat begini?</i>

79
00:09:20,352 --> 00:09:23,438
<i>Tentu ada sesuatu terjadi.
Tentu ada sesuatu berubah.</i>

80
00:09:28,610 --> 00:09:29,528
Berhenti.

81
00:09:50,132 --> 00:09:52,301
Oh, Tuhan. Apa jadi tadi?

82
00:09:53,927 --> 00:09:55,721
Lelaki tua bertangan satu itu?

83
00:09:56,680 --> 00:09:58,432
Saya pukul kepala dia. Saya terpaksa.

84
00:09:58,432 --> 00:10:00,350
- Ya. Ya, dia akan okey.
- Dia akan okey, bukan?

85
00:10:00,350 --> 00:10:03,061
Okey. Bagaimana kamu boleh berkawan?

86
00:10:05,022 --> 00:10:06,690
Saya dah lama kenal dia.

87
00:10:06,690 --> 00:10:08,692
"Saya cuma mahu bercakap." Apa maksudnya?

88
00:10:08,692 --> 00:10:10,277
Bercakap tentang apa? Apa awak dah buat?

89
00:10:17,451 --> 00:10:18,452
Okey, begini.

90
00:10:19,244 --> 00:10:20,662
Dengar sini, saya...

91
00:10:22,039 --> 00:10:23,165
Saya mendengar.

92
00:10:23,165 --> 00:10:25,959
Ya, tapi... Nama dia Miller.

93
00:10:25,959 --> 00:10:30,714
Dia dan beberapa orang lagi,
kami bekerja bersama-sama.

94
00:10:30,714 --> 00:10:32,883
Apa maksud awak? Macam penyiasat peribadi?

95
00:10:32,883 --> 00:10:35,344
Bukan. Maksud saya, itu kerja tetap saya,

96
00:10:35,344 --> 00:10:38,138
tapi setiap daripada mereka
ada kerja tetap tersendiri.

97
00:10:42,392 --> 00:10:43,560
Kami ahli satu kumpulan.

98
00:10:44,394 --> 00:10:48,065
Sebuah organisasi
yang tiada siapa boleh tahu tentangnya.

99
00:10:50,108 --> 00:10:53,487
Sesuatu yang saya tak boleh beritahu awak.

100
00:10:53,487 --> 00:10:56,490
Saya baru pukul kepalanya
menggunakan penyangkut tuala.

101
00:10:56,490 --> 00:10:58,408
- Awak perlu beritahu saya.
- Saya hargainya.

102
00:10:58,408 --> 00:11:00,285
Tapi saya tak boleh beritahu awak
sebab ia berbahaya.

103
00:11:01,495 --> 00:11:02,955
Bukan saja buat awak,
awak akan ditimpa bahaya,

104
00:11:02,955 --> 00:11:06,041
tapi juga buat saya dan kawan-kawan saya.
Orang yang saya sayang.

105
00:11:07,709 --> 00:11:10,170
Sudah lama saya simpan rahsia ini.

106
00:11:12,548 --> 00:11:13,715
Kami simpan rahsia ini.

107
00:11:17,094 --> 00:11:19,137
Saya tak mahu beritahu sesiapa

108
00:11:20,347 --> 00:11:24,226
dan teringin beritahu awak,
tapi saya tak boleh.

109
00:11:31,650 --> 00:11:32,484
Awak perisik.

110
00:11:34,152 --> 00:11:35,362
Bahasa asing.

111
00:11:35,362 --> 00:11:36,822
Sentiasa memerhati, mendengar.

112
00:11:36,822 --> 00:11:39,700
Lebih curiga tentang orang lain
dan tak bercerita tentang diri sendiri.

113
00:11:39,700 --> 00:11:42,870
Oh, Tuhan. Saya patut dapat agak.

114
00:11:42,870 --> 00:11:45,038
Walaupun awak berbintang Virgo,
saya patut sedar.

115
00:11:45,038 --> 00:11:47,124
Satu-satunya sebab saya tanya awak soalan

116
00:11:47,124 --> 00:11:49,126
kerana saya mahu tahu jawapannya sendiri.

117
00:11:49,710 --> 00:11:51,003
Awak perisik.

118
00:11:52,379 --> 00:11:55,424
Itulah kebenarannya, bukan?
Awak perisik asing.

119
00:12:00,429 --> 00:12:01,763
Kami di sini untuk memerhati saja.

120
00:12:03,724 --> 00:12:05,142
Biar betul!

121
00:12:05,893 --> 00:12:07,519
Itu misi kami. Itu saja misi kami.

122
00:12:07,519 --> 00:12:09,313
Oh, Tuhan. Kalaulah ada rokok.

123
00:12:12,065 --> 00:12:13,233
- Bagaimana dengan Thorpe?
- Kenapa dengan dia?

124
00:12:13,233 --> 00:12:14,568
Dia sama macam awak, bukan?

125
00:12:15,360 --> 00:12:16,403
Ya.

126
00:12:16,403 --> 00:12:18,655
- Tapi dia tak buru awak. Dia menolong?
- Tak guna.

127
00:12:18,655 --> 00:12:19,740
Apa?

128
00:12:19,740 --> 00:12:21,283
Henry. Mereka akan buru dia pula.

129
00:12:21,283 --> 00:12:22,951
Kita perlu pergi.
Kita perlu ke universiti.

130
00:12:23,869 --> 00:12:28,373
Jadi, ya, beberapa bab Larsen
akan dibincangkan.

131
00:12:28,373 --> 00:12:31,210
Dalam kelas terakhir,
kita belajar tentang era Paleolitik lewat.

132
00:12:32,586 --> 00:12:35,839
Bab seterusnya ialah Mesolitik.

133
00:12:37,049 --> 00:12:41,929
Bercakap tentang 30,000 tahun lalu.
Neanderthal, Homo sapiens

134
00:12:41,929 --> 00:12:44,181
dan kepelbagaian spesies.

135
00:12:44,181 --> 00:12:45,390
Tolonglah, Henry.

136
00:12:47,601 --> 00:12:48,602
Dia tak jawab.

137
00:12:49,603 --> 00:12:51,855
Kerumitan dan percanggahan.

138
00:12:51,855 --> 00:12:55,359
Kebolehan memiliki
pelbagai perasaan dan pemikiran

139
00:12:55,359 --> 00:12:58,403
bertentangan pada waktu serentak.

140
00:12:59,696 --> 00:13:04,201
Sebab inilah kita masih di sini
dan leluhur jauh kita tidak.

141
00:13:07,913 --> 00:13:08,997
<i>Boleh saya bantu?</i>

142
00:13:08,997 --> 00:13:12,125
Ya, saya cari kawan saya.
Profesor Henry Thorpe, antropologi.

143
00:13:12,125 --> 00:13:13,627
Dia amat terkenal hari ini.

144
00:13:13,627 --> 00:13:15,087
Kenapa awak cakap begitu?

145
00:13:37,359 --> 00:13:38,485
Mungkin dia baru beredar?

146
00:13:38,485 --> 00:13:40,153
Tak guna. Tentu Miller.

147
00:13:52,457 --> 00:13:53,458
Jumpa sejam lagi.

148
00:13:53,458 --> 00:13:55,127
<i>Ada orang sembunyikan jejak mereka.</i>

149
00:13:56,378 --> 00:13:59,173
<i>Bunuh sesiapa saja
yang berkait dengan Stallings.</i>

150
00:13:59,173 --> 00:14:00,465
Jadi?

151
00:14:01,091 --> 00:14:05,053
<i>Saya perlu jumpa Moss dulu.
Henry lain kali.</i>

152
00:14:05,846 --> 00:14:06,889
Okey, mari pergi.

153
00:14:18,400 --> 00:14:20,152
Saya akan beritahu awak sesuatu
yang akan buat awak marah.

154
00:14:20,152 --> 00:14:21,695
Tapi awak perlu tahu, saya pun marah.

155
00:14:21,695 --> 00:14:23,030
Apa?

156
00:14:23,030 --> 00:14:25,616
Orang saya, Miller dan yang lain...

157
00:14:27,409 --> 00:14:29,453
Mereka cuba halang saya mencari Olivia.

158
00:14:30,621 --> 00:14:32,915
Sekejap. Orang awak culik Olivia?

159
00:14:32,915 --> 00:14:34,666
Tidak. Tidak, mereka...

160
00:14:34,666 --> 00:14:35,876
Apa mereka buat padanya?

161
00:14:35,876 --> 00:14:37,628
- Tiada apa-apa.
- Oh, Tuhan.

162
00:14:37,628 --> 00:14:40,506
Kami tak sakiti orang.
Kami tak begitu. Okey? Saya jamin.

163
00:14:41,507 --> 00:14:43,759
- Saya akan selesaikannya.
- Oh, Tuhan.

164
00:15:14,164 --> 00:15:15,541
Awak rasa dia ada di dalam?

165
00:15:15,541 --> 00:15:17,960
Tidak, pengikut Stallings ada di sini.

166
00:15:18,585 --> 00:15:20,671
Dia tinggal di sini dan mungkin tahu
sesuatu yang kita perlu tahu.

167
00:15:24,007 --> 00:15:25,175
Saya mahu awak tunggu di sini. Okey?

168
00:15:26,552 --> 00:15:28,011
Tak mengapa. Saya pun tak mahu masuk

169
00:15:28,011 --> 00:15:29,429
Okey.

170
00:16:06,049 --> 00:16:07,050
Apa awak buat?

171
00:16:07,050 --> 00:16:09,511
Saya ubah fikiran. Saya nak ikut.

172
00:16:11,555 --> 00:16:12,890
- Jangan berpecah.
- Okey.

173
00:16:53,639 --> 00:16:54,640
Sugar.

174
00:17:03,524 --> 00:17:05,733
Okey. Mari pergi. Ayuh.

175
00:17:14,785 --> 00:17:16,244
<i>Keadaan jadi tak terkawal.</i>

176
00:17:16,869 --> 00:17:20,165
<i>Mungkin kami patut bertenang.
Berehat sekejap.</i>

177
00:17:21,208 --> 00:17:23,669
<i>Seperti "yang tenang akan menang."</i>

178
00:17:23,669 --> 00:17:26,003
<i>Ramai orang cakap saya lelaki berbakat.</i>

179
00:17:26,713 --> 00:17:28,464
Tapi saya masih tak dapat jangka masalah.

180
00:17:29,466 --> 00:17:31,927
<i>Ya. Itu saja caranya.</i>

181
00:17:37,599 --> 00:17:39,518
Clinton akan datang
dan pindahkan awak ke bilik lain,

182
00:17:39,518 --> 00:17:41,478
untuk berjaga-jaga.
Saya akan balik dalam masa...

183
00:17:42,896 --> 00:17:44,523
Entahlah. Tapi saya akan balik.

184
00:17:45,023 --> 00:17:46,149
- Okey.
- Okey.

185
00:17:49,069 --> 00:17:50,904
Hei. Awak okey?

186
00:17:52,739 --> 00:17:54,032
Saya takkan balik tanpa dia.

187
00:17:56,869 --> 00:17:57,703
Bagus.

188
00:18:20,726 --> 00:18:21,727
<i>Inilah masanya.</i>

189
00:18:23,770 --> 00:18:25,522
<i>Malam ini saya akan dapat jawapan.</i>

190
00:18:28,108 --> 00:18:29,484
<i>Walau apa pun caranya.</i>

191
00:19:10,817 --> 00:19:12,694
<i>Saya serius dengan kata-kata saya tadi.</i>

192
00:19:12,694 --> 00:19:13,904
<i>Kami bukan begini.</i>

193
00:19:14,738 --> 00:19:16,823
<i>Menculik. Membunuh.</i>

194
00:19:18,534 --> 00:19:20,577
<i>Walaupun Moss bergelumang dalam jenayah.</i>

195
00:19:21,954 --> 00:19:24,039
<i>Kami tak sepatutnya sakiti orang.</i>

196
00:19:26,250 --> 00:19:30,379
<i>Tujuan utama kami
ialah memelihara gaya hidup aman kami.</i>

197
00:19:32,840 --> 00:19:34,341
<i>Tapi tempat ini mengubah kami.</i>

198
00:19:36,093 --> 00:19:37,177
<i>Ia mengubah kami semua.</i>

199
00:20:38,488 --> 00:20:39,656
Apa jadi?

200
00:20:44,828 --> 00:20:45,662
Misi tamat.

201
00:20:47,789 --> 00:20:48,999
Kita dipanggil pulang.

202
00:20:50,125 --> 00:20:51,460
Apa?

203
00:20:51,460 --> 00:20:53,337
- Betul.
- Henry.

204
00:20:54,213 --> 00:20:57,049
Saya okey. Awak patut dengar cakap dia.

205
00:20:57,049 --> 00:20:59,092
Sekejap. Apa?

206
00:20:59,885 --> 00:21:01,512
Kami terima mesej
dari tempat asal pagi tadi.

207
00:21:01,512 --> 00:21:02,930
Sebab itu Miller
mahu bercakap dengan awak.

208
00:21:02,930 --> 00:21:03,889
Sebab itu kami di sini.

209
00:21:03,889 --> 00:21:05,933
- Kami bincang taktik keluar.
- Misi belum tamat.

210
00:21:05,933 --> 00:21:07,184
Sudah tamat.

211
00:21:07,684 --> 00:21:11,438
Sehari dua lagi,
awak dan semua orang di sini,

212
00:21:11,438 --> 00:21:13,232
semua kenalan kita akan dipindahkan.

213
00:21:13,232 --> 00:21:14,942
- Siapa kata?
- Tempat asal.

214
00:21:15,817 --> 00:21:17,945
Awak perlu bincang
taktik keluar dengan Miller.

215
00:21:17,945 --> 00:21:20,197
Tidak. Cubaan yang bagus.
Tapi saya takkan pergi tanpa dia.

216
00:21:20,864 --> 00:21:22,115
Awak akan pergi.

217
00:21:24,660 --> 00:21:25,786
Saya takkan pergi tanpa dia.

218
00:21:27,204 --> 00:21:28,205
Olivia Siegel.

219
00:21:29,331 --> 00:21:32,459
Wanita yang saya cari.

220
00:21:34,169 --> 00:21:36,755
Wanita yang sesetengah orang
di sini secara misterinya

221
00:21:36,755 --> 00:21:38,674
dan amat jelas tak mahu saya temui!

222
00:21:39,258 --> 00:21:40,259
Sekarang apa?

223
00:21:40,259 --> 00:21:42,344
Setelah sekian lama,
tiba-tiba, tanpa amaran,

224
00:21:42,344 --> 00:21:44,054
kita perlu berkemas dan beredar? Tidak!

225
00:21:44,054 --> 00:21:46,348
Olivia Siegel bukan misi kita, Sugar.

226
00:21:47,182 --> 00:21:48,976
Awak dah terlupa
kebaikan yang lebih utama.

227
00:21:48,976 --> 00:21:50,310
Di mana dia?

228
00:21:50,310 --> 00:21:52,855
- John.
- Tidak. Jangan mengelak dan menipu lagi.

229
00:21:52,855 --> 00:21:55,148
- John.
- Sekejap, Henry! Tolonglah.

230
00:21:58,610 --> 00:22:00,946
Lebih baik kamu beritahu saya
di mana dia sekarang.

231
00:22:00,946 --> 00:22:02,614
Saya tahu ada antara kamu yang tahu.

232
00:22:02,614 --> 00:22:04,116
Saya setuju. Saya akan beritahu.

233
00:22:04,116 --> 00:22:06,285
Jangan. Jangan buat begitu, Henry.

234
00:22:06,285 --> 00:22:08,745
Awak menang. Kami akan pergi.
Jadi, apa gunanya?

235
00:22:08,745 --> 00:22:10,414
Saya akan beritahu. Ayuh.

236
00:22:16,170 --> 00:22:17,504
Saya baru tahu semua ini hari ini. Saya...

237
00:22:17,504 --> 00:22:20,507
- Awak tahu lokasinya? Beritahu saya.
- Mereka beri saya alamat. Ya.

238
00:22:20,507 --> 00:22:21,675
Okey. Biar saya tengok.

239
00:22:22,634 --> 00:22:23,844
Okey. Biar saya tulis.

240
00:22:24,720 --> 00:22:27,973
Alamat. Selepas apa yang berlaku,
dapat alamat. Saya...

241
00:22:37,274 --> 00:22:38,901
Mahu saya jelaskan sebaiknya?

242
00:22:40,777 --> 00:22:42,112
Silakan.

243
00:22:42,112 --> 00:22:44,656
Okey. Jadi...

244
00:22:44,656 --> 00:22:48,035
Mereka dapat tahu tentang kita, manusia.

245
00:22:48,035 --> 00:22:49,912
Ya. Sebahagian mereka.

246
00:22:55,417 --> 00:22:56,919
Ini yang kita lindungi selama ini?

247
00:23:01,173 --> 00:23:02,257
Mereka golongan berkuasa.

248
00:23:02,257 --> 00:23:03,300
Saya tahu.

249
00:23:03,926 --> 00:23:05,010
Jadi kita perlu abaikan saja?

250
00:23:05,010 --> 00:23:06,970
Berdiam diri
dan biar saja semua ini berlaku?

251
00:23:06,970 --> 00:23:08,263
Untuk melindungi golongan kita.

252
00:23:09,139 --> 00:23:11,642
Mereka boleh hapuskan kita
bila-bila masa saja jika mereka mahu.

253
00:23:11,642 --> 00:23:13,060
Sekarang, misi dah tamat.

254
00:23:13,060 --> 00:23:14,478
- Ya.
- Kini baru boleh beritahu saya.

255
00:23:14,478 --> 00:23:15,979
Walau apa pun terjadi kepada Olivia.

256
00:23:15,979 --> 00:23:17,648
Walaupun dia terseksa.

257
00:23:20,859 --> 00:23:22,027
Walau sesiapa pun orang ini...

258
00:23:23,028 --> 00:23:24,655
Anak lelaki seseorang. Ahli politik.

259
00:23:24,655 --> 00:23:26,323
Si tak guna ini klien Stallings?

260
00:23:27,032 --> 00:23:28,158
- Ya.
- Bagaimana boleh jadi begini?

261
00:23:28,158 --> 00:23:30,702
Bagaimana mereka tahu tentang kita?

262
00:23:30,702 --> 00:23:33,372
Saya tak tahu.
Sekarang, pentingkah semua itu?

263
00:23:33,372 --> 00:23:34,873
Tentulah penting.

264
00:23:36,542 --> 00:23:39,753
Sangat penting. Kita bukan begini, Henry.

265
00:23:39,753 --> 00:23:43,674
Bukan awak saja yang marah.
Mereka pun tak suka.

266
00:23:43,674 --> 00:23:46,969
Suka? Awak fikir Olivia suka semua ini?

267
00:23:47,678 --> 00:23:49,471
Hal ini tak patut berlaku, Henry!

268
00:23:53,183 --> 00:23:55,769
Okey. Tapi ia sudah berlaku.

269
00:24:00,691 --> 00:24:04,111
Sekarang kita akan beredar.
Jadi, cuba selesaikannya.

270
00:24:06,321 --> 00:24:08,448
Sebab kalau dia masih hidup,
awak akan jumpa dia di situ.

271
00:24:16,331 --> 00:24:21,962
Sekejap. Mereka beritahu saya
kejadian di rumah Stallings.

272
00:24:23,338 --> 00:24:26,049
Mereka kata awak bunuh tiga orang.

273
00:24:27,885 --> 00:24:29,970
- Betul?
- Saya pertahankan diri.

274
00:24:29,970 --> 00:24:31,054
Jadi, awak terpaksa?

275
00:24:43,358 --> 00:24:44,860
Saya terpaksa bunuh dua mangsa pertama.

276
00:24:46,486 --> 00:24:47,905
Seorang lelaki dan wanita.

277
00:24:50,282 --> 00:24:51,533
Saya pertahankan diri.

278
00:24:55,329 --> 00:24:56,496
Tapi mangsa ketiga...

279
00:24:58,665 --> 00:24:59,750
tidak.

280
00:25:02,127 --> 00:25:04,129
<i>Saya asyik terfikir perkara ini.</i>

281
00:25:05,631 --> 00:25:08,133
<i>"Saya dalam bahaya." "Dia jahat."
"Bagaimana kalau dia capai"...</i>

282
00:25:09,968 --> 00:25:10,802
"Mungkin ini keadilan.

283
00:25:12,012 --> 00:25:15,474
Atau tindakan wajar."

284
00:25:20,312 --> 00:25:21,980
Tapi sebelum saya...

285
00:25:23,440 --> 00:25:25,150
Sebelum saya tembak...

286
00:25:27,194 --> 00:25:30,280
<i>semua pemikiran itu berlalu
dan segalanya jadi senyap.</i>

287
00:25:32,699 --> 00:25:33,534
Kemudian...

288
00:25:37,371 --> 00:25:38,664
Saya bunuh dia sebab saya mahu.

289
00:25:49,550 --> 00:25:50,759
Ini kegilaan. Saya tahu.

290
00:25:55,222 --> 00:26:01,019
Saya fikir lebih lama kita di sini,
kita akan jadi lebih seperti manusia.

291
00:26:03,897 --> 00:26:05,023
Saya perlu pergi.

292
00:26:05,023 --> 00:26:09,695
Dalam kerja awak, sepanjang masa di sini,
awak jumpa berdozen orang,

293
00:26:10,487 --> 00:26:12,406
betul? Paling kurang. Atau lebih.

294
00:26:13,615 --> 00:26:16,910
Awak sentiasa mencari
lelaki, wanita, kanak-kanak.

295
00:26:19,329 --> 00:26:22,958
Mungkin hari ini Olivia.
Saya harap awak jumpa dia.

296
00:26:26,587 --> 00:26:31,758
Tapi tanpa adik awak,
saya rasa awak akan sentiasa lemah.

297
00:26:52,738 --> 00:26:54,907
<i>Jadi, manusia berkuasa dan istimewa inilah</i>

298
00:26:54,907 --> 00:26:56,950
<i>dalang kehilangan Olivia.</i>

299
00:27:02,623 --> 00:27:03,624
<i>Baru saya faham.</i>

300
00:27:04,791 --> 00:27:07,252
<i>Kami diugut akan didedahkan.</i>

301
00:27:09,087 --> 00:27:13,217
<i>"Suruh Sugar berundur daripada kes ini,
jika tidak kami dedahkan rahsia kamu.</i>

302
00:27:14,259 --> 00:27:17,763
<i>'Makhluk asing dalam kalangan kami.'
Itulah tajuk utama."</i>

303
00:27:20,307 --> 00:27:21,350
<i>Teruk kalau begitu.</i>

304
00:27:23,268 --> 00:27:25,103
<i>Saya tak suka, tapi saya faham.</i>

305
00:27:30,776 --> 00:27:35,781
<i>Betul kata Henry. Kami terlalu lama
di sini. Masa untuk pulang.</i>

306
00:27:53,841 --> 00:27:55,342
{\an8}UNDI PAVICH - SENAT AS
"DI PIHAK ANDA"

307
00:28:20,492 --> 00:28:22,619
{\an8}PAVICH
SENAT AS

308
00:29:10,167 --> 00:29:13,253
- Jangan gerak! Angkat tangan.
- Baik.

309
00:29:14,838 --> 00:29:15,964
Tengok. Saya dah angkat tangan.

310
00:29:15,964 --> 00:29:17,090
Letakkan senjata.

311
00:29:17,090 --> 00:29:18,842
- Okey. Ambil...
- Letak pistol di atas lantai.

312
00:29:18,842 --> 00:29:20,469
Okey. Saya di pihak awak.
Saya akan letak pistol...

313
00:29:20,469 --> 00:29:21,595
Saya kata "Jangan bergerak!"

314
00:29:22,638 --> 00:29:24,598
Dengar cakap saya. Kita tak boleh pergi.

315
00:29:24,598 --> 00:29:26,934
Saya penyiasat peribadi.
Saya diupah mencari seorang wanita hilang.

316
00:29:26,934 --> 00:29:28,852
Saya banyak kali dengar alasan
untuk menceroboh masuk.

317
00:29:28,852 --> 00:29:30,479
Awak ingat saya penagih? Dengar sini.

318
00:29:30,479 --> 00:29:33,106
Dompet saya, lesen PI, lesen memandu,

319
00:29:33,106 --> 00:29:34,608
kad pengenalan,
semua ada di dalam dompet saya.

320
00:29:34,608 --> 00:29:36,860
- Poket depan kiri. Dalam. Ya.
- Poket depan kiri?

321
00:29:37,778 --> 00:29:40,489
- "John Sugar." Itu nama sebenar awak?
- Ya, tuan.

322
00:29:40,489 --> 00:29:42,324
- Kereta biru itu milik awak?
- Ya, tuan.

323
00:29:42,324 --> 00:29:44,535
Mungkin saya salah alamat.
Entahlah. Mungkin saya silap.

324
00:29:44,535 --> 00:29:46,495
Tapi jika nanti awak dengar
tentang seorang wanita diseksa

325
00:29:46,495 --> 00:29:47,663
dan dipukul di rumah ini,

326
00:29:47,663 --> 00:29:49,957
tapi awak tak luangkan masa
untuk cuba bantu dia...

327
00:29:49,957 --> 00:29:52,125
Awak beredar tanpa periksa...

328
00:29:52,125 --> 00:29:53,836
Tentu awak tak mahu menyesal. Percayalah.

329
00:29:53,836 --> 00:29:55,128
Inilah masanya. Tentu awak tak mahu fikir,

330
00:29:55,128 --> 00:29:57,130
"Saya harap boleh ulang detik ini.
Saya harap boleh putar masa."

331
00:30:00,008 --> 00:30:01,009
Jangan ke mana-mana.

332
00:30:05,681 --> 00:30:06,890
{\an8}Saya akan periksa bilik bawah tanah.

333
00:30:10,269 --> 00:30:11,270
{\an8}Helo?

334
00:30:13,772 --> 00:30:15,107
{\an8}Ada orang di bawah?

335
00:30:19,194 --> 00:30:20,654
Ada orang di bawah?

336
00:30:24,157 --> 00:30:28,120
- <i>Okey. Anak lelaki senator.</i>
- Helo?

337
00:30:30,789 --> 00:30:31,748
<i>Sudah tentu.</i>

338
00:30:31,748 --> 00:30:32,833
Hei.

339
00:30:37,880 --> 00:30:38,881
Hei.

340
00:30:43,844 --> 00:30:46,513
Jadi, apa awak temui?

341
00:30:46,513 --> 00:30:51,143
Tiada apa-apa. Tukul.

342
00:30:52,936 --> 00:30:54,855
Tapi itu bilik bawah tanah,
saya simpan tukul di situ.

343
00:30:55,355 --> 00:30:56,940
Awak dah cari setiap ruang?

344
00:30:58,400 --> 00:30:59,401
Ya.

345
00:31:00,903 --> 00:31:02,237
Saya silap.

346
00:31:04,656 --> 00:31:05,866
Betul kata awak.

347
00:31:06,450 --> 00:31:07,534
Jadi, bagaimana sekarang?

348
00:31:16,752 --> 00:31:18,378
Siapa beritahu awak
ada seseorang di bawah?

349
00:31:21,548 --> 00:31:25,135
Kawan. Saya salah maklumat.

350
00:31:26,303 --> 00:31:29,306
Biasalah begitu. Tapi ia memalukan.

351
00:31:29,306 --> 00:31:30,599
Kawan apa?

352
00:31:31,558 --> 00:31:33,810
Awak tahu saya tak boleh beritahu awak.

353
00:31:35,854 --> 00:31:38,649
Sumber sulit, itu syarat pekerjaan saya.

354
00:31:50,536 --> 00:31:52,371
Siapa beritahu awak,
ada orang di bilik bawah tanah saya?

355
00:31:56,250 --> 00:31:58,085
Saya tak langgar apa-apa penggera.

356
00:31:59,461 --> 00:32:00,462
- Awak bagus.
- Ya?

357
00:32:00,462 --> 00:32:01,797
Saya baru balik kerja.

358
00:32:06,134 --> 00:32:06,969
Saya bernasib baik.

359
00:32:08,262 --> 00:32:09,263
Awak bernasib malang.

360
00:32:10,097 --> 00:32:13,767
Hei, tak perlulah sampai begini.

361
00:32:16,061 --> 00:32:17,813
Tiada siapa patut cedera.

362
00:32:19,314 --> 00:32:20,315
Termasuk awak.

363
00:32:21,191 --> 00:32:22,943
Sebenarnya, saya tak kisah
mencederakan orang.

364
00:32:24,361 --> 00:32:29,408
Bagi saya, persoalannya ialah,
"Saya perlu mulakan dengan tukul?"

365
00:32:54,850 --> 00:32:55,893
Siapa nama awak?

366
00:32:57,060 --> 00:32:58,437
- Ryan.
- Ryan.

367
00:32:59,980 --> 00:33:03,942
Semua dah berakhir. Okey?
Apa kata awak menyerah?

368
00:33:06,111 --> 00:33:07,988
- Baik.
- Jangan!

369
00:35:03,312 --> 00:35:04,313
Olivia.

370
00:35:54,571 --> 00:35:56,573
Terjemahan sari kata oleh Hamizah

